Assalammualaikum....
banyak kali dah nak type entri tentang pengalaman bersalin ni. tapi asik tergendala je.
Alhamdulillah saya dah selamat bersalin tanggal 25/03/2017 yang lalu. syukur segalanya dah selamat. Pengalaman yang tak boleh lupa sampai bila-bila. okey meh saya nak story pengalaman bersalin saya.
Pengalaman Bersalin: Due sebenar saya ialah 14/04/2017. ini ikut date last period tu. tapi bila scan due dokter tetapkan 7/04/2017. Masuk je 37w ada scan dekat KKIA. Dokter dah pesan baby awak dah kebawah ni. berat baby dah 3kg. jaga makan yaa. anak sulung ni. Nanti dah bersalin inform KKIA ye. Dua hari lepas jumpa dokter saya warded terus.
Kisahnya begini. Masuk je 36w saya pindah ke rumah mak. Ala rumah mak saya dalam 5 minit je daripada rumah saya. setaman je pun. Pindah sebab saya pantang nanti pun kat rumah mak. Lagipun suami saya weekend memang pergi KL (Class). Baru berapa hari je pindah tau saya dah turun tanda.
22/03/2017 : malam macam biasa lah kan. saya tido. masa hujung2 nak bersalin ni saya memang kerap sakit pinggang. husband tolong urut kejap lpas tu dia tido. tapi malam ni lain macam sikit. sakit dia datang je hilang datang je hilang. memang tak tido la malam tu. ngadu sakit dekat husband. dia kata jangan layan sangat sakit tu. kahkahkahkah. geram je iolzz. ingat boleh ke sakit tak layan-layan. pastu tak tahan. bangun dan jalan-jalan dalam bilik dengan harapan sakit berkurangan. masa ni dah pukul 2.30 pagi. pastu tak hilang jugak. masuk toilet lak. saje rasa kat bawah tu. ade lendir campur darah. YaAllah masa ni tekejut yakmat. nak bersalin dah ke pun. Rasa macam tak ready pun ye. Dalam kepala dok pikir, ehh camane nak push nanti. tak retiiiiii......
keluar toilet bagitau husband ada lendir darah. dia tanya nak pergi hospital ke. (mata ke atas sangat tauuu) pastu turun bawah bagitau dekat mak. tiba-tiba rasa panas je mengalir dekat peha. ingat kan air ketuban. rupanya darahhhh. Lepas tu terus siap-siap barang pergi hospital. pastu terus masuk labour room. cek bukaan je pun. dah bukak 2cm. tiba2 dengar bilik sebelah dok jerit nak bersalin. sakitt sakitt. nurse dok kata teran je macam berak tu teran je. tadi nak berak kan. teran teran. masa ni rasa nak nangis. uwaaaa...takutttt weiii. tak mintak ampun lagi nii. Sebab baru 2cm je pastu saya dah turun darah banyak. kene lah warded. Kalau datang setakat sakit sikit2 mesti kene balik. sebab lambat lagi nak bukak 10cm tu. saya nihaa dua hari baru 10cm. kahkahkah.
bila duk ward kene kira pergerakan baby je. sikit2 nurse datang cek kita. cek perut. bila dokter round akan seluk bawah. tanya itu ini. 24/03/2017. pukul 11.00 malam. masa ni contraction kuat sangat. bukaan baru 4cm. sakittttt sangat. nangis2 saya tahan. masa nurse round nak cek saya tu. saya terus cakap saya tak tahan dah sakit ni. dia pegang perut dia kata contraction dah kerap. so suruh saya perpare baju baby sume. jap lagi diorg datang tolak saya masuk labour room. saya call husband suruh datang sebab pinggang macam nak patah. contraction is scaryyyyyyy dan sakit sangattt.....
haaa bayangkan laa saya layan contraction super sakit daripada pukul 11.00 malam sampai 5.30 pagi gitu. air ketuban saya dipecahkan lepas bukaan 6cm. Syukur sangat suami boleh masuk LB awal untuk urut pinggang saya dan kasi semangat dekat saya. bila dah full 10cm baby lak tak masuk laluan lagi. aduiii memang libang libu tahan sakit contraction tu. pastu saya pulak tak pandai push. asik tak betul je cara push. 20minit gak laa nak keluarkan kepala. sampai benjol kepala baby. sian anak mama. wuuwuuu. susah betul nak beranak weiii. bila dah ready nak push. contraction lak tak de. yelaa nak push kene sakit baru boleh. kahkahkahkah. dua kali ok kene gunting kat bawah tu. tak rasa apa pun gunting. sebab contraction tu lagi sakit gilaaa. lepas dah keluar kepala nak keluarkan bahu senang je. teran sikit terus keluar sume. yaAllah masa tu kan legaaaaaaaa. segala sakit hilang. macam tak percaya dah beranak masa tu. masa dok tahan sakit tu rasa macam nak operate pun ada. sebab tak larat dah nk push. tepat 5.30 pagi (25/03/2017) lahirlah puteri sulung mama papa. :*
lepas dah bersalin nurse nak jahit bawah tu. saya terus amik handfon wasap mak cakap dah bersalin. tengah kangkang ni dok main fon. jahit tak sakit. sakit lagi la contarction gilaa tu. jahit bius so tak de la rasa pape. hihihihi. lepas suami azankan baby nurse hantar baby ke saya untuk kasi susu. susah gak nak nenekan baby. hahahahahahahaha. masa tengak baby. tembamnyaa anak mama. hahahahaha.
pastu nurse bagitau berat baby 3.11kg. lpas tu diorang tolak masuk ward balik. masa ni tak sabar nak tunggu masa melawat. nak tunggu family sampai. hihihi. syukur Alhamdulillah.
inilah puteri hati saya dan suami. SURI EL NAYLA nama diberi. masa ni baby baru sehari. Papa look sangat. tak kisah lah. janji anak mama sihat.
ini gambar mintak simpati masa mama nak tindik telinga dia. hahahahaha. mama over nak. nak gaya kan anak je kejenye. iyee. suri 3 bulan dan tindik.
Alhamdulillah. kali ni kami raya bertiga. syukur diberi nikmat ini. saya harap anda semua diberi nikmat ini juga. Ameen.
love: mama suri