MR. NUFF =)

Thursday, December 18, 2014

Honeymoon at Krabi (day 2)

assalammualaikum.

baiklah kite sambung entry honeymoon. okey hari kedua memang kami pilih nak buat aktiviti pantai. ini yang paling dinantikan. hihihi. 

jadi lepas kami breakfast ada yang akan pick up kami dekat hotel. ehh kami stay dekat sunda resort. pool side view. kihkihkih. dekat sini tak perlu risau pasal makan. 100% halal. boleh dengar azan daripada bilik. dekat dengan masjid pun. okey makan la kami pagi tu kenyang2. sat lagi nak berjalan kan. cuaca baik oagi tu. panas je. dalam hati bersyukur sangat. yelaa time tu kalU ikutkan musim hujan. 

sampai je tepi pantai guide tu kasi stiker then dia cakap. u boat number 14. so sementara tunggu boat datang kemain selfie bagai. abang tolong snap jap. abang sayang pun tak nak kalah. snap gambar abang pulak. mihmihmih ( gelak tutup mulut)

yeii boat pun sampai. kemain ramai orang putih. ada la dua pasangan kot daripada Malaysia. diorang pun baru kawen. so mula2 pegi bamboo island. bila sampai pulau ni boleh laa nak mandi ke nak snap pic bagaii ke kan.  
ini pic gegedikksss . hihihihi. 

sementara tunggu orang amik kami nak kepulau kita welfie doluuu. spek mata tu gigih beli baru sebab tertinggal dekat rumah. hahahaha. 


kami tak naik bot ni ye. kihkihkih.



yaAllah cantik sangat. tak terucap dengan keindahan alam. cantik nya YaAllah. air jernih macam cermin. betul la orang kata. kalau stress pergi la bercuti. pergi lihat keindahan alam. memang tenang sangat rasa tengok keindahan alam. tapi tenang ko tu tak lama wani oiii. okeyy nak tau apa dia. teruskan baca okey. hahahaha. 


okey ini pic lompat dekat bamboo island. kemain laki iolzzz. dalam2 tak suke snap pic. tak reti laa ape laa. die yang over. hehehe.

ololololorrrr homeiiiiii sangatt (hahahahaha)



baju renang muslimah super murah. nak beli pm saya. hahahahaha

acehhhh. ni percubaan pertama. blurr sikit. baru nak buat lagi. masa dah tamat. naik bot pergi maya island. yarabiii maya island tersangat superb. 

okey ini dekat maya island. yaAllah cantik sangat. ehhh pulau ni ke yang guide tu kata leonardo belakon tu. lupe dah. okey ni cun kan. hehe.


selatutnya kat dalam tu boleh je kayak. tapi tak pegi pun sebab ada banyak kelawar katanyaaa. pastu kami singgah pulau mende tah. untuk lunch. macam2 jenis makanan ada. halalal yup. macam2 menu. pastu lepas makan boleh mandi lagi. saya idoklaaa nak mandi. panas okeyyy. hitam nanti. saya tak gelap sangat. husband sy nampak la tebakornyer. hahahaha. 

acaraaa yang dinantikan jengjengjeng. snorkel. acara ni tak paksa kita untuk turun. tapi ko gilaaa tak turun. dah bayorrrr kot. rugi laa tak turun. ko tak pandai berenang pun ko bantaiii je turun. ada life jaket kan. nak takut apa kan. huhuhuhu. tapi memula saya turun cuak gak. hahahaha. siuttt tul life jaket. dia tak buat badan saya balance. mula2 turun saya macam diatarik2 ke dasar lautan. acehhhh. hahahahaha. pastu bergolek2. susah nak stablekan badan. pastu baru la okey sikit. pastu baru la macam pro. laju je swim. yelaa ada life jaket laju la kan. kalau tak de, kedasarlah engko mawani oiii.

aumm aummmm. hehehe


best giler snorkel. tapi sayangnyaaaa. kejap sangat. sebab dah hujan. sedehhhh. pastu diorang panggil naik atas bot cepat. sebab bahaya. kami kan ditengah lautan. pastu naik la atas bot. tudiaaa suami saya yang takut dilautan. tarik2 saya masa kat laut. hahahaha. 

okey sambung citer pasal hujan. langit tak selalunya cerah. so langit dah gelap. masa tu dah petang sikit tau. mula2 rintik je. bot laju sangatttttt. pastu hujan semakin lebat. ko banyangkan, ko tengok laut putih je. mula2 tak de ketaqqq sangat. saje jela usha belakang dekat part enjin bot tu kan. perghhhhhh lautan bergelora. kami macam melambung2. masa tu tuhan jela tahu perasaan. dalam bot sume panik. sume menunjukkan wajah risau. daripada yang poyo tak pakai life jaket sume pakai. sume kene duduk tak boleh berdiri. bot pulak tetiba mati enjin dah kenapaaa. sebab ombak kuat sangat. bot tak boleh lawan ombak kot. so dia cam biar je ombak membantai bot. ketaqqq okey dalam hot. dok pikir mak abah. hahahaha. pastu hujan mana nak benti. hujan je. bot pun gerak slow2 balik. haa lupa nak bagitau. bot kami ni ada singgah pulau yang ada hotel tu je. pulau orang kaya untuk pick up. means diorang tak stay ao nang. lepas diorang turun nak meneruskan perjalanan tu lagi memang satu penyiksaan. hahahaha. takut weiiii. sampai pikir mh370 la. tsunami la. hihihi. 

alhamdulillah sampai juga akhirnya di Ao Nang. legaa sangatt. pastu balik ada pick up hotel hantar.  




3 gambar di atas ni sepatutnya duduk di atas lagi. tapi tulaaa. salah setting gambar. layan jelaa yekkk. hehehehe.

sampai je hotel terus terjun kolam. mandi pelok2. hahahaha. seperti kolam itu kami yang punya. alaa kolam banyak. tapi ni depan bilik kami. hehehe. 
lepas mandi kolam. mandi dalam bilik pulak. pastu rest. ready nak dinner. lepas dinner pegi merayap dekat pekan Ao Nang beli sebenierr untuk family dan kawan2. berbekalkan duit yang tak berapa nak adorrr. hehehe. itu sahaja aktiviti day tu yang indah dan seram.

kesimpulannya disisni kalau plan nak ke krabi cek cuaca dolu okeyyy. nasib baik kami pergi tu petang baru hujan. so manis sekejap cuak di petang. hahahaha. 

sekian terima kasih.

Honeymoon at Krabi Thailand (day 1)

assalammualaikum. hihihi. jadi kita kembali ke segmen hanimun pula ye. hihihi. 

baiklah, lepas kenduri belah suami saya kami decide berehat dulu esoknya. lusanya baru pegi hanimun. gilaa ko nak pegi hanimun esoknya. banyak benda tak setel lagi. tapi hanimun ni dah plan lama dah. penin nak decide pegi mana. hehe. pegi dekat2 sudah. duit banyak abis dekat kenduri pun. so pei tempat yang tak banyak keluar duit. 

saya sebulat suara memilih krabi. walaupun masa tu diorang kata Thailand bergolak la apa laa. bagi saya nak mati dekat mana pun boleh mati. ayat nak sedapkan hati. hahahaha. 

tiket flight bli awal2. pastu saya sengal pergi amek agent daripada Malaysia. sebab saya pencuak. tak reti bila sampai negera orang. so biaqq pi la mahal pun. tapi uolzz yang cerdik bijak pandai ni. tak perlu kot pakai khidmat agent. walk in sendiri je beb. sebab senang yarabiii. saya sume complete. sampai sana orang amik. segala aktiviti dah diatur. makan pun tak yah pikir. sume dah dibooking siap. hanimun pakej la senang citer. macihh emak sayang. sebab sponsor. hihihi. 
ini masa dekat KLIA 2. saya first time sampai. besaqqqq gilaaa. penat sangat jalan. 

masa saya book tiket memng tak berhajat amek baggage pun. pastu penin pasal cecair la ape la. yelaa kite mestila banyak benda cecair macam pencuci muka, pefume dll nak bawak kan. sekarang dah tau. ko boleh hangkutt bawak any liquid. yang pastinya setiap bekas maximum 100ml. bekas ok bekas. tak kisah laa bekas ko 200ml tapi dah guna banyak tinggal secoet sekalipun tetap akan dibuang. 

noted dekat sini ialah. if datang 4 jam awal boleh amek baggage lagi. rm 44. kalau tak merana la engko bayar memahal. tapi kami hari tu. masa pergi tak de amik baggage pun. beg ringan je. masa balik je amik. tu pun kalau ikutkan if pandai setting bag tak payah amik baggage pun tak pe. 

pastu naik la flight. kejap je pun. sejam lebih je. pilot lalu jalan highway. kihkihkih. dah sampai. yeiiiii. sawadikappp. kemain senang masuk Thailand. sampai2 tak de scan ape dah. cop pasport boleh terus vlahhh. pastu check in hotel. yeiiiii.

masa ni baru sampai. tu penat sangat leteww. buat apa tah la penat sangat tu. huhuhu. dalam pakej kami ada rawatan spa sekali. kami decide pegi petang tu juga. sebab hari seterusnya kami is busy. so leklek jap. snap2 gambar. buat video sikit. post kat fb bagaii. hahahaha. terus keluar jalan2 dekat pekan ao nang. beli sarung hp boleh masuk air tu je. beli seluar pendek suami saya dan seluar ali baba untuk saya. pastu pergi la spa.

dekat krabi kemain ramai orang putih. orang krabi ada la secoett. hahaha. pastu 7eleven pun melambak. ehhh nama spa saya pergi tu. Bossabakorn Spa. cantik sangat spa. dekorasi, bau, layanan  saya kasi 10 bintang. sampai je diorang hidang air. pastu suruh kami pilih aroma terapi. so sume wangi. bantaii jela yang mana pun. bilik saya dan husband tepisah sebab yang urut dia ialah boboi. 

sebelum tu kaki kasi cucii. manjerrr sangat iolzz rasa masa ni. hahahahaha. 


weiiii kemain bestttt. lembut sangat dia urut. sedap gilerrr. sampai terlena laaa. hihihi. puas sangattt. rasa nak pegi lagi. lepas je urut rasa ringan je badan. kepala rasa ringan. bestttttt weiiii. lepas tu rasa lapo. hahahahaha.

ceiiii diorang ni macam paham je kan situasi perut kami. hahahaha. biskut jem pun rasa sangat lazat pada ketika itu. tu jasmin tea. dont worry saya amik pakej islamic. hahahaha. okey kami pun say bye bye kat diorang. diorang hantar kami balik ke hotel. 

kami nak ready dinner pulok. hihihi.


ecehhh dinner sangat. kemain romentik laki iolzz. gedikk makan suap2 la. wakakakakaa. makan pun macam kebulur sebab laporr kenn. 

makan biasa je. so nak nampak spesel diorang bubuh la lilin. hahahahaha. 



ohhh ini spa tadi. 

nanti sembang lain okey. nak pegi keje. byeee. 

Thursday, December 11, 2014

Di hari PERSANDINGANKU (husband side) (16 November 2014)

assalammualaikum. hihi. rajinnya saya kan meng update entry. sebelum memori tercalar teruk baik kita update. sebab lepas ni akan mula membusy. 

baiklah. kenduri di seelah suami saya pada 16/11/2014. hari ahad. sebab diorang buat gotong royong. sedappppp yarabiii makanan. hihihi. rindu lauk kenduri sendiri. yummyyy. okeyy belah suami buat simple je. pelamin pun deco sendiri. kemainn kretif adik ipaqqq saya. hahahaha. daripada tak de pelamin boleh ade la pulak. hahahaha. 

jadi malam sebelum kenduri ada tahlil sikit. pastu ada tadarus. pastu baru laa ramai2 pasang pelamin. hehe. meriahhh. macam kenduri belah saya dekat rumah tak de ape sangat. malam lepas kenduri je ade la majlis bukak hadiah. simple jela. unplaned pun. 

gambar ni ade pun sebab saya terpilir. snap jela. nanti boleh masuk kat belog. nak snap pun malu sangat. yelaa menantu kene la malu2 kan. baru feeling menantu tu lebih. mihmihmih. saya rasa saya bukan menantu kesayangan kot. sebab saya ni dah kenapa tak reti bawak diri. hahahaha. okey je sembang dengan keluarga mertua. cumaa ehh entah laa. dah kenapa tak retiii. nak sembang lebih2 macam tak reti. maybe sebab baru kot. sat gi kalau over mau kene kutukk. tak pasal. baik kiter buat biasa. hehehe. keluarga mertua bestt sangat. layan saya dengan baik walaupun diorang malu2 dengan saya. hahahaha. 
kerjasama. bantu membantu, bergurau senda. ehhh syiokkkk. 



taraaaa. ini pengantin tergojes. tema tiru farah brepp brepp. menjadi la jugak kan. hahahaha. mekap cantikkk kan. kening macam sin chan. nak tergelak tengok muka. hahaha. 





yeiii my family. sara tu dah kenapa. mak ngah rotan baru tau. amboiii diaa. boleh masa kenduri dia tak nak dekat saya. agaknya terguga tengok kecomelan makngah dia. mihmihmih (gelak tutup mulut)







outdoor dekat Proton City. alhamdulillah hujan kejap je. lima belas minit gitu. lepas tu stop. sambung shoot balik. haaa shoot lompat segala mak nenek suma adaa. hahahaha. 

okey entry kawen habis dah. nanti nak sambung entry honeymoon pulak. hehehe. :)
 
alhamdulillah selamat dan selesai semuanya. 

Wednesday, December 10, 2014

Di hari PERSANDINGANKU (8 November 2014)

assalammualaikum. mihmihmih. tengah ader mood ni kiter type jela ye.

hari persandingan di sebelah saya pada 8 November 2014. husband side next week nya. so majlis saya berlangsung dekat Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar. alaa nak citer banyak pun gambar sikit. tak best laaa. nanti kalau dah dah gambar saya citer banyak2 okey. okey tema segala mak nenek colour sume saya yang pilih. tarikh nikah dan kawen pun saya pilih. well iolzz gila kuasa. hahahaha. 

macam ni. husband saya jenis baik hati. turutkan sahaja. asalkan baik. dan opkosss la kene bincang dulu. mihmihmih ( tutup mulut) tarikh nikah kawen saya pilih sebab nyaa. saya nak masa saya kawen saya freeeeeee. saya tak payah nak pikir study. so saya pilih masa cuti sem. saya sedeh sangat. saya nak tarikh on my besday. tapi dewan dah ada orang lain booking lagi awal. so saya redha jela. belum sampai jodoh maybe. so saya booked la dewan tarikh 8/11/2014. dan nikah saya memang nak sangat hari jumaat. husband ada mintak nak hari yang sama. saya berkeras tak nak. sebabnya rushing. uolzz tak kan rasa indahnya nikah bila resepsi pada hari yang sama. hahahaha. poyooo kennn. rugilaa beli/sewa baju nikah lelawa tapi kita dok pakai satttt je. so kene gedik2 snap pic banyak2. bolek leklek luuu. majlis esok tak la kelam kabuttt. hihihi.

ok meh layan pic yang sikittt ni.
weeeeeeee.saya bersama bridesmaid saya yang jelitaaa jelitassss. tema diorang pun saya yang pilih. kain diorang pun saya yang beli. kahkahkahkah. aku kawen so korang kene ikut idea aku. hahahahaha. tak sabar nak tunggu korag kawen pulak. diorang kawan the best saya. walaupun umur tak sama tapi kami geng sehatiiii berdansaaa. ehhhh. ini kawan utm saya. sama2 study. 

ehhh husband tersayangggg. kisss sikittt abangggg. wakakakaka. 


ini kawan sekolah teknik yang havocccc. tunggu lama juga diorang ni. hihihihihi. dah mengandung dah raihan. harap2 saya akan cepat follow raihan. hihi. ameen. semua tadah tangan cepat doakan saya. hihihi. 

dayangkuuuu sayanggg. muahhhhh. 

sume adeeee. kecuali pengapittt. kahkahkahkahkah. (gelak besar sambil tepuk perut)


taraaaa haii pengapit. hahahahahaha. nyampah iolzzz. pengapit yang melebehh. sepak kang baru tau. hihihihi. 

tapi best tau kawen. saya sampai dewan awal. sebelum pukul satu dah sampai dewan. bunyi kompangg. jalan sloww2 kontrol cun baikkkk punya. tak sabo nak tengok pic kontrol cun. pheww kamera sana sini dok snap pic kita. feeling retisss kejap. hahahaha. pastu bridesmaid saya iring dekat depan. weiiiii gila suwitttttt. hihihihi. pastu naik atas pelamin. hehehe. saya suke kerusi kawen duduk bersama. aummmm. 

pastu sesi beersanding. tak de renjis pun. datang naik dan salam je. pastu welfieeeee. kemudian kami turun makan. weiii lapooo tau tak. pengapit laki makan over. tak cover langsung. saya makan sikit je. yelaaa asik bergambar jer. hilang selera makan. ibarat ko nak makan asik kene kacau. orang ni datang orang tu datang nak salam nak tangkap gambar. so kita happyyyy je layan sume yang datang walaupun lapar. tengok ramai kenalan yang hadir tu pun dah sangat happy dan dapat menutup perut yang lapar tu. masa makan ada tayangan slide. hehehe. havoccc kan majlis iolzz. macam retisss. tapi slide biase jeeee. ayu buat. hehehe. tapi saya suke. suwitttt. tq ayu. pastu sesi potong kek suap2 kek. 
pastu bergambar lagiiiii. masa saya kawen tu hujan. tak pela hujan rezeki. happy je hujan. baru best. hihihi. tapi nak outdoor la susah. 
ni pun outdoor masa hujan dah redaaa sikit. jam 6 petang ni tau doppp. penat tu jangan kiraa laa. tak terkira kepenatan itu. penattt sangattt. dengan kepala pening. tapi happy. sebab boleh husband picitkan kepala. aummm. hehehe. bukan selalu kan. kawen memang la penat. 





akhir kata terima kasih sangat kepada semua yang hadir ke majlis saya. maaf di atas segala kekurangan. terima kasih kasi hadiah. doakan perkahwinan kami hingga ke syurga dan doakan kami cepat timang cahaya mata ye. syukran kawen tak buat loan. buat setakat yang termampu. nak gempak boleh. duit pun gempak ye. senang citer saya kawen tak de pun sponsor. siyes ni. atas bahu sendiri. jangan membazir keterlaluan. biase2 sudah. janji kawen kan. hehehe. 

sekian wassalam. :)