MR. NUFF =)

Thursday, December 11, 2014

Di hari PERSANDINGANKU (husband side) (16 November 2014)

assalammualaikum. hihi. rajinnya saya kan meng update entry. sebelum memori tercalar teruk baik kita update. sebab lepas ni akan mula membusy. 

baiklah. kenduri di seelah suami saya pada 16/11/2014. hari ahad. sebab diorang buat gotong royong. sedappppp yarabiii makanan. hihihi. rindu lauk kenduri sendiri. yummyyy. okeyy belah suami buat simple je. pelamin pun deco sendiri. kemainn kretif adik ipaqqq saya. hahahaha. daripada tak de pelamin boleh ade la pulak. hahahaha. 

jadi malam sebelum kenduri ada tahlil sikit. pastu ada tadarus. pastu baru laa ramai2 pasang pelamin. hehe. meriahhh. macam kenduri belah saya dekat rumah tak de ape sangat. malam lepas kenduri je ade la majlis bukak hadiah. simple jela. unplaned pun. 

gambar ni ade pun sebab saya terpilir. snap jela. nanti boleh masuk kat belog. nak snap pun malu sangat. yelaa menantu kene la malu2 kan. baru feeling menantu tu lebih. mihmihmih. saya rasa saya bukan menantu kesayangan kot. sebab saya ni dah kenapa tak reti bawak diri. hahahaha. okey je sembang dengan keluarga mertua. cumaa ehh entah laa. dah kenapa tak retiii. nak sembang lebih2 macam tak reti. maybe sebab baru kot. sat gi kalau over mau kene kutukk. tak pasal. baik kiter buat biasa. hehehe. keluarga mertua bestt sangat. layan saya dengan baik walaupun diorang malu2 dengan saya. hahahaha. 
kerjasama. bantu membantu, bergurau senda. ehhh syiokkkk. 



taraaaa. ini pengantin tergojes. tema tiru farah brepp brepp. menjadi la jugak kan. hahahaha. mekap cantikkk kan. kening macam sin chan. nak tergelak tengok muka. hahaha. 





yeiii my family. sara tu dah kenapa. mak ngah rotan baru tau. amboiii diaa. boleh masa kenduri dia tak nak dekat saya. agaknya terguga tengok kecomelan makngah dia. mihmihmih (gelak tutup mulut)







outdoor dekat Proton City. alhamdulillah hujan kejap je. lima belas minit gitu. lepas tu stop. sambung shoot balik. haaa shoot lompat segala mak nenek suma adaa. hahahaha. 

okey entry kawen habis dah. nanti nak sambung entry honeymoon pulak. hehehe. :)
 
alhamdulillah selamat dan selesai semuanya. 

Wednesday, December 10, 2014

Di hari PERSANDINGANKU (8 November 2014)

assalammualaikum. mihmihmih. tengah ader mood ni kiter type jela ye.

hari persandingan di sebelah saya pada 8 November 2014. husband side next week nya. so majlis saya berlangsung dekat Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar. alaa nak citer banyak pun gambar sikit. tak best laaa. nanti kalau dah dah gambar saya citer banyak2 okey. okey tema segala mak nenek colour sume saya yang pilih. tarikh nikah dan kawen pun saya pilih. well iolzz gila kuasa. hahahaha. 

macam ni. husband saya jenis baik hati. turutkan sahaja. asalkan baik. dan opkosss la kene bincang dulu. mihmihmih ( tutup mulut) tarikh nikah kawen saya pilih sebab nyaa. saya nak masa saya kawen saya freeeeeee. saya tak payah nak pikir study. so saya pilih masa cuti sem. saya sedeh sangat. saya nak tarikh on my besday. tapi dewan dah ada orang lain booking lagi awal. so saya redha jela. belum sampai jodoh maybe. so saya booked la dewan tarikh 8/11/2014. dan nikah saya memang nak sangat hari jumaat. husband ada mintak nak hari yang sama. saya berkeras tak nak. sebabnya rushing. uolzz tak kan rasa indahnya nikah bila resepsi pada hari yang sama. hahahaha. poyooo kennn. rugilaa beli/sewa baju nikah lelawa tapi kita dok pakai satttt je. so kene gedik2 snap pic banyak2. bolek leklek luuu. majlis esok tak la kelam kabuttt. hihihi.

ok meh layan pic yang sikittt ni.
weeeeeeee.saya bersama bridesmaid saya yang jelitaaa jelitassss. tema diorang pun saya yang pilih. kain diorang pun saya yang beli. kahkahkahkah. aku kawen so korang kene ikut idea aku. hahahahaha. tak sabar nak tunggu korag kawen pulak. diorang kawan the best saya. walaupun umur tak sama tapi kami geng sehatiiii berdansaaa. ehhhh. ini kawan utm saya. sama2 study. 

ehhh husband tersayangggg. kisss sikittt abangggg. wakakakaka. 


ini kawan sekolah teknik yang havocccc. tunggu lama juga diorang ni. hihihihihi. dah mengandung dah raihan. harap2 saya akan cepat follow raihan. hihi. ameen. semua tadah tangan cepat doakan saya. hihihi. 

dayangkuuuu sayanggg. muahhhhh. 

sume adeeee. kecuali pengapittt. kahkahkahkahkah. (gelak besar sambil tepuk perut)


taraaaa haii pengapit. hahahahahaha. nyampah iolzzz. pengapit yang melebehh. sepak kang baru tau. hihihihi. 

tapi best tau kawen. saya sampai dewan awal. sebelum pukul satu dah sampai dewan. bunyi kompangg. jalan sloww2 kontrol cun baikkkk punya. tak sabo nak tengok pic kontrol cun. pheww kamera sana sini dok snap pic kita. feeling retisss kejap. hahahaha. pastu bridesmaid saya iring dekat depan. weiiiii gila suwitttttt. hihihihi. pastu naik atas pelamin. hehehe. saya suke kerusi kawen duduk bersama. aummmm. 

pastu sesi beersanding. tak de renjis pun. datang naik dan salam je. pastu welfieeeee. kemudian kami turun makan. weiii lapooo tau tak. pengapit laki makan over. tak cover langsung. saya makan sikit je. yelaaa asik bergambar jer. hilang selera makan. ibarat ko nak makan asik kene kacau. orang ni datang orang tu datang nak salam nak tangkap gambar. so kita happyyyy je layan sume yang datang walaupun lapar. tengok ramai kenalan yang hadir tu pun dah sangat happy dan dapat menutup perut yang lapar tu. masa makan ada tayangan slide. hehehe. havoccc kan majlis iolzz. macam retisss. tapi slide biase jeeee. ayu buat. hehehe. tapi saya suke. suwitttt. tq ayu. pastu sesi potong kek suap2 kek. 
pastu bergambar lagiiiii. masa saya kawen tu hujan. tak pela hujan rezeki. happy je hujan. baru best. hihihi. tapi nak outdoor la susah. 
ni pun outdoor masa hujan dah redaaa sikit. jam 6 petang ni tau doppp. penat tu jangan kiraa laa. tak terkira kepenatan itu. penattt sangattt. dengan kepala pening. tapi happy. sebab boleh husband picitkan kepala. aummm. hehehe. bukan selalu kan. kawen memang la penat. 





akhir kata terima kasih sangat kepada semua yang hadir ke majlis saya. maaf di atas segala kekurangan. terima kasih kasi hadiah. doakan perkahwinan kami hingga ke syurga dan doakan kami cepat timang cahaya mata ye. syukran kawen tak buat loan. buat setakat yang termampu. nak gempak boleh. duit pun gempak ye. senang citer saya kawen tak de pun sponsor. siyes ni. atas bahu sendiri. jangan membazir keterlaluan. biase2 sudah. janji kawen kan. hehehe. 

sekian wassalam. :)

Di hari PERNIKAHAN. (Jumaat, 7 November 2014)

assalammualaikum. hihi. nak imbas balik disaat diri ini diijabqabul. dah lama sangat citer terpendam di minda, memori tercalar sikit. sikit je okey. hihihi. sebenarnya lama dah nak update tapi ade je yang menghalang. jadi saya biar kasi free free dulu baru update.  baik lahhh nak mula citer ni. sume duduk diam2. baca je citer ni okey. hahahaha. bajetttt macam ade orang bace. tak pe lah. janji suami tercinta bace. 

baiklah tarikh pernikahan saya tertera di tajuk entry. 7/11/2014. ingat 7eleven ingat hari nikah saya okey. hihihi. jap nak ingat balik apa yang berlaku. haihh teruk betul tercalar memori niii. 

okey saya nikah di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar. dekat je dengan rumah. saya pilih masjid sebab lebih jimat. hahahahaha. tak de lah. mestilah lebih sweet kann. nikah di rumah Allah. disamping itu memang betul jimatnya. tak payah nak pelamin nikah sangat kan. mihmihmih. saya nikah lepas asar. hari nikah tu boleh saya sampai masjid dulu. wuuwuuu. macam saya je over nak nikah ni. husband saya lambatttt. dalam kepala dok pikir macam2. hahahaha. bongok betul pemikiran. boleh banyang macam dalam novel. tiba2 pengantin laki kata tak jadi kawen. mihmihmih. perasaan masa tu tak de la debor sangat. saya lebih berperasaan cepatlah setel. pastu rasa happyyy yeiii nak kahwin dah. hehehe.
okey meh layan pic sikit. pic sikit jela ye. sume pic ihsan daripada henfon tah sapa2. pastu ada la dua pic daripada photog. tu pun sebab dia tag dekat fb. hihihi. 
ini sebelum nikah. taraaaa. comeiii kan saya. mihmihmihmih. (gelak tutup mulut). saya suka sangat mekap nikah. sweet sangat saya rasa diri saya. kahkahkahkah. yelaaa muka iolzz jarang dimekap begituuu. 

tema nikah ialah cream peach. cantikkk kan mekap. kiter sukerr sangat. awak tak suke sukati awak. saya punya tahap sayang mekap ni kannn sampai ke malam tak cuci mekap ni. biarr jer. hehehehehe. 

yeiiii dah sah. aku terima nikahnyaa nama saya dengan mas kahwin dot dot. tak sarung pun rantai tu. kita main passing je okey. ehh itu husband saya. sian husband saya. baju dia x ikut cutting body dia. tak guna punya butik!!!! i marah ni.... tak pelaa. tak der rezeki nak cecantikkk. abang tetap hensemmm di mata saya. cehhhhhhh. (tutup mulut) 

muahhhh sayanggggg dieee. masa ni husband saya kata. siap sayang malam ni!!!! pastu saya kata siap kenapa? okey larikkkkkk. ehhh tak lawak kan. hahahaha. (gelak dalam hati) ehh korang pecaye ke? hehehe. 

malu giler time ni. tapi best. tak tau nak gambarkan perasaan masa ni. ada lelaki yang halal kiss kiter. syahdunyerr iolzzzz. abang nak kisss macam ni lagi boleh? hahaha. 

posing dengan mak abah. sobss sobsss. sedihhhhh. hahahahaha. drama sangattt. masa sign nangisss macam hapeee je. punyalah tak mooo nangisss. tapi nangis jugekkk. sabo jelahh. 

haaa ni kakak. anak sorang dahh. sajer mention anak sorang. hahahaha. jelita macam saya kan. hahahahahaha





saat yang paling syahdu dan tak kan dapat lupa sampai bila2 kecuali nyanyuk dan hilang ingatan. sedeh gilaaaaa. masa ni saya kene baca macam satu akad la menyatakan saya setuju kahwin dan izinkan abah saya bagi kadi yang nikahkan. abah sebak dan takut proses jadi lambat tu yang tok kadi yang nikahkan. ayat tersangkut tu kan....saya dengan ini memberi izin kepada wali saya Abdul Rahman bin Alias Khan untuk .................sobsss (juraiii ayaqqq mata) dah kenapa sedih sangat entahlaaa. tapi tok kadi tu lawak. adeke dia ingat saya tak nampak nak baca. pastu nak kasi pinjam sp dia. (urut dada japp) lastu dia nampak saya nangis dia paham. dia pun cakap baca slow2. gagahkan diri baca sambil teresak esak. aduiii tengah type ni pun sebak. sape yang menghayati bait2 ayat yang dilafazkan tu pasti sebak macam saya juga. ceiiiii. 

selesailah sudah majlis akad nikah saya pada hari tersebut. alhamdulillah husband saya power. satu kali lafazzzz. aummmm. kisss sikit abangg. hahahahaha. 

dulu kan uolzz. kemain susah nak panggil abang. dah kawen lancarrr k ain panggil abang. kihkihkihkih. 

okies nanti saya sambung entry majlis kahwen pula yer. 

Tuesday, December 2, 2014

preparation wedding

assalammualaikum. hahahaha. dah kawen nak dekat sebulan baru nak update pasal preparation kawen. kelako tak? kelako tak? hehe. biasa la iolzz kan mood pengantinggg baru lagi. mood nak update tu kelaut sikit. olohhh sikit jerr. hehehe. lagipun gambar bukan banyak pun. yelaa kiter busy kan. busyy layan husband. mihmihmih (gelak tutup mulut)

okeyyy nak citer. banyak tau duit habis nak kawen ni. sila kawen ikut kemampuan. kalau boleh tak payah la loan bagai. alhamdulillah saya kawen tak pakai apa2 loan. sume duit sendiri. nk havocccc sangat sila kumpul duit. tak salah if mampu. jangan berlebihan. 

ini ialah pic bfore kawen. fitting baju. rasa macam penah masuk. poyo sorok kaler kan. padahal nak dekat sebulan kawen. hahahaha. 

ini prop masa bertunang hari tu. pakai semula. tak de masa nk buat or beli lain. hihi. pakai mana ador saje.


yeiiii ini frame. frame nk buh kat bilik pengantin. gojessss youuuuu


taraaaaa dah siapppp. gojessss hokeyyy. ni 3d okey. bukan pic. bunga timbul tu. khas untuk bilik pengantin. hihi. penat tau perah otak mendeco bilik acanerr tau. hihi. akhirnya bilik pengantin is comel. hihihi. 

taraaaaa ini baju nikah. tu hand flower jenis kristal. cool kennn. tema nikah ialah cream peach. 

yihaaa ini goodies. ini sahaja yang saya mampu. simple dan gojess. hahaha. 


taraaaa bilik pengantin. comeii kann. angguk cepat!!! mihmihmih. (gelak tutup mulut). bantal tulis2 tu pinjam. hahaha kemain jujur iolzzz. kemain gigih saya nak deco bilik pengantin kan, panjat tangga nak gantung langsir putih belakang tu. pastu gantung bola2 merah tu. fuhhh kusss semangatt tau. giloo ko. tinggi bebb. dakuttt kiter. hehe. demi menjimatkan duit dan nak fefiling pengantin haruslah deco bilik kennnn. kasi wangi wangi lawa lawa. kasi mood tu naik. mihmihmih. (gelak tutup mulut). 

okiess ini baju resepsi belah saya. tema ialah frozen membeku. hehehe. simple2 je. 

okies sekian sahaja cerita preparation wedding saya. nanti saya citer pasal nikah dan resepsi pulak. okeyyy sampai ketemu d episod akan datang. tata. muahhh. 

Sunday, October 19, 2014

selfie perasan cantik. puiii.

assalammualaikum. 

kemain tajuk entry. alhamdulillah saya dah habis final. hahaha. kemain happy. sekarang boleh fokus wedding. sekarang dok penin fikir sapa lagi tak jemput. hehehe. tapi sedihh hari ni kene pegi somban untuk 4 hari. jadi aktiviti keje kawen tergendala. 

hari tu pergi la kenduri dekat sri iskandar dengan mak. pergi berdua je. sebab abah keje. balik tu singgah zawara dekat ipoh. hahahaha. kemain bodek mak suruh beli shawl luna ni. kahkahkahkah. ayat kene terbaik. weiii selendang kat situ lawa2 k. takmde la mahal yarabiii sampai ratus2 bagaiii. kira harga standard laa. 
see ada tak seri pengantin kat situ. pic ni tak mekap. tapi edit dekat insta. mihmihmih. terpancar nur diwajah kiter. hehehe. tutup pipi sikit. malu malu malu. yeahhh dapat efek kurus tu. hehehe. okies tukar dp ig skali. prasan diva tu kuatt. kuikuikuikui. 

seee jelitaa kan tudung iolzz. saya suka gila shwl ni. sebab tak payah iron semestinya. atss tu senang je terbentuk. yelaa saya kan pipi bertelur. hehehe. susah sikit nak pakai shawl tanpa inner. pastu labuh, kain sejuk tak jarang. hepp zawara kene bayar lebih ni. kemain kiter pomot. mihmihmih. 

seee pipi bertelur. hahahahahahahaha. ni emak saya la ni. bila saya tunjuk pic. "akak sape ni? ada telo kat pipi dia." sangat sedihhhh. tapi tak pe. kita happy2 je okey. nak kawen kene happy2. nanti seri tu lari. mihmihmih. 

hari tu sent pic ni dekat group wassap sekolah teknik. adeke kate kite vampire. sobs sobss. saya beli memahiii niii. lense tu colour grey. tapi pelik bila saya pakai dah macam hijau ada. kadang2 biru. ada yang panggil mata cicak. ada yang panggil mata ulaqq. kojaqqq hampa yaaa. 

sekian sahaja entry selfie bajet cantik daripada saya. sekian wassalam. :)

Saturday, September 6, 2014

membebel tak henti-henti

assalammualaikum...

sebenarnya saya ni tengah busy. tapi tadi saya pergi kenduri. (clap clap clap) saya ni suka sangat pergi kenduri kalau ada geng. tapi abah dah paksa2 pergi. so kene la pergi sendirian. yeee dopp. ok balik kenduri laju2 bukak laptop dengan harapan asignment pun bakal siap dengan laju laju laju. bukak je task blurr. apa benda nak type ni. sobss. (nangis dalam hati)

dalam nak buat asignment ni saya boleh google ini :

1) krabi moment
2) baju renang muslimah yang murah (kihkihkih)
3) mekap vacci
4) goodies yang comel
5) mekap
6) tips kurus (hahahaha)
7) tips rumah tangga bahagia
8) resepi macaroni cheese bake (tadi google tip kurus pastu boleh cari resepi. hahaha)
9) contact lense soft
10) diy kretif

disamping itu saya turut buka facebook. melihat gambar2. membaca luahan hari friendlist. dan sebagainya. dengan harapan lepas tu saya akan dapat ilham untuk sambung buat asignment. tetapi tiada pun ilham yang datang. ilham yang datang ialah. terliur dengan makanan yang friendlist dok upload. sangat kejam uolzz kenn. tergugat keimanan iolzz.

ehhh khamis hari tu tunang saya datang sini. yahuuuu. lihat sahaja wajahnya membuatkan hati tersenyum girang. ohh mennn. statement apakah ini. hahahaha. kami pergi ukur body di badan sendiri untuk baju kahwin. nak kahwin dah kami. dua bulan je lagi. counting day. hahaha. dah kenapa suka pulak saya menghitung hari nak kahwin. sangat geli orang dekat bridal puji tunang saya kurus. sakit hati lak saya mendengarnya.

isnin ni saya nak buat hiv test. dengan harapan saya tak nangis bila kene cucuk. (dah kenapa nak nangis????? puiiii.)

saya rindu sara. anak fruit saya. cinta hati saya.

oleh itu saya berhenti sampai disini dulu. saya sambung nanti okey. tak solat lagi ni. hahaha. kalau mak ade mampuihh kene ketokk. okeyy tata uolzzz.


Saturday, August 30, 2014

bila busy bukan best pun.

Assalammualaikum.

kebelakangan ini saya sangatlah busy. dalam hati tak tenteram sangat. macam2 perasaan. assignment banyak tak setel lagi. main buat je. tak tahu betul ke tak. lepas tu keje dekat opis tersangatlah banyak. belum siap satu kerja datang satu kerja lagi. sobs. dengan hal kawen macam2 tak setel lagi. walau bagaimanapun. saya lega 20% sebab kad kawen dah siap. hikhikhik. dah siap lipat dah pun. hahahaha. weiiii iolzz busyy okey. harus lah paksa mak dengan adik tolong lipat sama. hihihi.

lepas tu sangatlah tensen dengan HIV test. hahaha. kenapa lah mengada sangat buat hari-hari tertentu je nak buat test tu. tak boleh ke buat pada bila-bila masa. padahal test tu kejap je. tiga minit siap. pfffttttt. lepastu HIV test ni pulak ada masa-masa dia. datang sebelum pukul ini dan blah blah. haihh nak kawen pun susah lahaiii. patutlah ramai kawen lari. banyak sangat prosedur menyusahkan. hahahaha. bukan sume orang free sepanjang masa hokeyyy. orang yang bekerjaya ni lagi laa susah. katalah kerja private atau kerja syif la. ingat senang ke nak dapat cuti. dah apply2 cuti tetiba "maaf cik HIV test boleh dibuat sekian sekian waktu dan pada hari2 tertentu." tak ke sakit hati. hahahahaha. saya tak buat pun lagi. hari tu nak buat. sekali dapat alasan camtu la. getikkk. hihihihi. *urut dada. huhh.

minggu depan baru nak sukat badan buat baju. hahahahaha. punya la lambat.

lepas tu saya sedih sangat. pada 13/9 dan 14/9 ramai sangat kawan saya kahwin. tapi tak boleh attend sebab kelas lah. sobss. ada presentation. kene submit assignment dan sebagainya. maaf yaa kawan2 sekalian. sobss. wani kahwin nanti datang tau. wani doakan daripada jauh. nak sangat datang. tapi pakan daya. kenapa tak kahwin minggu ni. minggu ni wani tak de kelas. wuuwuwuwuwu.

sekian sahaja coretan saya yang betajuk bila busy bukan best pun. serabut je otak. okey uolzz. jaga diri baik2 yaa. doakan saya dipermudahkan segala urusan yaa. ameen. tq for reading. hihihi.