MR. NUFF =)

Saturday, May 11, 2013

HOLIDAY DI SARAWAK. (MENARIK DI SARAWAK) -DAY 1

Assalammualaikum. yess memang agak lama tidak mentype. biasa lahh. divazz kan busy. kih3. 

orang lain dok kecoh pasal pilihan raya yang tak sudah2. saya masih terkenang saat indah berholiday. kih3. baiklah, bagi sesiapa yang tidak pernah sampai ke negeri sarawak. saya nak share pengalaman indah saya sepanjang berholiday ke sana. cewahhh. hehe. 

okey, memula nak bagitahu. saya bersama geng saya book tiket awal. i mean book tiket under promotion air asia. sangatlah murah. RM 80.00 sahaja. hehe. saya memang suker murah2 ini. hehe.

book tiket sikit punya awal. so mensempatlah kalau nak simpan duit untuk berbelanja nanti kan. sepatutnya kami pergi berenam. tapi last minit kawan saya anak dia kene H1N1. so dia dan husband die terpaksa la tak pergi. 

lagi dua bulan before holiday kami dah susun jadual perjalanan. kami search tempat2 yang menarik sahaja untuk dilawati dekat kuching tu nanti. mula2, ada jugak terfikir nak pakai tour guide je. bila tanya2, sangat mahal dan tidak bertepatan dengan citarasa kami yang mahukan percutian bajet ini. kih3. lagipun tour guide punya aktiviti sangatlah tak best. boring2 jer die nak bawak kami pergi. pastu kami decide cari tempat yang best sahaja. google map. dan redahhh. so,  tempat2 yang kami nak pergi hari ke hari mestilah sehaluan. kami akan tengok jarak dari tempat ke tempat bape kilometer dan bajet masa ketibaan. cewahhhh. memang persiapan rapi kata kauuu. hehe. GPS sangat diperlukan untuk yang buta geografi. sape pandai tengok map boleh redahh. iolzz tak pandai walaupun kerja memang kene ngadap map sesaje. kih3. 



ini jadual perjalanan hari pertama : 18 april 2013

8.30 am: bertolak dari rumah. rumah kawan saya area sungai besi. 

9.30 am: breakfast dulu dekat area LCCT. breakfast la heavy2 yer. sebab dalam flight makanan is mahal. yelaa kedai atas udara kan. harussss berjimat. kih3

10.15 am: gerak terus ke LCCT.

12.55 pm: betolak dari LCCT  ke Kuching. (before bertolak kan. kami ade masalah siket. wakaka. rupenyer kami tak add on baggage. so kene la bayar lagi. saya semestinya tak tahu. sebab 1st time naik air asia. oleh itu. uolzz sila terus booking online je untuk baggage. lagi murah berbanding nak kene bayar dekat airport. online hanya 15kg = RM 25.00. ) macam kami hari tu. terpaksa pakai dua nama. satu nama 
RM 75=15kg.  Barang2 saya terpaksa dipindahkan ke bag Along sebab nak bagi berat tu tak melebih2. 

3.00 pm: ketibaan di Kuching. weolzz disambut mesra oleh orang sewa kereta. okeyy comel yerr budak sewa kereta. wakaka. kami sewa exora. yelaa kan memula 6 orang. pastu dah jadi empat orang. sobss. kene tambah duit lagi. okeyy bajet kami untuk merayap sepanjang 4 hari 3 malam di sarawak ialah 
RM 150.00 seorang. termasuk duit minyak. itu pun ade lebih2. kami bayar duit parking. jimat le jugok. 4 hari kotttt. kereta pun sangatlah cantik. kereta baru mungkin. hehe =)

4.00 pm: check-in hotel. (tune hotel) okey hotel ini super duper comel. macam ni tau. weolzz kan percutian bajet. kami sewa dua bilik sahaja. saya tak sure satu malam hape kosnya. tapi saya nasihatkan booking awal. lagi awal lagi murah. kami add on aircond 24jam, wifi 24jam, tv 24jam dan kipas 24jam. sangatlah funny. sebab weolzz sangaka 24jam tu untuk keempat2 hari. rupanya 24jam penggunaan segala kemudahan itu dalam masa 24 jam sahaja. sooooo berjimat lerr engko yer. tapi melebih2 pun. yelaa siang berjalan je kejenyer. malam ko pasang la econd dalam bape jam jer. pastu off. guna esoknnya pulok. haaa kan jimat. huhu. so untuk 4 hari 3 malam saya hanya bayar RM 100.00. kih3. murahhhh kannn. tapi tak der breakfast bagai okey. tapi sangat selesa okeyy. lagi best daripada hotel seri malaysia. siyess ni. alaa breakfast cari jelaa kedai2 kat luar tu. lagi best ape. hehe. 

5.30 pm: kami keluar dinner. kahkahkah dinner kate ko. lepas check in sume kami mandi dan solat sume. pastu baru keluar cari makan. laporrr okeyyy. last makan pun before bertolak ke LCCT. kami makan dekat kedai rizki mende tah namenyerrr. sangatttttttttlahhhhh sedappppppppppppp. nanti saya show off makanan yang lazat itu ok. haa dekat kuching sangat sussah nak jumpa kedai yanga de jual air buah. kalau ade pun yang jenis kordial. hari nak balik baru kami jumpa kedai yang jual air buah yang betul2 buah. tapi mahal sket laa. 

6.30 pm: pergi bersiar2 dekat waterfront. dekat jer waterfront tu. dekat waterfront ni boleh naik sampan nak ke seberang. pastu ade macam cruise. saya ni tak minat sangat nak naik mende2 camni. tah laa. bila naik tak der perasaan. cepat rasa bosan. bagi sesape yang suka menikmati keindahan malam boleh la naik ronda2. hehe. dekat area waterfront ni best nak bersiar2. macam dekat KL jugak gayenyer. ade budak2 remaja main gitar then nyanyi macam2 lagu. penyanyi di jalanan ehh orang panggil. suara diorang ni boleh tahan sedap gak. pastu ade jugak yang bukak kiosk jual sourvenir. nak beli kat sini pun boleh. rasanya elok beli dekat kedai2 sourvenir. lebih murah. 

-tamat untuk aktiviti hari pertama-


gambar ni dekat LCCT. before bertolak. muka kemain senyum. bahagia sangat nak pegi holiday kannnnn. kahkahkah. baju beli dekat downtown. murah okey. RM 20 sajor. i likeee murah2 ni. hehe.

kahkahkahkah!!!! ini kasut pun beli dekat downtown. kaler merah tu iolzz punya. konon sehati sejiwa. frenzzz 4evaaa. beli kasut sama patern. sama saiz tak menahan tu. so weolzz memang pakai tukaq2. kih3. kami beli malam sebelum bertolak tu. Kak ida sangat tak aci. sebab die dapat harga murah daripada saya dan along. mencikkkk!!!! die beli kedai lain tu sebab dapat murah. tak pe tak pe. sabor sabor. =p

okey. ini we olzzz. saya tudung pink. along yang tengah. kak ida belakang sekali. saya paling muda. wakakaka. =p 

okey sekian sahaja entri saya mengenai percutian saya di Kuching Sarawak untuk hari yang pertama. merangkap part 1. nanti kalau saya free lagi. saya akan update untuk part 2 pulok. 

-tamat-

No comments: