MR. NUFF =)

Friday, April 11, 2014

kehadapan my fiance.... entry throwback. #qweday

assalammualaikum.

kehadapan tunang saya yang jelita. saje je panggil awak jelita. sebab dimata saya awak jelita. suara awak sedap. suka dengar suara awak. merdu sangat. suara saya je tak best. kalau nyanyi tempomlari yerr awak kata. 

pelik kan cara kita kenal. kenal dekat kursus je pun. tak tegur pun. yelaa saya ngaku memang saya ada tengok2 awak masa kusus. sebabnya awak paling hensem kot masa tu. yang lain sume tua2. hahaha. kiraaa jadilaa saya nak cuci mata. hehe. lepas tu nama awak paling pelik. tak dela pelik mana. cuma ejaan huruf 'Q'. 

masa awak add saya dekat fb kan. tanjatt sangat. saya tak lupa awak. sebab nama awak pelik. saya tengok pic awak dekat fb. saya gelak sorang2. saya cakap dalam hati....lawak tul mamat ni. suka selfie. hahahaha. pastu dalam hati saya berkata2. ehh hari tu nice. asal dah tak hensem. ohhh hari tu silap pandang kot. hahahaha. 

lepas kenal terus cakap suka kat saya. hahaha gelojoh tul awak kan. masa awak ngorat2 saya kan. saje jer saya test awak macam2. suruh awak buat itu ini. paksa2 awak. hahahaha. kejam sangat rasa masa tu. paling saya tak boleh lupa, saya suruh awak selfie buat pipi kembung mata bulat. hahahahahahahahaha. saya ingat awak tak buat. awak buat jugak. dalam hati masa tu. apesal laa dia dengar cakap aku. 

lepas tu awak ajak saya sambung study. memang saya nak sangat sambung study. bersungguh2 awak ajak saya sambung study. mula2 macam tak dapat jer. tah macam mana boleh dapat saya pun tak tau. hehe. lepas kita sambung study sama2 kita makin rapat kan. hihi. paling saya terharu awak sanggup hantar saya balik daripada kl ke kuala kangsar masa mak abah saya pergi umrah. tq awak. ayat ngayat awak masa tu ialah. " saya tak kisah, janji saya nampak awak sampai dengan selamat" 

awak baik sangat dengan saya. saya je suka tak faham awak. suka ngade2 dengan awak. sebab saya nak tengok sjauh mana awak tahan dengan ngada2 saya. hahahahahahaha. 

dulu masa nak masuk tahun baru. saya ada tanya awak. apa azam tahun baru. awak kata. " saya nak kawen dengan awak. nak memikat hati awak". masa tu saya gelak2. saya kata good luck. hahaha. 

tak sangka sangat awak betul2 siyes dengan saya kan. dulu muka saya teruk pun awak steady je keluar dengan saya. layan saya denga  baik. hmmmm sedihhhnyaaa. dulu masa muka saya buruk. hari2 nangis ngadu kat awak. :'( opismate saya cakap saya macam zombie. awak la pujuk saya. wuuwuuu. tak sangka sekarang awak tunang saya. macam majik jer bila ingat balik. 

kita kan tak couple. kita macam kawan baik jer. pastu dah bertunang. hehe. :) 

saya harap kita tabah lalui liku2 masa betunang ni. saya memang kuat melawan. memang degil. i am sorry. nanti saya ubah slow2 perangai buruk saya tu ya. hehehe. 

nanti saya sambung lagi entry untuk awak ya mr.Q. banyak lagi ni saya nak citer. hehe. nak citer depan awak saya malu. haha. betuah awak dapat tunang pemalu. hahahaha
iyaaa saya memang tembam. itu realiti. nasib baik tembam2 pun ada orang masuk minang. hahahaha. 

ini gambar standard untuk orang baru bertunang. kihkihkih. lantak la uolzz nak kata rugi beli emas putih. janji iolzzz sukaaa. huhu.


nurkilan,
Maswani AR