MR. NUFF =)

Monday, May 25, 2015

Demam

assalammualaikum

yer saya demam. nihaa nak citer. Jumaat lepas saya jatuh terlentang dalam bilik air. hahahaha. (gelak la sikit. nasib baik tak matikkk tahu. sakit gilerrr bontot. tangan pun lebam. abes pecah aquarium. demam tekejut jatuh dalam toilet. sedehhhh. sampaiii sekarang tak okey lagi pinggang. haihh. tak baik ngeluhh. tarik balik ngeluhh wani oiii.

al kisahnya, toilet dekat dalam bilik husband saya licin yarabiiiii. saya memang tak boleh nak kawal kestabilan badan lalu terlentang jatuh macam nangka wangi.

nihaaa lagi satu. minggu depan saya dah final. yahuuuu. tak sabar nak final. kemudian sem baru. kemudian cuti sem. kihkihkih. syorgaa tahu cuti sem itu. gembiranya hari. yahuuuu. penat tau berulang KL setiap minggu. sian abah saya asik nak kene hantar dekat KTM Ipoh. malam-malam buta nak kene amik. Yelaa nak harapkan husband pun dia jauh. sobss sobss. ='( love you abah. kadang-kadang menitis jugak air mata tau. bila tengok abah tunggu dekat KTM. sian abah. tunggu anak dia malam-malam buta. paling kagum tak pernah lambat amik saya. tak pernah pun saya yang menunggu. sobss sobss. aduhh tengah type ni pun menitik ayaq mataa. love you abah dunia akhirat. lelaki kesayangan saya. =')

okey laa. air mata dah banyak turun. nanti demam makin teruk. baik kiter stop dulu. nanti kiter sambung citer lain pulak.

note: jimi ko jangan nak perli sangatt. aku panggg satgi.

nurkilan,
Maswani AR