MR. NUFF =)

Saturday, June 9, 2012

New Lover =)

Assalammualaikum.....

lame kan tak update blog. banyak sangat nak citer kat sini. pasal holiday sume tak citer lagi. busy sangat2. dekat office menimbun keje. bulan ni ialah bulan tersengkek saya. pegi holiday pakai sume duit gaji. (dasar tak sedar diri) hik3. lepas tu balaik Malysia menyesal tak sudah sebab soping tak ingat dunia. hahaha. 

okey saya persembahkan #poyo my new lover. fresh dari kedai ESPRIT. haha. #overbenokan. inilah jam idaman kalbu yang dah survey berbulan2. asal pegi jusco masuk kedai esprit dan try. tapi tak beli2 pun. yelaa mane mampu. banyak bende nak setel. hutang braces tak setel lagi ni. siksa hidup. hik3.

thanks abah kerana menyempurnakan hasrat hati. cewahhh. abah jugakkk yang belikan. dasar anak manjersss abah kan. hik3. tahap kejakunan ialah kritikal. asik tengok jam jer. hahaha. pastu senyum2. alaa macam orang tengah angau tu. saya angau camtu. korang tak tau laa. hahaha. 

oleh itu jam putih cikai campak dalam longkang. hahahaha #kijam kan. simpan jela jam putih tu. letak dalam kotak memori tersingkir. sian jam putih. hik3. 

hehehe. suke suke suke. alhamdulillah. impian saya terlaksana. hihihi. =)

Friday, June 1, 2012

hak sebagai pengguna. ececeiii

Assalammualaikum...

salunyer waktu2 macam ni tengah tido dekat surau. (keji kan) hahaha. sekarang malas nak tido. perut penuh air. bulpp bulpp. hihi. pagi tadi menggila kejap pegi breakfast dengan officemate. hancuss diet tauu tauu. tak pe. makan bihun sup tak hancuss diet. petang satgi kiterrr lariiii dan lari untuk bakar balik kalori yang kiter dan makan tadi yerr. (tiru ayat trainer) muahaha.

member opiss decide pegi kedai kak yam. so saya order la bihun sup. bolehhh tahan laa bihun sup nyerr. sedap bihun sup kak jue lagi.hihi. tapi hari ni kedai kak jue tutup. cisss. kak yam ni memang terkenal dengan perangai cekik darah dia. tau nak paww customer jerrr. dengan saya sorry siket ehhhh. lepas abes makan nak bayar la kan.

kak tini(opismate) : kak yam kiree

kak yam: 20 ringgit sume.

padahal makan bertiga jerr pun sampai 20 ringgit. ini melampauuu. hihihi. saya hanya makan bihun sup dan air suam sahaja. boleh pulak die caj 5 ringgit. same harga dengan kak tini dan kak liza yang makan nasi briyani ayam berempah plus teh ais dan nescafe ais. puiii puiiii.

saya: kak yam saya minum air suam je kot. tak kan bihun sup 5 ringgit. bia betul???

kak yam: ayam sekarang dah mahal. harga makanan ikut harga pasaran. ayam sekor 8 ringgit.

saya: masalahnyerr sekor ke ayam yang kak yam bubuh dalam bihun sup saya tadi? cebisan2 je kotttt. haaaa???

mase ni die cam dah hot dengan saya. wakaka. yelaaa berani melawan die kan. selama saya pergi kedai die. tak penah laa nak bising2 camtu. hihihi.

kak yam: haaa air suam 3 kupang. 4.50 sume. haaa bayar laaa.

saya: (jelingg2) saya bukan tak de duit kak yam oiii. tapi biar la lojik siket nak caj pun. saya bukan makan kat hotel pun.

masa ni kak tini dengan kak liza dah gelak kaww2. saya pun tahan gelak jugakkk. tapi memang senget kannn. tibe2 nak caj air suam. gilerrr. 3 posen lak tu. bukannyer makan kat cafe ke. kedai biase kottt. grrrrrr. kesimpulannye 4.20 bihun sup. 3 posen air suam. kelakar takkk???? macam pelik pulak 4.20???? kih3.

kak tini: good wani good good. orang macam tu memang kene balas bali. die ingat kite tak tau ke harga pasaran. boleh pulak nak gebang harga ayam kat kite. hahahaha

saya: tau tak pe. ingat kite ni nak ikutttttttttt jerrr. report kang baru tau.

kite sebagai pengguna sebenarnye ade hak persoalkan kenapa harga yang diletak sedemikian rupa. kalau murah diam jela kan. sape nak kisah. orang suke laa harga murah. kalau mahal kene persoalkan. why why why. mak cik bubuh daging gajah ke dalam makanan saya??? contohnyer laaa. daging gajah mahal le kut kan. hehehe. pastu ugut siket peniaga ni. cakap nk report persatuan pengguna. mesti diorang cuak. pastu jangan sembang ats angin jer. kalau cakap nak report. report betul2. kasi pengajaran siket. diorang ingat diorg tu sape. tanpa customer sape lah diorang tu. kih3. =p

oleh ituuuuuu. kalau makanan tak sedappp pun boleh hantar balik tau. suruh die rase. hahahaha. yelaa kite bayar okeyy. mestilaa kite nak hasil yang memuaskan hati kannn. macam kakak saya penah buat. slumber je die pegi cakap. "kenapa nasi goreng kampung ni tak sedap" terkedu orang yang mek order tu. wakakaka.

okey lahh baiiii. tata. xoxo. =)

Wednesday, May 30, 2012

same kannnn.

tiba2 rasa muka sama macam mak. hihihi. suke suke suke. sebab mak cantikk. wakakaka. =D lebiyuuu mum. muahhhh. =)

soalan pertama

Assalammualaikum...

disebabkan system dekat office tengah hang sekarang. keje saya terhenti dan boleh la usha blog kejap. hewwheww. semalam menchatting dengan kawan sekolah. dia telah tanye saya soalan yang tak vulihh vlahhh.tibe2 ade kawan name MELATI. wakaka. =D

melati: kalau ade laki yang nak kenal ko kan. ape soalan pertama ko kat die?

saya: are u smoking?

melati: tu jer.

saya: ade duit tak. (ini tipu)

melati: meterialistik gila ko ni. terus tanye duit.

saya: aku kan jujur. ko yela hipokrit.

melati: woii woiiii. dah lame hidup ke?

saya: hampir 22 tahun. lama gak la.

melati: ko nak tau tak jemah. mawar cakap soalan pertama dia. dah sunat?

saya: sape jemah??? hahahahaha bongok punye mawar. =p

melati: ko la jemah. ko kan kiut.

saya: puiiiiiiiiii puiiiiii. wakluuuuu.


ok baiiii. ini entri bodoh2 jerr. kih3. =) nak bekempen jangan merokok. sesungguhnya anda sangat macho if berbibir pink. hewww.

Tuesday, May 29, 2012


Assalammualaikum......

nak bagitahu satu perkara ni. saya dah kurusssssssssssssss. muahahaha itupun kalau nak pecaye laaa. kih3. thanks trainer. lebiyuu so muchhh. bwekkkk. puiii puiiiii. =p 




haaaa tak pecayaa lagi keeee? see dah kurus bukan? muahahaha. (ketawa vanggaaaa) pipi pun dah tirusss. hahahaha (ketawa vangga lagiii) hewwhewww


okeylahhh nak kemas beg untuk holiday. semangat berholiday sudah menjelma. baik jangan bagitahu pegi mane. karang ramai nak order. dah laa aii jenisss tak suke amek2 order ni. malasss. saya ni jenis beli seiklas hati. jangan order2 plzzz. tak suke. hahahaha.


alamak sume baju dah longgar. acane niii. wakakaka. puii puiii puiii. okey kesimpulannyer gambar depan cermin adalah menipu. sial jangan percaya. trainer kamu wajib pecaya. kite dah kurus nihhh. mehhhh hadiahhhh. hahahahaha. okey baiiii.

sesat dekat KL.

Assalammualaikum.

yeaiii dah kembali bekerja seperti biasa. sabtu yang lalu pergi KL. mak ade night og honour. seperti biasa. saya adalah jurugambar tetap. benci job ni. (job la sgt) hihi. sebab bila kita yang pegang camera. mesti kita je kene amek pic orang. pic kitanyerr bila?? bila??? bilaa??? grrrrrrr. tu sebab tak suka. dah la saya jenis suke orang snap pic saya. (ehhh tiba2) hehe.

tudung obama dekat Jalan TAR 5 ringgit jerr. super duper murahhh. dekat my place 10 hengget. double kot. cisssssss. pastu tudung yang ade belian2 kat kepala tu dekat my place 45 hengget paling murah laa. de jual 50 hengget. dekat sane cuma 25 ringgit. gilerrr tak beli. dah lame menanti kot. tapi beli satu jelaa. bulan depan nak pegi holiday kan. shopping mase holiday nanti laa. kih3.

pastu kan hari Ahad mak saya ada seminar. saya dan kakak dan kawan kakak saya (kak izaa) tak joint sebab....tah tak de sebab. okey sebabnya ialah nak merayap dekat KL. Kakak saya jumpe tunang die. mencikkk. ditinggalkan begitu saja. saya dan kak iza nak pegi Midvalley. so kami decide naek tren. okeyy bodoh sangat rasenyer naek tren pun boleh sesat. hahaha.

tiket murah je. seringgit only. naek kat Bank Negara tu. sebab hotel dekat situ je pun. pastu boleh pulak salah naik tren. sampai seremban ko tauuu. dalam tren pelik gilaa. kenapa lame sangat tak sampai2 Mid ni. grrrrr. pastu bila dah sampai stesen akhir tanye dekat abang sebelah. "abang, saya nak pegi Mid ni. betul ke naek tren ni. dah lame sangat ni. tak sampai2 pun" pastu abang tu boleh bantaiiii gelak gila2. celaka punya abang tak hensem. sebab die gelak kite panggil abang tak hensem. hihi. die gelak sampai keluar air mata okey. memang bersungguh2 die gelak tu. yang saya boleh buat muke blurrrr lagi. pastu die cakap. "dik, jangan turun tren tau. bahaya. adik duduk je dalam tren ni. nanti tren patah balik sampai ke Mid. HAHAHAHAHAHA" die gelak lagi tu. cisss. untuk menutup rase malu. saya pun joint gelak sekali. gelak diatas kesengalan diri. bajet terer sangat kannn. then tanye kat abang tu lagi. "lame tak bang, nak sampai Mid ni?" die bantai gelak gila lagiii. "dalam sejam lebihh la dik.hahahaha." okeyyyyyy fineeeeeeeeeeee. sejammm lebihh okeyyyy. frusttttt frusttttt

yelaaa. saya tak penah naek tren okeyyy. saya serah sume kat kak iza. rupanyer die pun tak reti. bajet reti jerr. wakakaka. yang paling sengal kan. tengok map tren. pasni tamooo silap lagi. lepas KL SENTRAL spatutnyer Mid la kan. pastu kami yang bijaksana dan tahap keyakinan tinggi kan. pegi turun dekat KL SENTRAL. WAKAKAKAKAKAKAKAKAKA. cissssssssssss cisssssssss. pastu pelik jerr. asal Mid macam KL SENTRAL jer. hahahaha. kene naek tren balik. grrrrrrrrrr. pastu de mamat ensem tetibe datang kat saya tanya nak pegi KAJANG cane. wakakakakaka. die pelik je tengok saya gelakkan die. rupenyer die pun sesat gak. same2 sesat. hihihi.

kesimpulannya saya takmooo naek tren dah. tak best sebab sloww tahap maksimum. nak buat tu tak leh ni tak lehh. bosannn. patut la mase saya makan cinggam sume pandang. tak boleh rupenyer. wakaka.

sekian sahaja kisah sesat saya di KL. tapi akhirnyer sampai jugak Midvalley kan. kire hebat gak tu kan. hebatt sebab tak nangis. hahaha. okeyy baiiiiiiiii =)

Thursday, May 24, 2012

cute baby

tidakkkkkkkkkk. rase nak pengsan tengok muke dieeee. comelnyerrr. (tengok lama2) mata tak berkelip. dengan harapan semoga muka kiutt camni. hihihi. puiiii.