MR. NUFF =)

Sunday, May 12, 2013

HOLIDAY DI SARAWAK (MENARIK DI SARAWAK) -DAY 2

assalammualaikum. okey hari ni saya free siket. so boleh sambung update pasal holiday dekat sarawak untu day two pula yer. 

Jadual perjalanan hari kedua : 19 April 2013 (JUMAAT)

7.00 am : weolzz dah keluar hotel. breakfast.  tapi nama pun janji melayu kan. kih3. 7.30 am camtu baru gerak. kih3. okey menu yang paling saya nak cuba sangat masa dekat serawak ialah mee kolok. mee kolok ni ade macam2 patern. goreng ade, sup pun ade. saya lebih prefer uolzz try mee kolok goreng. sup dekat sana tak kaww. maybe saya tak jumpa kedai yang betul2 sediakan sup yang best kot. lain tekak lain seleranya kan. saya tetap memilih mee kolok goreng sedap lagi. hehe. satu perkara yang saya agak tensii dekat kuching ni kan, kedai dia bukak lambat tutup awal. banyak kedai makan akan buka area pukul 
9.00 am camtu. tutup awal. pukul 10.00pm tutup dah segala kedai. 

pola penduduk dekat kuching ialah ramai kaum cina. so kat sana tak yah nak pelik sangat bila kedai melayu susah nak jumpa. memang agak susah. tapi ada. rajin2 la mencari. hehe. no mamak yer. saya tak jumpa langsung kedai mamak dekat sana. muka mamak pun tak nampak. lepas tu susah nak jumpa kedai yang ada jual air buah. maybe ada tapi saya tak tahu kat mana kan. hari last baru saya jumpa kedai yang jual air buah. itu pun mahal. mahal sikit jerr. makanan tak mahal. sama je kot macam dekat semenanjung. ke lagi murah. haa camtu la citernyer. hehe. =)

 okey saya persembahkan mee kolok goreng. bagi saya ianya sedap dimakan. yummyyy. =)

8.00 am: Semenggoh Orang Utan Centre. after breakfast weolz pergi sini. nak pegi sini amek masa 45 minit daripada bandar Kuching. tak jauh sangat lah. sempat la tido dalam kete. kahkahkah. feeding times pada pukul 9.00am. so sila datang awal kalau nak tengok orang utan ni mamam. nak pergi sini sila pakai kasut sport atau pun kasut flat sajorrr. sebab nanti kene masuk hutan. kene jalan siket. tapi kami ni cenggeng  siket time ni. baru sampai la katakan. kemain poyo pakai kasut tinggi bagai. so redahhhh jelahh pakai kasut tinggi masuk utan. nasib baik wedges. kalau stilletto???? ohhmaiiii. bayaran masuk RM 5 sahaja. 


 inilah tiketnyaaa. nak masuk sini jangan tinggal kete dekat luar tau. i mean, lepas beli tiket, masuk balik kete then drive lagi kedalam lebih kurang 2km kot. ke 1km camtu. jauhhhhh okey. kalau nak bejalan kaki pun boleh. menikmati keindahan alam katakoooo. tapi weolzz ni kalau bejalan kaki 1km mau terus balik hotel lepas tu. kih3. =p orang puteh ramai jalan kaki. hehe. orang Malaysia pemalehh. hahaha.

 okey ini tempat park yang betul. bukan dekat luar tu okey. =) haaa ini la exora yang kami sewa tu. tantikkkkk kan. hehe.

 saya tak segemok ini sebenarnya. (T_T) (ayat tak boleh terima kenyataan)

okeyy. nak pergi masuk utan tu tak boleh bising. kene senyap. nanti orang utan tak datang. 


 seeeeeeee!!!! he come he come. kita sangat jauh dengan dia sebenarnya. apa yang saya bayangkan ialah dia sangat dekat dengan kita. then saya boleh kasi dia makan. 


10.30 pm: Annah Rais Long House. bayaran masuk sini kalau tak silap RM 8. sini kita boleh lihat kehidupan orang rumah panjang. yang ni real life okey. bukan cobaan atau dramarian. hehe. boleh tengok budaya mereka dekat sini. apa aktiviti seharian mereka. kalau nak tau sila pergi sendiri. sangat unik rumah diorang. dulu tengok dalam buku, dalam tv and dalam tenet jer. sekarang saya sudah merasainya. best tau. indah Malaysia ni. rakyatnya berbilang kaum. jauh perjalanan luas pemandangan. saya suka. best!!! 

okey meniti tangga. bangunan rumah panjang ni ofcourse diperbuat daripada kayu, buluh dan nipah kot. tak de batu langsung. kalau ade saya tak tahu la pulak. maybe saya terlepas pandang. lantai buluh. soooo sila pakai flat. kasut tinggi boleh jer. tapi make sure, daya keseimbangan uolzz adalah tahap model antarabangsa. hehe. =)


kononnya vogehhh!!!! wakaka =)

saya dengan Along. =)


saya tak sure ape itu KUPO SABA. hehe. =) selesai melawat rumah panjang kami ke Hot Spring pulak yer. =)


okey ini menu hari pertama. tiba2 tersesat kat sini. kahkahkah. okey ini adalah sangat lazat. ayam kat sane memang banyak bahagian ni. sedap gilaaaaaa. nama dia roasted ayam bakar kot. ade ayam bakar disalut sos special, tauhu bakar disalut sos special, ade tembikai, timun, kobis, sambal special, sup kosong dan nasi. RM 7. sangat murah. sebab portion dia besar. sedap pulak tu. yummehhhh yumeeeh. sangat rindu makanan ni. =)


11.00 am : Annah Rais Hot Spring. bayaran masuk sini RM 3. kalau tak silap. lepas bayar jalan siket yer. siket jer jalan. bak kata pakcik yang jaga sini. tak sampai satu minit dah sampai. kih3. view sini canti okey. masa jalan akan nampak macam2 tanaman. mula2 akan jumpa pokok nenas kiri kanan. pastu namapak sayur2an. ehh macam2 laa. pastu baru la sampai hot spring ini.

ini bukan hot spring yer. ini air sungai biasa. hot spring ada kolamnya. redah siket sungai ni. sunagi ni tak dalam pun. paling tinggi pun air paras lutut sajor. diorang dah buat macam kolam. so weolzz juzz rendam2 kaki pastu tangkap2 gambar siket. 

okey yer uolz. nak ke hot spring ni masuk jalan annah rais long house tu. dekat je. dalam 10 minit gitewww. i mean, nak sampai hot spring ni kene sampai annah rais long house dulu. 



2.45 pm: Jong's Crocodile Farm. okeyyy sepatutnya, dalam jadual kami akan lunch dan solat dulu. tapi apakan daya. kami merancang Allah menetukan. keluar daripada hot spring tu weolz juzz follow GPS nak ke jong crocodile faram ni. on da way kat sane kalau ada jumpa kedai makan atau masjid atau surau kami akan singgah. tapiiii haremmm non adorrr. gereja je banyak. GPS telah bawak haluan yang jauh kepada kami. yaaa sangat jauh. hampir dua jam jugak la dalam kete. sampai ketiduran yang lama jugok la dalam kete. jalan pun bengkok2. feninnn saya. actually dekat jer jong crocodile ni if kami berpatah balik ke Kuching. dalam 27km je daripada Kuching. nak buat cane kan. kami kan buta geografi kat sini. ikut jelaaa GPS tu. nasib baik sempat sampai sebelum pukul 3.00pm. 3.00pm feeding times yer. sila set time tu bebetul. hehe. bayaran masuk sini ialah RM 16.

sini macam mini zoo pun ade. masuk2 je uolzz akan nampak banyak sangat anak buaya. geli okeyy. pastu nampak pak indon. umur pak indon ni 54 tahun kot. sangatlah besor. pak indon tu buaya. pastu dengar bunyi pappp papp pappp. gema satu farm. feeding timesss!!!!! so jum tengok buaya makan. 

memula dengar bunyi papp papppp tu kan. ingatkan bungi buaya nak makan then dia terjatuh dalm air. kira macam bunyi hentakan badan dia kene air. no okeyy. no no no. itu adalah bunyi gigi bertemu gigi. scaryyyy. banyak sangat buaya dalam ni. atas darat lagi. ni kira best shoot la. kahkahkahkah. =p 

kat sini bukan sahaja ada buaya. macam2 binatang lain pun ade. utamanya buaya la yer. pastu boleh jalan2 lain tengok binatang lain. macam mini zoo la. okey la tu kan. best jugok. besar pun besar. letihhh nak bejalan. pastu ade satu gallery buaya. dalam tu adala tunjuk list nama orang yang kene makan dengan buaya. sungai mana yang bahaya. gambar2 sume ade. scaryyy scaryyy!!!!

4.15pm: baru nak lunch. kesiannn. lepas lunch terus gerak balik hotel. solat dan mandi. rehat sekali. arghhhhhh legaaaa!!!!

lepas masuk magrib baru keluar dinner. RJ AYAM BAKAR. sangat mavelessss. kedai ni ramai orang. no wonder lah. servis bagus dan makanan pun lazat. harga berpatutan.

lepas dinner terus balik hotel. sangat letih. kami kene rehat yang secukupnya. sebab esoknya nak berjalan lagi. hehe. esok berjalan jauhhh punyaaa. hehe. =p

-tamat untuk day two-

1 comment:

bicara mak dara said...

wahh bestnya cuti cuti Malaysia :)