MR. NUFF =)

Friday, April 2, 2010

Pelawak Din Beramboi meninggal dunia~~ sobs3


sobs3..... mari kita bersama-sama sedekahkan al-fatihah buat arwah.... selepas ini tidak kedengaran lah lagi lawak jenaka beliau di konti radio era.... sobs3.. tak tertahan rasenyerr.... termenangis i... ='( yelaaa.... i suke die u.... lawak die buat i gelak bagai nak gila... ade jerr idea lawak die.... mari bace laporan kronologi pemergian beliau yang i copy daripada web murai.com.

KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.

Pemergian arwah telah disahkan oleh adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, yang mengumumkan kematian arwah sejurus selepas beliau keluar dari wad ICU.

Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Frim, sebelum solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain.

Warga murai.com.my mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.


p/s: semoga arwah tenang disana...giliran beliau sudah tiba. kita bila lagi??? renung-renung kan lahh... sudah cukupkah amalan kita di dunia ini untuk bekalan di akhirat sana??? semoga kita mendapat iktibar daripada pemergian beliau...aminnn.... al-fatihah....

3 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

Al-Fatihah...semoga roh nya dcucuri rahmat dan ditempatkan dengan org beriman...

key-one said...

aminnn

nyna said...

alfatihah.
aku tekejut gila dgr dia dah takde.