MR. NUFF =)
Wednesday, July 25, 2012
fasting stories~~~~
dah hari ke lima puasa baru tehegeh2 nak update. wakaka. bukan apa. kalau tuan blog puasa. blog pun kene puasa jugak. haippp haipp hari ni saya puasa jugak okeyy. cuma hari ni ada kelapangan siket. hihi. =) bila saya blogwalking (lama tak guna word nihh) asik nampak orang update pasal makanan. makanan sahur ade. bebuka ade. bebuka dekat hotel lerr. dekat rumah mertua ader. dan lain2. hihi. =p jeles gila sebab korang sume makan sedap2. hehe. yelaa orang diet mane boleh makan sedap2. wakaka.
hari pertama puasa: saya sahur air dengan kurma jerrr. tahannnnnnnnn sampai berbuka. bebuka pun dengan air dan kurma sahaja. =p tak de laa. makan la kuih dan ratah lauk siket. orang diet la katekan. kih3.
hari kedua, ketiga, keempat: sahur dengan air dan granola bar. alaa spesis biskut oat+madu. tak berapa nak yummy sangat. tapi telan jelaa. kang tak makan semputt pulak siang nanti kan. dah la petang nak bersenam pulak. haaaaaaaaaaaa. puasa bukan alasan untuk skip senaman tahuuuu. hikhik. saya dah skip 4 hari tahu. sebab muka ni alejikkkkk haaa. dokter kate jangan duk tengah panas. jangan berpeluhhh. tah hape2 dokter. tapi semalam dah mula berlari balik. hihi. bila ada stamina baru la cergas. hewww. berbuka pulak makan begedil dua. wakaka. begedil ke pegedil haa. errrrrrr. kuih abah beli tak best sangat. dah le anakmu ini tak sukeee agar2. plzzz jangan beli. kalau orang bagi jangan amek. wakaka. =p
hari kelima : sahur air dengan roti john lebihan berbuka semalam. pastu tido. good kan? hahaha. pastu boleh pulak bantaii fererooo rocherr satu. hikhikhik. berbuka tak tahu lagi nak makan apa. hmmm nak makan sup sayur laaa. semalam saya masak sup sayur. tapi tukang perabis orang yang tak puasa tuhhh. hehehe.
sumpah dah kurus gila sekarang ni. hahaha. tu pun kalau korang nak caye laa. hikhikhik. 3 bulan tak makan nasi tahu. apesal tak kurus2 lagi nihhhh. hehehe. =p tak pe tunggu lagi setahun. kita tengok resultnya. wahhh setahunnn. ko adorrr. hahaha. okeiii tata love.
Tuesday, July 24, 2012
Aku Redha.....
apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita...
maka percayalah Allah akan meggantikan kekecewaan itu
dengan sesuatu yang tak dijangka.
demikianlah besarnya nikmat tatkala kita redha.
note: selamat berpuasa hati ke empat. =)
Thursday, July 19, 2012
tabah
dah beberapa hari tak update. macam blurr nak type ape. sekarang ni muka saya tengah scary gila. sendiri tengok pun takut. dagu membengkak dengan jayanya. siyess sakit gila. nak bukak mulut pun sakit. dagu jadi cam keras. merah meggila. mamtikk laa kalau tinggal parut pasni kan. tak gojess dah kite. =p
sekarang tak pikir pasal gojes ke tidak. sekarang pikir pasal dagu yang sakit gila. mula2 tak mo jumpe dokter. yelaa kalau jumpe dokter kompem melayang lagi duittt. haishhh. dah la nak berjimat ni. kalau nak berjimat je salu jadi cam ni tau. dan2 la ade problemaaa itu ini. tapi saya redha. ade hikmahnyaa. sabar sabar sabar.
ekcelii tensii jumpe dokter. sebab ape tauuu. dokter tu macam senget. haha. kemain kutuk dokter. haha. yelaaa. bila saya tanye. "dokter, kenape dagu saya salu jadi camni? ape masalahnyaa. saya salah makan ke?" pastu dokter jawab. "salah makan laaa. sudahh jadi luka. ada sakit tak? ada gatal ak? ada garu ka ni? jangan picit laa. nanti kuman biak." tensiii kannn. kenapa masalah ni salu berulanggg. kenapa ubat dokter tak permanent haa? hik3. macam la dokter baca blog ni.
dokter ade tanye. mau cucuk ka? cisss macam tak tahu nak cekauu duitt saya. tanya harga dulu. kalau cucuk berapa? cucuk sahaja 150. then saya jawab. tak payah la dokter. dokter kasi ubat cuci, sapu, antibiotik jelaa. hahaha. dah macam saya pulak dokter. pastu dokter amek lampu suluh. dia suluh2 muka. pastu die tulis mende tah. adeke nak bagi ubat stok 2 bulan. ingat saya ni rajen sangat ke makan ubat haa. terus cakap tak payah. sebulan cukuppp. dokter sekarang kemain pandai kan. ciss cisss ciss. jangan la becinta dengan dokter. sebab pandai sangatttt. nanti ko menipu cepat je die detect. haha. =p
dokter kate dagu saya ade luka. ade peeling teruk. salah pakai produk. sebab dah luka tu yang jadi jangkitan kuman. tu yang membiak dengan jayanya. pastu dia cakap jangan mekap. pakai je krim yang die bagi tu. tapi krim tu sapu kat merah2 and bengkak2 tu je. so sapu kat dagu jela. hahaha. pegi keje tak pakai mekap. best woooo. bangun lambat pun tak de hal. bahagianya kalau kulit cantik kan. tiba2 suka lak tak payah pakai apa2 kat muke. hihi.
siyess down gila dagu camni. T_T hilang kompiden. kalau pegi keje pun suruh member punch kan. sebab tak mo masuk admin office. hahaha. punya nak sorok muka. balik keje laju2 balik. tak mo tersempak dengan member opiss. yelaa diorang kan mental gila. suka buat lawak sengal2. saya ni dah la tak boleh nak gelak over2. sakitttt wohhh. cakap pun kontrol2. bolehh? sila bayangkan. alaa macam mr.trainer saya cakap tu. alaalalala rindunya mr.trainer. sobss. call la lagi. ehhh ehhh
ehhh okeylaa. itu sahaja cerita. nak publish gambar muka terok. tapi sendiri pun tak sanggup tengok. inikan orang lain. mau ade yang pengsan nanti. hihihi. pastu cam jatuhkan saham. hahaha. ok lahh. baiii. =p doakan saya cepat sembuh. aminn.
Monday, July 16, 2012
sakitnya muka.
assalammualaikum.
sedisnyaaa. sakit sangat dagu. peeling gilaa2. pedihnyaa mukaa. sobss. yaAllah, sembuhkanlah muka ni cepat. sakitnyaaa.
Friday, July 13, 2012
work.
assalammualaikum.
hari ni pegi melawat kawasan. haha. amboii kerja dah macam YB pulak kan. sebenarnya dah tau hari ni pergi site. tapi pakai jubah pehal kan. hihi. konon nak nampak sopan la di hari jumaat kan. hihi. sebenarnya mam ni citernyaaa. malas iron baju site. tu je alasannya. haha. malang la sape jadi laki saya nanti. hehe.
tadi masuk pic ni kat fb. komen sume tak vulehhh vlahhh.
"amboi, kurus gila. dah macam pinggang aku dah. apa rahsianya"
"minum kacip fatimah ke?"
"makan lada giling ke?"
kojaqqq kan my prenddd. cisssss. paling lawak rehan komen. "kadang2 gambo ni nipu je" wakaka. betul letewww. memang tipu pun. haha. pelik dalam gambar nampak kurus. hihi.
ok habis dah isu gambar. saya sebenarnya suke pegi site kalau lokasinya ialah skim perumahan baru. dimana saya hanya melawat kawasan. hahaha. ko giler melawat kawasan je. kene la amek data. dorang ni mane betul sangat. kadang2 inform lain buatnya lain. tensiii ahkakk. hihi. pastu tengok rumah contoh best derrr. insyaAllah one day nanti nak memiliki rumah idaman kalbu. hihi.
okeyy tata
cincin gojess.
assalammualaikum.
tajuk kemain kan. tapi memang gojes pun kan cincin tu. dulu kan. saya suke pakai cincin kat tangan kanan. pastu kak ijan cakap. jangan pakai tangan kanan. nanti orang ingat saya dah berpunya. motiffff? hahaha. nak bagitahu single dan suruh mengorat cepatttt. wakaka.lawak la kak ijan ni. siyess lawak gila. dalam lawak2 tu saya pi ikut cakap dia. tak pakai cincin jari kanan dah. haha. tapi berkesan ape. ramai kut datang mengorat. haha. oleh itu kalau nak bajet single pakai cincin jari tangan kiri. bila nak basuh berak sila tanggal cincin. haha.
saya ni bukan suka sangat pakai cincin. macam rimas2 gituuu. tapi mak salu suruh pakai. subang die suruh pakai. paling lama bertahan pakai subang seminggu je. hahaha. tak girlish langsung kan.
nanti kalau kawen kan nak suruh hasben beli gelang la. rantai ke. nak design sendiri. haha. over kan. ahhh bia laaa. saya kan suka unik2 ni. hihi. bilalaa nak kawen. eeeee macam seram je kawen2 ni. hehe. tiba2 rasa tak sabar nak ada anak sedara. cepatlaa kawen iraaa oiii. hehe.
Thursday, July 12, 2012
surprise hello kitty.

tadi kannnn. ade posmen datang office. hehe. ok. memang hari2 posmen datang. yelaaa banyak sangat surat kan. hihi. pastu kan tiba2 ada parcel untuk saya. dalam hati dupp dapp dupp dappp. budak office sume cakap boypreng yang kasi. puiiiii.
tak abesss2 mereka tu. bukak2 parcel nampak hello kitty dulu. alalala. hello kitty say hye to me. hihi. ok tipu je. gilaa. kalau hello kitty becakap melompat saya kat situ. hihi. pastu tengok. ehhhh ada tudung laaa. alalala besday saya hari ni ke. bukan rasanya. muda lagi rasanya. hihi.
parcel from nurse hati. alalala suwitnya nurse hati saya. korang ade ke nurse hati? hihi. buang tebiat bagi hadiah. tapi tak pe. saya sukeeee surprise2 ni. hihi. feeling2 ramai peminat. padahal kawan baik sendiri yang bagi. ahhhh peduli ape. nak feeling2 jugak. hihi.
hello kitty terus gantung dekat kunci kereta. buang kumbang pink. kumbang pink dah buruk. hihi. kan best dapat hadiah hello kitty banyak2. haha.
hadiah besday tahun ni nak mintak abah sponsor spoiler persona tu. mak nak mintak kasut 2 pasang. satu heels satu lagi flats. hahaha. kakak nak mintak boyfriend laaa. ehh tak nak la. taste dia tak best. tuka2. nak mintak pefume britney tu. sebab die salu pawww pefume saya. soooooooo bagi hadiah pefume ok. hihi. adek pulakkk. hmmm. budak tu kedek. tapi tahun ni die wajib bagiiii. die laki kan. lembab siket bab bagi hadiah ni. nak mintak tshirt polo la. hihi.
ok baiiii.


