Assalammualaikum....since dah lama tak update blog, tetiba update pasal upt positif. saje nak mengabadikan kenangan terindah ni di blog kesayangan untuk tatapan sendirian berhad.
saya nikah 7 november 2014, sejak daripada date tu memang sangat menantikan double line upt. saya seperti wanita normal biasa menantikan khabar gembira itu. Yaaa penantian itu satu penyiksaan. okey kawan-kawan korang yang kawen selepas korang ramai dah pregnant ko tak pregnant lagi. sentap okey. sobss. padahal benda tu rezeki masing-masing la kan. alahh biasa laa tu berperasaan begitu.
usaha??? macam-macam okey. tak pe nanti saya share part usaha pulak. ni nak citer moment upt positif je.
okey, saya tak jangka pun pregnant sebenarnya. banyak kali saya rasa macam pregnant. tapi bila cek je negetif. nyampah nak cek. sobss. yang mengalami je faham situasi satu line manjangg.
okey nak dijadikan citer, lepas kawen memang saya mengalami masalah hormon bercelaru. maybe faktor keje dan belajar yang sangat stress. lepas tu gaya hidup pun tah hape-hape. makan ikut sukati dan macam-macam lagi la faktor dia kan.
okey nak jadi citer saya ada aktiviti petang-petang main badminton. kakak saya ni salu tanya. dah delay period ke? dah delay period ke? (menyebok sangat tau). pastu jawab jelaa. aah dah delay punn. 10 hari. tapi masih tak berperasaan. still dok main badminton. sampai laa kakak saya dok marah. buatnya pregnant cane. saya pun macam hmmm yelaa tuuu.
esoknya.....terjaga jam 5.00 pagi. kat rumah memang banyak upt. well, saya kan nak sangat pregnant. upt memang bersepah kat rumah. hehe. tak de la bersepah.tapi ada la banyak. hahahahahaha. pastu nak terkencing. tergerak hati nak test. salunya malas. tak pun kalau plan nak test mesti akan citer dekat husband dulu. ni malas nak cite. test je. untuk kepastian kan. sebab dok aktif sangat bersukan kan.
dalam kepala masa tu ingat tak mo bangitau husband dulu. tapiiiiiii ko tauu tak feeling tu feeling tuuuu. aduhhh tak tahannnn. terus kejut diaaa. abanggg tengok ni tengokk ni. dia dok mamaii-mamaii. ape maksud ni??? pastu sengih-sengih. poyo okeyy. bukannya tak pahammmm. syukur alhamdulillah.
lepas tu terus wassap kakak saya bagitau berita happy ni. hehehehe.
tapi mana puas hati test satu upt jekannn. test banyak-banyak lagi. tapi lain-lain hari laa. untuk kepastian katakannnn. syukur sume double line yang clear. tu clear blue ke berapa entah tu bru tulis 'pregnant'.hehehe.
lepas tu decide dengan husband nak pegi check up untuk pengesahan la kononnya dekat hospital. so sebelum pegi test upt lagi. jakun gilaa weiiiii. kahkahkahkah. so decide pegi hospital pantai putri. jumpe dokter kesayangan.
time ni baru 6w. dokter kata, itu kantung awak. syukur kantung dalam rahim. tapi tak nampak baby laa. heartbit pun tak de lagi. ko tau tak cane perasaan saya masa tu. meraung dijiwaa. pastu dokter kata, datang lagi dua minggu. awak pregnant, tapi belum nampak lagi. baru 6w kan. kecik lagi.
penantian dua minggu tu satu penyiksaan ko tauuuu. dalam otak macam-macam dok pikir. tapi masa tu dah redha dah. kalau ada rezeki tak kemana.
syukur alhamdulillah.....8w pegi check up tengok tuuuu......dah nampak baby. baby develop dengan baik. masa scan tu, dokter cakap alhamdulillah. tu baby awak. dia zoom then saya dapat tengok heartbit. masa ni sayu sangat. terharu sangat. syukur alhamdulillah....
now dah 5m dah saya. harap baik-baik je kandungan ni. ameen. sekian sahaja story upt positif saya. nanti saya update pasal usaha pula. tak tau la bila waktu dan ketika itu. hehehe.
No comments:
Post a Comment