MR. NUFF =)

Tuesday, April 21, 2015

Holiday ke Pulau Redang

assalammualaikum. lama tak update kan. berbulan dah rasanya. rindu sangat dekat belog. ketika ini saya sedang terbaring kepenatan bekerja. makin terasa diri ini sudah tua. penat semacam haihhhh. okey kembali ke tajuk utama. yaaa. end march haritu saya berholiday ke pulau redang ganuuuu.

trip ni dirancang oleh kawan2 utm saya. sepatutnya ramai yang joint. sudahnya tinggal lima orang je. jadi la yee. reward untuk diri sendiri sebab dapat dekan. kikiki. 

baiklah. saya pergi opkosss naik flight. tah laa. saya ni tak berapa suka naik kereta berjam jam lamanya. perak ke ganu jauh weiii. lapan jam. so kiter naik flight jela ekk. baru sejam lebih. hehehe. okeyy flight di booking awal. time promo. hahaha. ni kan percutian budget. so sumenye kalau boleh murah2 dan besttt. 

flight tengah hari. pukul 12.00. sampai ganu dah pukul 1.30 camtu. so kami jalan2 dulu area pasar payang tu. ehhh kawan saya pick up kami kat airport. diorang memang dah stay dekat gambang before tu. bejalan2 la doluu sebelum naik feri ke redang pukul 3.00 petang. 


taraaa ini muka sebelum feriii gerak. kemainnn tak mo duduk bawah. nak duduk atas. kikikiki. sekaliii amekk kauuu. feriii punyaa lambung tahap dewa. daripada saya bukan pemabuk lautt terus mabukk terukk. terus muntahh weiii. maybe feri tak full kot. dasat sangat lambung dia. haihh. scaryyy. pastu laut pulak sangat bergelora bila dah petang. penyeksaannnnn. tak boleh tido pulak tu. dah la sejam setengah baru sampai. lima minit macam lima jam. kahkahkah. lakiii iolzzz pun mabukkk weii. terus turun bawah. tinggalnye bini dia kat atas. hampeh tuii. hihi.

okeyy. dimaklumkan. bila pegi redang ni. dia tak de jetty macam langkawi tu. kaki ko terus cecah simen ke bata ke dan lain2. redang ni kaki ko cecah air laut. kalau bernasib baik kaki ko cecah pasir. hahaha. so tak payah poyo nak heels bagai. kasut sport pun tak payah. pakai selipar sudahh. hehe. 

okey bila dah sampai redang, feri tak boleh nak stop kan uolzz dekat tepi pantai. so kena naik open  boat. boat nilaa akan bawa kita ke tempat penginapan. jadi boat tu bawa kita sampai tepi pantai. pastu sila turun. hahaha. pegi la cari sendiri dekat mana ko stay. macam2 adaa. berjaya beach resort la, redang lagoon beach resort dan lain2. kami stay kat redang lagoon chalet je. murahh2 je. janji best. hehe. 

inilaaa chaletnyaa. kehmainnnnnn lawaaaaa laut dekat redang ni weiiii. gerammmm teramatt tengok. teruss senyummm dan happyyy tak terkata sebab rasa tenang je. cantik sangat pemandangan. tak sabar nak mandi. ehhh kami sampai kan dah petang. so hi tea dolu. makan bubur dan cucur. pastu baru check in. okey la bilik dia. tapi tak de tv. toiletries pun tak dor. tak pe laa. memang dah bawa siap2. walaupun chalet, ada aircond okeyyy. hehe. 

so petang tu jugak kami mandi laut. tak saborrrr. hehehe. ombak dia besar weii. gulung2. cuak gak nak mandi. tapi saya mandi kejap je. laki iolzzz tak bagi mandi sebab ombak ganas katanya. sobss. so duduk la memerhatiii orang mandi. hehe. 


laki iolzz memang suke tayang goproxxxx dia. hahahahahahahahahahaha. opssss.

yeiiii malam tu bbq. makan la banyak mana nak makan. bakar sendiri la ye. pihak chalet dah perapkan. kita bakar sendiri. tapi ada la lagi menu lain. sotongggg diaaa weiii besaqqqq. yummyyyyyyyy sangat. aduhh dah terliurr ni. 

encik hubbyyyy ber bbq. hehe. tamatlah day 1 dekat redang. sambung pula esoknyaa.

Day two...............

day two ni banyak pegi snorkel je. ini yang dinantikan. yieehaaaaa. snap pic romentik2 dulu. hehe. sebenarnya banyak lagi aksi romentik yang saya idamkan nak snap kat sana. tapi laki saya kata. sayang jaga adab. ok baiiiii. majukkk majukkk. kahkahkahkah. 

okey lepas breakfast amek life jacket dengan gogel. sib baik gogel dah ada power. kalau tak sian la saya yang rabun ayam ni. sobss. (kumpul duit nak buat lasikkkk). pastu berkumpul. kita naik boat dan pergi marine park. boleh tahan lambung. aduiiii tensiii tuiii mabuk2 laut ni. stress dengan diri sendiri. saya mane ade mabuk2 before ni. ni mabuk sebab ada laki iolzz yang seksisss depan mata ni kot. hihi.  okey perjalanan tak lama. satt jaa dah sampai. pastu beach boy kasi talk sikit. then pergi la swim. lawaaaa baqqq anggg marine park. jemput la maiii sini cuti2 malaysia. 


selsai snorkel part 1. kita balik chalet balik dan lunch. pukul 2.30 petang sesi kedua pulak. time ni saya tak turun sebab alejik menggila. makan sotong tak ingat doniaa. hamekkkkkk. merah sume sumee. 

yang tak tahan tu kan. salunya orang mabuk laut duduk atas boat kan. ni laki iolzz turun bawah tengah snorkel pun boleh mabuk. kahkahkahkah. bini dia tukang gelak je. hahahaha. abes dah day 2. mqlam dinner dan boleh la nak jalan2. lepas abes snorkel pgi kedai beli asam. stock untuk naik feri esoknya. berkesan okey. hahahahaha. 

banjer satu pic snorkel. kikiki. 

bye bye redang lagoon. insyaAllah tak maii dah. kita p jelajah tempat lain pula ye. hehehehe. 

sekian story redang saya. best sangat. sangat relaxxxx. sangat indah. total belanja untuk semua. Rm 350.00 per net. itu pun ada lebih. jimat lagi baik. kenikmatan sama je. hehehe.