PTPTN beri jaminan setiap 
pelajar IPTA dapat CGPA 3.5 pinjaman ditukar jadi biasiswa, dan untuk 
IPTS hanya yang diakreditasi oleh MQA. Dah diberitahu, pelbagai NGO 
telah menghantar memorandum minta caj perkhidmatan dimansuhkan dan 
kerajaan hampir setuju untuk masukkan 
caj perkhidmtan sebagai perbelanjaan mengurus kerajaan dalam bajet akan 
datang. Kalau berani bersemuka, Insyaallah dapat jawapan. Jangan sekadar
 tahu nak menyalak tanpa ada kefahaman dan ilmu. 
 
 Yang saya 
tahu, mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka tu nak kerajaan 
mansuhkan terus PTPTN dan sediakan pelajaran percuma. Mereka kata tak 
kisah kalau kerajaan naikkan cukai pendapatan sehingga 200%. Soalan 
saya, wajarkah orang lain menanggung kesan dan derita akibat liabiliti 
yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kita? Sekarang kamu semua cakap 
sebab kamu masih mahasiswa, andai kamu sudah bekerja dan pendapatan kamu
 diwajibkan membayar cukai, adakah kamu sanggup membayar 200% cukai 
daripada yang sepatutnya untuk menanggung liabiliti orang lain? Bila 
kamu dah kerja nanti, kamu pulak nak berdemo mintak PTPTN diwujudkan 
semula? Tolong fikir jangka masa panjang. Jangan cakap sebab orang lain 
cakap. Fikir dulu sebelum meminta sesuatu. 
 
 Kerajaan dah 
lunaskan tanggungjawab dengan mempercumakan pendidikan yang wajib, iaitu
 peringkat rendah dan menengah. Takkan pengajian tinggi pun nak 
dipercumakan? Macam tu di mana tanggungjawab kita? Kalau pengajian 
tinggi dipercumakan, alamat semua orang pakat ramai-ramai pergi sambung 
belajar dan tak kerja sampai tua. Nak kerja penat-penat buat apa 
sedangkan kalau belajar semuanya percuma?
hik3. ni saya copy daripada facebook. jadik tersuka bace. dah pinjam bayar ler balik. booooo booooooo. kih3. (ayat orang tak pinjam camni la) ehh boleh ke kalau kiter nak mintak balik duit yang kiter masukkan dalam akaun SSPN tu ehhh. nak balikkkkk duittttttttt.
 
 
1 comment:
Eh, tak ada like button pula kat sini.. heeee.. truly likeee...
dah pinjam, bayor ajelah.. eheh..
Post a Comment