MR. NUFF =)

Thursday, November 17, 2016

Ikhtiar hamil

Assalammualaikum....

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mesti mengimpikan zuriat yang soleh dan solehah kan. Macam tu juga saya. Di awal perkahwinan saya diuji dengan husband tinggal berasingan. Setahun lebih juga laa stay asing. Jumpa weekend je. Tu pun sebab kelas weekend. Yaaa saya tahu, ok la jumpa juga weekend kan. Ada pasangan yang diuji lagi hebat. Sebulan sekali jumpa malah bertahun sekali. Saya respek anda yang diuji sedemikian. Bukan mudah yaa nak lalui hari2 sepatutnya husband and wife tinggal sekali tapi stay asing kan.

Isu stay asing ni juga selalu jadi modal gaduh kami laki bini. Kahkahkahkah. Bini desperate nak stay sekali. Weiii duduk asing ko tak kan rasaaa macam life kawen. Okey lain orang lain pendapat. Ini pendapat peribadi saya. Kikikiki.

Entri sebelum ni saya ada citer pasal hormon bercelaru kan. Sebelum kawen period normal. Lepas kawen period gila. Gila means asik period je. Orang nak bilang hari subur. Tapi period yang datang. Kahkahkahkah.

Okey saya senaraikan usaha untuk hamil saya yaaa.

1. OPK
Opk ni macam upt laa. Tp upt guna untuk cek pregnant ke tidok. Tapi opk guna untuk tau ko subur ke tidok. Yelaaa duduk asing kann.  Pastu kalau ada yang minat nak try opk ni pegi cari seller kat instagram ke fb ke. Murahhhh. Singgit satu. Jangan la dok beli dekat watson ke guardian ke. Mahaiiiii weiiii. Benda ko kene test opk tu banyak kali. Tapi tak berjaya pun guna opk ni. Sampai la saya fedup.

2. Jumpe pakar
Hehehe. Masa ni google tau dokter perempuan. Lagi selesa doktor perempuan. Nasib baik saya ni suka bertanya. Opismate laaa cadang jumpe dokter dekat pantai putri ipoh. Murah dan best. So bermulalah sesi consultant bersama pakar. Memula doktor scan rahim. Rahim awak okey. Tak de cyst. Kedudukan okey. Awak ni hormon tak stable ni. Getik la dengar hormon tak stable je. Pastu kan saya cakap la saya nak pregnant dokter. Dah setahun saya kawen. Alaa baru setahun dokter tu kata. Sabo jelaa. Pastu ada laa dia cadangkan makan ubat itu ini. Tak menjadi pun. Antaranya duphaston, ovimin. Endingnya dia suruh makan pil perancang weiiii nak stablekan hormon. Dia suruh. Betulkan period. Saya pernah kot merasa masuk pebende tah kat bawah tu. Macam Kamera kot. Untuk cek telur. Doktor kata,  telur awak banyak tapi tak matang. Sobsss sobsss. Pastu kan sedih sangatttt. Dengar la kata dokter makan pil perancang. Tiga bulan kot. Dah laaa kene on time. Sakit hati kite. Nak set jam bagaiii. Lecehhh tul pil perancang. Tapi yang best period terus okeyyyyy. Cycle 28 hati terus. Gembira rasa hati. Kompiden je senang pregnant ni nanti. Sebab google kata lpas makan pil perancang senang pregnant. Kahkahkah. Lepas tiga bulan datang jumpa doktor. Tau tak doktor kata apa. Haaa baguslaa period sume dah ok. Kita try naturally ok. Masa tu macam ek elleh doktor ni. Yelaaa yelaaa.  Petus harapan dah. Nak fokus study. Malas kawan dokter. Sobsss.

3. Susu khalish
Okeyyy dalam masa yang sama saya ikhtiar dengan minum susu khalish. Susu kambing. Saya agent tau. Kalau nak order contact saya okey. 0186612410. Sempat iklannnn ko. Wakakakaka. Okeyyy tapi tak delaaa minum sekotak terus pregnant. Tapi saya je minum. Husband saya anti susu. Jenuh laa paksaa. Dok kata sedap macam milo. Tapi dia dah tahu susu tak kannn punya nak minum.

4. Buah zuriat
Yang ni dapat hadiah daripada kawan kelas. Ayah dia pegi mekah. Saya kirim doakan saya je. Tak sangka kawan saya kasi sebiji buah zuriat. Orang dah kasi kan. Why not try kan. Yang ni kami suami isteri minum.

5. Check up suami
Haaaaaa sape kata wife je kene cekk. Suami pun tak payah la ego sangat. Cek la sama. Bukan susah pun. Counting sperm je. Pompuan ni yang lecehhh. Tiub laa telur laa. Haihh macam2. Alhamdulillah husband saya normal.buat dekat LPPKN.  Murahhh. Rm 25 je.

Rasanya itu je usaha saya kot. Yang lain2 hanya doa dan berserah kepada Allah. Yakin dengan Allah. Allah tahu bila masa yang sesuai nak kasi zuriat dekat kita.

Saya sangat memahami perasaan bila belum dikurniakan rezeki anak tu. Pedihh sangat hati. Pecayalah Allah uji kita sebab Allah tahu kita mampu. Sokongan orang sekeliling sangat penting. Terutama suami dan keluarga. Kawan2 tolong jangan downkan mereka yang sedang diuji ni. Jangan la tanya soalan yang boleh buat hati orang terguris. Cakap berlapik okey.

Jangan berhenti berusaha, teruskan berusaha,  yakin dengan Allah.

UPT POSITIF =)


Assalammualaikum....since dah lama tak update blog, tetiba update pasal upt positif. saje nak mengabadikan kenangan terindah ni di blog kesayangan untuk tatapan sendirian berhad. 

saya nikah 7 november 2014, sejak daripada date tu memang sangat menantikan double line upt. saya seperti wanita normal biasa menantikan khabar gembira itu. Yaaa penantian itu satu penyiksaan. okey kawan-kawan korang yang kawen selepas korang ramai dah pregnant ko tak pregnant lagi. sentap okey. sobss. padahal benda tu rezeki masing-masing la kan. alahh biasa laa tu berperasaan begitu. 

usaha??? macam-macam okey. tak pe nanti saya share part usaha pulak. ni nak citer moment upt positif je. 

okey, saya tak jangka pun pregnant sebenarnya. banyak kali saya rasa macam pregnant. tapi bila cek je negetif. nyampah nak cek. sobss. yang mengalami je faham situasi satu line manjangg. 

okey nak dijadikan citer, lepas kawen memang saya mengalami masalah hormon bercelaru. maybe faktor keje dan belajar yang sangat stress. lepas tu gaya hidup pun tah hape-hape. makan ikut sukati dan macam-macam lagi la faktor dia kan. 

okey nak jadi citer saya ada aktiviti petang-petang main badminton. kakak saya ni salu tanya. dah delay period ke? dah delay period ke? (menyebok sangat tau). pastu jawab jelaa. aah dah delay punn. 10 hari. tapi masih tak berperasaan. still dok main badminton. sampai laa kakak saya dok marah. buatnya pregnant cane. saya pun macam hmmm yelaa tuuu. 

esoknya.....terjaga jam 5.00 pagi. kat rumah memang banyak upt. well, saya kan nak sangat pregnant. upt memang bersepah kat rumah. hehe. tak de la bersepah.tapi ada la banyak. hahahahahaha. pastu nak terkencing. tergerak hati nak test. salunya malas. tak pun kalau plan nak test mesti akan citer dekat husband dulu. ni malas nak cite. test je. untuk kepastian kan. sebab dok aktif sangat bersukan kan.

 taraaaaaaaaaa.............. inilah upt positif pertama saya setelah setahun lapan bulan kawen. sobssssss sobssss. ketaqqqqq tangannn weiiii. masa test tu plan nya nak tinggal je upt tu kt toilet. nanti-nanti la tengok kan. sekali tak dan nak tinggaiii. zupppppppp laju je double line ni keluar. bibir ketaqqq....tangan ketaqqq.....jantung dupp dappp dupp dappp.... mata berkaca-kaca. kahkahkahkah. overrr gilaa. tak tergambar perasaan tu. tapi sumpah rindu feeling tu.

dalam kepala masa tu ingat tak mo bangitau husband dulu. tapiiiiiii ko tauu tak feeling tu feeling tuuuu. aduhhh tak tahannnn. terus kejut diaaa. abanggg tengok ni tengokk ni. dia dok mamaii-mamaii. ape maksud ni??? pastu sengih-sengih. poyo okeyy. bukannya tak pahammmm. syukur alhamdulillah.

lepas tu terus wassap kakak saya bagitau berita happy ni. hehehehe.
tapi mana puas hati test satu upt jekannn. test banyak-banyak lagi. tapi lain-lain hari laa. untuk kepastian katakannnn. syukur sume double line yang clear. tu clear blue ke berapa entah tu bru tulis 'pregnant'.hehehe. 

lepas tu decide dengan husband nak pegi check up untuk pengesahan la kononnya dekat hospital. so sebelum pegi test upt lagi. jakun gilaa weiiiii. kahkahkahkah. so decide pegi hospital pantai putri. jumpe dokter kesayangan. 

time ni baru 6w. dokter kata, itu kantung awak. syukur kantung dalam rahim. tapi tak nampak baby laa. heartbit pun tak de lagi. ko tau tak cane perasaan saya masa tu. meraung dijiwaa. pastu dokter kata, datang lagi dua minggu. awak pregnant, tapi belum nampak lagi. baru 6w kan. kecik lagi. 

penantian dua minggu tu satu penyiksaan ko tauuuu. dalam otak macam-macam dok pikir. tapi masa tu dah redha dah. kalau ada rezeki tak kemana.

syukur alhamdulillah.....8w pegi check up tengok tuuuu......dah nampak baby. baby develop dengan baik. masa scan tu, dokter cakap alhamdulillah. tu baby awak. dia zoom then saya dapat tengok heartbit. masa ni sayu sangat. terharu sangat. syukur alhamdulillah....

now dah 5m dah saya. harap baik-baik je kandungan ni. ameen. sekian sahaja story upt positif saya. nanti saya update pasal usaha pula. tak tau la bila waktu dan ketika itu. hehehe.