MR. NUFF =)

Tuesday, January 12, 2010

ibu...jawablah pertanyaanku wahai ibu........

Bu, adik cuma igin bertanya...rasanya...ibu tak kan mampu untuk menjawabnya....
ibu ingat 14 feb tak???
malam itu ibu ada janji temu
ibu jumpa jejaka itu
ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah ibu????

Dia puji dan puja ibu
dia rayu dan belai ibu
katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah ibu?

ibu terkhayal dgn pujukannya
ibu terbuai dalam bicaranya
ibu terlena oleh bisikannya

benarkah ibu???

ibu tidak kisah dia peluk ibu
ibu izin dia sentuh jasad ibu
ibu puas dapat buktikan kesetiaan ibu
macam dia kata....mahu bukti cinta daripada ibu

tapi..benarkah ibu???

masa berlalu,
hari ini selepas 9 bulan,
pohon yang ibu dan lelaki itu tanam telah membuahkan hasil
hari ini buah cinta kalian telah terzahir
hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir....

tapi..benarkah ibu???

kenapa dia tidak sama menyambut kami?
kemana dia telah pergi tidak azankan kami...
mengapa ibu pun benci kan kami
sedangkan inilah semaian cinta kalian

mengapa ibu???

tidak terasakah sakit dan perit
tak berbaktikah kasih dan sayang dan
tidak lagikah ibu berTuhan???

benarkah ibu???
benarkah begitu??

adik cuma nk tanye je bu....


p/s---> di pagi yg indah....hatiku terdetik ingin mmbaca emel yg bersepah die inbox.... byk gilerr.... then terbace stu emel nihh.... emel yg sgt mnyentuh jiwa dan raga.... seriuss diriku tertacing lalu air mate jatuhhh berjuraian.... sadisnyerrr.... apelah salah mreka smpai diperlakukan bgini.... mereka x brsalah pon.... =(