MR. NUFF =)

Friday, August 26, 2011

salam lebaran =)

salam. hye kawan2. ini entri laju2. saya dekat atas tu. tudung pink gojes itu ingin mengucapkan salam aidilfitri buat kawan2. tak kira laa kite kenal ke tak. nak cakap jugak selamat hari raya. maaf ku pinta andai sepanjang saya berbelog ini ade entri saya menyinggung hati mana2 pihak yerr. saya manusia biasa tak lepas daripada buat salah. hihi


raya nanti jemput la datang rumah. saya beraya di kuala kangsar bersama family saya. family mertua tak derr lagi. haha


kawan2 yang pulang beraya ke kampung halaman tu, hati2 memandu yer. yang bawak motor lak. jangan pecut laju2 yer. kete banyak musim raya ni. patuhi had laju yang dibenarkan okey. jangan kasi duet dekat PDRM senang2 je okey. diorang dah kaya raya dah. hihi semoga kalian selamat sampai ke destinasi.


tahun ini tahun pertama saya kasi duet raya dekat sepupu sepapat yang budak-budak. sepupu sepapat sahaje oke. anak sedare tak der lagi. hihi filing nak kasi duet raya sungguh indah. hihi


akhir kata, salam lebaran daripada saya sekeluarga. =) luv you guyss =)

Thursday, August 25, 2011

Senarai SPEED TRAP SEPANJANG MUSIM PERAYAAN AIDILFITRI 2011=

SENARAI SPEED TRAP SEPANJANG MUSIM PERAYAAN AIDILFITRI 2011
KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak
Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi
NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam..Jaga-jaga
KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ
JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Wednesday, August 24, 2011

setelkan kerja anda sebelum pulang beraya. supaya masa raya tak perkir kerja. pikir makan jer...haha

assalammualaikum. hai kawan-kawan. okeii saya busy siket. tu sebab tak update belog. barulah sedar kerja menimbun. salu dok rilek jer. *sigh


setel kerja slow2. supaya kelihatan seperti seorang pekerja yang berdedikasi. awwwww.


kerja saya sudahh hampir setel kesemuanya. hihi ilikeeeee

kerja berkenaan plan2 rumah sudah disetelkan semalam. bila hantar dekat bos suruh cek. bos kata cek lepas raya. hihi saya faham. sekarang ni sume orang sudaa bermood raya. saya juga begitu. tapi mood saya biasa-biasa je. saya suka bulan puasa. indah. =)


baiklah, saya sudah tidak tahu nak berkata apa. lebih molek saya mengundurkan diri. hihi =)

Monday, August 22, 2011

tak tahu nak bubuh tajuk apa~~~

salam isnin kawan-kawan. dah beberapa hari tak jenguk belog. agak busy buat kuih raya. =p sesungguhnya saya merespek orang yang jual kuih raya. mengadap adunan berjam-jam lamanya. adehh.


semalam kepergian ke Taiping. niat dihati nak carik heels untuk raya. over bukan? tak mainlah pakai flat. heels sesaje. tapiii. apakan daya. baju hitam legam yang aku beli. =p Taiping sangat best. kenapalah tak pergi Taiping daripada hari tu. asik berulang ke Ipoh je. huhh baju-baju dekat Taiping lawa dan yang paling best ialah murah. hiks ;)


beratus-ratus duit habis. *sighh. =( kate nak jimat duit. hmm nak simpan duit road tax kereta. mencikk lah nak kene bayar-bayar road tax. wuuuwuuu =(


rasa-rasanya perlu ke aku nak bagi duet raya dekat sepupu sepapat aku? macam malas la pulak. sengkek aku wehh. okeii baii.

Friday, August 19, 2011

Cinta Muka Buku Official Video Clip - Najwa Latif




awesome!!!

suke suke suke. sekian terima kasih =)

Thursday, August 18, 2011

semua orang gila soping...haihh

hye kawan2...=)

semalam pegi IPOH. niat dihati nak soping. tapiiiii. ramai sangat-sangat manusia semalam. bila nak dekat raya semua orang kaya. ohh lupa bonus baru masuk kan. =p


kepergian ke IPOH bersama member kursus. awwwww. bahagia aku ada orang amek dekat rumah. haha. aku dah getik sebab nak kena amek orang je. kali ini rilek disebelah. hihi.


mula2 aktiviti dimulakan dengan tengok wayang. haha. crita planet aps. ala cite cipanzi tu. oke 3/5 star. best. silalah tengok. tak rugi. dalam hati frust sebab cerita final destination tak keluar lagi. lembab betul lah ipoh nehh.


lepas tu jalan2 dekat mall. carik samtin yang menarik untuk disopingkan. pheww. orang sikit punya ramai. aku nak memilih pon tak selesa. oke lepas tu lapar. pergi drive thru mcd. wakakakaka sumpah malu. helloo kami ade excuse oke. tak makan kat tempat awam. makan dalam kete. hihi


okey habeh dah citer. kesimpulannya. tak soping ape pon. sebab blurr tetiba. haa jumpa perak punya player bola. hensem oke. (aku tipu. jangan caye) haha aku baru tau ade sorang member aku maen bola untuk perak. tersengih2 macam kerang busuk bila nampak aku. ingat aku nak ngorat ke hape. wakluuu.


itu jelahh citernyerr...oke baii.... =)



Wednesday, August 17, 2011

surat untuk you.

kehadapan saudara yang hensem lagi bijaksana,

i tak marah you. i marah diri sendiri. jangan risau. kalau i dah SELIM nanti i tegur la you. bukan senang nak lupa you. hari-hari salahkan diri sendiri sebab tak dapat kawal diri. i tak minta. berlaku secara semulajadi. sila paham boleh? kalau boleh i pon tak nak. huhu


i ade satu lagi belog. belog tu kisah i dan you. yess. i sweets bukan? lalala i cadang nak bagi link belog tu dekat you. setelah fikir 44 kali. i rasa baik i delete belog tu. sebab kalau you baca pon tak ada gunanya. lagipon you ada ke masa nak baca. you kan busy.


"you ada beratus-ratus lagi lelaki yang belum you approve dekat facebook. approve la mana-mana yang you suka" sampai sekarang i ingat apa yang you cakap dekat i ni. macam i terhegeh-hegeh sangat dekat you kan. tapi memang pon. malu i.


bagi i masa untuk lupa segala filing yang i ada dekat you. doakan i berjaya.



you buat i fobia nak kenal mana-mana lelaki.


sekian terima kasih. tah you baca tah tidak. huhu


ok baii

Tuesday, August 16, 2011

maceh dedii =)

hye kawan2.=) semalam kan kan kan....hihi


tiba2 henfon nokia aii berbunyi. (tiba2 sebab henfon jarang berbunyi. kalau berbunyi pon celcom yang hantar mesej) hihi lagu arab berkumandang.allah kiya karo.lalala nama yang ditunjukkan di skrin henfon ialah "DADDY"

aii: hello.
dedii: akak, abah dah beli baju raya kamu tau.
aii: yeii. lawa tak? lawa tak? lawa tak? (3 kali tanya. gelojoh gila) mms pelisss. nak tengok. (nada teruja)
dedii: balik karang tengok laa.
aii: alaa awal lagi laa. baru pukul 11.00 pagi. lame lagi nak balik. hihi
dedii: balik nanti tengok la. lawa. warna biru.
aii: yeii. okey okey okey. (jimat duit bonus aku) haha


how sweets dedii...*wink wink wink ;)


baju biru yang simple and nice sudahh jumpa. sekarang misi beli kasut raya dan hand bag raya. lalala baju raya tak perlu nak beli over2 dah. sebab malas nak over2 tahun ini. hihi


sekejap jerr dah masuk fasa ketiga kan. ;))

Monday, August 15, 2011

betul ke kajian ni? jom kaji dekat diri sendiri...lalala

OKTOBER

suka sembang

-yang ni aku setuju. sangat betul. memang aku suke sembang. tu sebab SPM aku 10A. ko ade? tak de kan. hihi

suka org yg sayang padanya

-yang ni pun betul jugak. hihi(malu) aku suka bila orang cakap, dia sayang dekat aku. awww. tak kira la lelaki atau perempuan. hihi

suka ambil jalan tengah

-ambil jalan tengah ni rasanya tak kot. lalala

sangat menawan & sopan santun

-hihi(malu) tak kot. sopan santun tu baru jerr praktiskan. haha

kecantikan luar & dalam

-hihi(malu) yang ni tak reti nak judge. sederhana kot. lalala

tidak pandai berbohong & berpura-pura

-aku pandai berbohong dan berpura-pura. ini kepakaran aku. haha tapi aku tak suka berbohong. sebab aku pon tak suka orang tipu aku. kenapa aku perlu nak tipu-tipu orang. aku akan menipu untuk jaga hati orang. haha(baek gila minah ni)

mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan

-mudah simpati tu betul. baik pon betul (hahaha) tak delaa baik sangat. nakal tu banyak. sebab suka sakat orang. petingkan kawan? ni tak kot. aku lebih pentingkan family. lalala

sentiasa berkawan

-yeahhh!!! ini betul. kena sentiasa berkawan. baru best.

hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama

-terusik?? haha betul al kot. aah ak majuk kejapp jerr.

cepat marah

- errrr. ntah la cepat marah ke tak. tak kot. marah kena pada tempat la. sejauh mana kecepatan nya aku tak kaji la pulak. heeeeee

macam pentingkan diri sendiri

- buruk nya perangai. (tak nak ngaku) haha

tidak menolong org kecuali diminta

- yang ni pon buruuknya perangai. tak minta pon aku tolong la. haha

suka melihat dari perspektifnya sendiri

-ni aku tak faham maksudnya apa. haha

tidak suka terima pandangan org lain

- hellooo. aku sangat suka mendengar pandangan orang laen. next next next hihi

emosi yg mudah terusik

- haa betul la tu. haha

suka berangan & pandai bercakap

- yang ni paling betul. wakaka tang berangan aku kasi 10 bintang. haha

emosi yg kelam kabut

- hmmm emosi kelam kabut tu macam mana? haha

daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)

- yang ni pon aku rasa betul. lalala (belagak)

suka melancong,bidang sastera & seni

-yang ni pon betul. apesal banyak sangat betul ni. haihh hihi

pengasih ,penyayang & lemah lembut

- lemah lembut? sapa yang baru kenal aku mungkin akan kata kau ni lemah lembut. padahal aku sedang-sedang jerr. tak kasar tak lembut. boleh dikatakan. aku tak gedik. lalala hahaha

romantik dlm percintaan

-aku tak romantik tapi sweets. lalala

mudah terusik hati & cemburu

- haaa batul laaa ni... eeeee banyaknya betul.

ambil berat tentang org lain

- haa betul la ni. haihhh

suka kegiatan luar

- betul betul btul

org yg adil

- adil ke? haha

boros & mudah dipengaruhi persekitaran

- mane ade ak boros. aku penjimat orangnya. haha

mudah patah semangat

-yess...patah semangat aku ngaku. tu sebab diet tak menjadik.


kesimpulannya banyak betul lahh....

sweets monday~~~

hye... hari ini sungguh sweets. sebab bangun tidur pukul enam pagi.=(

semasa sedang dalam perjalan ke tempat kerja. eksiden telah berlaku depan mata. sweets bukan? nasib baek sempat mengelak. kalau tak saya digelar pembunuh di bulan yang mulia ini. sangat sadiss dan mendebarkan. wuuuwuu


sekejap jer sudah 15 hari berpuasa kan. baru semalam jalan-jalan dekat pekan. nak cari baju raya. dan baru semalam dengar lagu raya. telah try banyak baju raya. tapi tak berkenan di hati. so how? tiba-tiba rasa kurus sebab muat baju saiz 36. lalala


bulan puasa saya tak lalu nak makan. sebab mood saya tak menentu. makan tiga suap. lepas tu sebu. lepas tu cakap dekat mak. "mak akak tak larat" pastu mak marah sebab tamak bubuh nasi banyak2. *sighh


okeyy...saya tahu saya banyak lari tajuk. nak cerita pasal sweets monday. tapi cerita laen yang keluar.


ehh semalam saya pergi butik pengantin lagi. lalalala pergi sebab nak gedik2. berangan nak kawen. haha (gila)

gambar ini sekadar hiasan. supaya entri saya tak kosong sangat. terpulang la kalau nak kata saya suka tayang muka. sebab memang betul pon apa yang anda fikirkan. lalala


mood: saya penin baca buku akta-akta nih. baca sepuluh kali belum tentu boleh faham satu baris ayat. tabik springg dekat mereka-mereka yang study law. =)

Friday, August 12, 2011

Mutiara Kata



NAFSU mengatakan wanita cantik atas dasar RUPANYA
AKAL mengatakan wanita cantik atas dasar ILMU DAN KEPANDAIANNYA
HATI mengatakan wanita cantik atas dasar AKHLAKNYA


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Thursday, August 11, 2011

tabiat buruk yang harus dihakis

hye kawan-kawan. entri ini ditype selepas berbuka. =)

tabiat buruk aku yang latest ialah, (jeng jeng jeng) suka drive laju-laju bila tengah bengang, tengah sedih, tengah sentap, tengah frust, tengah ape lagi yerr. hmmm sangat buruk tabiat ini. sila jangan tiru. siyessly bila mood aku tengah tak berapa nak baik, aku akan drive dengan laju dan sangat laju. memang bahaya. tu sebab aku kata jangan tiru.


aku pon tak pasti kenapa perangai aku camtu. sebab bila drive laju-laju aku rasa lebih tenang kot.wakluuu. (bukan nak bawak mengucap ke hape ke) penah sekali tu aku sentap gegilaa, aku drive balik keje 150km/j. sangat laju tu. bergegar stereng. hihi drive kete sambil nanges pon penah. malas la nak ingat kisah lalu. hiks ;-)


sekarang aku dalam proses nak positif kan diri. tak mo dah asik pikir negetif. hihi boleh dikatakan aku nak baiki diri laa. tak mo dah jadik macam dulu. tak mo dahh, bila tacingg drive lelaju. bahayaa wooooo. aku tak kawen lagikk. hiks ;)


hye auntie wani. auntie apa kabar? sihat ke? berbuka tadi makan apa? (makan bubur lambuk dengan begedil jer) hiks ;)



p/s: aku lupa emel private belog aku lahh. belog tu aku buat untuk someone. hiks ;) aku kan sweets...haha i tak marah u. bagi masa untuk i cool balik. hiks ;)

tak de lahh best sangat berbuka puasa dekat hotel...

salam...haaa boleh pon nak update belog...tadi tak boleh kan kan kan.

okeyyy semalam aku berbuka puasa bersama kesayangan di Hotel Heritage, Ipoh. gedik kan berbuka dekat hotel. nak bajet orang kaya lerr tu. ahhh suke hati aii lahhh. lalala okeyy kesayangan itu ialah kakak aku lahhh. nehii boiprend boiprend. aku tak de bf yerr. im single. pelis jangan salah sangka. hihihi


buking 2 hari sebelum. aku lahh yang tolong buking. alahaiii staff hotel mereka sangat mesra alam. boleh buat menantu...hehe


bila sampai jerr hotel. dah nak dekat berbuka. ni sume salah kakak aku. die lambat. lalala aku ingat bila berbuka dekat hotel. tenang lah suassana. maksud aku tak ramai lah orang. tapiiii, perghh!!! sikit punya ramai manusia. ishh3. mencik aku nak makan ramai-ramai ni. yang best nya boleh maen skodeng-skodeng. tangok sape yang hensem. tapi tak jumpe pon. haha last2 kena ngorat dengan staff hotel. euwwwwww (ehh aku poyo ke bagitahu kena ngorat? kenangan manis nih. harus tulis sini. hahahaha) wakluuuu


kalau rindu saya tengok lah lif cool ini. satu awak dan satu lagi saya. sweets tak??? hihi haa kain2 tu wat semak jer. aku nak tunjuk bertapa ramai manusia. *sigh
ini memang malu gila. elok-elok tengok posing sana posing sini. sekali pintu lif terbuka. ramai pulak yang keluar. wakaka
ini kakak aku yang comel. dalam lif jarang. kesimpulannya. gambar tak banyak sebab orang ramai sangat. segan nak snap pic. lamb dia sangat lah sedap. sampai sekarang terasa kat anak tekak lagi. makanan sume sedap. cuma kenapa ramai sangat orang. (ko ingat hotel tu bapak kau penya ke?) hahaha


oke saya sudahi ucapan saya dengan serangkap pantun.

kalau ada sumur diladang, boleh saya menumpang mandi., kalau ada duit yang panjang, boleh kita makan di hotel laen lagi.

duit yang panjang tu apa? cuba jelaskan dekat aii boleh??? hiks ;p

Wednesday, August 10, 2011

hari ini berbuka puasa dekat Ipoh bersama kesayangan...hiks ;)

Assalammualaikum...

yeiiii hari ini hari ke sepuluh kita berpuasa. haaa ade tinggal posa tak? hihi buat masa ni aku maseh tak der tinggal pose lagi. alhamdulillah. =)


hari ini berbuka dekat Ipoh bersama kesayangan. hihi. tak sabar nak melantak. haha giloo aku nehh.... pagi-pagi buka dah pikir pasal berbuka puasa. hiks ;)


next week berbuka di Ipoh lagikk...adehhh Ipoh sesaje pon.haihhh huhu


emmmm. aku boleh blurr tak tahu nak type ape. oke lahh tata....hihi (mood: keterujaan)



haipp haipp. hari ini praktis tulis entri kurangkan titik. haha wahh berkesan lah. hiks ;) semoga anda dirahmati. ameen. tata =)

Tuesday, August 9, 2011

bonus raya 1/2 gaji...terima kasih PM....hihi

hepp hepp...salam selasa kawan-kawan....hihihi =)


indahnya ku rasa.... hihi ;) bonus raya 1/2 gaji...walaupun tak de lahh banyak sangat... tapi bersyukurlahhh...sape nak bagi kan...hihi... dah terbayang-bayang heels 8 inci, baju raya lip lap lip lap, hand beg gojess, pefume fantasy, baju dalam gojes, sluar dalam gojess...haha upsssss....


gilooo gilooo adenn.... tahun ini harus bajet duet raya buat sepupu sepupu tersayang...yelaaa aku tak derr anak sedara...uhukk2...sonok lahh diorang tahun nihh.... kakak sedara diorang ramai yang dah berkoje...haihh... aku laa penin kepala...tak tahu nak bagi sorang bape kupang...haha


baju raya kalerr blue gojess belum ketemuan lagikkk.... Ipoh dah bape kali pegi dahh... baju santek-santekkk pelissss muncul lahh depan mata aku.... aku dah fenin nak carik baju cungg cungg nihh....


heeeeee....nak simpan lahh duet bonus...buat belanja kawen...hahaha tak derr benda laen nak pikir... kawen tu kan best..hiks ;)

bahagia kan muka aiii dapat bonus....(padahal bonus tak masuk pon lagikkk) hikss ;)

okeyyy...beboii kawan-kawan...hihi

Monday, August 8, 2011

budak demokk nihh dah sombong.... wuuuwuuu =(

hye kawan-kawan...aku nihh dah terover rajen lahh pulak update belog...kalau rajen tu rajen sangat...kalau malas tuhh...masyaALLAH.... memang malas gilaa.... sementara mood tengah ada nihh...kita update banyak-banyak yerr... hihi


okeyyyy taraaaaaaa....pekenalkan budak demokkk... si QASEH gedixxx....=p ehh entri ni banyak gambar tau.... kalau tak suke budak-budak boleh scroll laju-laju..lepas tu pangkah...macehhh...hihi=p

ini kakak aii bersama si QASEH demokkk.....=) sekarang dia dah sombong...dulu dia seorang baby yang peramah....sekarang dah sombong...rasa nak lempang-lempang dia..hihi
"ekkkk ellehhh...ape tengok-tengok haa?"
"haippp haipppp haippp"
yummmyyyyy....
ecececece...nmpak je flashhh mau ko nak senyum eaa.... cubett karang baru tahu....huhu
aaaauuuummmmm


okeiii sekian sahaja cerita mengenai budak demok bernama QASEH yang udah menyombong...bila dokong dia... nak nangess jerr...kejap jerrr nak dekat orang...bila nampak ibu dah..mulalah ngada-ngada...=p

kuih feberet yang baru dapat makan sekali jerrr bulan puasa nih...wuuwuuu

hye kawan-kawan...mari sembang pasal kuih feberet... kuih feberet aku ialah kuih badak berendam...atau nama glamerr dia yang aku bagi ialah DAKDAM.... hihi

kuih dak dam nihh sangat lahh lazat...yummmyyyy.... rasa dia kenyal-kenyal gitewww..... syahdunyaa dapat makan kuih dakdam... hari tuhh dedii aii ada beli kuih dak dam.... tapi sebelum berbuka dah habehh dua kapal.... (kuih dakdak dekat tempat aku nihh berbentuk kapal...macam kuih tako tuhh)

kakak aku pergi makan dua bot sebelum berbuka...huhhh kiji kiji kiji..... makan depan aku pulak tuhh.... kiji kiji...siap cakap..."emmmm dapnyerrr...secekup rasa" hampehhh

so..lepas berbuka aku hanya dapat makan satu bot sahaja....wuuuwuuuu.... dalam satu kapal ade dua badak....hihihi comel...badak bubussss dan kenyal...wahhh!!! terasa dekat tekak lagi nihhh....astaghaaa....

ini kuih DAKDAM versi apa aku pon tak tahu.... versi dalam mangkuk.... kalau balut macam dengan daun pisang...buat bentuk kapal tu lagi best kot...hihi

kuih feberet korang ape? hihi

cool gila...rasa macam drakula tetiba...sobss

salam...hye kawan-kawan...hari ini bangun tidur dengan hepinya.... senyum senyum senyum dan senyum lagi...=) tak der cerita yang best pon...saje jer senyum senyum supaya mood di hari isnin menjadik best dan ceria...hihi


okeyy baeklahhh...nak cerita pasal darah.... bukan darah moon is coming yerr....

alkisah bangun lambat dihari ahad...yelahh coti lahh katekan.... huhu bila bangun opp kos laahh menggeliat macam perempuan yang sopan lagi ayu.... (aku meggeliat macam siti nurhaliza menggeliat...korang nak tahu cane...korang tanya lahh siti nurhaliza dia menggeliat cane...hihi) maluu aii....haha

semasa menggeliat bibir dilebarkan...tiba-tiba rasa dagu basah...dan rasa mulut sangat saket....saket sangat-sangat...tahu??? (sila fahami perasaan aii ketika itu) wuuuwuuu ='(

laju-laju bangun pergi tengok cermin.... untuk melihat apa yang berlaku terhadap bibir aii yang gojess lagi cekkcii itu kan.... O.M.G!!!

darah mengalir dengan jayanya daripada bibir ke dagu....tiba-tiba rasa cool gilaa.... macam drakula pon ada... yang jadikk frust gilaanyaa.... aku boleh lupa snap pic aku ketika itu...hihi kalau tak boleh buat display pic dekat FB...hihihi (gila)

sakett hoiiii sakettt...sapalahh dok comolot aku dengan ganasnyaa semalam nihhh....(hahaha) okeyyy hal ini berlaku kerana bibir kering dengan jayanya....lepastu sangat kurang minum air....yelaa...sahur 4 gelas...berbuka 4 gelas... tak cukup!!! paling kurang sahur 10 gelas...berbuka 11 gelas...lalala

okelahh beboii...bulan posa tak elok cakap banyak-banyak sangat...hihi


Sunday, August 7, 2011

how sweets dediiii.....=)

dediii: tahun ni kome beli baju raya sendiri...dah keje kan semua.... abah ttak de nak beli beli dahh untuk kome...pandai-pandai sendiri lahh yerr....

kami: okeyyy dediii.... (abess lahh duet aiii...) hiks ;p


ini kisah sebelum puasa yerrr..... hihihi tiba-tiba tadi.....jeng jeng jeng

dedii: akak oooo akak!!!

aii: yepp (tengah menerap sambil maen game zombie)

dedii: nahh...(sebungkus plastik hitam)... saiz ss mak dengan eira(my sis) punya...kamu punya saiz s...(oke fine...aku beso kan)

aii: yeiiiiiiii....maceh maceh macehhh..... (terus try sume baju...bukan saiz s sahaja...ss pon harus try)

haaaaaa aku rasa...ketiga-tiga baju ni bakal jadi milik aku....hahahaha sebab ak pakai okey-okey...ngam-ngam.... saiz s pulak besar gedabakkkk.... uhukkk2...(nak bagi tahu dah selim lerr tu) hihi kesian si kurus emak dan kakak ku tersayang...hahaha dah tahu dahhh... kalau baju siap mesti jatuh ke tangan aku....hahaha

note: suwitt bukan abah aii...hihi mula-mula suruh beli sendiri...last-last dia belikan... tapi kaler biru belum jumpa lagi...ini kalerr pepel....okeyyy beboiii....

bertapa pentingnya kurus....kamu tahu????

salam Ahad....rini pose ke-7 dahh...sekejap jerr masa berlalu bukan??? hmmm...seronoknyaa puasa....

oke mukadimah pendek jerr....hihi... =)

"bertapa pentingnya kurus" kalau tak kurus...nanti orang tak suka... pastu asik kene kutuk...pastu asik makan hati...walaupun sedar diri.... =(

sejarah hidup aku...sejak kecik gemok....memang sejak kecik asik kene kutuk dengan kawan-kawan....selalu nangess sebab kene kutuk gemok.... dah besar...try ubah diri.... jangan bagi gemok sangat.... biar biasa-biasa jer.... okeyy berjaya... hiks ;)

entri ni tak ditujukan kepada diri sendiri....jangan nak sentap lebih-lebih...tahu tahu tahu???? hihihi



motif gambar ini???? aku pon tak pasti... nak tayang muke selekeh kot.... okelahh bye...


note: semalam mimpi buruk....=(


Saturday, August 6, 2011

i love you darl~~~

kalau dia tahu aku upload pic dia dekat belog...kompem ngamuk....kompem maen kejo-kejo satu rumah...hahaha ini my kakak tersayang.... teman duka lara...cewahhh....

semalam ketika sedang berduka...(berduka laa sangat) hiks ;p sesi luahan perasaan dan masalah sume....hihi...sume abess rahsia aku ko tahu kan...haha

kami tengok movie " the golden compass" same2...best movie itu...ilikeeeeee.... lepas tu masuk bilik masing-masing nak tidur.... yang aku pulak memang get ready nak tidur dahh....

sekali bunyi mesej....

"mesti kecewa kan sebab bukan mesej daripada tetttttt...hahaha aku cuma nak cakap aku teringat lorek"

cisss cam hampehh kakak aku... boleh pulak kami berbalas mesej...padahal bilik depan jerr.... haha





ilovemysis... salu bagi semangat kalau aku down.... bagi motivasi... buat lawak sengal.... haha walaupun kadang-kadang bengang dengan dia sebab suka maen cubit-cubit.... pastu jerit kuat-kuat... tapi dia best... iloveyou...(kalau kamu bace jangan bangga sangat) haha

Friday, August 5, 2011

bila saya kata.....



bila saya kata sayang saya betul-betul maksudkannya....

bila saya kata saya suka, saya betul-betul maksudkannya....


note: saya kena kuat...saya ada family yang sayangkan saya.... saya ada kawan-kawan yang caring dengan saya... alhamdulillah... aku bersyukur dengan kurniaanMu....=')

bila kita dah sayangkan seseorang~~~~



sila tukar word cyg kepada awak....hahahaha =p

yang indah itu cinta~~~

Thursday, August 4, 2011

diari puasa saya~~~ hiks ;-)

assalammualaikum~~~

okeii mari story tentang puasa....=)

ini hari pertama puasa...baru sampai opiss...muka bahagia bukan? well...muka orang beriman..wakluuu...haha hari pertama haruslah semangat.... hari pertama puasa aii orang pertama yang bangun sahur...hihi semangat berkobar-kobar...

ini hari kedua....ehhh bukan..hari pertama lagi...hihihi comel bukan? hahahaha
ini hari pertama lagi....comel kan kan kan??? hahahahaha (kadang2 puji diri sendiri best jugak) hahaha
ini hari keempat....muka tension sebab sejukkk yaa amat sangat dalam opiss.... hari ni aii orang terakhir bangun sahur...bangun sahur...minum 3 gelas air...makan ubat...makan kurma satu..pastu sambung tido...mood kelaut...makan pon tak lalu dahh...ecehhhh...
see..???? bagus kan aii....hahaha layan fesbuk time keje...ape nak jadikkk lahhh.... keje dah setel boleh laa rehatkan minda kejap....
ini lakonan semata-mata....hahaha....


okeii tata.... sejak akhir-akhir nihh mood asik kelaut jerr.... asik tersediss jerr.... haihhh.... sabarlahh wahai hati...(hahaha)

rasa dak kurus siket....haha

salam..hyeeee...=)

aku ni sejak dua menjak nihh cup malas update belog...pehal tah.... maybe emosi aku tak stabil kot...macam-macam dok pikir...masalah rumah tangga lagi...masah kat tempat keje lagi...wakluuu lahh cik wani hoiii....haha

ehhh ak suka bulan puasa... sebab bulan puasa boleh beramal ibadat dengan jayanya...(tiba-tiba) haihh....

mak cik aku kata...kalau kita berniat puasa untuk kurus tak dapat apa... ngerti tak? okeii abaikan..hiks ... aku malas nak bebel panjang-panjang....pikir la sendiri yerr.... hiks ;)

waaaaa aku dah selim siket... bulan puasa lokasi yang paling ak suka tengok ialah perut sendiri...ohhh flatnyaa perut....awwwww.... hahaha

paling aku tak suka tengok pipi, peha, dan bontot sendiri... tah bila nak selim tahh... mencikk aku... huhhhh....

okeiii...mahu bekerjaya...bebeoiii...

sekarang mood aku sangat sedisss....='(

Monday, August 1, 2011

salam ramadhan kawan-kawan sekalian....=)

hepp hepp....=)

sudaa 1 ogos...sudahh bulan lapan.... =) lagu 2 bulan genaplahh umur 21 tahun...ohh men...hiks ;)

dikesempatan ini...saya cik wani a.k.a. cik key-one ingin mengucapkan salam ramadhan al-mubaruk... semoga di bulan yang mulia nihh kita sama-sama dapat manjalani ibadah puasa dengan jayanya... mendapat barakah daripadaNya...ameen.... jangan lupa bertarawikh yerr....sebab bulan ni jerr boleh bertarawikh...=) bulan laen tak der... banyak ganjaran dalamnya....=)

semalam banyak gilaa dapat mesej salam ramadhan... semput-semput henfon cikaii aku tuhh nak mereply satu-satu.... hiks ;) bukan henfon yang semput...kredit yang semputtttt....

sahur tadi makan kurma...manisssssnyaaa kurma ini.... sumpah manisss gilaa.... kurma yusuff taiyubb...=) sangat manissss......

saje letak pic ini sebagai hiasan....=) tak derr ape-ape motif... cuma nak cakap rindu nak hang out sama-sama...=)