MR. NUFF =)

Saturday, May 11, 2013

HOLIDAY DI SARAWAK. (MENARIK DI SARAWAK) -DAY 1

Assalammualaikum. yess memang agak lama tidak mentype. biasa lahh. divazz kan busy. kih3. 

orang lain dok kecoh pasal pilihan raya yang tak sudah2. saya masih terkenang saat indah berholiday. kih3. baiklah, bagi sesiapa yang tidak pernah sampai ke negeri sarawak. saya nak share pengalaman indah saya sepanjang berholiday ke sana. cewahhh. hehe. 

okey, memula nak bagitahu. saya bersama geng saya book tiket awal. i mean book tiket under promotion air asia. sangatlah murah. RM 80.00 sahaja. hehe. saya memang suker murah2 ini. hehe.

book tiket sikit punya awal. so mensempatlah kalau nak simpan duit untuk berbelanja nanti kan. sepatutnya kami pergi berenam. tapi last minit kawan saya anak dia kene H1N1. so dia dan husband die terpaksa la tak pergi. 

lagi dua bulan before holiday kami dah susun jadual perjalanan. kami search tempat2 yang menarik sahaja untuk dilawati dekat kuching tu nanti. mula2, ada jugak terfikir nak pakai tour guide je. bila tanya2, sangat mahal dan tidak bertepatan dengan citarasa kami yang mahukan percutian bajet ini. kih3. lagipun tour guide punya aktiviti sangatlah tak best. boring2 jer die nak bawak kami pergi. pastu kami decide cari tempat yang best sahaja. google map. dan redahhh. so,  tempat2 yang kami nak pergi hari ke hari mestilah sehaluan. kami akan tengok jarak dari tempat ke tempat bape kilometer dan bajet masa ketibaan. cewahhhh. memang persiapan rapi kata kauuu. hehe. GPS sangat diperlukan untuk yang buta geografi. sape pandai tengok map boleh redahh. iolzz tak pandai walaupun kerja memang kene ngadap map sesaje. kih3. 



ini jadual perjalanan hari pertama : 18 april 2013

8.30 am: bertolak dari rumah. rumah kawan saya area sungai besi. 

9.30 am: breakfast dulu dekat area LCCT. breakfast la heavy2 yer. sebab dalam flight makanan is mahal. yelaa kedai atas udara kan. harussss berjimat. kih3

10.15 am: gerak terus ke LCCT.

12.55 pm: betolak dari LCCT  ke Kuching. (before bertolak kan. kami ade masalah siket. wakaka. rupenyer kami tak add on baggage. so kene la bayar lagi. saya semestinya tak tahu. sebab 1st time naik air asia. oleh itu. uolzz sila terus booking online je untuk baggage. lagi murah berbanding nak kene bayar dekat airport. online hanya 15kg = RM 25.00. ) macam kami hari tu. terpaksa pakai dua nama. satu nama 
RM 75=15kg.  Barang2 saya terpaksa dipindahkan ke bag Along sebab nak bagi berat tu tak melebih2. 

3.00 pm: ketibaan di Kuching. weolzz disambut mesra oleh orang sewa kereta. okeyy comel yerr budak sewa kereta. wakaka. kami sewa exora. yelaa kan memula 6 orang. pastu dah jadi empat orang. sobss. kene tambah duit lagi. okeyy bajet kami untuk merayap sepanjang 4 hari 3 malam di sarawak ialah 
RM 150.00 seorang. termasuk duit minyak. itu pun ade lebih2. kami bayar duit parking. jimat le jugok. 4 hari kotttt. kereta pun sangatlah cantik. kereta baru mungkin. hehe =)

4.00 pm: check-in hotel. (tune hotel) okey hotel ini super duper comel. macam ni tau. weolzz kan percutian bajet. kami sewa dua bilik sahaja. saya tak sure satu malam hape kosnya. tapi saya nasihatkan booking awal. lagi awal lagi murah. kami add on aircond 24jam, wifi 24jam, tv 24jam dan kipas 24jam. sangatlah funny. sebab weolzz sangaka 24jam tu untuk keempat2 hari. rupanya 24jam penggunaan segala kemudahan itu dalam masa 24 jam sahaja. sooooo berjimat lerr engko yer. tapi melebih2 pun. yelaa siang berjalan je kejenyer. malam ko pasang la econd dalam bape jam jer. pastu off. guna esoknnya pulok. haaa kan jimat. huhu. so untuk 4 hari 3 malam saya hanya bayar RM 100.00. kih3. murahhhh kannn. tapi tak der breakfast bagai okey. tapi sangat selesa okeyy. lagi best daripada hotel seri malaysia. siyess ni. alaa breakfast cari jelaa kedai2 kat luar tu. lagi best ape. hehe. 

5.30 pm: kami keluar dinner. kahkahkah dinner kate ko. lepas check in sume kami mandi dan solat sume. pastu baru keluar cari makan. laporrr okeyyy. last makan pun before bertolak ke LCCT. kami makan dekat kedai rizki mende tah namenyerrr. sangatttttttttlahhhhh sedappppppppppppp. nanti saya show off makanan yang lazat itu ok. haa dekat kuching sangat sussah nak jumpa kedai yanga de jual air buah. kalau ade pun yang jenis kordial. hari nak balik baru kami jumpa kedai yang jual air buah yang betul2 buah. tapi mahal sket laa. 

6.30 pm: pergi bersiar2 dekat waterfront. dekat jer waterfront tu. dekat waterfront ni boleh naik sampan nak ke seberang. pastu ade macam cruise. saya ni tak minat sangat nak naik mende2 camni. tah laa. bila naik tak der perasaan. cepat rasa bosan. bagi sesape yang suka menikmati keindahan malam boleh la naik ronda2. hehe. dekat area waterfront ni best nak bersiar2. macam dekat KL jugak gayenyer. ade budak2 remaja main gitar then nyanyi macam2 lagu. penyanyi di jalanan ehh orang panggil. suara diorang ni boleh tahan sedap gak. pastu ade jugak yang bukak kiosk jual sourvenir. nak beli kat sini pun boleh. rasanya elok beli dekat kedai2 sourvenir. lebih murah. 

-tamat untuk aktiviti hari pertama-


gambar ni dekat LCCT. before bertolak. muka kemain senyum. bahagia sangat nak pegi holiday kannnnn. kahkahkah. baju beli dekat downtown. murah okey. RM 20 sajor. i likeee murah2 ni. hehe.

kahkahkahkah!!!! ini kasut pun beli dekat downtown. kaler merah tu iolzz punya. konon sehati sejiwa. frenzzz 4evaaa. beli kasut sama patern. sama saiz tak menahan tu. so weolzz memang pakai tukaq2. kih3. kami beli malam sebelum bertolak tu. Kak ida sangat tak aci. sebab die dapat harga murah daripada saya dan along. mencikkkk!!!! die beli kedai lain tu sebab dapat murah. tak pe tak pe. sabor sabor. =p

okey. ini we olzzz. saya tudung pink. along yang tengah. kak ida belakang sekali. saya paling muda. wakakaka. =p 

okey sekian sahaja entri saya mengenai percutian saya di Kuching Sarawak untuk hari yang pertama. merangkap part 1. nanti kalau saya free lagi. saya akan update untuk part 2 pulok. 

-tamat-

Tuesday, April 2, 2013

gambar nikah (mysis)

asaalammualaikum. okey mysis dah dua bulan kawen. juzz nak share pic berkualiti siket dekat blog.

mana tahu ada tengah survey baju nikah gojes ke kan. hahaha. gojes la sangat.

okey sekian terima kasih.












Sunday, March 31, 2013

fenomena keek dan lauk lunch yang ohsemm katakawww

assalammualaikum. happy sunday to all.

hari ni berehat sajor dirumah. sebab semalam dah seharian berjimba. so esok adalah sangat tak sabar nak main badminton. hehehe.

okey semalam nak main boling. full! nak karokkae pun full!! ehhh ehh ehhh kenapakah? over tau nak full2 ni. pastu pegi padang polo bersantai. ewahhh. bercanda tau tak. hehe. relax relax cuci mata. indah okeyy. kononnya mencari cinta. bwekkkk.

ehhh tau keek tak? tau ke tidok? keek ni macam instagram tapi die video. max 36 sec sajor. hehe. sangat best. sebab dalam 36 sec tu mempoyoooo. sangat lawak okey. tengok video tah sape2 pun gelak macam orang gila. sekarang sangat femes menatang keek ni. silamdownload untuk tidok ketinggalan yer. mihmihmih

okeyy saya dah upload 4 video dekat keek. itu pun banyak gelak je. hahahahahahahaha. sumpah tergedikk. tak sengaja. ampunnn.

okey itu lauk lunch saya yang superb. ikan rebus goreng sama cili padi dan bawang besar. sup cendawan. sangat sedap. makan dengan nasi panas. ohhhmaiii. heaven tauu tauu tauu. feeling ade dekat waterfall. dapnyaa lauk harini. simple dan yummyyy. buncit la sape kawen dengan saya. lauk sedap sangat. hahaha.

okey selamat berhujung minggu.



Tuesday, March 26, 2013

Kasut futsal oren gojes itu

Assalammualaikum

Yeiii dah beli kasut sport idaman kalbu. Tak de la idaman sangat. Main sebat je mana sempat. Hahaha. Tapi kemain kasut nike sekarang. Kaler meriah bagai. Ini kasut futsal. Tapi saya pakai untuk main netball. Bolehh? Ehehe. Boleh je kan kan kan. Kaler pink macam jambu sangat. Pastu tengok oren. Aufff aufff auffff. Ohsem okey. Beli jela terus. Plek laa. Kaki saya dah mengembang ke. Salu pakai saiz 6. Ni tiba2 saiz 7 kemain. Tak pe. Saiz kaki kene balance dengan badan yang sudah membesor. Yee dakkk. Sobss

Mahall tau tau tau. Wuuwuu nape mahal sangat. Nasib baik ade duit brim. Kahkahkah. Nanti tengo kasut teringat brim. Hehehe.

Saya tak de la terer main netball. Cuma salu la gak orang panggil main masuk team diorang. Ceaaa. Hahaha bajet sungguh. So saya rasa sukan PBT tahun ni saya tak de fokus nak juara. Gaya tu penting. Gaya mutu keunggulan. Hehe

Saya sajer jelaa tayang dekat adek. Paatu bubuh wallpaper wassap. Mahalll wohhh haruslah tayang satu donia. Kahkahkah. Sampai ramai yang wassap pic kasut adidas diorang kat saya. Wakluuu tul. Adidas lagi mencekikk maheiii. Pastu adidas patern jantann sangat. Tak girlishh. Hahaha. Kawan2 saya sume poyooo. Hahaha.

Okeyy saya deal dengan adek saya. Kalau pointer die 3 keatas saya kasi hadiah la kat die kasut nike. Eee nasib baik adek sorang tau. Kalau tak botak iolzz. Tu saje nak kasi semangat kat die. Mamtikk laaa. Dah la sebelum ni pointer die mane penah bawah 3 pun. Wuuwuuu get ready jela maswani oiiii. Kasi terus hadiah besday la camni. Hikhik

Okeyyy tata.



Monday, March 25, 2013

Langgar belakang

Assalammualaikum

Lihatlah pandanglah. Abes bontot si gojes. Alhamdulillah mak saya tak okey.

Masa kejadian saya dekat office. Tengah busy buat kerja. Abah call cakap.

Abah: kakak pegi tengok mak jap. Mak eksiden. Tolong buat report polis jap.

Saya: hahhhhh??? Whattt????

Abah: kete mak kene langgar belakang. Abah kat ipoh ni lagi. Pegi balai jap.

Saya: okey. Kakak balik sekarang.

Tahu tak perasaan masa tu. hanya Allah jela yang tau. Dupp dapp dupp dapp. Drive tak tenang. Dalam hati, ya Allah jauhnya kuala kangsar ni. Cepat la sampai.

Sampai2 nampak mak. Mak okey. Tapi ketar2. Yess i know. Fobia kan. Mak kater pakcik tu langgr kuat. Badan mak kedepan. Handbag terpelanting. Mak dalam parking time tu.

Pakcik tu mengantuk. Okey fine. Rasa nak angin pun ada masa tu. hello kalau mengantuk drive pasai apa. Tau tak jalan raya tu pentas maut. Hadohhh. Mengantuk sampai terbabas. Eeeee nasib baik mak saya okey.

Kereta la teruk. Mau sebulan stuck dekat honda tu. haihhh kesian mak. Hmm. So uolzz plzzz berhati2 dijalan raya okey. Kalau mengantuk plzz jangan drive. Fikir orang lain sama.

Assalammualaikum.






Ana lulu dah bersalin

Assalammualaikum

Yeiiii ana lulu dah bersalin. Taniah ana lulu. Ceaaa ana lulu kemain. Ana lulu tu nama penuh. Tapi dekat rumah panggil baby je. Baby ni kucin yang comel. Bulu dia kembang dan panjang2. Homaiii.

Perut punya besar, beranak dua ekor je. Saya punyalah berdoa plzzz jangan kluar baby hitam. Kluar jugak hitam. Kiter redhoo jelaa yer. Hukk3.

Tapi baby hitam tu hidup sehari jer. Adik ana lulu yang bernama popo telah membunuhnya. Kematian yang amatlah scary. Anak ana lulu yang hitam tu kepala terputus daripada badan. Popo kan kanak2. Dia geram tengok benda gerak2. Dia gigit2. Lambung2. Sesuke hati die je. Ciann kat baby itam yang tak bersalah itu.

Kebetulan hari tu adik saya balik. Adik saya telah menyaksikan kematian tragis. Lalu beliau berkata.

Mioi: eeee tak guna punya kucin. Apa jenis kucen kamu ni. Grrrrrr. Mak hempuk kan popo tu. kuang ajorr sangat.

Okeyy ini adalah lawak. Saya tergelak kecil disitu. Hahahahahahahahahahaha. Kecil la sangat kan. Hehehe

Lepas tu ana lulu macam meroyan la tengok anak dia dah tinggal satu kan. Yelaa kandungan pertama kan. Siann dia.

Popo kan dia memang suke sangat dengan anak lulu. Die macam geram. Die salu usha yang lagi sekor tu. tak faham lah saya popo tu. tak pasal2 nak kene awasi dia je. Hello adik2 buluss saya busyyy okey. Tak kuasa la nak tengok korang jer. Hehehe. Alamak garangnya kiter. Hehe.

Tapi saya sayang popo. Popo baik walaupun dia pembunuh. Popo kalau saya dukung die suke lentok2. Cair hati ini tau. Die anjerr walaupun buass sangat. Hehe.

Sekian sajorr entri adik bulus. Nanti kiter sembang lagi. Banyak nak citer ni. Hehe. Popo pic last tu tau. Hehehe











Sunday, March 24, 2013

dewasa kini

assalammualaikum

satu satu malaysia salam perak aman jaya. ceaaaaaa. poyo kemain awak ni maswani. hari ni kan hari Ahad. so haruslah saya berjimba. tapi sekarang awal lagi. oleh itu haruslah setel kerja rumah dahulu. well saya kan anak solehah. ceaaa. *angkat bakul nampak. pdahal abah suruh goreng cucur punyala pemalas tahap dewa. sorry abah. wuuwuu. anakmu memang anjer dan fobia sejak tangan kene minyak panas. *alahai gedik sungguh. hehe.

hobi saya kan berangan. saya suka sangat berangan. tu sebab banyak jerawat. haihhh loser betul la. kenapa la hobi begitu keji. kesiannnn maswani. tak per jerawat lambang kemanisan wajah. tanda kematangan. ceaaaa ayat penyedap hati nampak. kih3. antara yang diberangankan ialah.

saya: mak nanti kalau akak kawen. akak nak buat simple je tau. akak nak buat kat rumah je. pastu gilang gemilang. mak faham tak gilang gemilang?

mak: ade calon dah ke?

saya: jangan la tanya pasal calon. tak best sembang pasal tu. tanya la pasal gilang gemilang. hehehe (senyum2)

mak: cari calon dulu baru sembang. (terus beredar)

saya: (T_T) sentappppp!!!!

ehh umur 23 tahun memang dah kene ade buaya prend dah ke? 23 tahun tu muda lagi kan. apesal kawan2 macam dah busy2 bertunang dan berkahwin. (soanlan ape ni) kalau fikir pasal ni rasa loser kemain. apesal tak der boiprend lagi. ohmaiiii. tak per. cool cool cool. nanti adela tu. ceaaaa. sebenarnya takut nak ada boiprend. takut kene tinggal. kahkahkahkah. lelaki zaman sekarang kan kejam. pantang jumpa gadis cun terus curang. okey okey. perempuan pun camtu. tapi perempuan baik siket. (nak jugak bekapp tu) kih3

oleh itu saya sedang giat mencari pasangan yang baik hati, setia, penyayang, manjaga solat, seksi, comel, anjer, garang dan suka makan. hahahaha. lawak betul ciri2 lelaki idaman. seksi tu wajib. lelaki kalau pakai baju melayu seksi kan. i loikeee so much. cairr tahu cairrr. lelaki kalau malu2 pun seksi. alahaii cair tau tau tau. (pejam mata sambil imagine wajah lelaki idaman) hahahaha.

okey stop sembang pasal lelaki. okey saya dah apply sambung study. doakan saya dapat okey. sebab saya nak mebusykan diri. nak mengubati kelukaan hati. ceaaaa luka la sangat kan. luka lama tak sembuh2 lagi. kih3.

okey nak bersiap. assalammualaikum. hehe =)