MR. NUFF =)

Friday, April 27, 2012

hari ni merah.

Assalammualaikum.

haiiiiiiiiiiiii. salam Jumaat. yieehaaaaaaa. esok cuti. kih3. hari ini saya pakai baju kaler merah hitam. tudung merah. (kenapa perlu tulis sini) wakakaka. hari ini asik kene perli dengan member opis. sebab upload pic dalam toilet. wakakaka. cisss cane diorang tahu dalam toilet.

"waniii tau la henfon baru. siap upload gambo dalam toilet. tak menahannnnn"

maluuuu saya dibuatnyerr. wakakaka. 


ehh ini gambar baru tau.(perlu bagitahu ke?) muahaha. lame tak tepek gambar muka dekat belog. kih3. ehh okey lahh. dah malu ni. okeyy bye. hewhewhew.

amaran keras: ini entri gedik! hewhewhew


al kisah pergi site

assalammualaikum.


hari ini satu hari pergi site. hihi. kadang2 pegi site ni sonok jugak. tengok gak la tempat ape yang kiter pegi kan. kalau pegi inspection rumah2 orang memang sangat tak best. bosan derrr. kene bukak plan besooo gedabakkk, tengok plan dengan rumah same ke tidak. ade tambahan ke tidak. bosannn kan. itu okeyyy lagi ade plan. kalau tak de plan, masakkk laaaa nak menyukat nak melukis bagaiii. wuuwuuuu.


tapiii tadi best tauuuu. sebab pergi cekkk harta khas. hihi. harta khas means bangunan kerajaan. tadi pegi balai bomba. ingat senang ke nak meninjau balai bomba tu sesuka hatiii. tapi saya sesuka hati jerrr. hihi. siap panjat lori bomba. overr kan. pastu ketua balai bomba puji baju site saya cantik. hahaha. (itu pun perlu bagitau ke. motifff?)


pastu pergi menyukat kilang jerukkkkkk. dapat sekotak jeruk freeee. jeruk pelam adooo, jeruk betikk, jeruk kedondong, jeruk sengkuang, jeruk gelubi. banyak wooo tokeii tu kasiii. tapi malangnyaaa saya bukan pemakan rasuah jeruk punya olanggg. hihi. orang perempuan tak elok makan jeruk tahuuu. laki pun same. bahan kimia dia tinggi okeyyy. gulaaa pun tinggi. hiiiii.


kesimpulannya, best menyukat hari ni. kalau hari2 kluar site boleh hitam muke saya yang putih mulusss ni. hahaha.


okeyy tata kesayangan sume. good night.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 25, 2012

word "segar"

Assalammualaikum. hihi

malam2 buat buang tebiat update entri. wakaka. tak sedar diri bersok keje. pergi site pulak tu. abes la ko cik wani oiii. =p nak wat cane mate tak ngantuk lagi. duk mesej dengan member opis lawak gila.

tadi member opis tiba2 buang tebiat mesej tanya pasal word "segar"

kak tini: warna warni, nak tanye sikit ni. segar lawan nyer ape ehh. citer siket.

(cisss warna warni dipanggilnyer saya. kijammm kijamm)

saya: emmm ape ehh. layu kot. lesu pon boleh. depend pada word tu digunakan cane.

kak tini: soklannyer. apekah perkataan berlawan bagi segar?

saya : wakaka. ni mesti homework Aiman (anak dia). orang pun tak sure la. lame dah tak sekolah. bubuh je layu. lesu. wakaka. tanye bahasa melayu memang tak terer la. tanye english ok la gak. wakaka.

kak tini : hahaha. tau tak pe. susah sangat kita jawab je "kecut" la ekk. macam wak puteh (bos) tu ekk.

(wakakaka. sempat ngutuk tak tahan tu)

saya : mane tak kecut. pergi singapore makan sekali sehari jer. muahaha.

saya punyer tahap over kan pergi tanye sume kawan kat fesbuk pasal word "segar". semangat nak membantu tu tiba2 datang kan. hahaha. padahal nak jaga standard. kononyer terer la kan. hahaha. sume member jawab layu. boleh pulak opismate cakap "kecut" wakakaka.

okeilaaa mau beraduuu. ayuhhh kesayangan sekalian. tata love. xoxo. =)

orang senget.

Assalammualaikum. heeeeeeee. time rehat boleh la nak layan belog kejap. hihi.

saya ada seorang kawan yang gila. tak suka dia. sebab dia teramat poyo. asalnya dia bukan kawan saya. dia classmate kakak saya masa sekolah dulu. nama dia Azam. (mamtikkk lahhh kalau dia baca belog ni) wakaka. tak kuttt. die mane tau kewujudan belog ini.

Azam ni suka mesej saya. suke call. tapi dah jarang call. mungkin sebab die dah ade makwe kan. tapi bila dia mesej kan. amat memeluatkan. dah tak suka sumenyer meluat kan. wakakaka. perkara paling bodoh penah saya buat ialah keluar deting dengan dia ni. menyesal sampai sekarang. menyesal sebab terlupa nak paww hadiah besday. muahaha.

time dia mesej. ikut suka hati saya la nak balas ke tak. kadang2 tak balas. agak terlembut hati tu balas lerr jugak. muahaha. padahal bosan kot. layan jela mangkuk ni. contoh macam semalam kan.

Azam : uitt...duk wat pe ni?

saya : duduk atas kusi.

Azam : kaco kamu tak ni?

saya : tak. nape?

Azam : x de pe. saje je. keje aku dah tak de. pukul bape balik keje?

saya : pkul 5.

Azam : Minggu ni pegi Ipoh jom. hik3

saya : aku pegi dengan Muni (my sis)

Azam : owh..k.. tak laratnyer ase ari nie..badan ase nak demam dah

saya : bagi la tau Mimi. (makwe dier)

Azam : tak boleh bagitau kamu ke?

saya : Mimi lebih afdal.

Azam: owh..sowilaa ye. aku bagitau je kat kamu sebab aku ingat kamu kawan aku. tapi kalu aku bagitau kamu ase tak selesa sowilaa yer.

saya: ok.

Azam: aku mintak maaf ye. t kalau satu ari dah tak nampak kamu, nak kawan lagi tak lagi dengan aku...

saya: ekkk. suke poyo. herannnn aku.

Azam: aku nak tanye je..kalau t kan jadi camtu

saya : nape? kamu nak bute ke?

Azam : tak de pela...sekarang rase cam dah tak tau nak wat pe. dugaan ni ase berat sangat. aku tak larat nak hadapi.

terussss saya tak balassss. tak de kojer nak layan orang gila lama2. sikit2 tu boleyy lagi. dia ni kejam tahap hantu jembalang tahu. bila die dengan mimi kan buat tak nampak jerr saya niii. kawan mendenyer camtu. wakaka. padan muka. ni mesti mimi tak layan dia. wakakaka. okeii bye. agak dah tak der stok buat entri. stok shitt2 ni pun jadi nak citerr. hahaha.

note: tiba2 kan ade respond pasal entri sebelum ni. muahaha. lawak ok. okeii bye.

Tuesday, April 24, 2012

perangai keji.

Assalammualaikum.

heeeeeee. haii. kejap ader kejap tidok kan. well. busy kan. aah busyy benauu rini. kalau keje pakai system ni susah. suke nak sekat2 bila time nak guna sistem. malas la sembang pasal keje. boringgg. heee.

korang ade perangai pelik tak? alaa perangai stalker2 ni. muahahaha. alaaa rasenyer sume ade kot perangai cam gini. cam nak sebok2 tau pe jadi kat orang yang kiter suke or tidak. tak pun penah ade related dengan kiter. wakaka. kejii okeyy perangai saya. hobi saya memang stalker orang pun. orang yang paling saya suke stalker adalah skandle2 dulu. wakaka. pompuan cun2. handsome2. yang gedik2. yang mane menarik perhatian saya amat suke stalker. tak lupe juge ex bf keparat pun saya suke stalker. saje nak sebuk2. padahal dah tau lepas stalker akan sakit hati. wakaka. keji keji keji. 

kebiasannyer saya suke tengok gambar2. poyo ke tidak. bertambah cun ke bertambah hansome ke or betambah tidak cun or tidak handsome. hehe. pastu bace komen orang. ni kalau dah tak der keje sangat. kih3. kalau tengok ex bf keparat memang menggeletikkkk. (ehh apesal kutuk die ni. dah memang die salah. kene kutuk laaa) wakakaka. 

kalau stalker pompuan gedik mesti dalam hati berkata2. ehh die ni tak malu ke wat camni. sume bende nak citerrr. contohnyelakan. " saya sangat sedih hari ini. boifrend saya marah saya sebab tak kejut dia pagi tadi" puiiiii. pastu showw off gambar peluk2. ape jadahnyerr. nak vangga lerr tu ade pakwe. wakakaka. padahal orang getikkk bila tengok kan. yang lagi menggeletiksss ade pulak yang komen. sweetnyerr korang berdua. semoga bahagia. hahahaha. sumpahhh lawak gilerr. geli okeyy. bwekkk. kalau dah kawen tu tak pe laaa gak. 


ehhh okeyy bye. =)


Sunday, April 22, 2012

i love book.

Assalammualaikum.


yeayyyy perut comel dah okey. pinggang pulak cramp. wuuwuuu. sabarlah wahai Maswani. awak kan kiut. (ehhh tetiba. haha)


hari ni keluar berdating dengan my hensem daddyyy dan my kakak gojes. bertiga saje. mak busy. now pun tak balik rumah lagi. heeee.


ajaibbb tahu. hari Ahad jusco ipoh tak packkk. nak carik paking pun super duper senang. (padahal pegi polish kete. memang dah siap ador paking. hehe) tapi tak tipu tau. memang lengang siket. kan jusco besooo tu baru bukak. sume tumpu situ jerr. gudddd. tak de semak sangat. hihi.


sian abah. nak tengok sangat citer battleship. terpengaruh dengan anak2 dier ler tewww. kih3. abah ajak tengok lagi sekali. tapiiiiii. cukup tak berkenan aiii nak tengok dua kali. macam membazir pulak. hihi. so abah tengok sorang2. siap bagi duet poket suruh pegi sopingggg. yahuuuuu. tiba2 abah tanyer. "cukup ke? kalau tak cukup, pakai kad abah dulu".


haha. adeke pegi tanye cukup ke tidokkkk. kami sebagai anak2 yang sudah bekerjaya malu la nak amek kad abah kan. juzz cakap. cukup ni abah. puiii. haha. kalau amek satgi takut overlimit pulokkk. kih3. tapi tadi kami bukan hantu soping sangat pun. saya mencari handbag gojes. tapi tak derrr. kakak saya jer beli kasut vinnci. saya hanya beli buku. guddd kan. hihi.


handbag lain kali laaaa. nak soping tudung laaa. lame tak beli tudung. asik rembat kakak punyer jerr. kih3.


itulaaa buku yang saya beli tadi. ade dua versi bahasa. buku ni dah lama dah diterbitkan rasanya. saya je baru nak baca. yelaaa saya bab2 beli buku ni kedekut siket. suke pinjam orang punyer jer. kih3. keji gilaaa perangai.


lepas ni setiap bulan saya akan beli buku. ini azam baru saya. entah menjadi entah tidokkk. haha. tah2 besok dah lupe dah azam. hehe. asik main game jer. baik baca buku. bertambah siket ilmu didada ini. cewahhhh. hihi.


okeyyyyy nak baca buku ni. tata. xoxo.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 21, 2012

aaron suke tengok bola.

assalammualaikum.


saya ada seekor kucen. ehhh 4 ekor sebenarnya. tapi nak citer pasal aaron. die suke kacau saya tengok tv. grrrrrr. tengok ni.


sabar jelahhh. daripada nak marahhh terus tergelak. muahahaha.


okeiii tata.


Published with Blogger-droid v2.0.4

battleship

Assalmmualaikum.

haiii. happy weekend. hari ini cuti. tapi saya duduk dekat rumah jer. bangun pun lambat. sebab saya mengalami sakit perut yang kronik. adeke kawan saya cakap saya makan tak baca bismillah. huhh. tapi entri saya kali ini saya nak review movie sebenarnya. poyo kan tiba2 nak review movie bagai. kih3.

rasanya ramai kot dah tengok citer battleship ni kan. saya tengok minggu lepas. dengan kakak saya. memang nak tengok sangat2. kalau nak tengok movie dekat ipoh memang tak la kan nak dapat tengok dekat seat atas and tengah2 kan. so kami decide tengok dekat taiping. itupun tengok yang 2D punye. tah ape yang beza saya pun tak tahu. yang biasa punyer tinggal seat depan jer. tulunnn lahhh. tak kuasaaa mak nak duduk depan. cederalah tengkuk saya. =p

movie battleship ni saya kasi sepuluh bintang. sebab sangat best. sampai sekarang saya masih terbayang aksi2 dalam movie tu. sangat berkesan cara penyampaian. sampaiiiii menusuk di kalbu. hew hew hew (gelak stail baru). hero die hensem. Alex Hooper handsome okeyy. dier belakon pun best giler. Rihanna belakon pun best. cool gila.

citer ni pasal perang2. sape tak minat tak leh gengg. haha. =D bila tengok citer ni teringin nak makan BURIT0. wakaka. kat KFC ade jual kan. alaa lebih kurang jer. =p

masa tengok citer ni kan. time diorang susun strategi nak menentang musuh. rase hebat gilerr. boleh baca bearing dengan lajunya. (sumpah saya lembab kalau baca bearing) T_T bila kapal perang diorang meletup rasa, alaaaaaaaa. frust frust. tak guna punya makhluk asing.

mase diorang guna kapal perang lama tu kan. rasa macam cool gila kutttt. atok2 yang kontrol kapal tu. mau tak cool. terujaa makkk. lawak gila. =D

sape yang belum tengok tu pergi ler tengok. siyess tak rugi. sebab citernyer best. tak de melucah pun dalam citer nihh. citer ni akan membuat anda rasa wooowwww wowww wowww. bommm bommmm. kalau jenis muke tak tahu malu, rase nak jerit yeayyyyy. kih3. over kauuu. =p

okeii tata love. xoxo.

Friday, April 20, 2012

PTPTN

PTPTN beri jaminan setiap pelajar IPTA dapat CGPA 3.5 pinjaman ditukar jadi biasiswa, dan untuk IPTS hanya yang diakreditasi oleh MQA. Dah diberitahu, pelbagai NGO telah menghantar memorandum minta caj perkhidmatan dimansuhkan dan kerajaan hampir setuju untuk masukkan caj perkhidmtan sebagai perbelanjaan mengurus kerajaan dalam bajet akan datang. Kalau berani bersemuka, Insyaallah dapat jawapan. Jangan sekadar tahu nak menyalak tanpa ada kefahaman dan ilmu.

Yang saya tahu, mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka tu nak kerajaan mansuhkan terus PTPTN dan sediakan pelajaran percuma. Mereka kata tak kisah kalau kerajaan naikkan cukai pendapatan sehingga 200%. Soalan saya, wajarkah orang lain menanggung kesan dan derita akibat liabiliti yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kita? Sekarang kamu semua cakap sebab kamu masih mahasiswa, andai kamu sudah bekerja dan pendapatan kamu diwajibkan membayar cukai, adakah kamu sanggup membayar 200% cukai daripada yang sepatutnya untuk menanggung liabiliti orang lain? Bila kamu dah kerja nanti, kamu pulak nak berdemo mintak PTPTN diwujudkan semula? Tolong fikir jangka masa panjang. Jangan cakap sebab orang lain cakap. Fikir dulu sebelum meminta sesuatu.

Kerajaan dah lunaskan tanggungjawab dengan mempercumakan pendidikan yang wajib, iaitu peringkat rendah dan menengah. Takkan pengajian tinggi pun nak dipercumakan? Macam tu di mana tanggungjawab kita? Kalau pengajian tinggi dipercumakan, alamat semua orang pakat ramai-ramai pergi sambung belajar dan tak kerja sampai tua. Nak kerja penat-penat buat apa sedangkan kalau belajar semuanya percuma?





hik3. ni saya copy daripada facebook. jadik tersuka bace. dah pinjam bayar ler balik. booooo booooooo. kih3. (ayat orang tak pinjam camni la) ehh boleh ke kalau kiter nak mintak balik duit yang kiter masukkan dalam akaun SSPN tu ehhh. nak balikkkkk duittttttttt.

Hutan Lipur ULU KENAS

Assalammualaikum. haiiii. 

al-maklumlah hari ni kan hari Jumaat. so masa rehatnya panjang donggg. boleh la update manyak2 entri. sementara mood masih ada ni kan. hihi. semalam 19 April 2012 kami warga negeri Perak adalah bercutian. (sila jalan jeless) haha. semalam merupakan Besday Sultan Perak. 

semalam juga my sis ajak pegi piknik dengan bebudak opis dia. mula2 memang malas. sebab saya kan pemalu orangnya. rasa menyibuk pulak kan. tiba2 semalam rasa tak malu pulak. daripada duduk dekat rumah boring dan memndam rasa baiklah pergi menghiburkan hati. tak gituuu? kih3. 

saya tahu tak pernah selim. oleh itu diammmmmmm! jangan tegurrr. lalala. piknik main bako2 ayam sosej dengan pringless. korang ade ke? kih3. 
 memang candid kan. sume gambar saya telah curik dekat facebook bobo (opismate my sis) muahaha. curikk jerr. tak payah mintak izin bagai. sebab ade muka sendiri kan. tak frenzz pun. tapi sape suruh tak private album. kan dah kene curikkk pic. muahaha.
 pinjam kete abah. sebab semalam persona hati tayar tersusuk kunci. koyak rabak tayar kete sayeee. wuuuwuuuu.  okey ni nak balik dahh pun.
 inilah full genggg kawan kawan opiss kakak saya. yang ni walaupun tiada muka saya. tetapi saya yang snap pic ini. oleh ituuuu boleh curikkk. wakakaka. yang perempuan tak mandiii. sebab malas nak salin baju. standard la perempuannn. huhu.
 kami berkelah dekat jer. dekat ulu kenas jer. masih dalam Malaysia lagi. tak jauh pun. 15 minit jer daripada rumah. heeeeee. jemput la maii sini. bestt. port bbq aderr. nak tido sini pon boleh. ade chalet disediakan. toilet pun bersih. (apesal tetiba promote nihh)
 okeyyy pic lompattttttt. yeayyyy. mase lompat sangat lawak. tah kali keberapa baru jadik semua lompat tahhh. semput lompattt. haihhh.
heeeeeee. bukan saya yang bakorrrr. saya tolong perapkan ayam jer. muahahaha.

walaupun bukan kawan opis sendiri. pandai2 la bawak diri supaya tak bosan. pandai2 la masuk dengan orang. jangan wat tengin jerr. kih3. okeii lahh. tata.

satgi kalau rajin akan update lagi entri. =)

sayu sangat

assalammualaikum.


rindunya nak tengok mereka ni buas2. lompat sana sini. berguling2. makan berebut. berebut masa nenen. panjat sana sini. rindu sangat sangat.


dulu sihat walafiat. sekarang sakitttt. sian sangat. badan lulu kutus keding. berak kluar cacing macam megi. kakak dengan mak saya yang bagitau. saya tak tengok pin. geliss.


si putih aaron pulak sakit mata tak hilang2 lagi. hari tu dah pegi klinik dah. cakap kat dokter tu mereka ni tak mooo makan. dah bagi ubat dah pun. tapi makin teruk saya tengok. lagi tak moo makan si lulu tu. lembik gila dia. pipi dia yang gebu jadi cengkung. suara pun dah tersekat sekat. sobss. terseksa sangat saya tengok dia. rasa nak nangis jer. wuuuwuuu.


si aaron pulak, mata tak okeyyy lagi. hari tu dokter kata 2 hari je dah okey. dah bape minggu dah pun. tak okey lagi. sian dia. sobss. lulu paling kesian. kurus kedinggg. lembik sangatttt.


note: sedisnyerrrr. semoga adik bulusss cepat sembuh.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 19, 2012

fakta.

assalammualaikum.


setelah sekian lama dalam mood swing swing. mood memendam rasa. mood terasa hati. mood stress. dan yang sewaktu dengannya. heeee.


hari ini, cewahhh. tak dela hari ni pun. cume hari ni jer mood nak menaip tu kembali. dah lama dah okey sebenarnya. huhu.


tak tahu la kenapa saya terlalu poyo nak frust macam minah sengettt. haha. mungkin kali pertama terjadi dalam hidup kot. tu yang trauma kemainnnn lagi. haha. sedangkan kalau kawan2 putus cinta or ade masalah mase bercintun ni, saya la pakar kaunseling yang paling hebattttt. haha. bila terkena dekat diri sendiri baru nak tauuuuu. huhu. tak perrrr. pengalaman mematangkan kiterrrr. huhu. matangnyerrr ku rasakan sekarang ini. hihihi.


sangat terharu dengan sokongan family dan kawan2. terasa diri ini lebih berharga. haha. meh nak citer respond family dan kawan2.


family: 1. sabar ok. ramai lagi yang lagi best untuk kamu.

            2. doa banyak2. ade hikmah disebaliknyaaa. mungkin akan dapat yang lagi baik.

            3. eeeeeeee meluatnyer aku one(kakak panggil one). die ingat die hot sangat ke.       

kawan2: ellehhhhh wani. punyer ramai admired wani kat luar tu. tak yah sedih2. hahahaha. siuttt je kawan opisss ni. kalau kawan sekolah. sabar k keyone. aku tak sangka diebuat ko camni. jangan risau. market ko tinggi. puiiiii. hahahaha. ingat jual ayam ke market2 ni.


ini antaranya jer. ade banyak lagi. tapi tak ingat. saya pun dah boleh terima hakikat. tak de rasa malu pun. sape cari sape dulu pun kan. sape yang takel sape dulu pun kan. sape yang tehegeh2 pun kan. huhu. tak de istilah saya kene tinggal okeiii. saya yang mengundurkan diri sebab getikkkkk. hahahaha. mau tak getikkkkk. dalam diam2 ade cikaro lain. hahahaha. siutttt siuttt siutttt. susah betul nak terima hakikat dicurangi. padahal sengal2 jela saya ni setia. puiiiii. buang karannn tul.


masa sakit hati terasa menyesal sangat kenal dengan orang sebegituuuuuu. bila pemikiran dah berada paras normal, kih3 baru la rasa. hmmmm ini adalah pengalaman hidupppp. oleh ituuuuu. ehhh jap. belum penutup lagi. hihi. nasib baik lah saya masih ada hati perut dah nilai kemanusiaan dalam diri. kalau ada dendam dihati gambar dan video sume saya canangkan dekat makwe die yang tetiba poyo add saya. hahaha.


oleh ituuuuuuu kawan2. jangan ada dendam dihatiiiii. sucikanlah hatimuuuuu. cewahhhh. hihihi. bagi saya, sekalipun saya pernah terkena kali ini. dia pastiiiii akan kena balik nantiiiii. tak jadiiii kat dia. jadi kat anak dia. cucu dia ke. kih3. pernah dengar tak orang kata. jangan amik hak orang. nanti hak sendiri diambil orang pulak. lebih kurang camtu la maksud dia. heeeee. hidup harus diteruskan. chayokkk maswani. hihi.


akhir kata daripada saya. tiada dendam dihati. cewahhhh. hehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 12, 2012

untitle

mengharap pada sesuatu yang belum pasti amat menyakitkan sebenarnya. hmmm. hari2 cuba menghappy kan diri. lakukan macwm2 aktiviti. bergelak ketawa dengan kawan2. tapi bukan mudah kan. susah sangat nak terima kenyataan. yaAllah kenapa la dengan aku ni. hmmmmm.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 5, 2012

happy anniversary mak & abah

hari ini. 5/4/2012. merupakan ulangtahun perkahwinan emak dan abah saya yang ke 26 tahun. alhamdulillah kehidupan dari hari ke hari makin bahagia. kih3. =)

semoga jodoh berpanjangan dan kekal hingga ke syurga. ameen. =)