MR. NUFF =)

Thursday, December 18, 2014

Honeymoon at Krabi (day 2)

assalammualaikum.

baiklah kite sambung entry honeymoon. okey hari kedua memang kami pilih nak buat aktiviti pantai. ini yang paling dinantikan. hihihi. 

jadi lepas kami breakfast ada yang akan pick up kami dekat hotel. ehh kami stay dekat sunda resort. pool side view. kihkihkih. dekat sini tak perlu risau pasal makan. 100% halal. boleh dengar azan daripada bilik. dekat dengan masjid pun. okey makan la kami pagi tu kenyang2. sat lagi nak berjalan kan. cuaca baik oagi tu. panas je. dalam hati bersyukur sangat. yelaa time tu kalU ikutkan musim hujan. 

sampai je tepi pantai guide tu kasi stiker then dia cakap. u boat number 14. so sementara tunggu boat datang kemain selfie bagai. abang tolong snap jap. abang sayang pun tak nak kalah. snap gambar abang pulak. mihmihmih ( gelak tutup mulut)

yeii boat pun sampai. kemain ramai orang putih. ada la dua pasangan kot daripada Malaysia. diorang pun baru kawen. so mula2 pegi bamboo island. bila sampai pulau ni boleh laa nak mandi ke nak snap pic bagaii ke kan.  
ini pic gegedikksss . hihihihi. 

sementara tunggu orang amik kami nak kepulau kita welfie doluuu. spek mata tu gigih beli baru sebab tertinggal dekat rumah. hahahaha. 


kami tak naik bot ni ye. kihkihkih.



yaAllah cantik sangat. tak terucap dengan keindahan alam. cantik nya YaAllah. air jernih macam cermin. betul la orang kata. kalau stress pergi la bercuti. pergi lihat keindahan alam. memang tenang sangat rasa tengok keindahan alam. tapi tenang ko tu tak lama wani oiii. okeyy nak tau apa dia. teruskan baca okey. hahahaha. 


okey ini pic lompat dekat bamboo island. kemain laki iolzzz. dalam2 tak suke snap pic. tak reti laa ape laa. die yang over. hehehe.

ololololorrrr homeiiiiii sangatt (hahahahaha)



baju renang muslimah super murah. nak beli pm saya. hahahahaha

acehhhh. ni percubaan pertama. blurr sikit. baru nak buat lagi. masa dah tamat. naik bot pergi maya island. yarabiii maya island tersangat superb. 

okey ini dekat maya island. yaAllah cantik sangat. ehhh pulau ni ke yang guide tu kata leonardo belakon tu. lupe dah. okey ni cun kan. hehe.


selatutnya kat dalam tu boleh je kayak. tapi tak pegi pun sebab ada banyak kelawar katanyaaa. pastu kami singgah pulau mende tah. untuk lunch. macam2 jenis makanan ada. halalal yup. macam2 menu. pastu lepas makan boleh mandi lagi. saya idoklaaa nak mandi. panas okeyyy. hitam nanti. saya tak gelap sangat. husband sy nampak la tebakornyer. hahahaha. 

acaraaa yang dinantikan jengjengjeng. snorkel. acara ni tak paksa kita untuk turun. tapi ko gilaaa tak turun. dah bayorrrr kot. rugi laa tak turun. ko tak pandai berenang pun ko bantaiii je turun. ada life jaket kan. nak takut apa kan. huhuhuhu. tapi memula saya turun cuak gak. hahahaha. siuttt tul life jaket. dia tak buat badan saya balance. mula2 turun saya macam diatarik2 ke dasar lautan. acehhhh. hahahahaha. pastu bergolek2. susah nak stablekan badan. pastu baru la okey sikit. pastu baru la macam pro. laju je swim. yelaa ada life jaket laju la kan. kalau tak de, kedasarlah engko mawani oiii.

aumm aummmm. hehehe


best giler snorkel. tapi sayangnyaaaa. kejap sangat. sebab dah hujan. sedehhhh. pastu diorang panggil naik atas bot cepat. sebab bahaya. kami kan ditengah lautan. pastu naik la atas bot. tudiaaa suami saya yang takut dilautan. tarik2 saya masa kat laut. hahahaha. 

okey sambung citer pasal hujan. langit tak selalunya cerah. so langit dah gelap. masa tu dah petang sikit tau. mula2 rintik je. bot laju sangatttttt. pastu hujan semakin lebat. ko banyangkan, ko tengok laut putih je. mula2 tak de ketaqqq sangat. saje jela usha belakang dekat part enjin bot tu kan. perghhhhhh lautan bergelora. kami macam melambung2. masa tu tuhan jela tahu perasaan. dalam bot sume panik. sume menunjukkan wajah risau. daripada yang poyo tak pakai life jaket sume pakai. sume kene duduk tak boleh berdiri. bot pulak tetiba mati enjin dah kenapaaa. sebab ombak kuat sangat. bot tak boleh lawan ombak kot. so dia cam biar je ombak membantai bot. ketaqqq okey dalam hot. dok pikir mak abah. hahahaha. pastu hujan mana nak benti. hujan je. bot pun gerak slow2 balik. haa lupa nak bagitau. bot kami ni ada singgah pulau yang ada hotel tu je. pulau orang kaya untuk pick up. means diorang tak stay ao nang. lepas diorang turun nak meneruskan perjalanan tu lagi memang satu penyiksaan. hahahaha. takut weiiii. sampai pikir mh370 la. tsunami la. hihihi. 

alhamdulillah sampai juga akhirnya di Ao Nang. legaa sangatt. pastu balik ada pick up hotel hantar.  




3 gambar di atas ni sepatutnya duduk di atas lagi. tapi tulaaa. salah setting gambar. layan jelaa yekkk. hehehehe.

sampai je hotel terus terjun kolam. mandi pelok2. hahahaha. seperti kolam itu kami yang punya. alaa kolam banyak. tapi ni depan bilik kami. hehehe. 
lepas mandi kolam. mandi dalam bilik pulak. pastu rest. ready nak dinner. lepas dinner pegi merayap dekat pekan Ao Nang beli sebenierr untuk family dan kawan2. berbekalkan duit yang tak berapa nak adorrr. hehehe. itu sahaja aktiviti day tu yang indah dan seram.

kesimpulannya disisni kalau plan nak ke krabi cek cuaca dolu okeyyy. nasib baik kami pergi tu petang baru hujan. so manis sekejap cuak di petang. hahahaha. 

sekian terima kasih.

1 comment:

Ninneta - MissPlum said...

Wah, senangnya... Selamat honeymoon. Semoga semakin fresh dan erat hubungan rumah tangganya. Aminnn..

-Ninneta-
http://moody-ninneta.blogspot.com/2014/12/almost-there.html