MR. NUFF =)

Friday, July 27, 2012

lawak untuk hari ini : ujian

hahaha. tadi saje je cek emel. tengok bersepah emel tak baca. pastu kan ade trend foward2 emel kan. banyak gila emel lawak. senak jugak perut gelak sorang2. haha. meh la nak share sini.






Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu
sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis
teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Lias : Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah.

Lias : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan,
mereka telah terpotong jari saya.

(Mendengarkan penjelasan Amin, Lias menangis.)

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?

Lias : Saya datang untuk ujian air kencing. 





hahaha lawak kan kan kan kan. errr tak lawak ehhh. ok baiiii. 

Wednesday, July 25, 2012

fasting stories~~~~

Assalammualaikum. salam Ramadhan. =)

dah hari ke lima puasa baru tehegeh2 nak update. wakaka. bukan apa. kalau tuan blog puasa. blog pun kene puasa jugak. haippp haipp hari ni saya puasa jugak okeyy. cuma hari ni ada kelapangan siket. hihi. =) bila saya blogwalking (lama tak guna word nihh) asik nampak orang update pasal makanan. makanan sahur ade. bebuka ade. bebuka dekat hotel lerr. dekat rumah mertua ader. dan lain2. hihi. =p jeles gila sebab korang sume makan sedap2. hehe. yelaa orang diet mane boleh makan sedap2. wakaka.

hari pertama puasa: saya sahur air dengan kurma jerrr. tahannnnnnnnn sampai berbuka. bebuka pun dengan air dan kurma sahaja. =p tak de laa. makan la kuih dan ratah lauk siket. orang diet la katekan. kih3.

hari kedua, ketiga, keempat: sahur dengan air dan granola bar. alaa spesis biskut oat+madu. tak berapa nak yummy sangat. tapi telan jelaa. kang tak makan semputt pulak siang nanti kan. dah la petang nak bersenam pulak. haaaaaaaaaaaa. puasa bukan alasan untuk skip senaman tahuuuu. hikhik. saya dah skip 4 hari tahu. sebab muka ni alejikkkkk haaa. dokter kate jangan duk tengah panas. jangan berpeluhhh. tah hape2 dokter. tapi semalam dah mula berlari balik. hihi. bila ada stamina baru la cergas. hewww. berbuka pulak makan begedil dua. wakaka. begedil ke pegedil haa. errrrrrr. kuih abah beli tak best sangat. dah le anakmu ini tak sukeee agar2. plzzz jangan beli. kalau orang bagi jangan amek. wakaka. =p

hari kelima : sahur air dengan roti john lebihan berbuka semalam. pastu tido. good kan? hahaha. pastu boleh pulak bantaii fererooo rocherr satu. hikhikhik. berbuka tak tahu lagi nak makan apa. hmmm nak makan sup sayur laaa. semalam saya masak sup sayur. tapi tukang perabis orang yang tak puasa tuhhh. hehehe.

sumpah dah kurus gila sekarang ni. hahaha. tu pun kalau korang nak caye laa. hikhikhik. 3 bulan tak makan nasi tahu. apesal tak kurus2 lagi nihhhh. hehehe. =p tak pe tunggu lagi setahun. kita tengok resultnya. wahhh setahunnn. ko adorrr. hahaha. okeiii tata love.

Tuesday, July 24, 2012

Aku Redha.....

aku redha....
apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita...
maka percayalah Allah akan meggantikan kekecewaan itu
dengan sesuatu yang tak dijangka.
demikianlah besarnya nikmat tatkala kita redha.


note: selamat berpuasa hati ke empat. =)

Thursday, July 19, 2012

tabah

assalammualaikum.

dah beberapa hari tak update. macam blurr nak type ape. sekarang ni muka saya tengah scary gila. sendiri tengok pun takut. dagu membengkak dengan jayanya. siyess sakit gila. nak bukak mulut pun sakit. dagu jadi cam keras. merah meggila. mamtikk laa kalau tinggal parut pasni kan. tak gojess dah kite. =p

sekarang tak pikir pasal gojes ke tidak. sekarang pikir pasal dagu yang sakit gila. mula2 tak mo jumpe dokter. yelaa kalau jumpe dokter kompem melayang lagi duittt. haishhh. dah la nak berjimat ni. kalau nak berjimat je salu jadi cam ni tau. dan2 la ade problemaaa itu ini. tapi saya redha. ade hikmahnyaa. sabar sabar sabar.

ekcelii tensii jumpe dokter. sebab ape tauuu. dokter tu macam senget. haha. kemain kutuk dokter. haha. yelaaa. bila saya tanye. "dokter, kenape dagu saya salu jadi camni? ape masalahnyaa. saya salah makan ke?" pastu dokter jawab. "salah makan laaa. sudahh jadi luka. ada sakit tak? ada gatal ak? ada garu ka ni? jangan picit laa. nanti kuman biak." tensiii kannn. kenapa masalah ni salu berulanggg. kenapa ubat dokter tak permanent haa? hik3. macam la dokter baca blog ni.

dokter ade tanye. mau cucuk ka? cisss macam tak tahu nak cekauu duitt saya. tanya harga dulu. kalau cucuk berapa? cucuk sahaja 150. then saya jawab. tak payah la dokter. dokter kasi ubat cuci, sapu, antibiotik jelaa. hahaha. dah macam saya pulak dokter. pastu dokter amek lampu suluh. dia suluh2 muka. pastu die tulis mende tah. adeke nak bagi ubat stok 2 bulan. ingat saya ni rajen sangat ke makan ubat haa. terus cakap tak payah. sebulan cukuppp. dokter sekarang kemain pandai kan. ciss cisss ciss. jangan la becinta dengan dokter. sebab pandai sangatttt. nanti ko menipu cepat je die detect. haha. =p

dokter kate dagu saya ade luka. ade peeling teruk. salah pakai produk. sebab dah luka tu yang jadi jangkitan kuman. tu yang membiak dengan jayanya. pastu dia cakap jangan mekap. pakai je krim yang die bagi tu. tapi krim tu sapu kat merah2 and bengkak2 tu je. so sapu kat dagu jela. hahaha. pegi keje tak pakai mekap. best woooo. bangun lambat pun tak de hal. bahagianya kalau kulit cantik kan. tiba2 suka lak tak payah pakai apa2 kat muke. hihi.

siyess down gila dagu camni. T_T hilang kompiden. kalau pegi keje pun suruh member punch kan. sebab tak mo masuk admin office. hahaha. punya nak sorok muka. balik keje laju2 balik. tak mo tersempak dengan member opiss. yelaa diorang kan mental gila. suka buat lawak sengal2. saya ni dah la tak boleh nak gelak over2. sakitttt wohhh. cakap pun kontrol2. bolehh? sila bayangkan. alaa macam mr.trainer saya cakap tu. alaalalala rindunya mr.trainer. sobss. call la lagi. ehhh ehhh

ehhh okeylaa. itu sahaja cerita. nak publish gambar muka terok. tapi sendiri pun tak sanggup tengok. inikan orang lain. mau ade yang pengsan nanti. hihihi. pastu cam jatuhkan saham. hahaha. ok lahh. baiii. =p doakan saya cepat sembuh. aminn.

Monday, July 16, 2012

sakitnya muka.

assalammualaikum.


sedisnyaaa. sakit sangat dagu. peeling gilaa2. pedihnyaa mukaa. sobss. yaAllah, sembuhkanlah muka ni cepat. sakitnyaaa.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, July 13, 2012

work.

assalammualaikum.


hari ni pegi melawat kawasan. haha. amboii kerja dah macam YB pulak kan. sebenarnya dah tau hari ni pergi site. tapi pakai jubah pehal kan. hihi. konon nak nampak sopan la di hari jumaat kan. hihi. sebenarnya mam ni citernyaaa. malas iron baju site. tu je alasannya. haha. malang la sape jadi laki saya nanti. hehe.


tadi masuk pic ni kat fb. komen sume tak vulehhh vlahhh.


"amboi, kurus gila. dah macam pinggang aku dah. apa rahsianya"


"minum kacip fatimah ke?"


"makan lada giling ke?"


kojaqqq kan my prenddd. cisssss. paling lawak rehan komen. "kadang2 gambo ni nipu je" wakaka. betul letewww. memang tipu pun. haha. pelik dalam gambar nampak kurus. hihi.


ok habis dah isu gambar. saya sebenarnya suke pegi site kalau lokasinya ialah skim perumahan baru. dimana saya hanya melawat kawasan. hahaha. ko giler melawat kawasan je. kene la amek data. dorang ni mane betul sangat. kadang2 inform lain buatnya lain. tensiii ahkakk. hihi. pastu tengok rumah contoh best derrr. insyaAllah one day nanti nak memiliki rumah idaman kalbu. hihi.


okeyy tata


Published with Blogger-droid v2.0.4

cincin gojess.

assalammualaikum.


tajuk kemain kan. tapi memang gojes pun kan cincin tu. dulu kan. saya suke pakai cincin kat tangan kanan. pastu kak ijan cakap. jangan pakai tangan kanan. nanti orang ingat saya dah berpunya. motiffff? hahaha. nak bagitahu single dan suruh mengorat cepatttt. wakaka.lawak la kak ijan ni. siyess lawak gila. dalam lawak2 tu saya pi ikut cakap dia. tak pakai cincin jari kanan dah. haha. tapi berkesan ape. ramai kut datang mengorat. haha. oleh itu kalau nak bajet single pakai cincin jari tangan kiri. bila nak basuh berak sila tanggal cincin. haha.


saya ni bukan suka sangat pakai cincin. macam rimas2 gituuu. tapi mak salu suruh pakai. subang die suruh pakai. paling lama bertahan pakai subang seminggu je. hahaha. tak girlish langsung kan.


nanti kalau kawen kan nak suruh hasben beli gelang la. rantai ke. nak design sendiri. haha. over kan. ahhh bia laaa. saya kan suka unik2 ni. hihi. bilalaa nak kawen. eeeee macam seram je kawen2 ni. hehe. tiba2 rasa tak sabar nak ada anak sedara. cepatlaa kawen iraaa oiii. hehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, July 12, 2012

surprise hello kitty.


tadi kannnn. ade posmen datang office. hehe. ok. memang hari2 posmen datang. yelaaa banyak sangat surat kan. hihi. pastu kan tiba2 ada parcel untuk saya. dalam hati dupp dapp dupp dappp. budak office sume cakap boypreng yang kasi. puiiiii.

tak abesss2 mereka tu. bukak2 parcel nampak hello kitty dulu. alalala. hello kitty say hye to me. hihi. ok tipu je. gilaa. kalau hello kitty becakap melompat saya kat situ. hihi. pastu tengok. ehhhh ada tudung laaa. alalala besday saya hari ni ke. bukan rasanya. muda lagi rasanya. hihi.

parcel from nurse hati. alalala suwitnya nurse hati saya. korang ade ke nurse hati? hihi. buang tebiat bagi hadiah. tapi tak pe. saya sukeeee surprise2 ni. hihi. feeling2 ramai peminat. padahal kawan baik sendiri yang bagi. ahhhh peduli ape. nak feeling2 jugak. hihi.

hello kitty terus gantung dekat kunci kereta. buang kumbang pink. kumbang pink dah buruk. hihi. kan best dapat hadiah hello kitty banyak2. haha.

hadiah besday tahun ni nak mintak abah sponsor spoiler persona tu. mak nak mintak kasut 2 pasang. satu heels satu lagi flats. hahaha. kakak nak mintak boyfriend laaa. ehh tak nak la. taste dia tak best. tuka2. nak mintak pefume britney tu. sebab die salu pawww pefume saya. soooooooo bagi hadiah pefume ok. hihi. adek pulakkk. hmmm. budak tu kedek. tapi tahun ni die wajib bagiiii. die laki kan. lembab siket bab bagi hadiah ni. nak mintak tshirt polo la. hihi.

ok baiiii.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, July 11, 2012

jika aku jatuh hati



sobss sobss T_T berjuraian air mata. cewahhh. mane ade. saya cool jer. hehe.

Tuesday, July 10, 2012

Milo Keras. yummyyyy

Assalammualaikum.

hehe. bos dah balik. so, boleh bukak belog. (padahal bos ade pun dok bukak jugak. wakaka) bukak belog tak pe. bukak facebook pun tak de hal. keje kasi setel dulu maaa. hikhik. bos pun layan facebook jugak ape. hik2. 

dulu mase sekolah menengah kan. time form 4 form 5 dan duduk hostel. yelaa gedik sangat kan masuk teknik. ingat sonok sangat la duduk asrama kan. memang ade yang syiok pun. tapi banyaknyer tak syiok laa. haha. standard la budak hostel beli stok makanan banyak2. simpan dalam loker. stok untuk sebulan. tapi tak sampai sebulan dan licin. wakaka. mane taknyerr berkelah je kejenyer. hihihi. kadang2 tu, bende yang tak sedap berkurun jugak nak habiskan. last2 sedekah kat kawan2 jer. hihihi. duduk asrama kayooo kot. parents bekalkan duit yang banyak. muahaha. 

milo keras ni pun saya buat sebab terpengaruh dengan kawan2 laa. tak denyerr tiba2 tercetus idea nak buat. hihihi. ni kalau buat kat rumah kompem mak kejar keliling rumah. hahaha. well my emak kan prihatin. mane bagi anak2 ratah2 milo ke. makan manis banyak sangat pun tak bagi. see air gas pun dah berzaman tak minum. dulu hantu air gas ni. sekarang dah alejikk. sume bende nak alejikk kan. perut ni gedik. kang mula la meroyan. hikhik. tapi air gas bukan sedap pun. manis sampai ke kepala rasa. tambah2 air coke dengan pepsi. gas siket punye kuat. rasa pahit2. mane sedap. pastu keras semacam je rasa. tak sedap. bwekk bwekk. ape cite pasal air gas pulak nihh. haihhh. suke lari topik kan. =p

haaaaa. budak hostel zaman sekarang layan lagi ke milo iron ni haa? tak tahu laa den tak duduk hostel dah. hehe. ade lagi kot. kawan sya ajar kan. milo tu kene tebuk2kan dulu. wakakaka. tengah prep layan milo keras. yummyyy. ehhh milo tin tak leh buat. milo 3 in 1 je boleh buat. tapi ade kawan  saya budak aspura (budak asrama laki) suke makan nescafe 3 in 1 keras. gile kan. nescafe siket punye pahit die cool je layan. eeeeeeeee yuckkkk.

korang nak try boleh la buat. tapi jangan salu. wakaka. bukan apa. n anti dah tua kene potong kaki jangan salahkan saya pulak yer. hikhik. 


Monday, July 9, 2012

mana privasi anda!!!!

Assalmmualaikum.

ceyyyy tajuk nak over je kan. hahaha. tahu tak ape erti privasi. privasi itu boleh diumpamakan seperti kita nak masuk jamban sorang2 sebab nak privasi. tak nak orang tau ape kite buat dalam tu. tak semestinye masuk toilet berak je kan. ade jugak yang korek idung sume. wakaka. =D

itu contoh jela yakk. sekarang ni saya tengok orang2 kita. cewahh. macam dah tak der privasi. kann kann. ehh ehhh. i mean, bukan berak bersama ke ape. muahaha. =p maksud saya dekat sini privasi tentang hal2 personal ni. kalau dekat fb tu. gaduh laki bini nak cite. pastu gaduh pakwe makwe pun nak citer. sume bende nak citeee. pelikkkk. motif nak citer sume bende tu nape ehhh. nak tarik perhatian orang ke. nak bagitau satu dunia gaduh laki bini ke. tak de kemaluan ke? herannn saya. malu la bebbb. hal2 dalam kelambu kalau boleh setel luar laa. tak syok la sume bende nak citer. kan dah bukak aib masing2. salunyer perempuan laa. perempuan kan suke over. emo tak kene tempat. akal cetek. wahhh! kemain kutuk perempuan. tapi tak sume laa yer. sebahagian yang otaknyer tak centre. haha.

pastu kalau ade boyfriend tu jaja satu malaya ade botfriend. haha. snap pic pegang tangan. snap pic laga2 pipi. ehh tak malu ke? hahaha. saya pulak terasa malu. bukan apa. kalau terlampau show off kan. macam memalukan. dekat fb tu kan sume orang tengok. yelaa dekat fb ade parents, sedara mara, kawan2, cikgu2. pastu ayat paling tak menahan. "terima kasih kerana pilih saya jadi penyeri hidup awak" puiii. gelak guling2 baca ayat ni. pecayaa sangat la kat laki. haha. benda belum confirm jangan yakin sangat laa. setakat pakwe makwe tu bila2 boleh berpisah laa. pastu dengan orang lain pulak. hewwheww. kat situ kite nampak. ehh dia ni kejap dengan orang ni. kejap dengan orang tu. hahaha. tu sebab kalau boleh jangan show off sangat.

kalau saya kan. ade bf pun saya tak ngaku ade. yelaa bende belum confirm. sian FAHRIN AHMAD. wakakakaka. #kejigila.

oleh itu wujudkanlah privasi dalam diri anda. tak sume bende kite boleh citer kat orang. tak sume bende kite boleh tunjuk kat orang. contohnya perus belapis tak elok tunjuk. maluuuuuuuu bebb. wakakaka. tapi perut saya flat. ko adoooo? hahaha.

note: taniah kepada ex bf yang bertunang semalam. semoga cepat kawen ye awak. hahaha.

haa wish boleh show. ingat senang nak jumpa ex gf yang baik macam ni. ex bf kemain kejii pun die okey jerr. wakakaka. ehh okeylaa. time keje kene fokus. nanti bos marah. ehh bos dah balik laa. haha.

okey tata love. muahhh. =)

Friday, July 6, 2012

kalau kuat sentap tak cool la derrr

assalammualaikum.


hehe. baru balik makan pizza hut hut hut. hancussss diettttttt. tak pe. balik sat gi kene lari atas treadmeal selama sejamm. hahaha.


saya ni meluat dan jijik sungguh dengan orang yang kuat sentappp dan tacing ni. helloooo. lu tak cool la der. nak sentap tu boleh. tapii tak kene cara laaa. seeloknya cool dah laaa. ni siket2 nak majuk tarik muka bagaiii. poyooo ahhh. takk suke tak sukeeee. majoriti rakyat malaysia tak suka tauu. hahahaha.


kadang2 kawan tu gurau je pun. gurau bodo2 pun nak sentap. meluatt ahkak. contoh la kan. hari ni nak makan pizza. sorang member ni tak bawak kete. salu kalau makan pizza memang dia ni tak drive. hehe. tadi memang saya tak drive la kan. helloooo sebelum ni memang bawak kete saya ape. yeeee memang berkira pun. bwekkk. yelaaa, saya berulang jauhhh kot. btimbang rasa la siket. hahahaha. keji gilaaa perangai. sorang lagi membe memang salu pakai kete die. die pun malas drive. main2 je cakap. oooo pandai ehhh, tak bawak kete. wakakaka. gelak kottt. tak maksudkan langsung walaupun betul. wakakaka. terusss sentap. tarikkkk mukaaaaaaa panjang2. haha. dalam kete senyappp. sunyi sepi. tak dengar suara langsung. tipu je. ade dengar suara. hahaha. tapi tak bape laa kan. sentap letewwww. pape je kan. cool dah laa. tak best la sentap2 ni. dengan member kot. gurau siket pun tak leh. payah la member orang tua ni. kahkahkah.


susah woooo. saya dah la jenis jujur dan gilaa2. pastu nak kaver2 camni tak best laa.


kalau tacing or sentap pun jangan la tunjuk. tak cool. orang meluat tau. hehe. saya la yang meluat tu. yang lain tak tau laa. hehehe. tengok la muka meluat kat atas tu. wakaka.


okey baiii. cool lebih kiut. sentapp tak cool. tak kiut pun. burukkk

hahaha. larikkkkk


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, July 4, 2012

gila busy.

Assalammualaikum.

gila busy! haha. saya benci la menaggung kerja orang lain. haha. hari2 stress keje je. tak de bende lain ke nak stress. kih3. =p nak buat macam mane dah hari2 keje. stress keje jela. hari cuti pulak stress tak pegi mane2. sian kan. tak de kawan. boiprend mane tah hilang. wakaka. =p

sekarang ni dah la busy gila. pegi site. balik site. pastu balik opis nak buat keje kerani. ko stress tak? saya stress tahu. stress gila. sume bende nak cepat. tangan ade due je. wuuuwuuu. stress ni. kan best time2 stress cam ni dapat makan bende lazat. tapi makanan lazat sume menggemukkan. pastu kan tengah diet. haa stress lagi sekali. dengar cite kalau stress tak leh kurus. yeke??? tak cayer. sebab sekarang saya dah kurus gila. cayer tak saya dah turun 9kg. ko adorr. phewww. #libastudung.

pastu kan. katekanlaa kerje tu saya yang mulakan. orang lain pegi gatal tangan settlekan. pastu salah. report tak der. so salah tu terang2 dekat saya. cisssss cisss. yang kene jawab dengan bos ialah SAYAAAA jugak. okey fine. memang dah nasibku begini. tabahlah wani oiii. sabarlah sayang. cewahh. kan best kalau ade boiprend. boleh ngadu2. #gilagedikkk. okey sekarang nak ngaku sunyi. nak cari boiprend laa. okeii lelong lelongg. haipppp. hahaha. (ini bukan saya. saje suke2 type.hahaha) T_T

cepatlah bulan 11. nak pegi holiday. wakaka. holiday sesaje pun. kate kaye kan. duit banyak bekepuk2 buat ape simpan. tapi bukan duit saya yang berkepuk. duit zhulian yang banyak. wakakaka. =p hewwheww. kan best kalau dapat pergi kursus lagi. gila syiokkk dapat pergi kursus. indahnya kurasakan. balik je opiss stress balik. hahaha.

lame2 boleh gilaaa camni. nak sambung study la cadangnyer. mane tahu jumpe true love nanti. kih3. nak sambung dekat negeri sembilan boleh. hahaha. negeri sembilan macam best jer. negeri perak dah bosan. kelantan pangkah awal2. wakakaka. =p KL pun macam best. boleh pegi Pavilion cuci mata. haha.

ni lagi satu. stress tinggal tab kat rumah. kalau tak time rehat camni leh main game. okei bye. wuuwuu.

Tuesday, July 3, 2012

work stress.

assalammualaikum.


sekarang time rehat. boleh la main tab ni kejap. hihi. hari ni saya stress. bukan hari ni jer. hari2 pun stress. mencikkk. wuuwuu. bila nak bahagia ni. sobss.


bila nak hari sabtu ni? nak tido lama2 sebab stress. dengan hwrapan, bila bangun tido dapat lupakan orang yang menyakitkan hati dan masalah dapat diselesaikan. indahnya dunia kalau gitu kan. hihi.


tak de la syok sangat keje gomen. stress je banyak. hihi. siyess tak tipu. dapat pulak client anti gomen. lagi nyakitkan hati. benciiii. kalau dah anti sangat jangan nak kekwat dengan staff boleh. kami kerjaaa dan melaksanakan tugas jerr. puiiii. plzzz jangan nak ngamuk cakap gomen makan duit rakyat. geliii dengar ayat tu. agak dah tak puas hati sangat junpa PM terus. jangan nak ngamuk marah staff.


orang suka cakap staff gomen bagi layanan cam hampeh. dah customer pun hampeh. haha. ko nak rilek ke kalau kene maki. kalau bukan salah sendiri pastu kene maki. hello mana hudi bahasa haaaa. kalau rasa nak dihormati belajar menghormati dulu. huhhh. stresss ahkakk.


kadang2 tak dinafikan staff gomen ni memang hampeh pun. keje melepap jer. yelaa masuk keje pun pakai orang dalam kan. padahal kerani cabuk jer. belagak diva macam bos. tak dinafikannnn bende tu berlakuuuu. kerje suke menangguh. pastu tau begosip jer. alaaa kat private pun banyak camtu. tak payah nak kutuk gomen sangat laaaa. fikir sendiri laaa.


hihi. dah macam entri luahan perasaan. memang pun. geram gilaaaaa dengan staff bodoh shitt wakluuu sume kat die. hahaha. tu dah marah sangat lah tu. disebabkan ada staff yang tahu kewujudan blog ni. tak leh nak cite detail. nanti kecohhh ye dakk. yelaaaa akuuuu budakkkk baruuuu. tapi dalam law tak de pulak tulis budak baru tak berhak bersuara ye dakkkk. huhu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, July 2, 2012

sick monday.


* monday sicknesssss. hurmmmm. 
Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, July 1, 2012

Maharku Untukmu




Assalammualaikum.

rasenyer ramai tengok kan citer "Maharku Untukmu" semalam kan kan kan. sedisss kan. tambah2 part Adi Putra nangis. tak boleh laa tengok dia belakon. geramm. hensem gilaa. hihi. bak kata mak kiter kan. Dia ni buat muka cane pun hensem. tapi saya suke die senyu. alahaiiiii. gigi dia cantik. lesung pipit dia suwittt. #winkwinkwink

lagu ni maveless gilaaa. sobss sobss. saya tak de laa over sampai meleleh air mata idung sume kan. masih terkawal. cume bengang dengan ending dia. nape sume matiii. mencikk laa. hikhik. ehh terover pulak. suke ayat ni. jap ehh nak type. heww


"jangan pandang rendah kepada sesiapa sahaja. setiap manusia didunia ada keistimewaannya, ada kepandaiannya yang tersendiri, dan ada pengalaman yang telah dilaluinya lebih awal daripada kita.
oleh itu, mintalah atau belajarlah daripada mereka yang telah pun melalui jalan yang bakal kita tempuhi atau lalui. Jika kita bersikap tidak mahu mendengar nasihat orang, kita adalah manusia yang sombong atau bodoh sombong."

sediss sediss. hishh poyo sangat lah nak sediss sediss bagai. hik3. =p

esok meeting. bahagianya.

assalammualaikum.


yahuuu esok meeting. so, saya tak perlu pegi office awal pagi. meeting pun mula pukul 9.00 pagi. hihi. pastu makan pagi free. yahuuu lagi sekali. hihi.


persiapkan mental dan fizikal untuk menghadapi meeting killer esok. hihi.


ok tata. happy weekend.


Published with Blogger-droid v2.0.4