MR. NUFF =)

Friday, November 24, 2017

Akikah Suri El Nayla

Assalammualaikum.....
Sebenarnya dah lama dah majlis ni. haha. baru ada kesempatan nak update. Nak jugak update. Kenangan kan. tarikh akikah Suri ialah 15 September 2017 (24 Zulhijjah 1438). Sebenarnya kami juzz menumpang kenduri doa selamat sempena adik ipar punya kenduri bertandang. hihi. jimat sikit bajet. yelaa mama papa larikk bajet. hahahaha.

Masa ni Suri dah nak ke 6 bulan daa. dah besar kan. so banyak akai. dan tak mo sleep pun dalam buai tu. penat mama sewa tauu. sobss. dok kisahkan reben jer.




tengok tu kemain lasak dia duk dalam buai. pakai baju gojes pun kelaut gojesnyaa. hehehe. 

tu tangan tak diam. dok nak capai reben laa. bunga tok sah citer laa. abih dia cabut. mata dok jeling kita. jangan la berani amik reben tu. satgi dia jerittt....hehehe





tak de benda nak citer sangat pun. juzz nak tepek gambar dekat belog. hahahaha. tapi tulis2 la sikit kann. hihihi. pelamin over kann. tu pelamin orang kawen. weolzz bayor sewa buai je. nyebok. kahkahakah.

okey lah. nanti kita update pasal bandung pulak. hihi.

Wednesday, July 12, 2017

Lahirlah Suri Hati

Assalammualaikum....
banyak kali dah nak type entri tentang pengalaman bersalin ni. tapi asik tergendala je.

Alhamdulillah saya dah selamat bersalin tanggal 25/03/2017 yang lalu. syukur segalanya dah selamat. Pengalaman yang tak boleh lupa sampai bila-bila. okey meh saya nak story pengalaman bersalin saya.

Pengalaman Bersalin: Due sebenar saya ialah 14/04/2017. ini ikut date last period tu. tapi bila scan due dokter tetapkan 7/04/2017. Masuk je 37w ada scan dekat KKIA. Dokter dah pesan baby awak dah kebawah ni. berat baby dah 3kg. jaga makan yaa. anak sulung ni. Nanti dah bersalin inform KKIA ye. Dua hari lepas jumpa dokter saya warded terus.

Kisahnya begini. Masuk je 36w saya pindah ke rumah mak. Ala rumah mak saya dalam 5 minit je daripada rumah saya. setaman je pun. Pindah sebab saya pantang nanti pun kat rumah mak. Lagipun suami saya weekend memang pergi KL (Class). Baru berapa hari je pindah tau saya dah turun tanda. 

22/03/2017 : malam macam biasa lah kan. saya tido. masa hujung2 nak bersalin ni saya memang kerap sakit pinggang. husband tolong urut kejap lpas tu dia tido. tapi malam ni lain macam sikit. sakit dia datang je hilang datang je hilang. memang tak tido la malam tu. ngadu sakit dekat husband. dia kata jangan layan sangat sakit tu. kahkahkahkah. geram je iolzz. ingat boleh ke sakit tak layan-layan. pastu tak tahan. bangun dan jalan-jalan dalam bilik dengan harapan sakit berkurangan. masa ni dah pukul 2.30 pagi. pastu tak hilang jugak. masuk toilet lak. saje rasa kat bawah tu. ade lendir campur darah. YaAllah masa ni tekejut yakmat. nak bersalin dah ke pun. Rasa macam tak ready pun ye. Dalam kepala dok pikir, ehh camane nak push nanti. tak retiiiiii......

keluar toilet bagitau husband ada lendir darah. dia tanya nak pergi hospital ke. (mata ke atas sangat tauuu) pastu turun bawah bagitau dekat mak. tiba-tiba rasa panas je mengalir dekat peha. ingat kan air ketuban. rupanya darahhhh. Lepas tu terus siap-siap barang pergi hospital. pastu terus masuk labour room. cek bukaan je pun. dah bukak 2cm. tiba2 dengar bilik sebelah dok jerit nak bersalin. sakitt sakitt. nurse dok kata teran je macam berak tu teran je. tadi nak berak kan. teran teran. masa ni rasa nak nangis. uwaaaa...takutttt weiii. tak mintak ampun lagi nii. Sebab baru 2cm je pastu saya dah turun darah banyak. kene lah warded. Kalau datang setakat sakit sikit2 mesti kene balik. sebab lambat lagi nak bukak 10cm tu. saya nihaa dua hari baru 10cm. kahkahkah. 

bila duk ward kene kira pergerakan baby je. sikit2 nurse datang cek kita. cek perut. bila dokter round akan seluk bawah. tanya itu ini. 24/03/2017. pukul 11.00 malam. masa ni contraction kuat sangat. bukaan baru 4cm. sakittttt sangat. nangis2 saya tahan. masa nurse round nak cek saya tu. saya terus cakap saya tak tahan dah sakit ni. dia pegang perut dia kata contraction dah kerap. so suruh saya perpare baju baby sume. jap lagi diorg datang tolak saya masuk labour room. saya call husband suruh datang sebab pinggang macam nak patah. contraction is scaryyyyyyy dan sakit sangattt.....

haaa bayangkan laa saya layan contraction super sakit daripada pukul 11.00 malam sampai 5.30 pagi gitu. air ketuban saya dipecahkan lepas bukaan 6cm. Syukur sangat suami boleh masuk LB awal untuk urut pinggang saya dan kasi semangat dekat saya. bila dah full 10cm baby lak tak masuk laluan lagi. aduiii memang libang libu tahan sakit contraction tu. pastu saya pulak tak pandai push. asik tak betul je cara push. 20minit gak laa nak keluarkan kepala. sampai benjol kepala baby. sian anak mama. wuuwuuu. susah betul nak beranak weiii. bila dah ready nak push. contraction lak tak de. yelaa nak push kene sakit baru boleh. kahkahkahkah. dua kali ok kene gunting kat bawah tu. tak rasa apa pun gunting. sebab contraction tu lagi sakit gilaaa. lepas dah keluar kepala nak keluarkan bahu senang je. teran sikit terus keluar sume. yaAllah masa tu kan legaaaaaaaa. segala sakit hilang. macam tak percaya dah beranak masa tu. masa dok tahan sakit tu rasa macam nak operate pun ada. sebab tak larat dah nk push. tepat 5.30 pagi (25/03/2017) lahirlah puteri sulung mama papa. :*

lepas dah bersalin nurse nak jahit bawah tu. saya terus amik handfon wasap mak cakap dah bersalin. tengah kangkang ni dok main fon. jahit tak sakit. sakit lagi la contarction gilaa tu. jahit bius so tak de la rasa pape. hihihihi. lepas suami azankan baby nurse hantar baby ke saya untuk kasi susu. susah gak nak nenekan baby. hahahahahahahaha. masa tengak baby. tembamnyaa anak mama. hahahahaha. 

pastu nurse bagitau berat baby 3.11kg. lpas tu diorang tolak masuk ward balik. masa ni tak sabar nak tunggu masa melawat. nak tunggu family sampai. hihihi. syukur Alhamdulillah. 



 inilah puteri hati saya dan suami. SURI EL NAYLA nama diberi.  masa ni baby baru sehari. Papa look sangat. tak kisah lah. janji anak mama sihat. 

ini gambar mintak simpati masa mama nak tindik telinga dia. hahahahaha. mama over nak. nak gaya kan anak je kejenye. iyee. suri 3 bulan dan tindik. 



Alhamdulillah. kali ni kami raya bertiga. syukur diberi nikmat ini. saya harap anda semua diberi nikmat ini juga. Ameen. 

love: mama suri

Tuesday, January 3, 2017

welcome 2017.....=) throwback 2016 jom.

Alhamdulillah.... syukur kita dah berada di tahun 2017 kan. sekejap je masa berlalu. hari ni 3/1/2017 budak dah masuk sekolah. seronok je tengok gelagat diorang. hehe.

jom throwback sikit memories kiter sepanjang 2016 yang very suwit muitt giteww.

2016 boleh dikatakan tahun terindah buat saya. cewahhh. okey meh trowback mehh.

Mac 2016 : my husband dapat job dekat Majlis Perbandaran Taiping. okey PBT ni bukan boleh transfer macam kerajaan perskutuan or kerajaan negeri. so kene la apply jawatan kosong yang ada. syukur dia dapat keje tu then sambung gaji kot. dapat lah kami berdua stay bersama. feeling pengantin baru kot. setelah setahun lebih duduk asing. weekend je jumpa. rezeki sangat-sangat.

Feb-Mac 2016 : okey masa ni gemok yarabii. hormon tak menentu. Opismate offer jadi trainer untuk tren saya dekat gym. kahkahkah. for free. rezeki jangan ditolak bebb. dah la masa ni saya kene on pill peracang sebab on treatment untuk stablekan hormon (nasihat pakar perubatan). so apa lagi kita bergym lah for free. free tu memang la best. tapi hingat senang ke. penat hokeyy. dengan study dan kerja dengan kene jaga pemakanan bagai. hahahaha. tapi berjaya okeyy. memang solid molid okey. mental la kene kuat. hahahaha.

Julai 2016 : yeiiii time ni bulan raya. bestnyaa. bila dah stay sekali kan feeling dia lain tau. hari-hari tengok husband depan mata. end julai pegi holiday dengan husband side dekat Langkawi. bestt sangat. yelaa bejalan kan mestila best walopun bepuluh kali dah pegi langkawi tu. hahahaha.

Ogos 2016 : bulan ni lah dah lewat period tapi buat dekk je. sebab dah biasa kan lewat. cuma ada kerisauan sikit sebab lepas on pill perancang memang period normal cantik molek cycle dia 28 day. ni dah 10 hari lewat nak mereng balik ke pun. macam-macam rasa. tak pikir langsung diri ini tengah pregnant. sebab dah selal kecewa kan. lepas tu dok main badminton tiap petang sampai kakak saya marah-marah. mana tau pregnant dia kata. pastu dah kenapa tekak nak makan laksa sesaje. padahal bukan suke sangat laksa. pastu tengah bulan lapan kot.... test jela. nak sedapkan hati. tettt tetttt tetttt syukur alhamdulillah positif buat pertama kali. happy tak terkata.

Oktober 2016 : yahuuuu. tahniah husband sebab grad kelas pertama.

November 2016 : masa ni pun rasa rezeki sangat-sangat. naluri saya kuat mengatakan husband saya kalau stay dengan saya and keluar daripada tempat keje lama dia...dia mudah naik. syukur tak terkira dia dapat naik pangkat. rezeki baby kot. ehh tak tahu lah. mungkin dah terlulis kan. baru berapa bulan je keje dekat MPT dah naik. tanpa kabel bagai. hanya keje dengan baik dan doa ibu bapa semestinya. juka tertulis rezeki dia pasti jadi kan. tahniah husband. =*

December 2016 : time ni pergi scan baby. naluri ibu tu kuat kan. orang sekeliling sume teke gender salah. hahahahahaha. nanti dah lahir saya umum gender okey. kot ada yang baca doakan saya dan baby sihat-sihat je sampai saat melahirkan yaa. saya doakan kalian jua dimurahkan rezeki.

ini sahaja kenangan manis saya 2016. syukur Alhamdulillah. semoga 2017 lebih indah. sama-sama kita tingkatkan iman. semakin meningkat tahun semakin meningkat usia dan semakin menghampiri dengan kematian. oleh itu dunia dan akhirat kene balance okey. if kita kejar akhirat insyaAllah dunia pun turut kita kejar sama. jangan dunia semata-mata okey. =)