MR. NUFF =)

Thursday, November 17, 2016

UPT POSITIF =)


Assalammualaikum....since dah lama tak update blog, tetiba update pasal upt positif. saje nak mengabadikan kenangan terindah ni di blog kesayangan untuk tatapan sendirian berhad. 

saya nikah 7 november 2014, sejak daripada date tu memang sangat menantikan double line upt. saya seperti wanita normal biasa menantikan khabar gembira itu. Yaaa penantian itu satu penyiksaan. okey kawan-kawan korang yang kawen selepas korang ramai dah pregnant ko tak pregnant lagi. sentap okey. sobss. padahal benda tu rezeki masing-masing la kan. alahh biasa laa tu berperasaan begitu. 

usaha??? macam-macam okey. tak pe nanti saya share part usaha pulak. ni nak citer moment upt positif je. 

okey, saya tak jangka pun pregnant sebenarnya. banyak kali saya rasa macam pregnant. tapi bila cek je negetif. nyampah nak cek. sobss. yang mengalami je faham situasi satu line manjangg. 

okey nak dijadikan citer, lepas kawen memang saya mengalami masalah hormon bercelaru. maybe faktor keje dan belajar yang sangat stress. lepas tu gaya hidup pun tah hape-hape. makan ikut sukati dan macam-macam lagi la faktor dia kan. 

okey nak jadi citer saya ada aktiviti petang-petang main badminton. kakak saya ni salu tanya. dah delay period ke? dah delay period ke? (menyebok sangat tau). pastu jawab jelaa. aah dah delay punn. 10 hari. tapi masih tak berperasaan. still dok main badminton. sampai laa kakak saya dok marah. buatnya pregnant cane. saya pun macam hmmm yelaa tuuu. 

esoknya.....terjaga jam 5.00 pagi. kat rumah memang banyak upt. well, saya kan nak sangat pregnant. upt memang bersepah kat rumah. hehe. tak de la bersepah.tapi ada la banyak. hahahahahaha. pastu nak terkencing. tergerak hati nak test. salunya malas. tak pun kalau plan nak test mesti akan citer dekat husband dulu. ni malas nak cite. test je. untuk kepastian kan. sebab dok aktif sangat bersukan kan.

 taraaaaaaaaaa.............. inilah upt positif pertama saya setelah setahun lapan bulan kawen. sobssssss sobssss. ketaqqqqq tangannn weiiii. masa test tu plan nya nak tinggal je upt tu kt toilet. nanti-nanti la tengok kan. sekali tak dan nak tinggaiii. zupppppppp laju je double line ni keluar. bibir ketaqqq....tangan ketaqqq.....jantung dupp dappp dupp dappp.... mata berkaca-kaca. kahkahkahkah. overrr gilaa. tak tergambar perasaan tu. tapi sumpah rindu feeling tu.

dalam kepala masa tu ingat tak mo bangitau husband dulu. tapiiiiiii ko tauu tak feeling tu feeling tuuuu. aduhhh tak tahannnn. terus kejut diaaa. abanggg tengok ni tengokk ni. dia dok mamaii-mamaii. ape maksud ni??? pastu sengih-sengih. poyo okeyy. bukannya tak pahammmm. syukur alhamdulillah.

lepas tu terus wassap kakak saya bagitau berita happy ni. hehehehe.
tapi mana puas hati test satu upt jekannn. test banyak-banyak lagi. tapi lain-lain hari laa. untuk kepastian katakannnn. syukur sume double line yang clear. tu clear blue ke berapa entah tu bru tulis 'pregnant'.hehehe. 

lepas tu decide dengan husband nak pegi check up untuk pengesahan la kononnya dekat hospital. so sebelum pegi test upt lagi. jakun gilaa weiiiii. kahkahkahkah. so decide pegi hospital pantai putri. jumpe dokter kesayangan. 

time ni baru 6w. dokter kata, itu kantung awak. syukur kantung dalam rahim. tapi tak nampak baby laa. heartbit pun tak de lagi. ko tau tak cane perasaan saya masa tu. meraung dijiwaa. pastu dokter kata, datang lagi dua minggu. awak pregnant, tapi belum nampak lagi. baru 6w kan. kecik lagi. 

penantian dua minggu tu satu penyiksaan ko tauuuu. dalam otak macam-macam dok pikir. tapi masa tu dah redha dah. kalau ada rezeki tak kemana.

syukur alhamdulillah.....8w pegi check up tengok tuuuu......dah nampak baby. baby develop dengan baik. masa scan tu, dokter cakap alhamdulillah. tu baby awak. dia zoom then saya dapat tengok heartbit. masa ni sayu sangat. terharu sangat. syukur alhamdulillah....

now dah 5m dah saya. harap baik-baik je kandungan ni. ameen. sekian sahaja story upt positif saya. nanti saya update pasal usaha pula. tak tau la bila waktu dan ketika itu. hehehe. 

Sunday, May 8, 2016

comeback. hihi

assalammualaikum. 

haiiiiiiiii. (lambai tangan)

yaAllah lamanyaaa tak update blog. kekok rasanya nak menulis nihaa. hihi. hari2 buka blog dan hari2 terniat nak update dan hari2 juga niat tu terbantut sebab baru typemsepatah dah blurr. banyak sangat nak story. tapi apakan daya. sifat blurr menguasai diri. blurr dengan malas tu adik beradik la ye. haha. 

perkembangan terbaru? syukur alhamdulillah. rezeki Allah tu tak pernah tersalah alamat kan. setelah setahun lebih saya stay asing dengan husband. akhirnya kami dapat tinggal sebumbung. rezeki sangat2. husband dah dapat job dekat MPT. 

happy? ehhh mestilahhh. happy sangat2. rasa macam pengantin baru tauuu. hihihi. sykur yaAllah atas semua nikmat kurniaanMu. 

diam tak diam, study saya sudah menghampiri ke semester akhir. yeiii happyyy. bukan mudah yaa study PJJ ni yaa. orang yang kuat mental fizikal je boleh stay hingga ke hujung semester. tahniah buat husband saya juga sebab dah grad first class. hihihi. 

alhamdulillah juga, tahun ni saya dapat anugerah pekerja cemerlang. syukurrr. semoga kalian jugaa muzah rezeki. ameen.

ini sahaja nurkilan comeback. kikiki. sampai ketemu lagiii. daaaa.

Monday, November 23, 2015

cake coklat cinta.

assalammualaikum. 

hari tu tengok kak ipaq kita dok post dekat fb kek coklat kukus untuk anak murid dia. pastu wassap husband kita lelaju. 

me: abang saye nak kek coklat macam kak ena tu. sedapnyeee.....
suami : ok. nanti abang suruh dia buat. insyaAllah.
me: tak nakkkk. nak abang buat. 
suami: okey insyaAllah. 

sumpah tak menaruh harapan pun suami akan buat. hahahahaha. nak dijadikan cerita. 1st class untuk sem baru ni batal. dok lepak tengok running man. sekali husband datang. taraaaa. tanjatt kiteww tau. awat tak buat masa besday. hehehe. 

me: ni abang buat ke? ke kak ena buat?
suami: abang la buat. kak ena ajar. nanti kita duduk sekali kita buat sama2 ye. 
me: tak nak laa. nanti gemok. mana boleh makan selalu ni. hihihi. (dalam hati 50 50, betul ke laki aku buat ni) hahahaha.

rasa dia perfect. saya memang hantu badam. pandaiii sangattt kannnn tabur badam. yummyyy. husband korang salu tak buat surprise? hehe. 

tu je nak citer. resepi tidak la ketahuan. tak tanya pun husband. terus ngappp makan je. hahaha. 

Monday, May 25, 2015

Demam

assalammualaikum

yer saya demam. nihaa nak citer. Jumaat lepas saya jatuh terlentang dalam bilik air. hahahaha. (gelak la sikit. nasib baik tak matikkk tahu. sakit gilerrr bontot. tangan pun lebam. abes pecah aquarium. demam tekejut jatuh dalam toilet. sedehhhh. sampaiii sekarang tak okey lagi pinggang. haihh. tak baik ngeluhh. tarik balik ngeluhh wani oiii.

al kisahnya, toilet dekat dalam bilik husband saya licin yarabiiiii. saya memang tak boleh nak kawal kestabilan badan lalu terlentang jatuh macam nangka wangi.

nihaaa lagi satu. minggu depan saya dah final. yahuuuu. tak sabar nak final. kemudian sem baru. kemudian cuti sem. kihkihkih. syorgaa tahu cuti sem itu. gembiranya hari. yahuuuu. penat tau berulang KL setiap minggu. sian abah saya asik nak kene hantar dekat KTM Ipoh. malam-malam buta nak kene amik. Yelaa nak harapkan husband pun dia jauh. sobss sobss. ='( love you abah. kadang-kadang menitis jugak air mata tau. bila tengok abah tunggu dekat KTM. sian abah. tunggu anak dia malam-malam buta. paling kagum tak pernah lambat amik saya. tak pernah pun saya yang menunggu. sobss sobss. aduhh tengah type ni pun menitik ayaq mataa. love you abah dunia akhirat. lelaki kesayangan saya. =')

okey laa. air mata dah banyak turun. nanti demam makin teruk. baik kiter stop dulu. nanti kiter sambung citer lain pulak.

note: jimi ko jangan nak perli sangatt. aku panggg satgi.

nurkilan,
Maswani AR


Wednesday, May 20, 2015

Impian saya

Assalammualaikum. haii salam sejahtera. blog saya ni reader sikit je. readernyer terdiri daripada kawan2 yang suatu ketika dulu saya paksa diorang untuk tengok blog saya. haha. asal saya update je kene bahan. tu sebab malas nak update. lagipun saya ni blogger sendu. kalau rasa nak update baru saya update. saya bukan blogger yang kejar adds. means berbelog untuk bisnes. haha. giler tak malu gelar diri blogger. tapi saya letak je nuffnang tu. wakakaka. sebab dulu tengok orang lain gigih bubuh. saya pun nak jugakk. hahahaha.

okey hari ni genap lah enam bulan tiga belas hari dah mendirikan rumah tangga. =) perasaan? ehh mestilah happy kan. seronok tau kawen ni. sume halal. ala gaduh sikit-sikit tu biasa laa. pastu baik balik. tak best la kalau tak gaduh. okey saya dengan husband memang pjj. ='( impian saya dulu nak kawen dengan orang dekat-dekat je. hahaha. dah jodoh kan. tapi tak dela saya menyesal kawen dengan husband saya. setiap minggu jumpa. tapi still tak best la. kalau boleh hari-hari ni jumpa. hari-hari nak usik husband saya. sumpah jeles tengok korang kawen stay sesama dengan husband korang.sobss sobss

Selalu berangan dapat stay sesame. balik keje nampak muka suami. pegi keje salam tangan suami. pastu suami kiss dahi. auchhh. sobss. (lap air mata) T_T ni perasaan saya je. perasaan dia entah la. ramai cakap isteri kene la ikut suami. memang nak ikut. tapiiii kami ni tak kaya. masing2 ada impian nak dikejar untuk masa depan. lagipun bukan senang nak dapat keje sekarang kan. keje yang ada sekarang pun best. (mentallity malaysian cam haku memang rase best keje gomen)

salu ngadu2 dekat husband.
isteri: abang bila kita nak duduk sekali ni? sobss sobss. rasa macam tak kawen je.
suami: sabarla sayang. belum rezeki kita kan. sabar ye. ada orang lain tu lagi ganda. kawan abang kan lagi la dasat sayang. sebulan sekali je jumpa.

iu lah sebabnya saya sangat mengada2. saya suke ngamuk kalau suami saya busy sangat2. hahaha. kejinya perangai iolzz. bukan apa. saya dah la tak dapat jumpa dia everyday. pastu asik bzzz je. pastu bukan nak pujuk kalau iolzz majuk. siap cakap ok baiii. inilaa laki kan. dulu mase nak ngorattt kite kemainnn. kahkahkahkah.

okey nak bagitau. saya dah sangat gemuk. ramai sangat tegur. sobss. saya tak pasti apa yang beelaku. wakaka. tak pasti la sangat. padahal makan macam hape je. kikikiki. hmmm saya tak preggy lagi. sedihnya. nak sangat baby. tapi belum rezeki kan. pastu dah faham dah perasaan terguris hati kalau orang tanya. dah ada isi ke????? yeahh saya tau orang sekeliling care. tu sebab diorang tanya. saya pun suke gak tanya orang lain dah ade isi ke???? tapi kene ingat. tak sume orang suka ditanya.

hari-hari saya akan ditanya. yaaa hari-hari orang tanya saya dah ada isi ke???? saya pun jawab. aah ada isi. tapi isi lemak jela. doakan ye. sape tanya mesti saya jawab tolong doakan. yelaaa nak cakap ape lagiii kan. bukannya tak usaha. dah usaha. tapi belum rezeki kan. sobsss. nasib baik laki iolzz memahami. wuuwuuuu. pastu kan korang. penah la bulan lewat period 58 hari. happy sangat. ingat preggy. tapi tak. sobss. siyess dah penat nangis. dah penat sentap. weiii cara aku macam dah 6 tahun kawen kan. padahal 6 bulan. hahahaha. orang kata jangan fikir sangat. buat dekkk je. memang la nak  buat dekk. dah hari2 orang asik tanya, pastu on fb orang dok update pregnancy, dekat office pun dok cakap pasal pregnancy, pegi mana2 nampak orang pregnant,bukak instagram pun dok cter hal prengnant, dll. macam mana tak fikir kan. orang yang nasihat mungkin boleh cakap. rilek la. awal lagi bla bla. sebab ko dah ade. cube kalau ko tak de lagi. mesti meroyan cam aku. wakakakaka.

ehhh korang doakan saya tau. nak baby macam korang juga. =(  

Wednesday, May 6, 2015

Salam Subuh

Assalammualaikum.

Hari ni pertabalan Sultan Perak ke 35. so sume rakyat negeri Perak bercuti. hari ni juga hari kedua saya ganti puasa. semalam flat sangat. lembikkk. sampai bebuka puasa lembiknya. kikikiki. siksa nak tunggu petang. perut pedih sangat. jadi semalam tido awal je. pukul 9.30 malam kot dah tido. dengan tak solat isya lagi main bedal je tido. ishhh3.

nasib baik terjaga pukul 3.30 pagi. laju2 wudhu dan solat. Ya Allah bersyukur sangat mimpi buruk. sampai tersedar. haha. mimpi ape pun dah lupe dah. lepas tu tak boleh tido dah. terus jela sahur. kemudian buat esaimen sikit. gini laa life student pjj. siang keje malam study. cuti buat esaimen pegi kelas study test quiz dan lain2. nasib baik husband pun study jugak. so saling memahami la kami.

yang jadi tak memahami ialah husband tinggal saya pastu pegi holiday dekat Sarawak. dah banyak kali dia explain. "sayang ni reward abang MENANG KOIR KEBANGSAAN DEKAT MELAKA". Saje je besarkan word tu. sebab husband saya memang suke ulang banyak kali. hahahaha. saje la tu nak sakitkan ati kiter. huhhh. Pastu saya pun asik mengadu dekat mak saya. "Mak, Qhamal pegi holiday tak bawak kakak pun. kakak tak penah tinggal dia kalau pegi holiday." Then mak reply. "Kamu ni tak paham-paham." hahahaha. (gelak sakit hati)

sorry abang. saya memang penjeles kalau abang pegi holiday pastu saya kene tinggal. kalau saya pun pegi holiday saya tak kisah sangat. ni saya duk rumah pastu buat esaimen. pastu abang jalan2 makan lobster. kahkahkahkah. okeyy saya dengki ni. dengki sangat ni. sobss. tak kiraaa. pasni bawak saya pegi holiday jugak. nasib laa dapat bini hantuuu holidayyy. kikikiki.

hmmm nak buat esaimen pun dah kelaut. terkenangkan husband. kahkahkahkah. tak habis jeles lagi ni. hahaha. mari lah kita google baju raya ke, hiasan dalaman rumah baru, kereta baru. body baru ke. ehhhh.

salam mesra =)

Tuesday, April 21, 2015

Holiday ke Pulau Redang

assalammualaikum. lama tak update kan. berbulan dah rasanya. rindu sangat dekat belog. ketika ini saya sedang terbaring kepenatan bekerja. makin terasa diri ini sudah tua. penat semacam haihhhh. okey kembali ke tajuk utama. yaaa. end march haritu saya berholiday ke pulau redang ganuuuu.

trip ni dirancang oleh kawan2 utm saya. sepatutnya ramai yang joint. sudahnya tinggal lima orang je. jadi la yee. reward untuk diri sendiri sebab dapat dekan. kikiki. 

baiklah. saya pergi opkosss naik flight. tah laa. saya ni tak berapa suka naik kereta berjam jam lamanya. perak ke ganu jauh weiii. lapan jam. so kiter naik flight jela ekk. baru sejam lebih. hehehe. okeyy flight di booking awal. time promo. hahaha. ni kan percutian budget. so sumenye kalau boleh murah2 dan besttt. 

flight tengah hari. pukul 12.00. sampai ganu dah pukul 1.30 camtu. so kami jalan2 dulu area pasar payang tu. ehhh kawan saya pick up kami kat airport. diorang memang dah stay dekat gambang before tu. bejalan2 la doluu sebelum naik feri ke redang pukul 3.00 petang. 


taraaa ini muka sebelum feriii gerak. kemainnn tak mo duduk bawah. nak duduk atas. kikikiki. sekaliii amekk kauuu. feriii punyaa lambung tahap dewa. daripada saya bukan pemabuk lautt terus mabukk terukk. terus muntahh weiii. maybe feri tak full kot. dasat sangat lambung dia. haihh. scaryyy. pastu laut pulak sangat bergelora bila dah petang. penyeksaannnnn. tak boleh tido pulak tu. dah la sejam setengah baru sampai. lima minit macam lima jam. kahkahkah. lakiii iolzzz pun mabukkk weii. terus turun bawah. tinggalnye bini dia kat atas. hampeh tuii. hihi.

okeyy. dimaklumkan. bila pegi redang ni. dia tak de jetty macam langkawi tu. kaki ko terus cecah simen ke bata ke dan lain2. redang ni kaki ko cecah air laut. kalau bernasib baik kaki ko cecah pasir. hahaha. so tak payah poyo nak heels bagai. kasut sport pun tak payah. pakai selipar sudahh. hehe. 

okey bila dah sampai redang, feri tak boleh nak stop kan uolzz dekat tepi pantai. so kena naik open  boat. boat nilaa akan bawa kita ke tempat penginapan. jadi boat tu bawa kita sampai tepi pantai. pastu sila turun. hahaha. pegi la cari sendiri dekat mana ko stay. macam2 adaa. berjaya beach resort la, redang lagoon beach resort dan lain2. kami stay kat redang lagoon chalet je. murahh2 je. janji best. hehe. 

inilaaa chaletnyaa. kehmainnnnnn lawaaaaa laut dekat redang ni weiiii. gerammmm teramatt tengok. teruss senyummm dan happyyy tak terkata sebab rasa tenang je. cantik sangat pemandangan. tak sabar nak mandi. ehhh kami sampai kan dah petang. so hi tea dolu. makan bubur dan cucur. pastu baru check in. okey la bilik dia. tapi tak de tv. toiletries pun tak dor. tak pe laa. memang dah bawa siap2. walaupun chalet, ada aircond okeyyy. hehe. 

so petang tu jugak kami mandi laut. tak saborrrr. hehehe. ombak dia besar weii. gulung2. cuak gak nak mandi. tapi saya mandi kejap je. laki iolzzz tak bagi mandi sebab ombak ganas katanya. sobss. so duduk la memerhatiii orang mandi. hehe. 


laki iolzz memang suke tayang goproxxxx dia. hahahahahahahahahahaha. opssss.

yeiiii malam tu bbq. makan la banyak mana nak makan. bakar sendiri la ye. pihak chalet dah perapkan. kita bakar sendiri. tapi ada la lagi menu lain. sotongggg diaaa weiii besaqqqq. yummyyyyyyyy sangat. aduhh dah terliurr ni. 

encik hubbyyyy ber bbq. hehe. tamatlah day 1 dekat redang. sambung pula esoknyaa.

Day two...............

day two ni banyak pegi snorkel je. ini yang dinantikan. yieehaaaaa. snap pic romentik2 dulu. hehe. sebenarnya banyak lagi aksi romentik yang saya idamkan nak snap kat sana. tapi laki saya kata. sayang jaga adab. ok baiiiii. majukkk majukkk. kahkahkahkah. 

okey lepas breakfast amek life jacket dengan gogel. sib baik gogel dah ada power. kalau tak sian la saya yang rabun ayam ni. sobss. (kumpul duit nak buat lasikkkk). pastu berkumpul. kita naik boat dan pergi marine park. boleh tahan lambung. aduiiii tensiii tuiii mabuk2 laut ni. stress dengan diri sendiri. saya mane ade mabuk2 before ni. ni mabuk sebab ada laki iolzz yang seksisss depan mata ni kot. hihi.  okey perjalanan tak lama. satt jaa dah sampai. pastu beach boy kasi talk sikit. then pergi la swim. lawaaaa baqqq anggg marine park. jemput la maiii sini cuti2 malaysia. 


selsai snorkel part 1. kita balik chalet balik dan lunch. pukul 2.30 petang sesi kedua pulak. time ni saya tak turun sebab alejik menggila. makan sotong tak ingat doniaa. hamekkkkkk. merah sume sumee. 

yang tak tahan tu kan. salunya orang mabuk laut duduk atas boat kan. ni laki iolzz turun bawah tengah snorkel pun boleh mabuk. kahkahkahkah. bini dia tukang gelak je. hahahaha. abes dah day 2. mqlam dinner dan boleh la nak jalan2. lepas abes snorkel pgi kedai beli asam. stock untuk naik feri esoknya. berkesan okey. hahahahaha. 

banjer satu pic snorkel. kikiki. 

bye bye redang lagoon. insyaAllah tak maii dah. kita p jelajah tempat lain pula ye. hehehehe. 

sekian story redang saya. best sangat. sangat relaxxxx. sangat indah. total belanja untuk semua. Rm 350.00 per net. itu pun ada lebih. jimat lagi baik. kenikmatan sama je. hehehe.