MR. NUFF =)

Friday, September 30, 2011

misteri baby tudung ijau.

assalammualaikum~~~


semalam mimpi baby tudung ijau. sebab asik tengok muka baby tudung ijau. comelnya. hmm comelnya. =) (tengok hari2 dengan harapan muka comel camni. kih4)

comelnya comelnya comelnya. rasa nak cium2. pastu bungkus2 simpan dalam almari. jangan bagi sape2 tengok. (idea gila kan) =p okelahhh baii. kih3. macam comel gelak kih3. macam gadis pemalu. sesuai lahh dengan diri ini yang sememangnya pemalu. kih3. (geli baca ayat sendiri. kih3)


okelah baii. nak verangan ade anak sendiri laa. kih3. =p

Thursday, September 29, 2011

pangkah kenari merah. marahh nihh. grrrrrrr.

tadi kan. ehh3. lupa nak bagi salam. Assalammualaikum kawan2.


haa pagi tadi kan. saya bangun lewat. apehal tah dengan saya ni. asik bangun lewat jerr. grrrr. demm demm. kalau opiss tu bapak kau punya boleh laa sesuka hati kau nak masuk pukul berapa. (ehh saya sedang marah diri sendiri ke?) okey lupakan isu bangun lambat.


semasa saya sedang dalam perjalanan ke tempat kerja saya yang jauh itu. biasa lahh kalau dah lambat mesti laa drive kete laju kemaen kan. ingat jalan raya bapak kau punya ke? (marah diri sendiri lagi. hurmmm) tak de laju sangat. 90km/j je. laju lahh bagi saya. huhu. (90km/j kalau korang percaya laa. huhu)


kereta kenari merah berada di depan saya. mak aihh. dah la slowww ya amatt. duduk pulak lane kanan. (marah ni) dalam hati mau jerr saya kasi lampu atas. tak pun hon-hon jerr. tapi mana boleh buat begitu. kita kan ada adab dan sopan. sabar jelahh. tiba2 kenari merah brek mengejutttttttt. demm demmm demmm. ni dah tak tahan dah ni. saya maki2 kenari merah. maki sorang2 jela. =p bila dia brek emergency, saya pun turut brek emergency. botol air yang saya letak dekat tengah2 antara box and gear hampir tercampak ke depan. nasib baik tangan cepat sambar.


kemudian, kenari merah belok kanan. dah la tak bagi signal. sengettttt punya kenari merah. tiba2 kereta saya tak boleh jalan. tekan minyak bunyi ngauman. vrommmmm vrommm. ehh lebih kurang camtu la bunyinya. (cuak gila masa ni. dalam hati dup dap dup dap) apa hal kete nih. grrrrr. rupa2nya. jeng3. gear telah berubah daripada "D" ke "N". patut la tak bergerak. silakee nyerrr kenari merah. dah la nyaris2 nak tercium bontot kamu. sebab kamu jugak saya cuak tahu. wekkk. nak salahkan kenari merah jugakkkk.


okelahh baiii.

Monday, September 26, 2011

apa2 pon boleh.

hari ini saya sangat busy. dekat office banyak sangat kerja. ilikeeeeee.

semalam 25 september 2011 besday adek saya yang ke 18. hepi besday adik cik wani. semoga panjang umur dan murah rezeki. semoga berjaya dunia akhirat. (oke stop. tak reti da nak wish apa)

saya sangat runsing. sebab jerawat dekat muka dah menimbun. vco catalyst tu tak berkesan pada saya mungkin. huhu. (abess la lingkup sapa buat bisness vco) jujurnya saya dah beli 3 kotak. tapi masihhhhhh. hurmmmmmm. oke mungkin kena amalkan lagi. *sigh

esok ada open house baek punya. mahu makan banyak2. *sighh

ehh korang jangan lupa tengok movie jhonny english reborn. 4 star saya kasi. sangat best. hahaha. okelahh baiii. hihi.

Friday, September 23, 2011

ekekekeke. steewarders air asia vs pekerja the store.

assalammualaikum. selamat malam kawan2.

hari ini sangat penat. sebab asik memandu sesajer. letih tahu letih. okeiii kita teruskan segmen gosip2 kita pada malam ini. hihi. tadi dapat mesej daripada kawan baek. mesej beliau begini. hihi.

"aku tengok uniform stewarderss air asia ni dah macam cashier hypermarket the store je weh. haha. bezanya skirt dengan seluar jer. hahahaha"


dapat je mesej terus membayangkan. ahaa la. betul jugak. hahaha. kawan saya tu tengah hot dengan stewarderss air asia la tu. tu sebab carik point nak kutuk. hahaha.

credit pic to google. hihi. okelah baiii.

Thursday, September 22, 2011

selamat hari raya. hihi =p

Assalammualaikum. hihi.

selamat hari raya kepada diri sendir. clap clap clap. hihi.

alhamdulillah telah setel berpuasa enam. hihi. ilikeeeeee. =)


semalam lepas berbuka terus senyum sampai telinga. (ssampai ke?) hihi.

sekian laporan daripada saya cik wani. nak pergi beraya. (wakluu) hihi.


sabtu ni mau hepi hepi. pergi enjoyyy tengok muvie. hihi. okeii baiii kawan2. =)

Saturday, September 17, 2011

tips untuk tampak selim dalam gambar. hehe

Assalammualaikum. hihi. ape nak jadi dengan aku ni. makin hari makin malas update belog. kalau aku cuti. belog pon cuti. kalau ak tak cuti pon belog tettap bercuti.


oke mari teruskan dengan tips. hihi. untuk tampak selim dan gojes dalam gambar. walaupun anda tak segojes mana. haha. (berkata2 dekat diri sendiri)

1) mula2 berdiri depan cermin yang agak besar. kalau lagi besar daripada badan anda lagi bagus.

2) berdiri dekat dengan cermin okeyy.

3) amek henfon canggih masing2. kemudian bawak ke atas. maksud saya camera tu tinggi kan. tak paham ehhh. lantak kau lah. tak reti aku nak terang panjang2. haha.

haaa macam ni. minah ni bukan selim pon. dalam cermin je selim. wakaka. berat pon tak idea lagi tuh. lantak kau lahh cik wani oii. orang suruh diet. ko belasah makan banyak2. huhu.
see selim bukan??? wakaka cuba teka berapa berat aku? haha. sape teka batul aku bagi ipad satu. haha.
ni nak bajet pinggang ramping cam kerengga la tuh. haha. wakluuu. padahal. hahaha
muka bahagia sebab selim dalam gambar pon jadilah. haha. okelah nak sambung melantak keropok bika. baiii. semga tips ni membantu korang untuk tampak selim dalam gambar. tettttttt. hahaha

Thursday, September 15, 2011

pedihnya mata~~~

assalammualaikum.


baiklah hari ini merupakan hari ke-4 berpuasa ganti. hari ini paling mencabar. rasa seperti nak demam. rasa mood sumerr pergi kelaut. opiss dah macam peti ais. sangat sejuk. =(


semalam tidur pukul 1.30 pagi. lepas tu bangun pukul 5 pagi untuk bersahur. lepas tu tak tidur balik. sokaln matematik. berapa jam aku tidur? pheww


lepas tu aku yang mereng2 pagi tadi pegi pakai lens expired. amekkauu. pediss mata tahu. sampai sekarang pediss lagi. laju2 cabut lens daripada anak mata. wuuuwuu


duduk dekat opis menahan mengantuk dan sejuk yang teramat sangat. kepala penin. dah mula selsema. (nanti dah berbuka puasa okey la tu. hihi)









motif gambar? yerr memang nak tayang muka. nampak tak muka aii? oke baii. doakan saya cepat sembuh yaa. =)

Wednesday, September 14, 2011

nurse hati =)

assalammualaikum.

rindu awak lah nurse hati. kan best kalau awak dekat. wuuuwuu. oke baii. =)

Tuesday, September 13, 2011

saya masuk zoo free. =)

assalammualaikum.


hari sabtu yang lepas pergi zoo. hihi. aku suka pergi zoo sebab dapat tengok binatang gojes-gojes. ilikeeeeeee. lepas tu kalau pergi aku malas nak jalan. nak naek mini tren.(dasar pemalas) dan yang paling aku suka. masuk free. haha


untung kawan dengan staff zoo nih. dah lahh masuk free. makan pon ade belanja lagi. haha. pheww. kau ade? tak de kan.

makan GCB jer. tu pon dah sendat perut aku. yummyyy. dapnyer...macih Kak atul. sebab amek orang dekat rumah. lepas tu siap hanto balik. kan best kalau ade pakwe yang best camni. hahaha. upss. kak atul ni kawan mase aku kursus induksi hari tu. dia ni kaki berjalan. salu ajak aku merayap. yang best tu. tiap kali dia ajak merayap, mesti dia yang amek aku kat rumah. hihi. aku sukaaa.
gemuk kan. gambar ni tipu. aku tak segemuk ini. wekk =p
ni dekat hujung2 zoo. haha.
mase atas mini tren. aku ade buat video tau. niat dihati nak jadi macam travel guide. tapi aku termalu sendiri. haha. awwwww.
okelah baii. aku busy ni. saje riliss tensen update2 belog. hihi.

Monday, September 12, 2011

ini bukan aku la. lalala

assalammualaikum. hai kawan2. saya baru lepas berbuka puasa. erpppp. kenyang. hihi. setel dah sehari berpuasa. 5 hari lagi. hihi.


oke saya persembahkan gadis comel abad ini. pheww. (silah lah gelak besar. memang nak bagi korang gelak pon) T_T

aku sendiri tak paham cane muka boleh jadi begini. agaknya betul kata emak. aku dah tembam. tapi aku rasa. aku memang tembam lah dari baby lagi. (salahkan emak sebab bagi nenen banyak sangat. haha)


ini gambar pagi tadi. hihi. sangat mengantuk sampai tak larat nk buka mata.


oke aku dah sangat malu dah ni. oke baiii.


p/s: jerawat dekat dagu tak kelihatan. sebab pakai kamera cikai. jerawat2 abes tertimbus. oke ni baii betul2.

saya suka isnin. kamu suka tak? saya tahu kamu mesti tak suka kan kan kan.

assalammualaikum.

mesti hari ini mood kawan2 sume bermalas-malasan. kan kan kan. kalau lepas bercutian memang begitu. hihi.

saya mengalami mood yang sama. kebetulan pula. hari ini sangat lah banyak kerja atas meja. keje yang pakai sistem internet sangat sakit hati. bila sistem down. kita pon down jugak. daripada niat dihati nak mensetelkan keje cepat-cepat. tertangguh pula sebab sistem tak boleh bukak. grrrrr. bertangguh lagi kerja. wuuuwuu. so mood sekarang ialah mengadu domba dekat belog. wuuwuu.


pagi tadi pergi kerja mendrive kete dalam keadaan yang amattt mengantuk. pheww. sampai bukak tingkap. bagi dengar2 bunyi angin. ni asik nak terlelap je. grrrr. demm demm. aii tak kawen lagi tau. wuuwuu


hari ini juga i sudaa bermula untuk berpuasa ganti dan berpuasa enam. hihi. semangat2. bangun sahur tahu. makan nasi lagi tu. dan yang paling sadiss. emak tegur dah tembam. grrrr. tapi pipi memang tak mahu kurus lah. haha. (ayat kaberr. padahal memang badan dah naek)


okelah baii.

Saturday, September 10, 2011

suwitt tau.

tadi pergi beraya rumah kawan dekat Taiping. lepas tu pinjam toilet sat. lepastu pergi ruang tamu balik nak sambung makan kui raya. tiba-tiba ada pasangan suami isteri. pangkat atok nenek kot. tak pon makcik pakcik. so aku pon salam dan beri senyuman paling manis. senyuman yang boleh buat menantu. haha. mereka pon beraya rumah kawan aku tu juga. lepas tu kan...jeng3


nenek: awak, kite nak beraye rumah kak som depan tu pulak.
atok: awak ni tunggu la kite. kite tak habis minum lagi ni.

dalam hati aku. mak aihhh. suwitt nyer. dah tua2 pon suwitt tau. kau ade??? tak de kan. aku pon tak de. haha.

nenek: awak dah2 la minum tu. mai cepat.
atok: yela2. awak ni tak sabaq2.

dalam hati. phewwwww. comelnya. tetiba sebak. rindu dekat arwah tok.

okey paham tak ape yang cuba aku sampaikan? dah tua pon suwitt tau. korang jangan lah time kapel je suwit. kalau dah kawin pon suwitlah jugak dengan pasangan masing2. comel tau tengok suwit2 camtu. orang sekeliling mesti jeles. hehe =) (aku la tu) hehe

oke lah baiii =)



Tuesday, September 6, 2011

ciri2 lelaki yang bongok. tak boleh buat laki.

hihi=)

1) kaki ngayat lebih. dah dapat keluar perangai setanirojim.
- ini jenis laki yang tak bagus wat laki. ayat je lebih. pastu bila ngayat, bukan dia maksudkkan pon. lepas dah dapat mula lah keluar perangai bongok dia. contoh: iloveyousayang. muah3. ayat ni pi cakap dekat ramai perempuan. hell. murahan okeyy. betapa murahnya nilai sayang pada dia.

2) kaki penipu dan tak jujur
- contoh: i tak smoke la sayang. bila dah kenal. phewww bekepul2 asap. kalah kete api tanah melayu zaman dulu. aku suka bagi contoh smoke. sebab laki memang suke menipu bab2 smoke ni. pastu menipu suke kiterr jer. padahal ramai perempuan laen lagi. bongok gila.

3) kaki miang dan gatal merenyam
- belum apa2 dah mintak pegang tangan. mintak kiss. mintak peluk. mesej pon lucah2. tanya soklan sentitip dekat perempuan. tanya saiz bra contohnya. soklan tu tak payah tanya la. tak malu ke haa?

4) kaki kontrol
-belum apa2 dah kontrol. nanti dah kawen abes lah. ni tak boleh tu tak boleh. kalau halang benda yang baek tu bagus lah. ni nak keluar dengan meber perempuan pergi library pon tak boleh. pergi dating dengan ko kat taman tasik boleh pulak.

5) kaki kene bagi report setiap masa
- ni lagi satu. siket2 kene call/mesej. bagitahu tengah buat apa, kat mana, dengan sape, berapa orang. kalau tengah borak dengan member. borak pasal ape. sume benda nak kene report. siket2 dah arr kan. ni keturunan kuat jeles. jeles bio berpada yer.

6) kaki pukul
- gadoh siket nak naek tangan. melampo. dayuss dayuss. huhu. laki spatutnyer melindudngi perempuan. bukan menyakiti tahu. grrrr


7) kaki kikis
-ingat perempuan je tau kikis pe? laki lagi terer kot. booooo dekat laki kikis duit perempuan.


8) kaki perempuan
- ngayat ramai perempuan. ingat hot ke hoii? tak hot okey. ingat yer. jangan sesekali maen2 kan perasaan orang. tak kira la laki ke perempuan. sekali ko buat camni. one day ko pasti terkena balik. sekarang cash okeyy.


9) kaki tak p semayang jumaat/tak solat/puasa.
- cane nak bimbing orang kalau diri sendiri hanco. haihh.

akan bersambung kalau rajin. haha. kalau pakwe korang de ciri2 ini. tinggalkan. hahaha. nway manusia boleh berubah bukan. doakan mereka berubah. bukan kondem orang. aku cukup meluat dengan lelaki buat entri kutuk2 perempuan cam hape jer. manusia tu tak perfect. event perempuan tu terok gila sekali pon. doakan dia berubah. tegur cara baik. bukannya ko pi tambah dosa ko dengan kutuk dia. maki-maki hamun.


p/s: saya insan biasa. kalau saya ade silap dan salah. sila tegur cara baek oke. sekian terima kasih. entri ni dibuat sebab aku geram dengan laki bajet hot sangat. padahal. oke baii.

fahrin hot bukan? oke tata

Laporan penuh RAYA KETIGA =)

Assalammualaikum. hihi. hyeeeee


oke raya ketiga tiada gambar. sebab dah penat bergambar raya pertama dan kedua. raya ketiga dah hilang feel nak beraya.


raya ketiga tak beraya kemana. hanya duduk rumah dari pagi sampai petang. sampai saya rasa sangat fedapp. haha. tensii tahu tensii. duduk rumah kene masak. ekceli nak pergi beraya dengan kawan2. tapi saya menunggu kawan saya mereply mesej saya daripada pagi sampai petang. tak balas2. ingat hot ke heh?? haha (marah ni)


saya tunggu kawan kursus saya datang sebab nak kirim kompaun paking kete dekat IPOH jer. bukan nak beraya dengan dia pon. boleh pulak wat dekk tak balas mesej aku. haha. aku marah tapi aku gelak. itu normal. sebab nak sedapkan hati. hihi.


haa raya ketiga tolong2 kakak saya masak bihun tom yam. senang je. campak2 je. huhu.


kesimpulannya raya ketiga tak best. tunggu di rumah dengan penuh keemoan. huhu.


oke baii =p

Monday, September 5, 2011

Laporan penuh RAYA KEDUA =)

Assalammualaikum. hihi terrajin lak hari isnin. terupdate dua entri. hihi =)

okeyy saya nak cerita tentang raya kedua saya.

raya kedua saya beraya di Kedah. traffic pada raya kedua tak jem stoberi sangat. jem siket2 saje. bertolak awal pagi. hihi =) tema beraya pada hari raya kedua ialah kalerr hitam. dah macam nak berkabung aku tengok. tapi nice nice nice ;)

siyes kurus kan. haha. postur badan kene betul mase nak snap gambar. lepas tu amek side tepi. lepas tu piss. kompem kau nampak kurus. kalau dari depan kembang. haha. =) saya sangat teruja tengok diri kurus dalam gambar terus tukar display pic dekat facebook. haha.
nak tayang headband baru. 1sti time pakai. best. tak rasa kosong sangat tudung. tudung lebih kemas. headband mahal. RM 9.00. haihh.
ini semasa on da way ke sungai petani kedah. rumah adik abah saya. sepupu saya daripada yaman balik malaysia. so mau berjumpaan sebentar. =) sepupu saya macam fauziah gouz dalam tahajud cinta. nice. ;) gambar tiada. sebab dia nak bergerak pulang ke rumah mertua dia pula.
ini my suwittt dedii. bawak kete tak penah nak slow. haihh.
ini my emak cayang. mula2 duduk depan. lepas tu tuka dengan adik. nak duduk belakang. sebab nak gedik2 snap gambar juga. haha
oke abaikan perempuan bam2 kat depan sekali tu yer. hihi
macam adek beradik kan kami. hihi

raya kedua sangat best juga. bahagia je rasa. Alhamdulillah. =)


oke baii =)

Laporan penuh RAYA PERTAMA =)

Assalammualaikum. hai kawan2. =)

masih dalam mood raya seperti saya? hihi good. =)


okeyy. lets story mori pasal raya pertama. =)


saya beraya di Kuala kangsar. di rumah family sendiri jer. tak de balik2 kampung. kampung saya pon dekat kuala kangsar dengan ipoh jer. tak balik pon sebab dah tak der sape. sobss sobss. raya pertama agak meriah. sebab 2 family mak sedare saya beraya di rumah saya. mereka tidak pulang ke rumah mertua mereka. hihi


warna tema raya pada kali ini ialah biru. saya rasa tahun ni ramai yang baju rayanya kalerr biru la. ramai yang tema biru. sape same dengan saya? give me 5. hihi okeyy cerita panjang2 pon bosan kan. mari tengok gambar raya saya. hihi skandle2 saya pon ramai baju rayanya kalerr biru. wakaka. (statement ape ni haa?) hihi

ini family kecil saya. saya bersama emak dan abah tersuwitt dan tersayang saya. tak lupa juga kakak dan adik tercantik dan termachuss saya. hihi

agenda raya seperti biasa. saya tak pergi solat raya. (teruk bukan?) bangun lambat sebab malam tu bersembang dengan mak sedara. gosip2. hihi abah saya balik Ipoh dulu pagi rayanya. pergi ziarah kubur arwah tok saya. saya tak pernah pergi pon kubur arwah tok saya. sobs sobs.


kemudian ade sisi bergambar. gambar gedik2 sakan sume ade. gambar poyo2 tidak dilupa. hihi. lepas abah saya pulang daripada kubur baru laa ada sesi bermaafan bagai. okeyy. saya salam sambil kiss pipi pakai mulut tahu. suwitt kan saya? hihi (mulut ke pipi)
ini emak dan abah saya. baru lepas sesi salam2 manja. awwwwww
saya tahu gambar ni saya penah masuk sebelum ni. tapi nak masuk lagi. saya nak bagitahu ni. haha. tahun 2009 baju raya saya ialah muat2 badan dengan saiz 40. bam2 bukan? bam2 bagi saya sebab saya masih anak dara yang berusia 19 tahun ketika itu. haha pada tahun lepas iaitu 2010 baju raya bersaiz 38. dah tahun 2011. baju yang muat2 badan saya ialah saiz 36. pheww. kejayaan besar buat diri ini. hahaha sebelum ni kain tak muat okey saiz 36. agaknya bila berpuasa ni bontot mengecik kot. hahahaha


tapi tak de la kurus mana pon. juzz dah muat baju saiz 36 jela. haha. masa bulan puasa kan mood frust. sekarang dah senang hati. mau bam2 balik. wuuuwuuu okeyy next.
ini kakak saya. tahun depan nak kawen dah. tak boleh nak ngorat dah. hahaha (mamtik aku kalau die bace)
ini saya bersama mak jang dan kakak saya. mak jang saya memang suke melaram. sangat lawak orangnya. memang tak meriah kalau dia tak de. haha
saya bersama adek tinggi saya. phewwwwwwww
sesi bermaafan. adek saya kene buli. kalau tak kiss tak dapat duit raya. haha. seronok kot jadi adek saya. kakak2 dah kerje. dapat duit raya banyak wooo. wuuwuwuwu
ololololo suwitnyerr kan. tetiba rasa macam emak2. grrrr...
emuuahh emuahhh....
haa yang belakang tu mak teh saya. adek kepada emak saya.
baju hitam ialah sepupu saya. baru form 4. anak mak jang saya. =)
ini kazen2 saya. anak mak teh saya.
mereka adek badek. tapi muka tak sama kan. haha
ini abah saya baru pulang daripada ipoh. selepas melawat kubur arwah tok saya. lapo beno ropenyer. haha
oke pic last. bersama emak tersayang. =)

raya tahun ini sangat best. sangat bahagia. hihi. saye keluar beraya pada pukul 11.00 pagi. dan kembali ke rumah pada pukul 7.00 petang/malam. haha. dah macam budak kecik kan. tak pe la. bila lagi kan. nanti dah kawen tak merasa dah.


nak tiru ayat fasha sandha. beza raya dulu dengan raya sekarang. dulu dapat banyak duit raya. sekarang banyak keluar duit raya. haha. tapi kan. saya dapat la juge duit raya. tak de la tak dapat langsung kan. hihi.


okey lahh. laporana raya kedua akan menyusul nanti yaa...selamat beraya sakan eaa. =)

Sunday, September 4, 2011

final destination 5 superb.

Assalammualaikum....hihi hari ini hari Ahad dan esok akan mula bekerjaya semula.

okey nak story morii siket pasal movie final destination 5 ni. semalam kepergian ke panggung tengok movie ini. phewwww. sangat terrbaek. aku bagi 5 bintang daripada 5. so kesimpulannya sangat best la kan. hihi aku follow movie ni daripada siri pertama lagi. dont worry. kalau korang tak layan movie ni daripada siri pertama sekalipun. masih boleh tengok siri kelima ini. kompem boleh paham jalan cerita. bukan macam cerita transformers. buang karan jer. haha


kepergian bersama kawan2. kawan2 sume marah aku sebaba ajak tengok movie ini. dah la layan 3D punya panggung. wakaka. sebab yang bese punya tinggal seat depan je. 3D pon 3D lah. hihi janji dapat tengok movie idaman hati. hihi. sian kawan2 aku. bayar mahal2. pastu tak tengok. tutup muka dengan popcorn. rabe2 lengan aku la. lentok2 kat bahu aku la. hoiii ingai aku boifrend ko ke haa? hahaha


cerita final destination bese lah kan. konsep dia sama jer macam siri yang lama. dapat bayangan tentang bencana yang dahsyat. pastu sesiapa yang sepatutnya mati semasa bencana dahsyat tu akan mati sorang2 selepas itu dengan macam2 stail. huhu ni yang cool ni. hihi. giliran yang mati ikut dalam bayangan lelaki yang dapat bayangan tu.


movie ni real giler oke. paling cool part olivia. yang pakai spek tu. dia nak buat laser mata, kasi tak rabun dah kot. phewww. malas la citer. korang pergi la tengok sendiri. nak doenload pon boleh. hihi

oke ini posternya. kali ini bencana dekat jambatan. real hokeyy jambatan ni runtuh. hihi
oke ini bukan heroin final destination. tapi directornya. hahaha. esok aku buat liputan penuh tentang raya aku okey. tu pon kalau dekat opis tak banyak kerje. hihi


okeii baiii korang. selamat hari raya. =)

Saturday, September 3, 2011

mukadimah

assalammualaikum....

okeii baii...sambung isnin nanti okeyy....