MR. NUFF =)

Monday, February 27, 2012

perkembangan gigi.

assalammualaikum.

bulan 3 nanti merupakan bulan ke empat pakai braces. sekejap jerr nak empat bulan dah kan. rasa macam baru jer pasang braces minggu lpeas. rasa baru jer menanggung sakit apabila gigi bergerak. heee. pengalaman tu pengalaman. kih3.


perkembangan terbaru ialah. ehhh gigi saya dah rata laaa. awesome. hihi. =) cume untuk senyum tayang besi tu belum ade kompiden lagi. masih malu2 nyaww lagi.


sekarang ni dentist fokus gigi bawah. asal jumpa dentist jer mesti die tukar power chain untuk gigi bawah jer. gigi atas die tak wat pape pun. tak best. suke gigi ketat2. rase indah jerr. haha. =p semalam dentist kata.

dentist: meh kat dokter meh. nak tengok gigi dah lawa ke belum. okey saya fokus gigi bawah dulu. ehh besi dah terkeluar la. ni tandanya gigi dah nak merapat balik.

pastu die cam gerudi2 sumtink.(tak sakit. tak rasa apa pun) ni rasanya nak bagi ada space untuk gigi bergerak kot. yelaaa, saya kan tak cabut gigi. =p (vangga2. haha) then die suruh pilih power chain kaler ape.

dentist: dik nak kaler ape ehh. same jelahh ehhh.


sumpah geli die panggil dik. muahahaha.


note: bila gigi bawah makin kedalam ni. terasa macam nak menjongang. tak suke la perasaan ini.

okey tata love. xoxo. muahh.

sick MONDAY

assalammualaikum.

okeyy hari ini ialah isnin yang sick. bangun2 pagi kene marah dengan abah sebab pegi keje lambat.

abah: kamu tak keje ke?

me: keje la.

abah: abah tak suke kamu buat perangai macam ni. suruh2 orang punch kad. nak keje keje elok2.

me: nak buat macam mane. TERRRRRR bangun lambat. sakit perut laa. mimpi scaryy.

abah: (start moto terus pegi keje tanpa mengiraukan anaknya yang comel itu tadi mengomel)

emak: itu bukan alasannyer kakak. mak pun tak suke. malam tido lambat. nak bangun pagi susah.

me: (buat muka mintak simpati) alaaa bukan sengaja.

emak: masalhnyer selalu sangat kamu tu.

me: baiklahhh emakkkkkkkkkkk. malam ni lepas isya akak terus tidooooooo. okeyyyyyyyyy. (salam dengan emak laju2 then laga2 pipi terus pegi kete)

emak: bawak kete elok2.

agaknyer mak tengok mood saya kelaut pagi tu terus cakap bawak kete elok2. yelaaa mau tak kelaut mood. pagi2 dah kene marah. sentapppp tau tau tau. aiii dah laa berjiwa sentitip. tambah2 bila bulan mengambang. wuuuwuuuu. bila dah kene marah camtu tadi kan. terus rasa nak EL jerrr. cutiii terusss senang. wuuwuu. =(

paling bencii mimpi semalam tau. mencikkk gegilaaa. sedar2 terus mesej orang yang dimimpikan. tak der respond lagi mencikkkkkk. grrrrrrrr.

paling mencikkk lagi kan. dah laa saya kelambatan nak pergi kerja. masa ondawayyy ade pulak macikk macikk pacikk pacikk abang abang kakak kakak uncle uncle dan yang seangkatan dengannya nak bersiar2 di lane kanan. hakktuihhhhh. woii woiii woiii agak2 nak bersiar2 pergi la bercuti dekat pulau langkawi ke pulang pangkor ke. grrrrr. dah lerr SLOW. LANE KANAN pulak tuuuuu. follow rapat pun tak berkesan. bagi lampu atas pun tak berkesan. nak kene langgar bontot kete die kot baru nak tersedar. mencikkkkkkkk. ni nampak sangat lesen terbangggggg. bertimbang rasa la siketttt. dushhh3.


okeyyyy tata. tak de love2. tengah mood tak baik ni. =p


Thursday, February 23, 2012

zaman kanak2 (part 1) - game terbaekkkk!

Assalammualaikum.


setiap orang mesti ada melalui zaman kanak2 yang indah bukan. salunyer indah jelaa kan. ade jugak yang tak indah. kenangan pahit manis bergelar kanak2 ribena tak dapat kulupakan. puiii. kih3. (mukadimah kemaen over. perluke bubuh ribena?) hihi. sekarang saya nak mengimbau zaman kanak2 saya. ayuhhhhhhh joint saya.


part 1 kiter citer pasal permainan dolu

favvy games mase dekat kampung dulu. ehhh dulu saya duduk dekat kampung. nama kampung saya ialah KAMPUNG BENDANG KERING. muahaha. jangan tanya saya kenap nama kampung begitu. sebab saya sendirikkk kompius dengan asal usul kampung saya. kih3.



1. TUJU TIN.
- ahhh belasah laa name game ni. ade yang kata tujuh tin. tapi saya sebut tuju tin. hahaha. maksudnya kene taget tin tu bagi jatuh sume. pastu lari bersepah sepahan. (teruk gila bahasa). kiranya ade 2 group la untuk game nihhh. kene dirikan tin2 macam ni balik then langkah tin bru kira ONE GAME. maksudnya macam satu point laaa. kih3. syiokkk wooo maen game ni. kutip tin2 susu. hihi. salu amek tin susu dekat tempat bakar sampah. sadiss bukan. budak kampung ape de hal dengan tapak sampah sekalipun. budak sekarangggg???? hehhhh. sume bende nak geli. nyampahhh aiii.




2. MAEN SOROK2
- game ni ade musimnyer best maen. mase kecik2 gilaa. ahhh lebih kurang tadika, darjah satu and darjah dua, layan la gak maen nyorok2 ni. dah up siket tak layan dahh. game baru banyak tercipta. kih3. kiranya masa zaman saya dolu. maen sorok2 ni untuk budak tecikkk kenittt. dah besooo siket tak layan dah. beso siket permainan dasat siket. maen tembak2. maen perang2. hehe.

main game ni tensen siket. yelaa bila kiter kene jadik tukang carik tu memang tak best. dulu port paling best saya nyorrok ialah kat dalam jamban jiran. jiran saya dolu jamban dia kat luar rumah. ahhh belasah la nyorok dalam jamban. duduk la dalam jamban sampailaaa si pencarik frust nak mencarik kat mane kami2 menyorok. haha. indahnyaaa zaman ituuu. heeee.




3. BATU SEREMBAN
- ni pun star jugak. muahaha. sumenyer star kan. cume bila maen tangan kire fail. dulu bila maen batu seremban bila mata dah 100 kene tukar tangan kiri pulak. kalau tak kan. tak benti2 laa duk maen jerr. tak mati2. orang laen tak merasa la main. kih3. tapi game ni perempuan je main. budak laki salunye suke maen bodo2. maen gaduh2 laa. gusti tangan laa. tah hape2. heee.

tapi seterer2 saya ade yang lagi terer. banyak saingan. tapi bila musim bat seremban kan. pantang cikgu tak masuk kelass or waktu rehat. dok melambung batu tak habess2. kih3. sape ade batu seremban yang batu marmar tu kire paling gempak laa. kalau batu tu terpecah member mule laa buat muke tak puas hati. pastu ngate belakang2. muahaha. memoriii memorii.




4. LOMPAT GETAH.
- mase sekolah rendah je rajen lompat2 ni. naek sekolah menengah tak larat dah nak melompat. lagipun, mase sekolah rendah kurang siket gegarannya. hahahahahahaha.

maen lompat getah ni terer la gak. tapi tak delaa star mane pun. ade yang lagi star. partt paling mengujakan ialah dimana kene lompat paras kepala member yang pegang getah. dapat yang tinggi rope galah memang payag lerr nak melompat. tapi bila lepassss jer getah tu. phewww heavennnyaaa. haha. mula2 zero point. pastu paras lutut. then bontot. paras bontot ni bila lompat tak boleh kene kat getah tu. bila start pingang, ketiak, dagu, telingan and kepala tu boleh laa kene getah tu. tak de hal. hihi. rindu la nak lompat2 lagi. hihi.





5. TENG TENG
- game ni pun suai untuk budak tecikkk. tahap sekolah rendah nyer game. darjah tiga dan kebawah. haha. saya dulu kene cari kaca tau nak maen ni. nak baling2 tu pakai kaca. kutip laa kaca kat mana2. lagi lebar kaca lagi good. nanti kene timbang kekat kepala tu tak dela senang jatuh. hihi. tak delaa letak pinggan atas kepala. maksud saya serpihan kacayang pecah2 tu.

salu maen atas tanah jerr. lukis la teng2 tu pakai ranting2 kayu. bila kaca dah lalu sume petak tu kan. kite kene pandang belakang then baling kaca. nasib la kaca tu jatuh kat mana. tempat yang kaca tu jatuh akan jadi rumah kita. pastu lukis la rumah tu lawa2. haha. macam sengal jerr bila ingat balik. kih3.

kalau nak maen teng2 atas tar pun best. curik kapur kat sekolah. tapi maen ats tar ni yang tak bestnyer bila terjatuh sakittt ahh. pastu kaca mudah pecah. kecik2 dulu maen tak suke pakai kasut. budak kampung standard la kan. haha.





6. CONGKAK.
- emmmm dolu saya star tahu meen congkak. hahaha. salu menang. yelaa maen tipu mane tak menang sesaje. maen congkak ni kene terer math. kene terer congak dalam otak. hahahaha. (nak kate star laa dala kes congak2 ni) haha.

walaupun duduk dekat kampung. saya tak maen congkak yang gali kat tanah tu. ape kelasss. hahahaha. dekat rumah ade congkak sendiri. abah beli. buah dia pakai guli laa. guli ni salu ilang. tak tahu sapelaa yang dok telan guli kat rumah tu. kalau guli ilang and tak cukup nak main topap la dengan batu ke, pemadam ke. blasah la ape2 pun. hihi.



klimaks: akhir kata. cukuplah sampai disini saya coretkan pengalaman saya masa tecik2 duluu yer. banyak lagi game yang saya tak masukkan sebenarnya ni. contohnya. maen rounders, maen masak2, maen kawen2, polis and thief, guli, layang2, kejar2, pondok dan banyak lagiiiii. zaman kanak2 saya sangat indah tahu. tak maen la maen ps3, playstation jadah sume tu. tak syiokkkkkk. heeeeee. tapi tulaa peredaran zaman kan. =)


tata love. xoxo. muahhh. =)

mari share. saya tak buat disable right click. boleh copy and paste. silakan. =)

Assalammualaikum.

saya jumpa ini dekat fesbuk. ayuh share. benda baik kene sebar2kan tak gituuu. huhu.

Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
... ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
... ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG
~fikirkan la kwan2 ye...


p/s: mengaji bukan mase kecik2 jerr yer. lepas khatam terus tak bukak2 al-quran. agaknya bila baca pun dah merangkak. hukum tajwid suma dah lupa. muhasabah diri. T_T ayuhh kita sama2 mengamalkan Al-Quran. =)

Wednesday, February 22, 2012

kuasa Allah s.w.t.

Assalammualaikum.


sebenarnya tiada idea langsung nak update blog. salu idea datang masa dekat opis. dalam kefala otak dok fikir. pani nak update blog pasal ni laa pasal tu laa. bila tengah keje jerr. lupe sume apa yang dok ada dalam kefala. heeeeee.


tadi jalan2 dekat fesbuk. terjumpa pic ni. masyaAllah. subahanAllah. Allahhu akbar. kuasa Allah kan. hebatnya tengok bayi kembar 11. gambar ni dah lama kot rasanya. penah tengok dulu. tapi masa tu show off pic baby je. pic ibunya tak der pun. percaya tak, saya dok kira satu2 baby tu. muahaha. sebab macam terkezut sangat kan. bia betul. tapi itulah kuasa Allah kan. hebatnyaaa.










besarnya perut si ibu. macam mana lahh beliau kendong perut sebesar tu kan. hebatnyaaa. kagum dengan beliau. =)


oleh itu sekian sahaja laporan daripada saya cik wani. tata love. xoxo. muahh. (lambai2 tangan bajet retisss)

Sunday, February 19, 2012

jubah hitam.

assalammualaikum.

haihh esok koje. malasnyerr. kejapnyer dua hari. errrr. okeyyy now nak show off jubah hitam pemberian peminat. haha. peminat ke? peminat la kot kan. haha.


tengs kepada peminat itu kerana susah2 kasi jubah gojes ini kepada saya. saya suke. ilikeeeeee. siap balut santek2. pos lagi tu. haha. ilikeeeeee. macihh tau kamu. laen kali bagi lagi tau tau tau. kasi kaler biru pulak. boleh nyanyi lagu. sehelaiii baldu biruuu. kih3.


saya tahu saya makin bam2. sebab terlebih bahagia mungkin. haihhhhhh. okeyy nexttt.
blurrr kan ituuuu. sebab nampak tengkuk cekkciiii.


okeii baiiii. tata love. muahhh

Sunday, February 12, 2012

sport rim untuk persona hati. ;-) wink wink

Assalammualaikum. haiiii. happy weekend. semalam dah berjalan sakan. hari ini merehatkan diri dirumah sahaja. heeeee. okeyy seperti yang dijanjikan. kih3. show off rim baru. muahaha. (terasa poyo pulak) saya berani menunjuk dekat blog jer. sebab blog tak ramai yang baca. kalau show dekat dekat fesbuk memang saya carik bahan bagi kawan2 bahan la kan. heeee. =p


tukar rim baru adalah impian saya. sebab rim lama tak lawa. kah3. yelaa besli kete base line je memang rim bese jelaa dia kasi kan. rim baru ni pun tak derr la gojess mana pun. tapi for me, sangat gojess dan sangat menggoda. fedulik hape dengan pendapat orang lain. janji dimata saya ianya adalah tersantekk. phewww.

taraaaaaaa. jeng3. cun an cun kan. (sape lagi nak puji kalau bukan tuannya sendirikk) kah3. alahaii rim gojesss. kih3.
1st blurr siket. ni jelas siket. kih3. nak beli rim besar. tapi takut nanti bergoncang kete bila bawak laju. (tiba2 terpandai pasal automotif ni. kih3) tapi kebergoncangan ade kene mengene ke dengan rim? rasanya ade kan. kih3. =p (type entri senyum2. haha. wehh foyoo gila aku wehh. haha)
ini daripada side tepi. kih3. haiii zirapah comeii. say cheeeessss. muahahaha. (perlu ke?)
ini depan pulak. kih3. heeeeee. harga? tak yah la citer sal harga. harga boleh kawtimm maaa. muahahaha. =p
ehhh teruplod gambar kete mak pulakk. okeii abaikan. (padahal nak bagitau. rim lebih kurang sama. tapi mak punyer gojes lagi. hahaha)
ini rim lama. burok kan kan kan. hahahaha. tata rim lama. syuhh3. (giler belagak. hahaha)


okeyy dah show rim baru. hihi. nanti nak show jubah yang peminat kasi pulak. muahahaha. itupun kalau rajin laaaa. (sumpah terasa foyoo gila buat entri ni. haha.)


okeyy tata love. xoxo.

Friday, February 10, 2012

i wish....

assalammualaikum. happy friday. =) (type entri sambi makan mama roti)


kalau perasan kan. dekat sidebar belah kanan blog saya ada saya tulis i wish. itu kira impian la kan. ini senarai impian saya. okeyy nak huraikan laaa. mana yang da capai mana yang belum. kih3.

1) kereta sendirian berhad (alhamdulillah)
- pheww. yang ni alhamdulillah dah tercapai hasrat hati.

2) kerjaya yang baik...(alhamdulillah...)
- yang ni pun dah tercapai hasrat hati. alhamdulillah.

3) true love (tak jumpa lagi)
- hmmm. tak der yang ajak kawen lagi maknanya tak jumpa lagi la tu. kih3.

4) melancong dengan kawan2 (under planning)
- ini dah banyak banyak banyak kali dah planning. tak penah2 menjadikkkkk. pastu mesti abah dengan mak tak bagi pegii. bahaya laa apa laa. okeyyy sila patuhhh. kalau tak jadik anak derhaka. tamauu tamauu.

5) rumah semi-D
- errrrr yang ni belum capai lagi. insyaAllah kalaua de rezeki lebih memang nak sangat beli rumah sendiri. tapi tak mampu lagi. =)

6) kawen (lalalala)
- sape taknak kawen kan. kih3. tak de jodoh lagi. heeeee.

7) pakai braces
- alhamdulillah sekarang ni sedang pakai braces. heeeeee.

8) selim (tak tahu bila boleh capai)
- yang niiiiiiiiiii. haihhhhh. iman tak kuat kan. muahaha. insyaAllah saya akan berusaha dengan gigih jugak untuk menyelimkan body. (geli baca balik. haha)

9) umrah with my family
- yang nihhhh sangat sangat teringin nak pergi. insyaAllah kalau ade rezeki nak sangat pergi. pergi dengan family sendiri. alahai indahnyaa.

10) red velvet cake
- susah laa nak jumpe kek nih dekat perak. teringin nak rasa jer. heeeee.

11) blackbery torch
- nak henfon ni letak atas dulang boleh. boleh ke buat impian lagi ni. boleh kottttttt. lalala.

12) sport rim baru untuk my persona hati. <3
- yeayyyyyy. impian ini baru jer terlaksana. penat tahu kumpul duit. (pitamm) haha. syukran2. nanti nak show off rim baru laa. balik rumah nanti buat entry pasal rim pulak. sekarang busy koje. heeee.

13) skirting untuk mylover persona hati. <3
- yang ni belum terlaksana lagi. nanti kalau ade duit nak sangat buat. bubuh spoiler skali. (amekkau)

14) blacky jubah. <3
- yang ni dapat dahhhhhhhh. alhamdulillah. dapat dua kot. satu leftenan adnan bagi satu lagi emak bagi. hahaha. (leftenan adnan tu. kau adeke? tapi tak tengok lagi. tak sabo nak tengok. haha) mase fitting jubah, terasa geli2 kot. phewwww. dah berzaman tok kaduk tak fitting2 baju ni. salu rembat yang readymade je. siap ukur2 lilit pinggang, dada (ni paling geli) hahahaha, bontot (ni paling malu). tak bestttttttt.

15) lesen scuba. <3
- yang ni teringinnnnnnnnnnn sangat sangat sangat. harap2 impian saya yang ni tercapai. nak scuba sama2 dengan true love boleh. muahaha.


errrrr okeylaaa. nak rehat laa. okeyy daaaaaa. tata love. xoxo.



Wednesday, February 8, 2012

hari banjir sedunia. kih3.

Assalammualaikum.


yeahhh dah free siket. bulih laa main tekan2 pc opis ni. heeeee. sejak semalam asik banjir jer. tahu tak banjir ape? bukan rumah saya banjir laaa. sekarang musim panas. tak de banjir2 dah. tapi mata saya asik banjir jerr. wuuuwuu (girlish okeyy) tak yah laa nak citer banyak sangat.

putus cinta? mane adeeeeee. kalau putus cinta terjun KB MALL terus. muahahaha.


banyak kata2 hikmah dapat hari ni. antaranya ialah. (tengah taip ni pun bergenang air mata tahu) ='(


"kadang2 apa yang kita nak tak selalunya kita dapat. kadang2 apa yang kita paling sayang kita tak dapat miliki. kadang2 kegembiraan yang kira harapkan...kesediahan yang datang. tu sume dugaan. ingatlah Allah bagi dugaan yang kita mampu tanggung. Dia tahu ko mampu tanggung. Ko leh bertahan. tu sume Allah nak uji sama ada ko tawakal ke tak bila ada dugaan. banyakkan berdoa semoga dugaan yang ko hadapi sekarang ni menjanjikan sesuatu yang lebih baik. setiap dugaan ada hikmahnya. ingat tu. jangan sedih2 sangat k. pasti ada kebaikan setiap apa yang berlaku. sayang ko :-) kuatkan diri k. chayok2 key-one"


berderuuuu air mata masa baca mesej ni tau. (girlish la katekan) sejak bila tah. setahu diri sendiri la kan. saya adalah PENTABAH orangnya. salu kasi nasihat kat orang. kene batang idung sendiri. amekkkkkkkk. rasakan. wuuuwuuu. jahakk la ko ni rehan buat aku nanges. mencikk tau. dengar lagu je nanges. tengok henpon nanges. tengok jam nanges. tak buat ape2 pun nanges. haha. gilorr ko.


bersabarlah wahai hati. cewahh. kih3. terasa sangat sebab dah banyak kali tau tau tau. wuuwuu. harap2 dapat berita best. okei tata love. xoxo.

Monday, February 6, 2012

satu-satu impian saya tercapai. =') alhamdulillah.

Assalammualaikum.

saya baru je balik menemani emak dah abah bersoping. tak lama lagi kan mereka akan ke Perth. bag nk soping, kasut, baju. sume bende lah nak soping. saya hanya menjadi peneman dan pemilih yang gojess2. (bajett pilihan gempak la sangat. haha)

hmmm. bukan nak story aktiviti saya pada hari ini. =p cume nak cerita serba sedikit tentang apa yang dikecapi. satu2 impian saya terlaksana. kadang2 rasa takut. mungkin Allah nak menduga saya. walau apapun saya bersyukur sangat apa yang saya ada sekarang ni. happy sangat2 dengan life sekarang.

dulu saya bersedih sangat sebab lepas abess exam STPM tak dapat sambung study dekat UPSI. yelaa cita2 nak jadi cikgu kan. =p (saya terer okeyy jadi cikgu. tengok adik aii pandai jer. muahaha) dah la tak dapat sambung study dekatt UPSI. IPTA pun tak dapat. sobss sobss. sediss tau. tuppp tuppp ada rezeki laen. saya dapat offer keje gomen. (geli nak sebut gomen. kih3) walaupun tak der la hebat mana. tapi bersyukur sangat dapat job ni. tempat keje dekat dengan rumah.(dekat ke?) makan sume kat rumah. kiranya dapat gaji tak payah penin nak pikir bayar bil api, air, makan minum sume. dah duduk rumah kan. sume mak bapak tanggung. muahaha. (keji gilaa)

sume orang mesti penah berangan nak beli kete kan. nak memiliki kete sendirian kan. saya tak pernah terlintas difikiran yang saya akan memiliki kete seawal usia 20 tahun tau. (geli bila baca balik. haha) tak derr la miliki lagi kan. maasih berhutang dengan bank. giloo la nak beli kete cash kan. kih3. niat diahati nak beli myvi puteh gojes jer. tapi kat rumah dah ade myvi. tapi kaler oren. =p so tak leh beli myvi. abah suruh beli saga. tapi saya ter over demand. tak minat saga. so TERBELI persona kini lebih sempurna. ehhh TERSEBUT tagline pulak. kih3. Persona baseline jer. tapi bulan2 mencekik darah. sabo jela. bersyukur jela apo yang ader. abang ipor punyer persona puteh gojes. persona high line. jeless gilerr. wuuuwuuu. tak per. baby koko tetap dihati. impian untuk memiliki kereta sendirian dan tukar rim baru dah terlaksana. alhamdulillah. syukur nikmat Allah s.w.t. =)


dulu tengok kakak saya pakai braces. mengidam nak pakai jugak. kalau gigi ni dah rata, tak koser nyahh nak ngidam pakai besi ni dalam mulut. bukan best pun. cuma terasa comel sangat. awww awww. haha. alhamdulillah dah pakai pun braces. =)


setakat ini itula impian saya yang dah termakbul. rasa sangat tak terkata. rasa sangat bersyukur aturan Allah s.w.t. buat saya sangat baik. alhamdulillah. =)







saya harap impian saya untuk ketemu TRUE LOVE akan menjadi kenyataan tak lama lagi. phewwww. true love bagi saya ialah someone yang menLOVE saya seadanya. (geli nak sebut cinta. T_T) someone yang tak mainkan hati dan perasaan saya. sobss pernah tau terkena sebelum ni. wuuwuuu. yang tak buat saya sukakan dia tapi dia nothing!!! someone yang boleh terima segala kelebihan dan kelamahan saya. someone yang menghormati parents saya. someone yang buat saya in love dengan dia setiap hari. cewahhh. (boleh tak abaikan perenggan ni. geli la bila baca balik. haha) TRUE LOVE bagi saya akan terbukti jika dia datang rumah saya dan menyuarakan hasrat untuk getting married with me. muahahaha. (geli siott) tiba2 rasa matang gila. kih3.


kita hanya merancang bukan. kadang2 kita rasa apa yang kita rancang itu adalah yang terbaikkk buat diri kita. bila yang kita rancang tu menjadi. alhamdulillah. syukran2. that means, Allah izinkan. kalau apa yang dirancang tak menjadi. ini bermaksud, itu bukan yang terbaik buat diri kita. perancangan Allah lagi baik. oleh itu, kita kene belajar terima hakikat qada dan qadar apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. segala perancanganNya buat kita adalah yang terbaik. (macam ustazah dah. heee. cita2 dulu nak jadi ustazah. tapi tak kesampaian. hihi) suke pepatah ni, ABANG FAHRIN AHMAD yang cakap. "MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI." cewahhhhh. kih3.


bila baca balik. rasa macam banyak merapu jer entri ni. kih3. errrrrr. biar jelahh. tata love. xoxo.



pefume idaman kalbu.

Assalammualaikum.

tiba2 tergerak hati nak buat entri tentang pefume idaman kalbu. pefume yang saya sokaaa baunya. huhu. saya sukee pefume bau lembut2 gitu. bukan tajam2. bukan pefume yang bile terbau penin2. bau yang menyeksakan idung. bau yang boleh merubah mood. tu saya tak soka. bau menyakitkan hati pun tak suke. ni salunya pefume yang bau tajam2. cm dkny. muahaha. kutuk siap2. =p


bau favvy saya haruslahh yang sweets2 gituuuu. aummm aummm. bila terbau rasa mendamaikan jer. (ayat nak poyo ajerr) kih3.


ini antara pefume faavy saya. yummyyyy. fantasy namanya. pefume britney spears. muahaha. tapi wangiiiiiii tahu tahu tahu. ilikeeeeee. bau sweets gitu. tapi maheiiii nak mampusssss. tak koser nak beli. baik sopinggg mende lain. okeyy next.
ini brand the body shop. dekat the body shop ni pefume tak mencekik darah sangat. kire harga ala2 laaa. harga mampu milik gituuu. tapi saya tetap tak mampu milik lagiiiiii. wuuuwuuu. yang ni namanya WHITE MUSK. bau dia pun yummyyy2 jugakkkkk. hmmmmmmm dapnyerr bau white musk. yang ni penah beli. tapi jenis oil. beli pun sebab ade offer. muahahahaha. mahal kot wehhh. pefume je pun. =p botol kecik pun nak dekat seratus lebih ape citer kan kan kan. tapi bagi orang yang mampu tak de hal la kan. =p heeeeeeeee.
ini yang paling menjadi idaman kalbu. tak penah beli lagi sebab maheiii. tapi ini eau de toilette. haippp haippp. bukan letak dalam toilet tahu. hahaha. saya sendiri blurr nak buat penjelasan cane. ape perbezaan pefume, eau de toilette dengan oil. yang saya tahu. oil main calit2. bau tahan lama gak. yang lagi dua ni sembur2. cume pefume tahan lama lagi kot. ni kakak saya bagitahu. saya sebagai adek mithali pecaa jelaa. muahaha. =p


JAPANESE CHERRY BLOSSOM wangi baunya, menjadi idaman setiap wanita gojess jerr, nak beli sendiri tak cukup ongkosnya, tapiiii kalau orang bagi saya amek ajerr.

muahaha sweets tak pantun? ko boleh ke buat? tak boleh kan kan kan. saya jerr boleh buat. kih3.


okeyyy. mak saya dah bising suruh masak. okeiii tata love. xoxo. =)

Friday, February 3, 2012

Siti Nurhaliza- Tanpa Dendam Dihati

Assalammualaikum.

sapa yang layan drama GEMERSIK KALBU mesti tahu lagu ni. saya sendiri mengetahui kewujudan lagu ni pun daripada drama ni la. heeeee. love love love. suke sangat dengan lagu ni. memang layan abess. kih3. tak tahu bape puluh kali daa dengar lagu ni.

lirik dia pun besr. errr err. tade pape laa. lupa nak type ape tadi.




okey tata love. =)

kritik diri sendiri. errrrrrrr. try laaa.

Assalammualaikum. (haaa jawab2.)

errr saje nak try kritik diri sendiri. kot boleh. boleh jerr kalau nak diikutkan. huhu.


1) berisi. (ayat manjanya bam2)
- badan, pipi. ehhh sume lahh berisi. gemok la senang kata. tak de la gemok gedempol. tapi agak berisi la senang kata. badan cepat naik. susah mau turun. mencikkk!!! kene jaga makan gila2. senaman hari2. no ice, no rice, no fast food dll. yang boleh hanyalah. oat, sup, buah. sumpahhh memang boleh kurus. tapi sanggup ke menahan napsuu yang menggelodak ni. waa masih muda derr. ceyyy tiba2. kih3.


2) boros.
- yerr saya boros orangnya. tapi i have my budget every month laa. banyak mana duit yang boleh pakai setiap bulan. boros maksud saya ialah membeli samtink yang tak penting. dengan erti kata lain membazir. contohnya ialah. selipar opis dah ada. tapi tak comel. tiba2 terjumpa selipar comel. ade bulus2 gitu. siap ade gambar hello kitty. so beli. padahal selipar lama elok lagi. kan membazir. itulaa perangai saya. (berubahlahh wahai maswani)


3) sentitif
- yerr sangat sentitif. lebih2 lagi bila orang mengata pasal body or muka. tak suke tak suke. bila dalam emosi sentitif ni, senyum dengan orang berkenaan pun saya tak mampu. saya bukan hipokrit yer. kalau saya sangat marah. memang saya tunjukkan rasa marah tu. saya menjaga hati orang berpada2. kalau dah terlalu melampau memang saonnnnnnn terus. aku fedulikk hape kan.


4) bila sedih or marah suka drive kete laju2
- tabiat ni memang susah gila nak hakis. saya sendiri tak tahu kenapa. bila frust kan. drive kete sampai nanges2. pernah tahu. (macam drama la pulakkk)


5) suke merajuk
- yesss. sangat suke merajuk. kadang2 benda simple jer. nak tunggu orang pujuk jenuhla kan. pujuk la diri sendiri. sedehhhhhhh.


6) banyak cakap
- yerrr banyak sangat cakap. dalam geng sekolah dulu kire paling banyak becakap saya laa. paling banyak mengeluarkan topik untuk bersembang dan menggamatkan keadaan. muahaha. banyak sangat cakap tak bagus gak kan. kang adelaa yang sentap2. huhu


7) banyak jerawat
- yerr muka saya banyak jerawat. jangan la percaya gambar saya yang nampak macam flawless jer tu. menipu sume tu. camera sengal. huhu. penah satu tahap kan. terfikir gak laa. adeke orang nak kawen dengan saya nanti. yelaa muka banyak jerawat camni ade ke orang nak. hmmm sedehhhhh. jerawat saya suke muncul dekat dagu. grrrrrr. pehal tah. wuuuwuuu.


8) tak boleh makan seafood
- bila makan muka jadi gatal. merah2. ni ade kaitan dengan resdung kot. mencikkkkkkkkk


9) suka merayap. tak reti nak duduk rumah.
- kalau boleh setiap kali cuti nak merayap. nak rilis tensen. nak shopping. nak tengok movie. nak karoake. nak makan. hmmmmmmmm.


setakat ini itu jer yang terlintas dalam kefale otak. oke tata love. xoxo.



Thursday, February 2, 2012

al-kisah pergi site (part 3)

Assalammualaikum.

yeiiii hari ni kamis. esok jumaat. then cuti 4 hari. heeeeeee. penat woooo asik pegi site jer. letih tau. muka dah hitam dah. wuuwuuu.

hari ni last buat keje dekat info ternak tu. sedihh pun ade. yelaa dah sebati dengan binatang2 dekat infoternak tu. wuuuwuuu. nanti mesti rindu dengan ostrich gedik, rabbit gemok yang sombong, rusa miang, lembu kuat makan, kamben kiut putih mulus dan kobauuu ganass. ehhh lupe nak sebut burung merak dengan burung puyuh. kih3. sempat la buat flying kiss dekat mereka. wuuuwuuu tata frenzzz. puiii puiii frenzz la sangat. haha.

kuciwanya hari ni. sepatutnya hari ini boleh laa nak maen tetek kamben. maen buat ape kan. perah susu kamben la maksud saya. tapi bossss laa. datang opiss lambat. operasi picit2 tetek kamben mula pagi2. pukul 9.00 pagi camtu. wuuuwuuu. takpe laa. ade hikmahnya kan. teringin gila kot. yelaa bukan senang nak dapat pengalaman camni. cam kami nak buat kerja dekat info ternak tu pun ade gapp masa. mane boleh sesuka hati merayau dalam info ternak tu. so hampir 2 minggu jugak laa dekat sana. hmmmmmm sedehhhhh. pasni tak leh main masuk dah. kecuali ade urusan laaa.

ape laa citer kawan2 saya kat sana. tah2 nanti saya datang dah tak der dah. mesti ada yang dah kene semelih. wuuwuuuu. si kamben lagi sian. asik dinodai hari2. muahahaha. celik2 mata kena noda. muahahahaha. (gila3)

okeiii tata love. xoxo.