MR. NUFF =)

Tuesday, September 6, 2011

Laporan penuh RAYA KETIGA =)

Assalammualaikum. hihi. hyeeeee


oke raya ketiga tiada gambar. sebab dah penat bergambar raya pertama dan kedua. raya ketiga dah hilang feel nak beraya.


raya ketiga tak beraya kemana. hanya duduk rumah dari pagi sampai petang. sampai saya rasa sangat fedapp. haha. tensii tahu tensii. duduk rumah kene masak. ekceli nak pergi beraya dengan kawan2. tapi saya menunggu kawan saya mereply mesej saya daripada pagi sampai petang. tak balas2. ingat hot ke heh?? haha (marah ni)


saya tunggu kawan kursus saya datang sebab nak kirim kompaun paking kete dekat IPOH jer. bukan nak beraya dengan dia pon. boleh pulak wat dekk tak balas mesej aku. haha. aku marah tapi aku gelak. itu normal. sebab nak sedapkan hati. hihi.


haa raya ketiga tolong2 kakak saya masak bihun tom yam. senang je. campak2 je. huhu.


kesimpulannya raya ketiga tak best. tunggu di rumah dengan penuh keemoan. huhu.


oke baii =p

Monday, September 5, 2011

Laporan penuh RAYA KEDUA =)

Assalammualaikum. hihi terrajin lak hari isnin. terupdate dua entri. hihi =)

okeyy saya nak cerita tentang raya kedua saya.

raya kedua saya beraya di Kedah. traffic pada raya kedua tak jem stoberi sangat. jem siket2 saje. bertolak awal pagi. hihi =) tema beraya pada hari raya kedua ialah kalerr hitam. dah macam nak berkabung aku tengok. tapi nice nice nice ;)

siyes kurus kan. haha. postur badan kene betul mase nak snap gambar. lepas tu amek side tepi. lepas tu piss. kompem kau nampak kurus. kalau dari depan kembang. haha. =) saya sangat teruja tengok diri kurus dalam gambar terus tukar display pic dekat facebook. haha.
nak tayang headband baru. 1sti time pakai. best. tak rasa kosong sangat tudung. tudung lebih kemas. headband mahal. RM 9.00. haihh.
ini semasa on da way ke sungai petani kedah. rumah adik abah saya. sepupu saya daripada yaman balik malaysia. so mau berjumpaan sebentar. =) sepupu saya macam fauziah gouz dalam tahajud cinta. nice. ;) gambar tiada. sebab dia nak bergerak pulang ke rumah mertua dia pula.
ini my suwittt dedii. bawak kete tak penah nak slow. haihh.
ini my emak cayang. mula2 duduk depan. lepas tu tuka dengan adik. nak duduk belakang. sebab nak gedik2 snap gambar juga. haha
oke abaikan perempuan bam2 kat depan sekali tu yer. hihi
macam adek beradik kan kami. hihi

raya kedua sangat best juga. bahagia je rasa. Alhamdulillah. =)


oke baii =)

Laporan penuh RAYA PERTAMA =)

Assalammualaikum. hai kawan2. =)

masih dalam mood raya seperti saya? hihi good. =)


okeyy. lets story mori pasal raya pertama. =)


saya beraya di Kuala kangsar. di rumah family sendiri jer. tak de balik2 kampung. kampung saya pon dekat kuala kangsar dengan ipoh jer. tak balik pon sebab dah tak der sape. sobss sobss. raya pertama agak meriah. sebab 2 family mak sedare saya beraya di rumah saya. mereka tidak pulang ke rumah mertua mereka. hihi


warna tema raya pada kali ini ialah biru. saya rasa tahun ni ramai yang baju rayanya kalerr biru la. ramai yang tema biru. sape same dengan saya? give me 5. hihi okeyy cerita panjang2 pon bosan kan. mari tengok gambar raya saya. hihi skandle2 saya pon ramai baju rayanya kalerr biru. wakaka. (statement ape ni haa?) hihi

ini family kecil saya. saya bersama emak dan abah tersuwitt dan tersayang saya. tak lupa juga kakak dan adik tercantik dan termachuss saya. hihi

agenda raya seperti biasa. saya tak pergi solat raya. (teruk bukan?) bangun lambat sebab malam tu bersembang dengan mak sedara. gosip2. hihi abah saya balik Ipoh dulu pagi rayanya. pergi ziarah kubur arwah tok saya. saya tak pernah pergi pon kubur arwah tok saya. sobs sobs.


kemudian ade sisi bergambar. gambar gedik2 sakan sume ade. gambar poyo2 tidak dilupa. hihi. lepas abah saya pulang daripada kubur baru laa ada sesi bermaafan bagai. okeyy. saya salam sambil kiss pipi pakai mulut tahu. suwitt kan saya? hihi (mulut ke pipi)
ini emak dan abah saya. baru lepas sesi salam2 manja. awwwwww
saya tahu gambar ni saya penah masuk sebelum ni. tapi nak masuk lagi. saya nak bagitahu ni. haha. tahun 2009 baju raya saya ialah muat2 badan dengan saiz 40. bam2 bukan? bam2 bagi saya sebab saya masih anak dara yang berusia 19 tahun ketika itu. haha pada tahun lepas iaitu 2010 baju raya bersaiz 38. dah tahun 2011. baju yang muat2 badan saya ialah saiz 36. pheww. kejayaan besar buat diri ini. hahaha sebelum ni kain tak muat okey saiz 36. agaknya bila berpuasa ni bontot mengecik kot. hahahaha


tapi tak de la kurus mana pon. juzz dah muat baju saiz 36 jela. haha. masa bulan puasa kan mood frust. sekarang dah senang hati. mau bam2 balik. wuuuwuuu okeyy next.
ini kakak saya. tahun depan nak kawen dah. tak boleh nak ngorat dah. hahaha (mamtik aku kalau die bace)
ini saya bersama mak jang dan kakak saya. mak jang saya memang suke melaram. sangat lawak orangnya. memang tak meriah kalau dia tak de. haha
saya bersama adek tinggi saya. phewwwwwwww
sesi bermaafan. adek saya kene buli. kalau tak kiss tak dapat duit raya. haha. seronok kot jadi adek saya. kakak2 dah kerje. dapat duit raya banyak wooo. wuuwuwuwu
ololololo suwitnyerr kan. tetiba rasa macam emak2. grrrr...
emuuahh emuahhh....
haa yang belakang tu mak teh saya. adek kepada emak saya.
baju hitam ialah sepupu saya. baru form 4. anak mak jang saya. =)
ini kazen2 saya. anak mak teh saya.
mereka adek badek. tapi muka tak sama kan. haha
ini abah saya baru pulang daripada ipoh. selepas melawat kubur arwah tok saya. lapo beno ropenyer. haha
oke pic last. bersama emak tersayang. =)

raya tahun ini sangat best. sangat bahagia. hihi. saye keluar beraya pada pukul 11.00 pagi. dan kembali ke rumah pada pukul 7.00 petang/malam. haha. dah macam budak kecik kan. tak pe la. bila lagi kan. nanti dah kawen tak merasa dah.


nak tiru ayat fasha sandha. beza raya dulu dengan raya sekarang. dulu dapat banyak duit raya. sekarang banyak keluar duit raya. haha. tapi kan. saya dapat la juge duit raya. tak de la tak dapat langsung kan. hihi.


okey lahh. laporana raya kedua akan menyusul nanti yaa...selamat beraya sakan eaa. =)

Sunday, September 4, 2011

final destination 5 superb.

Assalammualaikum....hihi hari ini hari Ahad dan esok akan mula bekerjaya semula.

okey nak story morii siket pasal movie final destination 5 ni. semalam kepergian ke panggung tengok movie ini. phewwww. sangat terrbaek. aku bagi 5 bintang daripada 5. so kesimpulannya sangat best la kan. hihi aku follow movie ni daripada siri pertama lagi. dont worry. kalau korang tak layan movie ni daripada siri pertama sekalipun. masih boleh tengok siri kelima ini. kompem boleh paham jalan cerita. bukan macam cerita transformers. buang karan jer. haha


kepergian bersama kawan2. kawan2 sume marah aku sebaba ajak tengok movie ini. dah la layan 3D punya panggung. wakaka. sebab yang bese punya tinggal seat depan je. 3D pon 3D lah. hihi janji dapat tengok movie idaman hati. hihi. sian kawan2 aku. bayar mahal2. pastu tak tengok. tutup muka dengan popcorn. rabe2 lengan aku la. lentok2 kat bahu aku la. hoiii ingai aku boifrend ko ke haa? hahaha


cerita final destination bese lah kan. konsep dia sama jer macam siri yang lama. dapat bayangan tentang bencana yang dahsyat. pastu sesiapa yang sepatutnya mati semasa bencana dahsyat tu akan mati sorang2 selepas itu dengan macam2 stail. huhu ni yang cool ni. hihi. giliran yang mati ikut dalam bayangan lelaki yang dapat bayangan tu.


movie ni real giler oke. paling cool part olivia. yang pakai spek tu. dia nak buat laser mata, kasi tak rabun dah kot. phewww. malas la citer. korang pergi la tengok sendiri. nak doenload pon boleh. hihi

oke ini posternya. kali ini bencana dekat jambatan. real hokeyy jambatan ni runtuh. hihi
oke ini bukan heroin final destination. tapi directornya. hahaha. esok aku buat liputan penuh tentang raya aku okey. tu pon kalau dekat opis tak banyak kerje. hihi


okeii baiii korang. selamat hari raya. =)

Saturday, September 3, 2011

mukadimah

assalammualaikum....

okeii baii...sambung isnin nanti okeyy....

Friday, August 26, 2011

salam lebaran =)

salam. hye kawan2. ini entri laju2. saya dekat atas tu. tudung pink gojes itu ingin mengucapkan salam aidilfitri buat kawan2. tak kira laa kite kenal ke tak. nak cakap jugak selamat hari raya. maaf ku pinta andai sepanjang saya berbelog ini ade entri saya menyinggung hati mana2 pihak yerr. saya manusia biasa tak lepas daripada buat salah. hihi


raya nanti jemput la datang rumah. saya beraya di kuala kangsar bersama family saya. family mertua tak derr lagi. haha


kawan2 yang pulang beraya ke kampung halaman tu, hati2 memandu yer. yang bawak motor lak. jangan pecut laju2 yer. kete banyak musim raya ni. patuhi had laju yang dibenarkan okey. jangan kasi duet dekat PDRM senang2 je okey. diorang dah kaya raya dah. hihi semoga kalian selamat sampai ke destinasi.


tahun ini tahun pertama saya kasi duet raya dekat sepupu sepapat yang budak-budak. sepupu sepapat sahaje oke. anak sedare tak der lagi. hihi filing nak kasi duet raya sungguh indah. hihi


akhir kata, salam lebaran daripada saya sekeluarga. =) luv you guyss =)

Thursday, August 25, 2011

Senarai SPEED TRAP SEPANJANG MUSIM PERAYAAN AIDILFITRI 2011=

SENARAI SPEED TRAP SEPANJANG MUSIM PERAYAAN AIDILFITRI 2011
KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak
Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi
NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam..Jaga-jaga
KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ
JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang