MR. NUFF =)

Wednesday, December 10, 2014

Di hari PERSANDINGANKU (8 November 2014)

assalammualaikum. mihmihmih. tengah ader mood ni kiter type jela ye.

hari persandingan di sebelah saya pada 8 November 2014. husband side next week nya. so majlis saya berlangsung dekat Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar. alaa nak citer banyak pun gambar sikit. tak best laaa. nanti kalau dah dah gambar saya citer banyak2 okey. okey tema segala mak nenek colour sume saya yang pilih. tarikh nikah dan kawen pun saya pilih. well iolzz gila kuasa. hahahaha. 

macam ni. husband saya jenis baik hati. turutkan sahaja. asalkan baik. dan opkosss la kene bincang dulu. mihmihmih ( tutup mulut) tarikh nikah kawen saya pilih sebab nyaa. saya nak masa saya kawen saya freeeeeee. saya tak payah nak pikir study. so saya pilih masa cuti sem. saya sedeh sangat. saya nak tarikh on my besday. tapi dewan dah ada orang lain booking lagi awal. so saya redha jela. belum sampai jodoh maybe. so saya booked la dewan tarikh 8/11/2014. dan nikah saya memang nak sangat hari jumaat. husband ada mintak nak hari yang sama. saya berkeras tak nak. sebabnya rushing. uolzz tak kan rasa indahnya nikah bila resepsi pada hari yang sama. hahahaha. poyooo kennn. rugilaa beli/sewa baju nikah lelawa tapi kita dok pakai satttt je. so kene gedik2 snap pic banyak2. bolek leklek luuu. majlis esok tak la kelam kabuttt. hihihi.

ok meh layan pic yang sikittt ni.
weeeeeeee.saya bersama bridesmaid saya yang jelitaaa jelitassss. tema diorang pun saya yang pilih. kain diorang pun saya yang beli. kahkahkahkah. aku kawen so korang kene ikut idea aku. hahahahaha. tak sabar nak tunggu korag kawen pulak. diorang kawan the best saya. walaupun umur tak sama tapi kami geng sehatiiii berdansaaa. ehhhh. ini kawan utm saya. sama2 study. 

ehhh husband tersayangggg. kisss sikittt abangggg. wakakakaka. 


ini kawan sekolah teknik yang havocccc. tunggu lama juga diorang ni. hihihihihi. dah mengandung dah raihan. harap2 saya akan cepat follow raihan. hihi. ameen. semua tadah tangan cepat doakan saya. hihihi. 

dayangkuuuu sayanggg. muahhhhh. 

sume adeeee. kecuali pengapittt. kahkahkahkahkah. (gelak besar sambil tepuk perut)


taraaaa haii pengapit. hahahahahaha. nyampah iolzzz. pengapit yang melebehh. sepak kang baru tau. hihihihi. 

tapi best tau kawen. saya sampai dewan awal. sebelum pukul satu dah sampai dewan. bunyi kompangg. jalan sloww2 kontrol cun baikkkk punya. tak sabo nak tengok pic kontrol cun. pheww kamera sana sini dok snap pic kita. feeling retisss kejap. hahahaha. pastu bridesmaid saya iring dekat depan. weiiiii gila suwitttttt. hihihihi. pastu naik atas pelamin. hehehe. saya suke kerusi kawen duduk bersama. aummmm. 

pastu sesi beersanding. tak de renjis pun. datang naik dan salam je. pastu welfieeeee. kemudian kami turun makan. weiii lapooo tau tak. pengapit laki makan over. tak cover langsung. saya makan sikit je. yelaaa asik bergambar jer. hilang selera makan. ibarat ko nak makan asik kene kacau. orang ni datang orang tu datang nak salam nak tangkap gambar. so kita happyyyy je layan sume yang datang walaupun lapar. tengok ramai kenalan yang hadir tu pun dah sangat happy dan dapat menutup perut yang lapar tu. masa makan ada tayangan slide. hehehe. havoccc kan majlis iolzz. macam retisss. tapi slide biase jeeee. ayu buat. hehehe. tapi saya suke. suwitttt. tq ayu. pastu sesi potong kek suap2 kek. 
pastu bergambar lagiiiii. masa saya kawen tu hujan. tak pela hujan rezeki. happy je hujan. baru best. hihihi. tapi nak outdoor la susah. 
ni pun outdoor masa hujan dah redaaa sikit. jam 6 petang ni tau doppp. penat tu jangan kiraa laa. tak terkira kepenatan itu. penattt sangattt. dengan kepala pening. tapi happy. sebab boleh husband picitkan kepala. aummm. hehehe. bukan selalu kan. kawen memang la penat. 





akhir kata terima kasih sangat kepada semua yang hadir ke majlis saya. maaf di atas segala kekurangan. terima kasih kasi hadiah. doakan perkahwinan kami hingga ke syurga dan doakan kami cepat timang cahaya mata ye. syukran kawen tak buat loan. buat setakat yang termampu. nak gempak boleh. duit pun gempak ye. senang citer saya kawen tak de pun sponsor. siyes ni. atas bahu sendiri. jangan membazir keterlaluan. biase2 sudah. janji kawen kan. hehehe. 

sekian wassalam. :)

Di hari PERNIKAHAN. (Jumaat, 7 November 2014)

assalammualaikum. hihi. nak imbas balik disaat diri ini diijabqabul. dah lama sangat citer terpendam di minda, memori tercalar sikit. sikit je okey. hihihi. sebenarnya lama dah nak update tapi ade je yang menghalang. jadi saya biar kasi free free dulu baru update.  baik lahhh nak mula citer ni. sume duduk diam2. baca je citer ni okey. hahahaha. bajetttt macam ade orang bace. tak pe lah. janji suami tercinta bace. 

baiklah tarikh pernikahan saya tertera di tajuk entry. 7/11/2014. ingat 7eleven ingat hari nikah saya okey. hihihi. jap nak ingat balik apa yang berlaku. haihh teruk betul tercalar memori niii. 

okey saya nikah di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar. dekat je dengan rumah. saya pilih masjid sebab lebih jimat. hahahahaha. tak de lah. mestilah lebih sweet kann. nikah di rumah Allah. disamping itu memang betul jimatnya. tak payah nak pelamin nikah sangat kan. mihmihmih. saya nikah lepas asar. hari nikah tu boleh saya sampai masjid dulu. wuuwuuu. macam saya je over nak nikah ni. husband saya lambatttt. dalam kepala dok pikir macam2. hahahaha. bongok betul pemikiran. boleh banyang macam dalam novel. tiba2 pengantin laki kata tak jadi kawen. mihmihmih. perasaan masa tu tak de la debor sangat. saya lebih berperasaan cepatlah setel. pastu rasa happyyy yeiii nak kahwin dah. hehehe.
okey meh layan pic sikit. pic sikit jela ye. sume pic ihsan daripada henfon tah sapa2. pastu ada la dua pic daripada photog. tu pun sebab dia tag dekat fb. hihihi. 
ini sebelum nikah. taraaaa. comeiii kan saya. mihmihmihmih. (gelak tutup mulut). saya suka sangat mekap nikah. sweet sangat saya rasa diri saya. kahkahkahkah. yelaaa muka iolzz jarang dimekap begituuu. 

tema nikah ialah cream peach. cantikkk kan mekap. kiter sukerr sangat. awak tak suke sukati awak. saya punya tahap sayang mekap ni kannn sampai ke malam tak cuci mekap ni. biarr jer. hehehehehe. 

yeiiii dah sah. aku terima nikahnyaa nama saya dengan mas kahwin dot dot. tak sarung pun rantai tu. kita main passing je okey. ehh itu husband saya. sian husband saya. baju dia x ikut cutting body dia. tak guna punya butik!!!! i marah ni.... tak pelaa. tak der rezeki nak cecantikkk. abang tetap hensemmm di mata saya. cehhhhhhh. (tutup mulut) 

muahhhh sayanggggg dieee. masa ni husband saya kata. siap sayang malam ni!!!! pastu saya kata siap kenapa? okey larikkkkkk. ehhh tak lawak kan. hahahaha. (gelak dalam hati) ehh korang pecaye ke? hehehe. 

malu giler time ni. tapi best. tak tau nak gambarkan perasaan masa ni. ada lelaki yang halal kiss kiter. syahdunyerr iolzzzz. abang nak kisss macam ni lagi boleh? hahaha. 

posing dengan mak abah. sobss sobsss. sedihhhhh. hahahahaha. drama sangattt. masa sign nangisss macam hapeee je. punyalah tak mooo nangisss. tapi nangis jugekkk. sabo jelahh. 

haaa ni kakak. anak sorang dahh. sajer mention anak sorang. hahahaha. jelita macam saya kan. hahahahahaha





saat yang paling syahdu dan tak kan dapat lupa sampai bila2 kecuali nyanyuk dan hilang ingatan. sedeh gilaaaaa. masa ni saya kene baca macam satu akad la menyatakan saya setuju kahwin dan izinkan abah saya bagi kadi yang nikahkan. abah sebak dan takut proses jadi lambat tu yang tok kadi yang nikahkan. ayat tersangkut tu kan....saya dengan ini memberi izin kepada wali saya Abdul Rahman bin Alias Khan untuk .................sobsss (juraiii ayaqqq mata) dah kenapa sedih sangat entahlaaa. tapi tok kadi tu lawak. adeke dia ingat saya tak nampak nak baca. pastu nak kasi pinjam sp dia. (urut dada japp) lastu dia nampak saya nangis dia paham. dia pun cakap baca slow2. gagahkan diri baca sambil teresak esak. aduiii tengah type ni pun sebak. sape yang menghayati bait2 ayat yang dilafazkan tu pasti sebak macam saya juga. ceiiiii. 

selesailah sudah majlis akad nikah saya pada hari tersebut. alhamdulillah husband saya power. satu kali lafazzzz. aummmm. kisss sikit abangg. hahahahaha. 

dulu kan uolzz. kemain susah nak panggil abang. dah kawen lancarrr k ain panggil abang. kihkihkihkih. 

okies nanti saya sambung entry majlis kahwen pula yer.