MR. NUFF =)

Thursday, December 29, 2011

esok genap lah sebulan bergelar gadis besi.

assalammualaikum. yeiiii yeiiii. hepp heppp hoorayyyy. esok genaplah sebulan bergelar gadis besi. muahaha. sekejap jerr dah sebulan. dah mula rasi dengan besi dalam mulut ini.


perasaan malu mempunyai besi dalam gigi tak dapat dihakis lagi. sebab bila ketawa saya tahu orang akan tengok mulut dulu. mencikk tau. maluu aii. =p oleh itu, apabila ketawa saya akan tutup mulut dengan tangan. al maklumlaaa, saya gelak kan overr. terkeluar segala besi dalam mulut apabila ketawa. muahaha. =p


rasa bersyukur sangat2 sebab sejak 1st day pakai braces saya tidak ditumbuhi sebiji ulser pun. ehh betul ke sebiji? tibaii jelahh. kih3. syukrann syukrann. till now, saya tak tahu nak senyum macam mana kalau tangkap gambar. siyess rase bibir seperti angelina jolie. =p


kemana sahaja harus bawa berus gigi, ubat gigi dan listerine/colgate plak dll. saya suke tukar2. baru best. weeehoooo. =p

haaa pilih pilih pilihhh nak kalerr ape. muahaha. now pakai pink. next nak purple pulak lahh. hmmm lawoo ke purple? try lahhh.
wawwwwww kalerfulll. kalaulah boleh pakai kalerfull begini kan best. muahaha. =) tapi mane boleh. huhuhu. =)


okelah baiii. tata love. (wink wink wink)

Wednesday, December 28, 2011

ini kisah semasa di ganu.

Assalammualaikum.

haiii. sihat ke? saya tak sihat. saya demam. (ayat mintak perhatian) muahaha. okeyy saya dah kembali ke tanah air 3 hari yang lalu. baru ini saya berkesempatan nak update belog tersayang ini. sekembalinya saya ketanah air. saya dilanda demam. demam yang agak teruk kot bagi saya. =p (geli baca mukadima. tanah air la sangat. padahal ganu je kot. kih3)


okeyy jarak perak ke ganu ialah...tetttttttttt. saya pun tak tahu berapa kilometer. yang pastinya sangat lah jauh. 8 jam perjalanan naek kereta. kebas bontot duduk dalam kete. lenguh pinggang. bersembang, tido, makan, main game. tak sampai2 pun lagik. adess busan tau busann. perjalanan sangat tak best. jalan bengkang bengkok macam nak pergi cameroon. tapi cameroon tak de la jauh sangat. pastu jalan tak rata. ini jalan di kelantan. phewww. lubang sana sini. bahaya tau. (me jujur okeyy. tak de isu nak kutuk kelantan ke hape. dah memang betul jalan nya begitu. tak percaya sila lah ke kelantan or terengganu.)


saya mengkagumi terengganu. bandar yang bersih. berbeza dengan kelantan.muahahaha. =p (orang kelantan jangan nak marah2 aii yerr. ini pemerhatian saya yerr) tapi orang ganu sombong. muahaha. tak tipu. tapi tak sume laaa. ade yang okey dan baik hati. yang saya jumpe kebanyakkan nya sombong. tak reti senyum dengan customer. kerek. cas mahal dekat orang luar (padahal satu malaysia kottt. puiii puiii.) hahahha. pastu sangat susah nak kawwtimmmm dengan orang ganu nih. nyampahh aiii. =p orang kelantan best. ramah, tak sombong, tak lokek dengan senyuman, senang nak kawtimmm. (apesal asik nak bandingkan ganu dengan kelantan nihh? kih3. sebab tu kan negeri pantai timur. muahahahha) maybe sebab saya pegi kuala terengganu. ibu negeri terengganu. so orang bandor kan. tu pasal kerek semacam kan. elleh tak de la bandor sangat pun. kalau kat perak, rase cam kat Manjung jer. muahaha. (apesal asik kutuk ganu je nihh. hahaha. ampunnn ganurians. hahaha.)



dari segi makanan pulak. not my taste. wallahhh belagak tuhhh. muahahaha. yolahhh. potong tau bila lauk manis nihh. sambal santek jerr merah nyala. bila makan. alamakkk!!!! baby pun boleh makan ni. tak pedas langsung. rasa manis jer. orang lain saya tak tahu la kan. tapi tekak saya tak leh terima. duduk 2 3 hari kat sane boleh laa. lama2 tidak lahh. huhu. ingatkan kalau kat hotel makanan okey lahh siket. same jerr. kuciwaa tau kuciwaaa. dah le lapoo. wuuuwuuu.


hihihi. entri ni cam banyak ngutuk ganu jer. muahahaha. biolahh. me jujur hokeyyy. pendapat tersendiri. =p haha. nak kutuk perak??? silakannnn. tak de halangan. perak best lagi. muahaha. =p


heeeeeeeee. ganu pun best sebenarnyer. cume tak berkenan bab sombong menyombong nihh. tak suke tau. =p okeylahhh nak masuk gambar pun tak boleh lagi nihh. card reader kemane tah meggedik hilang. next entry saya masuk gambo pulak yerr. okeyy lahh beboiiii.


p/s: ombak dekat pantai batu buruk dasatttttt. seriauuuu darah denn. okeyy tata love.



Thursday, December 22, 2011

honeymoon impian. muahaha. =p

Assalammualaikum. =) (^_^)v


yaeyyy esok saya akan ke KUALA TERENGGANU. tujuan pergi sana ialah berhanimun. muahaha. tu pun kalau korang nak cayer lahh. kih3. okeyy tengah hari yang bosan2 nihh indahnya verangan. lets joint me bebehh. kih3.


i love love love sea. dalam love love love tu takut jugak sebenarnya. sebab laut kan ade waves. yelaa saya kan terlampau terer sangat swimm. muahaha. bila ombak datang jerr dah cuak. haihh rindunya nak mandi laut. (walaupun tahu mandi laut boleh sunburn dalam masa yang sekejap) muahaha. takot beno kulit gelap. padahal memang dah gelap. T_T


nanti kalau dah kawen nak hanimun tempat yang ada kaitan dengan laut. boleh berkejaran dekat tepi pantai. muahaha. =p pastu tengok sunset sama2. auwwwww. rumantika kan kan kan.


impian terbaru nak scuba. wuuuwuuu. sangat teringin tau tau tau. macam pic bawah ni. suwittt kan kan kan kan. =p----- (air liur meleleh) hahaha.

ehhh blurr lahh. tak tahu nak type ape dahh. nanti lah sambung verangan yerr. kih3. okeylahhh nak rehat dah nihh. heeeeeeeee. =) tata love. <3 xoxo

untuk awak. baca tau. macihh awak~~~ =)

Assalammualaikum. daripada semalam nak update blog. tapi asik tak berkesempatan je. yelaa orang busy kan. kih3. (busy la sangat. muahaha)


okeyy this entry dedicate untuk awak. (tah sape2. muahaha.)



nice kan kan kan. =)

Monday, December 19, 2011

boleh tak awak buat samtink yang suwit camni jugak untuk saya? haha.

assalammualaikum.

juzz want post this sweets video. sesiapa yang tengok mesti nak macam ni kan. especially girl lah kan. muahaha. (saya la tuuu) kih3.


alangkah indahnya kalau ada someone buat samtin yang sweets camni dekat kita. kan kan kan. mesti terharu sangat sangat sangat. nanti dah ada anak. cerita dekat anak2. dulu deddi korang sweets sangat. camni laa dedii korang proposed mama. muahaha. (mulaa dah berangan. oke stop stop stop) kih3.




tiba2 teringat ayat ombak rindu yang tak best tuhh. " cinta tak kejam, tapi manusia yang tak tahu menghargai cinta" ewahhhh. hahaha.

Monday, December 12, 2011

bangun lambat.

assalammualaikum.


bila dah petang2 begini. mulalah bosan duduk opiss. keje pun dah tak der. then fedappp dengan printer yang kehabisan ink. grrrrrrr. (ada api dalam mata)


hari ni bangun lambat tahu. pukul 7.00 pagi baru bangun. ade 25 minit jer nak siap. dalam 25 minit laa nak mandi, isi air dalam botol, kemas katel (tak kemas pun tadi, tak sempattt. muahahaha), siapkan baju keje (naseb baek tak payah iron), sambar jerr mana2 tudung yang match(nak melilit tak sempat dahh), nak mekappppp(tak mekap pungg).


sampai opiss lagi 2 minit pukul 8. pecut sepecutnyaaa. opiss saya jauh tauuuu. wuuuwuu. naseb baek tak derr jammed2 cam kola lompur. kalau tak 10 pagi baru sampaiii. muahaha. =p dengan tudung senget. muka pucat tak mekap.(nak bagitahu putih la tu. muahahaha) tengok2 dah berpunch kad. muahaha. T_T kalau me tahu ada yang baik hati menolong punch kad untuk saya. lemah lembut aii drive tadi tau. kih3. =p


alhamdulillah sampai opiss dengan jayanya. setibanya di opiss mekap doluuuuuuuuuu. yelaa muke macam baru bangun tido kut. dengan eye bag merata. (merata apanya. memang bawah mata jela eye bag pun. muahahaha) cover dengan pakai spek gojess. kih3. =p


lepas tu online twitter. sekarang ni twitter sesaje. lagi syiokkk kot daripada fesbuk. fesbuk ramai orang kenal sangat. tak best. heeeeeeeee. twitter dihati. muahaha.


macihh buat emak tersayang sebab kejut bangun pagi. muahahaha. tak sedorr pun sebenarnya. mana tak nya. jam bunyi pukul 6.25 pagi, aii pegi tido balik. hahaha. pastu siapp la kene bebel dengan mak. " haaaaa, tido lambat lagi. bergayut tak habeh2. terkekek2 depan laptop tu. dah tahu esok nak keje tido la awal." dalam situasi kelam kabut jangan membalas. diammm jerr. hahaha. masa nak pegi keje harus lahh jeritttttt. "makkkkk cepatlaaa. akak dah lambat ni." muahahahaha. pastu emak membalas. " kamu yang lambat, salahkan mak pulak" sambil salam dan laga2 pipi. " mak laa salah tak gerak akak. hahahaha"


okelahhh baiiii. =)






happy birthday love love love love.

assalammualaikum.

happy birthday my favvy friend. shikin. tapi saya lebih suka panggil dia cikgu hati. tak pun nur kasih. dia soft2 macam nur amina. muahaha. =p selamat hari kelahiran buat cikgu hati yang ke 21 tahun. love you. may Allah bless you.



ni present 4 u. nak sangat hadiah kan. bertungkus lumus deko cuppy ni semalam tau. kih3. tu pun kalau nak caye laa. kih3. =p
mula2 desingn cuppy camni. tapi memandangkan cikgu hati ayu dan sopan orang nya. tak jadikkk. bagi kucen makan. haha. =p



my 2nd favvy friend pun besday nya sama dengan si cikgu hati. kitaorang kiranya best frend lahh. insyaAllah. kih3. =) bezanya cikgu hati kenal sejak form 2. manakala nurse hati kenal sejak form 4. =) my love miss raihan. happy birthday to you. may Allah bless you. muahh3. =*


this present 4 you. kih3. comel kan kan kan. heeeeeeeeeee. tak sabat nak jumpa nurse hati dengan cikgu hati. (love dekat mata)


pic credit: google

Tuesday, December 6, 2011

hari ini genap seminggu. rase lambat pulak. muahaha

Assalammualaikum. yeahhh hari ni genap seminggu bergelar gadis besi. muahaha. cam comel lak sebut gadis besi. kih3.


okeyy sekarang tak sakit dahhh gigi kapak. cume nak berjinak2 makan seperti biasa semula.
tapiiiiiiiiiii. i can't. sobss3. mysis ajar kunyah makanan pakai gigi garham. tetap tak bulih. gigi seperti tumpul. makanan tak hancur pun. wuuuwuuu. bayangkan, bila kunyah terus terasa sakit. pastu fedapppp. sebab tak dapat menimati makanan. bunyi macam terseksa sangat kan. kih3.


tak perr. next time cuba lagi kunyah makanan. jadahnya makan durian pun tak past. muahahaha. dan2 laaa dah pakai braces nihh ramai yang meng offer nak banjer makan. makan pizza laa. kfc laa. mcd laa. wuuuwuuu. menduga keimanan dan kewibawaan saya betul. =(


pastu bila dah pakai mende alah ni. bentuk muka macam berubah sikit laa. muahaha. padahal baru seminggu pakai. pastu emak saya cakap sudah kurus sikit. hahahaha. ilikeeee.


soooooo. sape nak kurus meh pakai braces. selera makan ko pasti tersekat. muahaha. ko nak makan cane haaa. sakittttt. gigi ko tumpul. hahaha. hilangg seleraa wehhh. (ayat sedapkan hati) tapi dalam masa yang sama. cuak kot. macam tak cukup zat pulak. kih3. okelahh baiii.

Sunday, December 4, 2011

pergi kenduri minum sahaja.

assalammualaikum.

penat pegi kenduri tak hilang lagi. (cehh macam laa saya yang kawen). hmmm. hari nih banyak sangat kenduri kendara. opismate kawen. mula2 cam maleh nak pegi. pastu member call ajak pegi. haa pegi jelaa. kang kenduri saya diorang tak nak datang pulak kan. kih3.


saya tak mo pegi tu bukan apa. saya mana boleh makan pun. tujuan utama pegi kenduri oppkoss lahh nak makan kan kan kan. tak pelaa. tengok jelaa orang makan. sobss. sediss tau. =p tapi bagus jugak. praktikkan tahap keimanan dan kekentalan jiwa. muahaha.


pastu balik rumahhhh memang lapar gilaa la kan. mana taknya. pagi tadi juzz makan sepeing biskut lenyek2. awwwwww. sayu tak? sayu tak?


lapolahhh pulak. tak lalu dah nak makan kanji hari2. muakkkk muakkk. nak kentanggg putarrrrrr. =(


oke baiiii.

Thursday, December 1, 2011

gigi kapak comel.

assalammualaikum.

hari ini hari kedua pakai braces. muahaha. rase nak jumpe dokter then nak bukak besi ini. boleh? tak perr sabo2.


hari ini makan hanyalah 3 sudu kanji. kalau setahun pakai braces then tak boleh nak makan camni. kompemmmm selimmm. muahaha. (gelakkan diri sendiri, sebab pura2 happy. padahal tahan sakit)

wuuuwuu. hari kedua sangat menseksakan. rasanya gigi sudah mula bergerak. gigi yang paling ketara rasa sakitnya ialah gigi kapak comel. sentuh pun sakit. wuuuwuuu. berdenyut rasa kepala. pastu kat bibir cam ade putih2. then rasa cam banyak air liur terhasil. kih3. sabo3. pheww.


tadi my abah beli beger. my emak pulak mem offer durian. wuuuwuuu. sayunya hati. sebak sanubari. tak pe. kalu diet kompem leh cair. disebabkan terseksa begini. memang padan muka aii lahh. tak perr. dengan cara begini, dapat meguji keimanan aii sebagai seorang gadis yang beribawa. (wakluu!)


tapi sumpah lapar. lapar wehhh. makan kanji pun terseksa nak menelan. ape kess??? muahahaha. menelan pun terseksa apatah lagi mengunyah kan. berair mata weiii. kene kental. kih3. pura2 tak sakit dengan memikirkan yang indah2 ajerr. contohnya pikir kawen ke. pikir pegi hanimun ke. pikir dapat jubah itam gojes. muahaha.


sekian sahaja laporan pemakai braces pada hari kedua. mau masak kanji. nak bawak bekal pergi koje besokkk. weeehoooo. jimat wehh jimattt. babaiii. =)

Wednesday, November 30, 2011

pengalaman pertama kali pakai braces. phewww.

Assalammualaikum. yeayyy hari ini saya bercuti. semata2 nak pasang braces. saya creat entri ini untuk kenangan buat tatapan saya sendiri. di samping itu turut kasi sedikit info dekat kome2 diluar sana yang nak pakai braces.


pertama sekali. you must have money money money. tak dak duit tak boleh buat braces. T_T Okeyy tak mo citerr pasal cost braces. pada saya setiap orang ade kos yang sama ada yang lain. ikut problema gigi anda yerr. salunya berbeza. ko pandai ngayat dokter ko dapat la murah. muahahaha. saya tak pandai ngayat dokter. tu paasai maheiii. =p


like me. pakai braces sebenarnya nak ratakan gigi atas saya yang tersenget siket. siket je pun. gigi bawah rata jer. tapiii. bile di cek balik. i must do a set. that means, saya kene pakai braces atas bawah. (sigh) dokter cakap. "macam mana saya nak ratakan gigi atas awak, sedangkan gigi bawah awak menghalang. saya kene tarik kedalam gigi bawah awak dan tarik kedepan gigi atas awak." gulp gulp gulp. mencikk tahuuu. wuuuwuuu.


yeayyy saya bertuah sebab tak perlu cabut2 gigi. mysis kene cabut sebatang. kebanyakkan kawan saya pakai braces mesti kene cabut gigi. so, alhamdulillah tak de agenda cabut2 gigi.


masa mula2 nak buat braces. dup dap dup dap. dokter akan cuci gigi dulu. lepas tu repair gigi. ade lubang ke. tampal ke. and whatever laa. then baru pasang braces. lenguh tahu nganga lama2. rase nak nak terkoyak je mulut. tapi sumpah tak sakit langsung. cume letih nganga jela. (baru je pakai memang la tak sakit. tunggu laa nanti. jeng3)


bila dah siap bubuh besi. dokter suruh pilih getah. part ini paling suka. heeeeee. yeayyy i choose pink colour. lepas tu siap laa. lepas ni tak boleh makan keras2. makan soft2 je. macam bubur. haaa camtu laa. hee =) (semangat diet dan berjimat. tak perlu keluar minum dah kat opis nanti. heee)


lepas ni kene utamakan kebersihan gigi. lepas ni ulser akan membiak dengan jayanya dekat bibir. auwwwwwwww. msalanyerr kan. sebelum pakai braces pun dah ade ulser. ape citerrr. haihh.


haaa lepas pakai rase gigi ketat. muahahaha. oke done! itu sahaja pengalaman saya. hiks. okeii baiii. =)

Saturday, November 26, 2011

how happy today. pheww.

assalammualaikum.

sekarang belog dah kekurangan gambar. dah lama tak snap gambar. (padahal baru tadi snap gambar) hihi kemalasan sangat nak taruk gambar dalam lappy. so...kita biarinnn sahaja entri di update tanpa gambar. padahal dah bubus. malu nak tayang diri tak hot. (keji gila. bajet hot rupanya aku nih) haha.


hari nihh saya pergi menonton wayang cerita twilight. yeiiiii bella dah jadi vimpire. itulah ending cerita twilight yerr adek2. nak tahu selanjutnyaa. sila pergi tengok sendiri. tak pun download ajerr. huhu.


happy sebab gaji baru masuk beberapa hari yang lalu. dah beratus melayang. phewww. boros sangat saya bulan ini yaaa. T_T. kan best ade boiprend kaye. muahahaha.


tiba2 blurr dan tak tahu nak type ape. okeii baiii. =)



Wednesday, November 23, 2011

senarai boifrend saya.

Assalammualaikum. yeahh. buat julung kalinya saya akan listkan kesemua boifrend saya. jum lihat. mana tahu boifrend kita serupa. kih3. =p


1) PROTON PERSONA (kini lebih sempurna)
- ini letak yang 1st. baru jer couple dengan dia. hampir setahun jugak lahhh. sangat rumantik. sebab beliau lah yang hantar pergi kerje dan amek balik kerje. rumantik kan kan kan??? cayammm sangat2 dekat you abang persona. lebiyuuu. (love dekat mata)
- 1st loan saya ialah semasa couple dengan beliau. walaupun duit muka bukan aii yang bayar. =p bulan2 me yang bayar tau. ingat senang ke couple dengan beliau. susah tau tau tau. hihi.
- kalau time cediss beliau nyanyikan macam2 lagu untuk saya. heeeeee. rumantik sangat lah you nihh. hihi.


2) NOKIA e72.
- couple dengan dia nak dekat setahun setengah jugak lahh. pheww. lama kan? manjerss dia nihh. kemana sahaja harus bawak dia. hmmm agak rumantik jugak. suke rakam saat2 indah. suke snap gambar saya. maluu aii tauuu. hihi. haa boifrend nombor dua nihh. my hott deddi yang bagi. phewww bagi tuhh. bagi bagi bagi!!! kau adorrr? haha. yang paling rumantik dia ni kan. kejut saya bangun pagi. suruh solat. awwwww. fall in love lahh. heeee. (love dekat mata)


3) ACER LAPPY (yang comei2 tu)
- couple dengan beliau bape lame ehhh. sebelum ni couple dengan compax lappy. tapi dah clash. then acer lak masuk line. so couple dengan acer. kecik siket. compax dulu gemok. hahahaha. =p acer nihh sangat lah sopan santun. awww awww. ilikeeeee. salu jugak gaduh dengan dia. bila virus maiiii jaaa mesti gaduh. gaduh sat jerr. bila time berbaek tuhh. wallahhhh baek sangat. siap maen fesbuk sama2. update belog sama2. awwwww. suwiittttt. kih3. lebiyuuuu acerrr. =p


4) SAMSUNG GALAXY TAB
- couple dengan dia baru jerr. tak sampai sebulan pun lagi. kiranya masih bunga2 hati laa. dalam zon angau2 lahh kiranya. kih3. yang ni pon my hot deddi yang bagi. bagi bagi bagi!!!! ko hadorr??? hihi. dengan dia nihhh, me salu maen game sama2. kih3. lawan sape terer lagi. heeee. tak delaa rumantik mane pon. kadang2 on9 fesbuk same2. update twitter same2. heeeeeee.


heeeee saya ada 4 boifrend. awak ade bape? kih3. banyak boiprend my hot deddi yang bagi. maluuuuu. T_T. larikkkkkkkkk. okeiii baiii. <3 <3 <3

Tuesday, November 22, 2011

betul ke macam budak2. haihh

assalammualaikum.

saya cuba mengkhatamkan balik belog saya. betul ke macam budak2? betul ke macam budak manja? haihhh.


okeii baiii.

Friday, November 18, 2011

RAHSIA CIUM~~~ kih3

assalammualaikum. heee. kih3. lawak3.


Ilmu Firasat Melayu - Rahsia Cium
Suka cium dahi isteri...... ..suami yang romantis.
Suka cium pipi isteri...... ..suami yang penyayang.
Suka cium mulut isteri...... .suami yang gelojoh.
Suka cium tengkuk isteri...... ..suami yang mata keranjang.
Suka cium telinga isteri...... ...suami yang sensitif.
Suka cium leher isteri...... ...suami yang penyabar.
Suka cium payudara isteri...... ..suami yang suka bermanja.
Suka cium tangan isteri...... .suami yang hipokrit.
Suka cium ketiak isteri...... .suami yang menerima isterinya seadanya.
Suka cium punggung isteri...... .suami yang suka bergurau.
Suka cium kaki isteri...... .suami yang terlalu menghormat isteri.
Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri...... suami yang mementingkan diri sendiri.



sape percaya memang bijaksana. hahahahaha. pesanan khidmat masyarakat: budak bawah umur tak boleh baca. hahaha.

Tuesday, November 15, 2011

ade belog rupenyer saya nihh. =.=''

assalammualaikum.

dihari selasa yang sejuk damai ini. ingin saya memberitahu saya.... ehhhh ade belog rupanya saya nihh. sangat lah malas nak update. =p bila bloggers favvy tak update saya marah2 dalam hati. haihh dia nihh bila nak update nihh. cepukkk nanti. kih3.


saya busy bekerjaya. dan harap memahami. hujung2 bulan begini ialah musim mengawan. ramai yang kawen. sangat busy menghadiri kenduri kendara. kenduri sendiri entah bila. kih3. =p bila musim mengawan, poket pun makin lama makin kempis. ehhh saya ade poket ke? bukan poket. tp purse. =( bila pergi kenduri tak manislah kalau tak bawak hadiah kan. =p ada 3 kenduri lagi menanti. budak opiss saya nihh sume dah miang nak kawen. hahahaha.


rasanya sudah lama tidak tepek gambar muka sendiri dekat belog kesayangan ini.


inilah saya terlatest. kih3. gambar tanpa edit saya. fresh daripada blekberi deddi. kah3. (perlu bagitahu ke?) iyerr oily kan muka. korang harus ketahui. muka oily lambat kedut tahu. hahaha. (ayat pnyedap hati) itu emak gojess saya. yerr saya tahu. macam sebaya bukan. (T_T)v tak tahu nak sedih ke gembira. =p
ini orang digi. saya tak pakai digi. tapi bila pakai baju ini ramai yang jeles dan dengki dengan saya lalu mengutuk saya macam maskot digi. kih3. kutuk la kome. tak kesah pun. =p kau ade ke baju camni? tak derr kan. hahaha.
ini zaman kegemilangan. penah letak dah gambo ini. kalau lah kulit muka licin falwless dan puteh gebu begitu. langkah indahnya. hahaha.


stress dah bubusss. =( oke baiiii. petang ini mahu jumpe pegawai yang handle pasal kuaters polis yang baru nihhh. harapan saya semoga beliau hensem dan single. hahaha. puii puii puii. okeyyy daaa. =p

Tuesday, November 8, 2011

raya haji yang indah~~~

assalammualaikum~~~

rasanya tak terlewat lagi kan nak ucap selamat hari raya aidiladha. =)


this year, saya dan family beraya dekat Penang. rumah mak sedara. memang selalu ke sana kalau raya haji. tahun ini konvoi 4 kereta ke penang. best best best. memang la best sebab bukan saya yang drive. my hot deddi yang drive. kih3.


kepergian ke Penang di awal pagi. (awal la sangat, sume pakat bangun lambat. mana taknya. malam raya buat bbq) heeeee. =) perjalan pergi balik adalah hujan. kejap hujan lebat. kejap lagi hujan renyai2. tapi hujan memang none stop.


mak teh saya tinggal di Balik Pulau. dekat IPPD, Barat Daya, Pulau Pinang. Pak teh saya polis. so beraya lah kami disana. sangatlah ramai. sangatlah meriah. macam2 palnning keluar. planning next year nak collect duit setiap bulan setiap family. nak pergi bercuti ramai2. ohhh indahnyaa. tak sabar rasanya.


juadah jangan nak kira laa. macam2 makanan. asam pedas ikan pari (my favvy), rendang ayam, lemang, ketupat, laksa, daging masak itam, kek coklat, bahulu, mee kari dan lain2. yang sedisnyaaa. tak merasa asam pedas ikan pari. T_T


otw balik ke perak still hujan lagi. family saya yang terawal balik. sebab nak pergi jalan2 dekat quensbay. 1st time pegi. sangat lah letih berjalan. sebab pakai heel gojes. (padan muka aku). yelaa nak berjalan tak mo bagi tahu. cedisss aii tau. terseksa nak jalan. =p


masa dekat highway sg.bakap ade eksiden. bas terbalik. phewwwww. kecut perut sekejap. jem sangat lama okeyy. hampir sejam jugak lahh.


sekian sahaja laporan raya haji saya yang indah ini. tak de boifrend pun tak per. kalau ade family yang best ini. alhamdulillah. =) *wink wink (ayat penyedap hati. haha)

Friday, November 4, 2011

in luv....*wink wink

saya in luv with..............

sila isi tempat kosong itu. kih3.


oke baiiii. kih3.

Sunday, October 30, 2011

saya mengalami sakit perut yang serius. sampai mood saya terbang ke Singapura, ehhh

Assalammualaikum. hihi. tiba2 ter ada mood nak update belog kesayangan ini. =) *wing wing


sejak 2 hari yang lalu saya mengalami sakit perut yang melampau lampau. sampai nak tidur pun tak lena. makan pun tak lalu. menangis2 macam orang gila. erkkk. itupun kalau korang nak percaya laa. kih3.


saya kurang pasti atas alasan apa saya mengalami sakit perut sedemikian. kah3. (padahal tahu)


dulu ade dokter hati, boleh ngadu2. erkkk!!! dokter hati la sangat. tak de dokter hati pun tak pe lahh. saya ada nurse hati yang super duperr baik hati. sangat sayangkan saya. erkkk!!! kih3.


siyess bile soping boleh hilang stress di dada. gulp. di dada la sangattt hehhh. semalam telah dapat satu lagi hand bag comel dengan seluar comel. seluar ade lurve kecik2. warna warni. plzz jangan kate macam badut. comel tahu. tak macam badut pun. macam hello kitty. awwww. hihi.


sekarang tengah menggilai hand bag tali panjang. tak moo dah tali pendek ni ni. hihi. salunyaa sangat tergilakan kasut. tapi sejak akhir2 ini. tergila dekat hand bag. tengok hand bag geram jerr. rase nak rembat sume. ehhh ape citerr pasal hand bag nihh? bukan ke tadi citer pasal sakit perutt. =_="


okey lahh kawan2. jaga lah perut anda. minum la vitagen setiap hari. hihi. berak setiap hari pun bagus juga. (tiba2)


note: baru tahu, stress ada kaitan dengan kitaran haid. okeyy lahh. tata. =)

Thursday, October 27, 2011

Adam.....

Adam, jangan terlalu murah engkau dalam berbicara dan jangan terlalu mudah engkau mengucapkan kata-kata ‘I LOVE YOU’ atau ‘I MISS YOU’ kepada sang hawa kerana engkau pun tahu hawa itu sangat rapuh hatinya dan mudah goyah imannya. Jika kau ikhlas ingin memiliki mereka, maka datangilah wali mereka dan pinanglah mereka dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim…


note: suke. =)

cuti deepavali 2011, ke ULU CHEPOR.

Assalammualaikum~~~~


tahun lepas bila cuti deepavali saya berholiday ke Cameroon Highland. Holiday lah sangat. padahal balik hari je pun. tahun ini tak mo pergi jauh2. pergi Ulu chepor sahajorr. itu pun sangat jauh kurasakan. kih3. (dasar pemalas drive)


sangat indah berholiday bersama family tersayang. bukan holiday. tapi berpiknik. =) dah lama tak berpiknik. hihi. berpiknik ramai2 macam ni lah best. saya suka berpiknik nih. tapi saya tak suka nak mandi2. sebab malas nak salin baju. perempuan ni payahh wooo. pakaian lebih siket daripada lelaki. paham kan??? okeyyy gud. kih3. sat gi rambut basah laa. then nak kene sarung tudung lahh. tak celesaaa youuuu.


dulu kecik2 teruja lahh nak mandi2 bagaii. dah besar nihh tak berapa nak teruja sangat. rendam2 kaki cukup lahh. itupun basahhh spenderrr tahu. kah3. mencikk lahh budak2 nihh. main simbah2 air. membuli kakak2 gojesss. kah3.


ini adalah sebahagian family besar saya. besar lah sangat. kih3. yang hadir pun mak2 sedara yang superr lawak dan bapak sedara yang gilaa. kah3. lepas tu sepupu sepapat yang besar ada. yang kecik pun adaaa. macam2 ragam. =p my hot dedii dengan emak comel tak ikut sebab busyyyyyy kojeeeeeee. orang cuti mereka kerjaaa. payah diajak berjalan. haihhh.
kami datang 3 beradik jer. bawak lauk siket. share2 lah. orang ni bawak siket. orang tu bawak sikit. campur2 jadi banyak lah. kih3. yummyyyyy. makan adalah sangat indah.
lelaki sesat itu ialah bapak sedara yang gilaa2. kih3. baju hitam ialah sepupu. belakang tu adik beradik yang gojess. kah3. adik beradik tu malas mandi sebab dua2 malas nak salin baju. hanya bergedik2 tangkap gambar. rendam2 kaki. heeeeee.
haaaa 10packs. kauuu adaaa? tak daaa kan. kah3. ini sepupu juga. gadis comel berbaju oren itu juga adalah sepupu. sepupu bongsu. lepas ni ada kot yang menambah lagi. kah3. udah2 laaa menambah. tak bagi chan langsung dekat anak sedara diorang nihh. kih3.
heeeeeeee. happening bukan.
kami antara anak2 sedara yang dah besorr lahh kiranya. tunggu masa nak kawen jerr. ehhhhhh. bukan aii yerr. antara dua tiga2 ni. aii jerr yang single. sobss sobss. (nangess dalam hatti kuat2) =p

ini budak demok yang gedik. heeeee.
ini masa melantak lahhh. nom nom nom. yummmyyyyy. macam2 lauk ada. ilikeeeeeeee. makan boleh buat kita happy bukan. kih3.


abes dahh citerr pasal cuti deepavali ini tahun. raya haji dah nak dekat wehhh. korang raya dekat mana? saya raya dekat penang kuttt. hiiiiiiii. ayuhhh ke penang.


mood: cedissss. sebab tak jadi pegi penang this week. ='( kuciwaa kuciwaa.

Monday, October 24, 2011

cinta Muka Bulu~~~ kah3.



sumpah tergelak besar aku tengok video ni dekat opiss. suara yang nanyi ni macam best jugak kan. diorg ni memang gilaa laa. bila tengok balik video ni. rasa macam diorang ni perli si najwa latif tuu. tapi tak kut. diorg suka2 je kut. okeyyy meh tengok. have fun. =)

happy birthday to me. ^_^

Assalammualaikum~~~


yeahhh!!! hari ini, pada pukul 8.30 pagi tadi. genaplah umur saya 21 tahun. masih muda belia lagi bukan. baru lahh layak mengundi. ayuhh daftar. hihi. baru lah terasa diri ini dewasa. kih3. =)


besday tahun nih rasa sangat best dan mensayukan. rasa nak nanges. ='( rasa ramai sayang dekat saya. tengah2 malam dapat mesej bertalu2 nak jadi yang 1st wish besday dekat saya. terharu sangat. walaupun semalam tidur awal. gagahkan diri reply sume mesej kawan2. ='(


dekat wall facebook pun penuh dengan wish besday. macihh sangat kawan2 & family. jujurnya saya sangat terharu. (menangis dalam hati) tiba2 rasa disayangi. kih3. (poyo gila bermain dengan emosi)


saya tak tahu sape yang 1st wish besday saya. tapi 23hb dah ada yang wish. katanya takut tak sempat. poyo gila. huhh. nway ingatan tulus iklas itu sudahh buat saya sangat terharu dan hargainya.


duluuu, masa umur belas2. yang wish sume cakap semoga panjang umur murah rezeki. bila dah 20an nihh mesti de selit semoga cepat temu jodoh. kih3. ilikeeeee. ameen.


tiil now, saya masih menerima mesej besday daripada kawan2, mak2 sedara,sepupu sepapat. hihi. kalau tak. henpon ini jarang berbunyi. kecuali kakak saya yang mesej. tak pun mak mesej. abah call. tu sebab saya topap sebulan 10 ringgit. itu pun tak habis guna. kih3. (perlu bagitahu ke?)


terima kasih yang tak terhingga kepada sume yang wish besday saya. doakan saya sihat sejahtera. bersyukur sangat. tika saat ini masih bernafas di bumi Allah. Alhamdulillah. =)

HAPPY BIRTHDAY TO MEEEE~~~~ HIHIHI.

Sunday, October 23, 2011

dah dapatt 3 hadiah. ^_^

assalammualaikum. seperti anda sedia maklum. esok ialah besday saya. (wakluu. ingat ko sape orang nak ingat besday ko) wakaka. ala saje je poyo2 di mukadimah. kih3.


ehemm3. teruskan story. walaupun besday belum lagi menjelma. saya dah dapat 3 hadiah. kih3. ilikeeeeeee. muah3 dekat yang bagi hadiah. mula2 emak sayang bagi. kemudian hot dedii kasi. pastu kakak comel bagi. awwwwwww. suwiitttt.


3 hadiah yang gojess dihati aii. malam ni tidur pasti tersenyum lebar. haa begini =)


anda masih boleh kasi saya hadiah. dialu2 kan. wakakakakaka.


saya tak mengharapkan hadiah pun. ingatan tulus iklas pun sudah memadai. (siyess nihh) =) doakan saya sihat dan sejahtera. dimurahkan rezeki. jadi makin baik. lulus exam. dapat pakwe baik hati dan tak main2 kan saye punn sudah mencukupi. wakakaka. larikkkkkkk. oke baiii.

REAL STEEL terbaik wokkk!!!

Assalammualaikum~~~

oke fine, aku tau aku dah terlambat. ramai yang dah tengok movie ni. huhu. lantak lahhh. janji aku dapat jugak tengok. hihihi. aku tempah tiket 5 hari sebelum. sebab aku suke seat atas. tak suke seat bawah2. haruslahhh beli tiket awal2. hihi. kepergian bersama 2 orang girlfriend. almaklumlahh orang tak derr boyfriend. kih3. (perlu bagi tahu ke????) hahaha


baiklah movie ini tersangatlah best. sampai aku rasa aku tak tengok wayang. aku rasa seperti menyaksikan pelawanan tinju robot2. cool3. kalau ikut muka tak malu aku. mau jerr aku bersoarak2 macam tengok bola dekat stadium tuh. tapi aku kan gadis ayu lagi muslimah gituu. =p mana mungkin aku menjatuhkan kemaluan aku begitu sahaja. (ehh ayat ape nih?) aku nak bagitahu aku ni pemalu. errrr. abaikan. oke kiterr sambung.


aku bagi 4.5/5 star. o.5 star hilang sebab aku tak puas. nak tengok lagi dan lagi dan lagi. kih3. 2 star saje aku bagi dekat max yang superr duperr kiut itu. die terer menari kutt. ilikeeeee. tiba2 terberangan ada anak comel macam tuh. ehhhhhhh???



baju kelabu ialah charlie. baju putih ialah max yang hencem lagi seksi. awwwwww. time nihh diorang buat perjanjian. masa perlawanan max kene buat show dance masa perlawanan. pastu charlie kene ajar atom bertinju. atom ni robot yang max jumpa dekat tapak pelupusan sampah. atom ni robot yang unik. dia boleh ikut apa yang diorang buat tanpa alat kawalan pun. kih3. hebatt bukan??? rasa nak beli satu. hihi.
ini poster. sepatutnya berada dia atas. tapi biar jelah kat sini. termalas pulak nak delete. hihi.
ini masa mula2. robot berkarat dekat belakang tu namanya ambuss. ambuss ni lawak gak. eksyen je lebih. hihi. lawan dengan lembu pun kalahhh. kesiannn ambuss. abess kaki die tercampak. kih3.
jeng3. ini lah atom yang comel lagi cool. atom ni kuat. masa dia lawan dengan zeus. sian sangat kat dia. kene tumbuk bertalu2 dengan zeus. nyampah zeus. zeus jahakkk. tak mo letak pic zeus. hihi.


sape yang belum tengok tu. tengok lahh. best. tak rugi beli tiket wayang. kih3. okeii baiii. nak makan. laparrrr derr. upsss.

Friday, October 21, 2011

hepi besday sayang.

Assalammualaikum.


lama rasanya tidak mengarang. rindu rasanya. (wakluu) baiklah. saya berterus terang. saya busy siket. siyess tak tipu. saya busy study untuk exam. Alhamdulillah exam pun dah tamat. doakan saya lulus okey. macihhh. =)


baiklah. tanggal 20 oktober 2010 my baby coklat telah dilahirkan. saya sendiri tak tahu sapa parents dia. saya beli ajer. beli hutang. mana mampu nak beli cash. kih3. =p


20 oktober 2011, genaplah setahun my baby coklat yang comey dan hencemm itu. aummmm. hihi. sekejap rasanya masa berlalu. rasa macam baru mengenali baby saya itu. hihi.


to my baby coklat. kiterr sayang kamu tahu. semoga hencem dan sihat salu. jangan minum minyak banyak sangat tahu. tuan kamu ni tak cukup kaya lagi tahu. hahahaha. terima kasih sebab bawa kiter jalan sana sini. bawak kiter pegi balik kijer. awwwww. banyak berjasa la you ni. sayangggg baby coklat.


nanti kalau kiterr banyak duit. kiterr tuko rimm kamu tau. kasi lagi hencem. kiter pasang spoiler.pasang skirt. pasang reverse camera dan lain2 lagi yang boleh buat kamu nampak lagi hencemm. hihi. (tingginya angan2)


baby saya bukan yang pakai kot itam itu okey. baby saya yg coklat itu. yang menawan kalbu itu. (pic from google)


okeylahhh nak dinner. beboiii =)

Friday, October 14, 2011

wani bila nak kawen?

Assalammualaikum.


aku ni malas bebeno update belog kan. busy lah. (pura2 busy)kih3. pagi tadi aku keluar minum dengan opismate. menu hari ini ialah koytiyau goreng dan teh ais. hihi. pagi2 makan berat kan. tak perrrr. sebab aku tak lunch. kih3.


pastu pakcik kedai makan tu tanya aku.

pakcik: wani bila nak kawen? tak de boyfrend ke?

saya: uhuk3. (pura2 batuk). mude lagi lah pakcik. tak pikir kawen pun. (tipu sunat). boyfrend pon tak der.

pakcik: yelaa tu tak der pakwe. lawa2 macam ni mesti ade pakwe kan. peminat mesti ramai kan.

saya: (vangga kejap sebab kene puji lawa, dalam hati...pakcik ni rabun ke?) tak de la pakcik. kawan2 tu ade la. susah nak cari lelaki sekarang ni. jantan je banyak. hahahaha. (bantai gelak kaw2 dengan kroni)

pakcik: tak pe laa. wani muda lagi. pelan2 cari.

saya: @&%$&%$#^% (aku tak tak susah hati pun. dia yang gelut susah hati aku tak de boyfrend) hihihi. betul2. saya mengundi pon tak layak lagi pakcik. hahaha.


pakcik kedai makan ni memang ramah bebeno. dulu tak tahu name aku. sesuke hati panggil aku syarifah. @%$%#. tau la muka aku arabic2 gitewww. hahaha. larikkkkkkkkkk. =p

Wednesday, October 12, 2011

sedehhhhh.

assalammualaikum.


hari ini makan gaji buta. sebab duduk dekat opis hanya study. tak buat kerja pun. sebab kerja tak ada. okeiii berbalik kepada tajuk entri. kih3. =p

sedehhhhh. sedehhhh. best la sebut. kih3.

nah!!! terimalah muka perempuan sedehhhh sedehhhh sedehhh. haha. kembangnya hidung. kah3. oke lahh baii. tak tahu nak cerita apa nihh. sebab sedehhhh. sedehhhh. kah3.

12 hari lagi. take note tau. muahahaha

assalammualaikum. kih3. (gedik gila kot gelak macam tu. bagi salam pun perlu ke gelak?) heeee.


okeyyy lagi 12 hari ialah besday aku. TAKE NOTE!!!! semua. muahahaha. jangan lupa wish. bagi hadiah juga jangan lupa. hahaha. berikut merupakan list hadiah yang aku nak. hahaha (gila)


1) hand bag tali panjang (emak kene bagi)
2) jubah hitam gojes (emak kene bagi)
3) pefume body shop- aku lupa nama pefume tu. (my sis kene bagi. hahaha)
4) bunga matahari (sape2 pon boleh bagi. haha)
5) sport rim baru.
6) skirt pesona aii
7) coklat dove


hahahaha. cukup2 la tu ehh. melampau nak banyak2. kih3. =p sume hadiah tu aku tipu jer. tak bagi pun tak per. wish pon aku dah suke sangat. hihi. =)


kenapa bila umur 21 tahun orang cakap dapat kunci kebebasan ehh? aku tak paham. ngeeee. =p


semalam cakap dekat mak.

saya: mak....akak bosan lah.

emak: cari la boifrend.

saya: erkkk!!! (buat muka comel) hadiah besday akak nak hadiah boifrend boleh? hahahaha (gelak ngilai2)

emak: cari sendiri. pilihan mak kan salunya tah hape2. kome yang cakap kan.

saya: hahahahaha. (tak habes gelak lagi) tak nak carikkk. laki suke main2 kan akak jer. (ehh statement ape ni? )


ehh okeyy lahh baiiii. kang bocor rahsia. maklumlahhh aii kan ramai stalker. muahahahaha.

Saturday, October 8, 2011

bajet 2012. hihi

semalam chat dengan kawan. kih3.




kawan: wehhh, syok la ko. gaji naek. dapat bonus lagik tu. banjer aku. chunky loaded pon jadi laa. haha.

saya: ehhh mane ko tahu? aku tak tahu pon. (pura2 tak tahu)

kawan: bla la ko. wakluuu(tiru ayat ko). kedekkk ko ni.

saya: ehh betul ke ni? alahaii gembiranya rasa hati. hihihi. nanti aku banjer ko okeyyy. hihi. alhamdulillah. syukrann syukrann.

kawan: weii ko nak buat ape dengan duit bonus ko?

saya: aku nak modify kete lah. tuka rim baru. pasang spoiler. pastu kasi power ciket lagi. bagi lajuu. hihi. aku rasa nk pasang reverse camera la. then nak pasang skirting depan and belakang kete aku. phewww. cun kete aku derr. persona kini lebih sempurna. hahaha.

kawan: wakluuuuuuu. banyak gila bonus ko!!! ni kene banjer aku makan dekat hotel dah ni. tak layan chunky loaded.

saya: bape bonus aku sebanrnyer ni?

kawan: sengal lahhh mu ni. sebenarnyer aku pon tak tau. hahahahaha.

saya: errrrrrr. ko lagi la sengal. grrrrrrr. terberangan dah aku tadi tau. sobs3.



kesimpulannya. kalau banyak duit memang saya mahu modify kereta saya yang hensem itu. kih3. Proton PERSONA kini lebih sempurna. kih3 =) *tagline dia comel kan kan kan. *tiba2 puji kereta sendiri. yelaaa saya sentap tau asik kene kutuk/perli dengan emak saya tau. tahulah kete dia vaa vaaa vroommmm. wekkk. mane mampu beli kete import. suruh sponsor tak mau. kih3. okeii baiii. sayang peconaaa. kah3. T_T

kalau kita suka mesti kita happy kan kan kan.

kalau orang yang kita suka dok call kita. mesej kita. mesti kita happy bukan. walaupun mesej hanya cakap hai. kih3. cuba kalau orang yang kita tak suka. mesej beribu ribu lemen kali pon tak heran. kih3.


semalam fizow omar mesej aii cakap lebiyuuu. kih3. larikkkkkkkk. itupun kalau korang nak cayer lah. kih3. okerr baiii. =p


tak sabar nak pergi holiday. kih3. =p *wing wing wing

Friday, October 7, 2011

bajet 2012. korang puas hati tak?

hihi. bajet 2012. korang puas hati tak? hmm aku? tah laa. dengar2 dapat bonus lagi. gaji naek ehhh? so puas hati lah. kih3. =p okeii baiii.


p/s: ekceli aku tak dengar pun bajet 2012 tu. tahu pun sebab my hencemm deddii bagitahu. kih3. okeiii baiii. tabung kawen meningkat. kah3.

Saturday, October 1, 2011

ASSALAMMUALAIKUM KAWAN2. =)


meh baca ni.


Orang yang faham cintanya adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT, akan melihat masa hadapannya jauh. Dia akan lihat bahawa dia akan jadi suami/isteri kepada orang lain, dia akan jadi ayah/ibu kepada anak-anak, dia akan jadi ketua/pembantu keluarga, dan di akhirat kelak mereka akan menjadi yang dipertanggungjawabkan atas apa yang terjadi dalam keluarga mereka. Di sinilah yang membezakan mereka yang serius bercinta untuk redha Allah, dengan mereka yang bercinta main-main.


oke dah baca? terima kasih sudi baca. RENUNGKAN. =) luv you guys =)


p/s dr.love: jangan main dengan cinta. ehh cinta tu apa? jeng3. oke baii. kih3.


Friday, September 30, 2011

misteri baby tudung ijau.

assalammualaikum~~~


semalam mimpi baby tudung ijau. sebab asik tengok muka baby tudung ijau. comelnya. hmm comelnya. =) (tengok hari2 dengan harapan muka comel camni. kih4)

comelnya comelnya comelnya. rasa nak cium2. pastu bungkus2 simpan dalam almari. jangan bagi sape2 tengok. (idea gila kan) =p okelahhh baii. kih3. macam comel gelak kih3. macam gadis pemalu. sesuai lahh dengan diri ini yang sememangnya pemalu. kih3. (geli baca ayat sendiri. kih3)


okelah baii. nak verangan ade anak sendiri laa. kih3. =p

Thursday, September 29, 2011

pangkah kenari merah. marahh nihh. grrrrrrr.

tadi kan. ehh3. lupa nak bagi salam. Assalammualaikum kawan2.


haa pagi tadi kan. saya bangun lewat. apehal tah dengan saya ni. asik bangun lewat jerr. grrrr. demm demm. kalau opiss tu bapak kau punya boleh laa sesuka hati kau nak masuk pukul berapa. (ehh saya sedang marah diri sendiri ke?) okey lupakan isu bangun lambat.


semasa saya sedang dalam perjalanan ke tempat kerja saya yang jauh itu. biasa lahh kalau dah lambat mesti laa drive kete laju kemaen kan. ingat jalan raya bapak kau punya ke? (marah diri sendiri lagi. hurmmm) tak de laju sangat. 90km/j je. laju lahh bagi saya. huhu. (90km/j kalau korang percaya laa. huhu)


kereta kenari merah berada di depan saya. mak aihh. dah la slowww ya amatt. duduk pulak lane kanan. (marah ni) dalam hati mau jerr saya kasi lampu atas. tak pun hon-hon jerr. tapi mana boleh buat begitu. kita kan ada adab dan sopan. sabar jelahh. tiba2 kenari merah brek mengejutttttttt. demm demmm demmm. ni dah tak tahan dah ni. saya maki2 kenari merah. maki sorang2 jela. =p bila dia brek emergency, saya pun turut brek emergency. botol air yang saya letak dekat tengah2 antara box and gear hampir tercampak ke depan. nasib baik tangan cepat sambar.


kemudian, kenari merah belok kanan. dah la tak bagi signal. sengettttt punya kenari merah. tiba2 kereta saya tak boleh jalan. tekan minyak bunyi ngauman. vrommmmm vrommm. ehh lebih kurang camtu la bunyinya. (cuak gila masa ni. dalam hati dup dap dup dap) apa hal kete nih. grrrrr. rupa2nya. jeng3. gear telah berubah daripada "D" ke "N". patut la tak bergerak. silakee nyerrr kenari merah. dah la nyaris2 nak tercium bontot kamu. sebab kamu jugak saya cuak tahu. wekkk. nak salahkan kenari merah jugakkkk.


okelahh baiii.

Monday, September 26, 2011

apa2 pon boleh.

hari ini saya sangat busy. dekat office banyak sangat kerja. ilikeeeeee.

semalam 25 september 2011 besday adek saya yang ke 18. hepi besday adik cik wani. semoga panjang umur dan murah rezeki. semoga berjaya dunia akhirat. (oke stop. tak reti da nak wish apa)

saya sangat runsing. sebab jerawat dekat muka dah menimbun. vco catalyst tu tak berkesan pada saya mungkin. huhu. (abess la lingkup sapa buat bisness vco) jujurnya saya dah beli 3 kotak. tapi masihhhhhh. hurmmmmmm. oke mungkin kena amalkan lagi. *sigh

esok ada open house baek punya. mahu makan banyak2. *sighh

ehh korang jangan lupa tengok movie jhonny english reborn. 4 star saya kasi. sangat best. hahaha. okelahh baiii. hihi.

Friday, September 23, 2011

ekekekeke. steewarders air asia vs pekerja the store.

assalammualaikum. selamat malam kawan2.

hari ini sangat penat. sebab asik memandu sesajer. letih tahu letih. okeiii kita teruskan segmen gosip2 kita pada malam ini. hihi. tadi dapat mesej daripada kawan baek. mesej beliau begini. hihi.

"aku tengok uniform stewarderss air asia ni dah macam cashier hypermarket the store je weh. haha. bezanya skirt dengan seluar jer. hahahaha"


dapat je mesej terus membayangkan. ahaa la. betul jugak. hahaha. kawan saya tu tengah hot dengan stewarderss air asia la tu. tu sebab carik point nak kutuk. hahaha.

credit pic to google. hihi. okelah baiii.

Thursday, September 22, 2011

selamat hari raya. hihi =p

Assalammualaikum. hihi.

selamat hari raya kepada diri sendir. clap clap clap. hihi.

alhamdulillah telah setel berpuasa enam. hihi. ilikeeeeee. =)


semalam lepas berbuka terus senyum sampai telinga. (ssampai ke?) hihi.

sekian laporan daripada saya cik wani. nak pergi beraya. (wakluu) hihi.


sabtu ni mau hepi hepi. pergi enjoyyy tengok muvie. hihi. okeii baiii kawan2. =)

Saturday, September 17, 2011

tips untuk tampak selim dalam gambar. hehe

Assalammualaikum. hihi. ape nak jadi dengan aku ni. makin hari makin malas update belog. kalau aku cuti. belog pon cuti. kalau ak tak cuti pon belog tettap bercuti.


oke mari teruskan dengan tips. hihi. untuk tampak selim dan gojes dalam gambar. walaupun anda tak segojes mana. haha. (berkata2 dekat diri sendiri)

1) mula2 berdiri depan cermin yang agak besar. kalau lagi besar daripada badan anda lagi bagus.

2) berdiri dekat dengan cermin okeyy.

3) amek henfon canggih masing2. kemudian bawak ke atas. maksud saya camera tu tinggi kan. tak paham ehhh. lantak kau lah. tak reti aku nak terang panjang2. haha.

haaa macam ni. minah ni bukan selim pon. dalam cermin je selim. wakaka. berat pon tak idea lagi tuh. lantak kau lahh cik wani oii. orang suruh diet. ko belasah makan banyak2. huhu.
see selim bukan??? wakaka cuba teka berapa berat aku? haha. sape teka batul aku bagi ipad satu. haha.
ni nak bajet pinggang ramping cam kerengga la tuh. haha. wakluuu. padahal. hahaha
muka bahagia sebab selim dalam gambar pon jadilah. haha. okelah nak sambung melantak keropok bika. baiii. semga tips ni membantu korang untuk tampak selim dalam gambar. tettttttt. hahaha

Thursday, September 15, 2011

pedihnya mata~~~

assalammualaikum.


baiklah hari ini merupakan hari ke-4 berpuasa ganti. hari ini paling mencabar. rasa seperti nak demam. rasa mood sumerr pergi kelaut. opiss dah macam peti ais. sangat sejuk. =(


semalam tidur pukul 1.30 pagi. lepas tu bangun pukul 5 pagi untuk bersahur. lepas tu tak tidur balik. sokaln matematik. berapa jam aku tidur? pheww


lepas tu aku yang mereng2 pagi tadi pegi pakai lens expired. amekkauu. pediss mata tahu. sampai sekarang pediss lagi. laju2 cabut lens daripada anak mata. wuuuwuu


duduk dekat opis menahan mengantuk dan sejuk yang teramat sangat. kepala penin. dah mula selsema. (nanti dah berbuka puasa okey la tu. hihi)









motif gambar? yerr memang nak tayang muka. nampak tak muka aii? oke baii. doakan saya cepat sembuh yaa. =)

Wednesday, September 14, 2011

nurse hati =)

assalammualaikum.

rindu awak lah nurse hati. kan best kalau awak dekat. wuuuwuu. oke baii. =)

Tuesday, September 13, 2011

saya masuk zoo free. =)

assalammualaikum.


hari sabtu yang lepas pergi zoo. hihi. aku suka pergi zoo sebab dapat tengok binatang gojes-gojes. ilikeeeeeee. lepas tu kalau pergi aku malas nak jalan. nak naek mini tren.(dasar pemalas) dan yang paling aku suka. masuk free. haha


untung kawan dengan staff zoo nih. dah lahh masuk free. makan pon ade belanja lagi. haha. pheww. kau ade? tak de kan.

makan GCB jer. tu pon dah sendat perut aku. yummyyy. dapnyer...macih Kak atul. sebab amek orang dekat rumah. lepas tu siap hanto balik. kan best kalau ade pakwe yang best camni. hahaha. upss. kak atul ni kawan mase aku kursus induksi hari tu. dia ni kaki berjalan. salu ajak aku merayap. yang best tu. tiap kali dia ajak merayap, mesti dia yang amek aku kat rumah. hihi. aku sukaaa.
gemuk kan. gambar ni tipu. aku tak segemuk ini. wekk =p
ni dekat hujung2 zoo. haha.
mase atas mini tren. aku ade buat video tau. niat dihati nak jadi macam travel guide. tapi aku termalu sendiri. haha. awwwww.
okelah baii. aku busy ni. saje riliss tensen update2 belog. hihi.

Monday, September 12, 2011

ini bukan aku la. lalala

assalammualaikum. hai kawan2. saya baru lepas berbuka puasa. erpppp. kenyang. hihi. setel dah sehari berpuasa. 5 hari lagi. hihi.


oke saya persembahkan gadis comel abad ini. pheww. (silah lah gelak besar. memang nak bagi korang gelak pon) T_T

aku sendiri tak paham cane muka boleh jadi begini. agaknya betul kata emak. aku dah tembam. tapi aku rasa. aku memang tembam lah dari baby lagi. (salahkan emak sebab bagi nenen banyak sangat. haha)


ini gambar pagi tadi. hihi. sangat mengantuk sampai tak larat nk buka mata.


oke aku dah sangat malu dah ni. oke baiii.


p/s: jerawat dekat dagu tak kelihatan. sebab pakai kamera cikai. jerawat2 abes tertimbus. oke ni baii betul2.

saya suka isnin. kamu suka tak? saya tahu kamu mesti tak suka kan kan kan.

assalammualaikum.

mesti hari ini mood kawan2 sume bermalas-malasan. kan kan kan. kalau lepas bercutian memang begitu. hihi.

saya mengalami mood yang sama. kebetulan pula. hari ini sangat lah banyak kerja atas meja. keje yang pakai sistem internet sangat sakit hati. bila sistem down. kita pon down jugak. daripada niat dihati nak mensetelkan keje cepat-cepat. tertangguh pula sebab sistem tak boleh bukak. grrrrr. bertangguh lagi kerja. wuuuwuu. so mood sekarang ialah mengadu domba dekat belog. wuuwuu.


pagi tadi pergi kerja mendrive kete dalam keadaan yang amattt mengantuk. pheww. sampai bukak tingkap. bagi dengar2 bunyi angin. ni asik nak terlelap je. grrrr. demm demm. aii tak kawen lagi tau. wuuwuu


hari ini juga i sudaa bermula untuk berpuasa ganti dan berpuasa enam. hihi. semangat2. bangun sahur tahu. makan nasi lagi tu. dan yang paling sadiss. emak tegur dah tembam. grrrr. tapi pipi memang tak mahu kurus lah. haha. (ayat kaberr. padahal memang badan dah naek)


okelah baii.

Saturday, September 10, 2011

suwitt tau.

tadi pergi beraya rumah kawan dekat Taiping. lepas tu pinjam toilet sat. lepastu pergi ruang tamu balik nak sambung makan kui raya. tiba-tiba ada pasangan suami isteri. pangkat atok nenek kot. tak pon makcik pakcik. so aku pon salam dan beri senyuman paling manis. senyuman yang boleh buat menantu. haha. mereka pon beraya rumah kawan aku tu juga. lepas tu kan...jeng3


nenek: awak, kite nak beraye rumah kak som depan tu pulak.
atok: awak ni tunggu la kite. kite tak habis minum lagi ni.

dalam hati aku. mak aihhh. suwitt nyer. dah tua2 pon suwitt tau. kau ade??? tak de kan. aku pon tak de. haha.

nenek: awak dah2 la minum tu. mai cepat.
atok: yela2. awak ni tak sabaq2.

dalam hati. phewwwww. comelnya. tetiba sebak. rindu dekat arwah tok.

okey paham tak ape yang cuba aku sampaikan? dah tua pon suwitt tau. korang jangan lah time kapel je suwit. kalau dah kawin pon suwitlah jugak dengan pasangan masing2. comel tau tengok suwit2 camtu. orang sekeliling mesti jeles. hehe =) (aku la tu) hehe

oke lah baiii =)



Tuesday, September 6, 2011

ciri2 lelaki yang bongok. tak boleh buat laki.

hihi=)

1) kaki ngayat lebih. dah dapat keluar perangai setanirojim.
- ini jenis laki yang tak bagus wat laki. ayat je lebih. pastu bila ngayat, bukan dia maksudkkan pon. lepas dah dapat mula lah keluar perangai bongok dia. contoh: iloveyousayang. muah3. ayat ni pi cakap dekat ramai perempuan. hell. murahan okeyy. betapa murahnya nilai sayang pada dia.

2) kaki penipu dan tak jujur
- contoh: i tak smoke la sayang. bila dah kenal. phewww bekepul2 asap. kalah kete api tanah melayu zaman dulu. aku suka bagi contoh smoke. sebab laki memang suke menipu bab2 smoke ni. pastu menipu suke kiterr jer. padahal ramai perempuan laen lagi. bongok gila.

3) kaki miang dan gatal merenyam
- belum apa2 dah mintak pegang tangan. mintak kiss. mintak peluk. mesej pon lucah2. tanya soklan sentitip dekat perempuan. tanya saiz bra contohnya. soklan tu tak payah tanya la. tak malu ke haa?

4) kaki kontrol
-belum apa2 dah kontrol. nanti dah kawen abes lah. ni tak boleh tu tak boleh. kalau halang benda yang baek tu bagus lah. ni nak keluar dengan meber perempuan pergi library pon tak boleh. pergi dating dengan ko kat taman tasik boleh pulak.

5) kaki kene bagi report setiap masa
- ni lagi satu. siket2 kene call/mesej. bagitahu tengah buat apa, kat mana, dengan sape, berapa orang. kalau tengah borak dengan member. borak pasal ape. sume benda nak kene report. siket2 dah arr kan. ni keturunan kuat jeles. jeles bio berpada yer.

6) kaki pukul
- gadoh siket nak naek tangan. melampo. dayuss dayuss. huhu. laki spatutnyer melindudngi perempuan. bukan menyakiti tahu. grrrr


7) kaki kikis
-ingat perempuan je tau kikis pe? laki lagi terer kot. booooo dekat laki kikis duit perempuan.


8) kaki perempuan
- ngayat ramai perempuan. ingat hot ke hoii? tak hot okey. ingat yer. jangan sesekali maen2 kan perasaan orang. tak kira la laki ke perempuan. sekali ko buat camni. one day ko pasti terkena balik. sekarang cash okeyy.


9) kaki tak p semayang jumaat/tak solat/puasa.
- cane nak bimbing orang kalau diri sendiri hanco. haihh.

akan bersambung kalau rajin. haha. kalau pakwe korang de ciri2 ini. tinggalkan. hahaha. nway manusia boleh berubah bukan. doakan mereka berubah. bukan kondem orang. aku cukup meluat dengan lelaki buat entri kutuk2 perempuan cam hape jer. manusia tu tak perfect. event perempuan tu terok gila sekali pon. doakan dia berubah. tegur cara baik. bukannya ko pi tambah dosa ko dengan kutuk dia. maki-maki hamun.


p/s: saya insan biasa. kalau saya ade silap dan salah. sila tegur cara baek oke. sekian terima kasih. entri ni dibuat sebab aku geram dengan laki bajet hot sangat. padahal. oke baii.

fahrin hot bukan? oke tata

Laporan penuh RAYA KETIGA =)

Assalammualaikum. hihi. hyeeeee


oke raya ketiga tiada gambar. sebab dah penat bergambar raya pertama dan kedua. raya ketiga dah hilang feel nak beraya.


raya ketiga tak beraya kemana. hanya duduk rumah dari pagi sampai petang. sampai saya rasa sangat fedapp. haha. tensii tahu tensii. duduk rumah kene masak. ekceli nak pergi beraya dengan kawan2. tapi saya menunggu kawan saya mereply mesej saya daripada pagi sampai petang. tak balas2. ingat hot ke heh?? haha (marah ni)


saya tunggu kawan kursus saya datang sebab nak kirim kompaun paking kete dekat IPOH jer. bukan nak beraya dengan dia pon. boleh pulak wat dekk tak balas mesej aku. haha. aku marah tapi aku gelak. itu normal. sebab nak sedapkan hati. hihi.


haa raya ketiga tolong2 kakak saya masak bihun tom yam. senang je. campak2 je. huhu.


kesimpulannya raya ketiga tak best. tunggu di rumah dengan penuh keemoan. huhu.


oke baii =p

Monday, September 5, 2011

Laporan penuh RAYA KEDUA =)

Assalammualaikum. hihi terrajin lak hari isnin. terupdate dua entri. hihi =)

okeyy saya nak cerita tentang raya kedua saya.

raya kedua saya beraya di Kedah. traffic pada raya kedua tak jem stoberi sangat. jem siket2 saje. bertolak awal pagi. hihi =) tema beraya pada hari raya kedua ialah kalerr hitam. dah macam nak berkabung aku tengok. tapi nice nice nice ;)

siyes kurus kan. haha. postur badan kene betul mase nak snap gambar. lepas tu amek side tepi. lepas tu piss. kompem kau nampak kurus. kalau dari depan kembang. haha. =) saya sangat teruja tengok diri kurus dalam gambar terus tukar display pic dekat facebook. haha.
nak tayang headband baru. 1sti time pakai. best. tak rasa kosong sangat tudung. tudung lebih kemas. headband mahal. RM 9.00. haihh.
ini semasa on da way ke sungai petani kedah. rumah adik abah saya. sepupu saya daripada yaman balik malaysia. so mau berjumpaan sebentar. =) sepupu saya macam fauziah gouz dalam tahajud cinta. nice. ;) gambar tiada. sebab dia nak bergerak pulang ke rumah mertua dia pula.
ini my suwittt dedii. bawak kete tak penah nak slow. haihh.
ini my emak cayang. mula2 duduk depan. lepas tu tuka dengan adik. nak duduk belakang. sebab nak gedik2 snap gambar juga. haha
oke abaikan perempuan bam2 kat depan sekali tu yer. hihi
macam adek beradik kan kami. hihi

raya kedua sangat best juga. bahagia je rasa. Alhamdulillah. =)


oke baii =)

Laporan penuh RAYA PERTAMA =)

Assalammualaikum. hai kawan2. =)

masih dalam mood raya seperti saya? hihi good. =)


okeyy. lets story mori pasal raya pertama. =)


saya beraya di Kuala kangsar. di rumah family sendiri jer. tak de balik2 kampung. kampung saya pon dekat kuala kangsar dengan ipoh jer. tak balik pon sebab dah tak der sape. sobss sobss. raya pertama agak meriah. sebab 2 family mak sedare saya beraya di rumah saya. mereka tidak pulang ke rumah mertua mereka. hihi


warna tema raya pada kali ini ialah biru. saya rasa tahun ni ramai yang baju rayanya kalerr biru la. ramai yang tema biru. sape same dengan saya? give me 5. hihi okeyy cerita panjang2 pon bosan kan. mari tengok gambar raya saya. hihi skandle2 saya pon ramai baju rayanya kalerr biru. wakaka. (statement ape ni haa?) hihi

ini family kecil saya. saya bersama emak dan abah tersuwitt dan tersayang saya. tak lupa juga kakak dan adik tercantik dan termachuss saya. hihi

agenda raya seperti biasa. saya tak pergi solat raya. (teruk bukan?) bangun lambat sebab malam tu bersembang dengan mak sedara. gosip2. hihi abah saya balik Ipoh dulu pagi rayanya. pergi ziarah kubur arwah tok saya. saya tak pernah pergi pon kubur arwah tok saya. sobs sobs.


kemudian ade sisi bergambar. gambar gedik2 sakan sume ade. gambar poyo2 tidak dilupa. hihi. lepas abah saya pulang daripada kubur baru laa ada sesi bermaafan bagai. okeyy. saya salam sambil kiss pipi pakai mulut tahu. suwitt kan saya? hihi (mulut ke pipi)
ini emak dan abah saya. baru lepas sesi salam2 manja. awwwwww
saya tahu gambar ni saya penah masuk sebelum ni. tapi nak masuk lagi. saya nak bagitahu ni. haha. tahun 2009 baju raya saya ialah muat2 badan dengan saiz 40. bam2 bukan? bam2 bagi saya sebab saya masih anak dara yang berusia 19 tahun ketika itu. haha pada tahun lepas iaitu 2010 baju raya bersaiz 38. dah tahun 2011. baju yang muat2 badan saya ialah saiz 36. pheww. kejayaan besar buat diri ini. hahaha sebelum ni kain tak muat okey saiz 36. agaknya bila berpuasa ni bontot mengecik kot. hahahaha


tapi tak de la kurus mana pon. juzz dah muat baju saiz 36 jela. haha. masa bulan puasa kan mood frust. sekarang dah senang hati. mau bam2 balik. wuuuwuuu okeyy next.
ini kakak saya. tahun depan nak kawen dah. tak boleh nak ngorat dah. hahaha (mamtik aku kalau die bace)
ini saya bersama mak jang dan kakak saya. mak jang saya memang suke melaram. sangat lawak orangnya. memang tak meriah kalau dia tak de. haha
saya bersama adek tinggi saya. phewwwwwwww
sesi bermaafan. adek saya kene buli. kalau tak kiss tak dapat duit raya. haha. seronok kot jadi adek saya. kakak2 dah kerje. dapat duit raya banyak wooo. wuuwuwuwu
ololololo suwitnyerr kan. tetiba rasa macam emak2. grrrr...
emuuahh emuahhh....
haa yang belakang tu mak teh saya. adek kepada emak saya.
baju hitam ialah sepupu saya. baru form 4. anak mak jang saya. =)
ini kazen2 saya. anak mak teh saya.
mereka adek badek. tapi muka tak sama kan. haha
ini abah saya baru pulang daripada ipoh. selepas melawat kubur arwah tok saya. lapo beno ropenyer. haha
oke pic last. bersama emak tersayang. =)

raya tahun ini sangat best. sangat bahagia. hihi. saye keluar beraya pada pukul 11.00 pagi. dan kembali ke rumah pada pukul 7.00 petang/malam. haha. dah macam budak kecik kan. tak pe la. bila lagi kan. nanti dah kawen tak merasa dah.


nak tiru ayat fasha sandha. beza raya dulu dengan raya sekarang. dulu dapat banyak duit raya. sekarang banyak keluar duit raya. haha. tapi kan. saya dapat la juge duit raya. tak de la tak dapat langsung kan. hihi.


okey lahh. laporana raya kedua akan menyusul nanti yaa...selamat beraya sakan eaa. =)