Assalammualaikum. Lama tak update. Bzz lah. Bzz menguruskan kehidupan yang sangat indah ini. Okey tak lawak pun. Okey back to our topic. Hikhik
Dekat rumah saya ade kucin yang bernama blacky. Tapi mak saya panggil dia tam. Mak kata, tak payah orang puteh sangat. Okey kita haruslah respect orang tua. Kita panggil tam okey.
Tam ni ade perangai keji. Dia suka berak atas kereta. Ok fine. Dekat rumah ade 4 kereta. Tapi myvi adek saya dah bawak pegi Alor Star. So tinggal 3 je kete. Myvi terselamat. Tam ni sangat sengal dan bijak jugak laa kan. Hari ni die berak atas kete mak. Esok kete abah. Lusa kete saya. Sangat kong ajorrr. Kadang2 kete saya dua hari berturut2. Grrrr.
Dah macam2 buat kat dia. Dah bagi kaunseling. Hehe.Tapi tetap tak berubah. Abah decide buang dia. Mula2 buang kan. Adek saya kutip balik. Kahkahkah. Selepas tiga hari buang dia boleh kutip balik. Sangatlahhh hampeh itu adek. Hehe.
Lpas tu bertabahlah kami sekeluarga membela si tam ni balik. *sadis betul cerita ni. Hehe.
Saya salu ngadu dekat kakak saya pasal tam ni. Sakit hati sangat. *adekmanjers. Pastu kakak saya mengesyaki tam ada penyakit gila. Sebab tam suka berak atas kete dekat tempat condong. Dekat cermin kete. Kucin normal akan berak tempat rata. Kan kan kan??? Saya mula2 rasa macam lawak statement kakak saya tu, bila fikir balik. Lojik gak. #lol
Setelah sekian lama membela si tam ni, saya mak dan abah sudah tidak sanggup. Abah la paling tak sanggup. Abah decide buang die dekat pasar. Nanti kalau ade orang baik hati mesti akan bela die. #kahkahkah. Ade ke nak bela kucin itam legam begitu. Heee. Ohhh ya jiran saya suke tam. Die marah kalau buang tam. Masalahnya tam sudah buat perangai keji. Layan elok2, bagi makan sume. Die bagi taik kat kite. Sangat tidak bermoral. Bayangkan, saya nak pegi keje. Tiba2 ade taik dekat viper. Tak ke panas hati. Satu kerja pulok nak buang taik dia. Lpas tu najis2 ni panas. Rusak lah kete gojes kami kami. #kahkahkah.
Lepas dah buang tam ni dekat pasar. Abah dah pesan dekat saya jangan bagitau adek saya. Saya pun cakap okeyyy. Tam tu kucin adek saya. Adek saya je sayang dia. Saya tak. Saya pilih kasih siket. Kucen baik je saya sayang. #lol.
Tarikh buang tam dekat pasar ialah 30/12/2012. Die telah kembali semula ke rumah pada 16/01/2013. Sangat misteri. Takuittt.
Sekian sahaja laporan misteri si tam. Hehe
No comments:
Post a Comment