MR. NUFF =)

Monday, May 25, 2015

Demam

assalammualaikum

yer saya demam. nihaa nak citer. Jumaat lepas saya jatuh terlentang dalam bilik air. hahahaha. (gelak la sikit. nasib baik tak matikkk tahu. sakit gilerrr bontot. tangan pun lebam. abes pecah aquarium. demam tekejut jatuh dalam toilet. sedehhhh. sampaiii sekarang tak okey lagi pinggang. haihh. tak baik ngeluhh. tarik balik ngeluhh wani oiii.

al kisahnya, toilet dekat dalam bilik husband saya licin yarabiiiii. saya memang tak boleh nak kawal kestabilan badan lalu terlentang jatuh macam nangka wangi.

nihaaa lagi satu. minggu depan saya dah final. yahuuuu. tak sabar nak final. kemudian sem baru. kemudian cuti sem. kihkihkih. syorgaa tahu cuti sem itu. gembiranya hari. yahuuuu. penat tau berulang KL setiap minggu. sian abah saya asik nak kene hantar dekat KTM Ipoh. malam-malam buta nak kene amik. Yelaa nak harapkan husband pun dia jauh. sobss sobss. ='( love you abah. kadang-kadang menitis jugak air mata tau. bila tengok abah tunggu dekat KTM. sian abah. tunggu anak dia malam-malam buta. paling kagum tak pernah lambat amik saya. tak pernah pun saya yang menunggu. sobss sobss. aduhh tengah type ni pun menitik ayaq mataa. love you abah dunia akhirat. lelaki kesayangan saya. =')

okey laa. air mata dah banyak turun. nanti demam makin teruk. baik kiter stop dulu. nanti kiter sambung citer lain pulak.

note: jimi ko jangan nak perli sangatt. aku panggg satgi.

nurkilan,
Maswani AR


Wednesday, May 20, 2015

Impian saya

Assalammualaikum. haii salam sejahtera. blog saya ni reader sikit je. readernyer terdiri daripada kawan2 yang suatu ketika dulu saya paksa diorang untuk tengok blog saya. haha. asal saya update je kene bahan. tu sebab malas nak update. lagipun saya ni blogger sendu. kalau rasa nak update baru saya update. saya bukan blogger yang kejar adds. means berbelog untuk bisnes. haha. giler tak malu gelar diri blogger. tapi saya letak je nuffnang tu. wakakaka. sebab dulu tengok orang lain gigih bubuh. saya pun nak jugakk. hahahaha.

okey hari ni genap lah enam bulan tiga belas hari dah mendirikan rumah tangga. =) perasaan? ehh mestilah happy kan. seronok tau kawen ni. sume halal. ala gaduh sikit-sikit tu biasa laa. pastu baik balik. tak best la kalau tak gaduh. okey saya dengan husband memang pjj. ='( impian saya dulu nak kawen dengan orang dekat-dekat je. hahaha. dah jodoh kan. tapi tak dela saya menyesal kawen dengan husband saya. setiap minggu jumpa. tapi still tak best la. kalau boleh hari-hari ni jumpa. hari-hari nak usik husband saya. sumpah jeles tengok korang kawen stay sesama dengan husband korang.sobss sobss

Selalu berangan dapat stay sesame. balik keje nampak muka suami. pegi keje salam tangan suami. pastu suami kiss dahi. auchhh. sobss. (lap air mata) T_T ni perasaan saya je. perasaan dia entah la. ramai cakap isteri kene la ikut suami. memang nak ikut. tapiiii kami ni tak kaya. masing2 ada impian nak dikejar untuk masa depan. lagipun bukan senang nak dapat keje sekarang kan. keje yang ada sekarang pun best. (mentallity malaysian cam haku memang rase best keje gomen)

salu ngadu2 dekat husband.
isteri: abang bila kita nak duduk sekali ni? sobss sobss. rasa macam tak kawen je.
suami: sabarla sayang. belum rezeki kita kan. sabar ye. ada orang lain tu lagi ganda. kawan abang kan lagi la dasat sayang. sebulan sekali je jumpa.

iu lah sebabnya saya sangat mengada2. saya suke ngamuk kalau suami saya busy sangat2. hahaha. kejinya perangai iolzz. bukan apa. saya dah la tak dapat jumpa dia everyday. pastu asik bzzz je. pastu bukan nak pujuk kalau iolzz majuk. siap cakap ok baiii. inilaa laki kan. dulu mase nak ngorattt kite kemainnn. kahkahkahkah.

okey nak bagitau. saya dah sangat gemuk. ramai sangat tegur. sobss. saya tak pasti apa yang beelaku. wakaka. tak pasti la sangat. padahal makan macam hape je. kikikiki. hmmm saya tak preggy lagi. sedihnya. nak sangat baby. tapi belum rezeki kan. pastu dah faham dah perasaan terguris hati kalau orang tanya. dah ada isi ke????? yeahh saya tau orang sekeliling care. tu sebab diorang tanya. saya pun suke gak tanya orang lain dah ade isi ke???? tapi kene ingat. tak sume orang suka ditanya.

hari-hari saya akan ditanya. yaaa hari-hari orang tanya saya dah ada isi ke???? saya pun jawab. aah ada isi. tapi isi lemak jela. doakan ye. sape tanya mesti saya jawab tolong doakan. yelaaa nak cakap ape lagiii kan. bukannya tak usaha. dah usaha. tapi belum rezeki kan. sobsss. nasib baik laki iolzz memahami. wuuwuuuu. pastu kan korang. penah la bulan lewat period 58 hari. happy sangat. ingat preggy. tapi tak. sobss. siyess dah penat nangis. dah penat sentap. weiii cara aku macam dah 6 tahun kawen kan. padahal 6 bulan. hahahaha. orang kata jangan fikir sangat. buat dekkk je. memang la nak  buat dekk. dah hari2 orang asik tanya, pastu on fb orang dok update pregnancy, dekat office pun dok cakap pasal pregnancy, pegi mana2 nampak orang pregnant,bukak instagram pun dok cter hal prengnant, dll. macam mana tak fikir kan. orang yang nasihat mungkin boleh cakap. rilek la. awal lagi bla bla. sebab ko dah ade. cube kalau ko tak de lagi. mesti meroyan cam aku. wakakakaka.

ehhh korang doakan saya tau. nak baby macam korang juga. =(  

Wednesday, May 6, 2015

Salam Subuh

Assalammualaikum.

Hari ni pertabalan Sultan Perak ke 35. so sume rakyat negeri Perak bercuti. hari ni juga hari kedua saya ganti puasa. semalam flat sangat. lembikkk. sampai bebuka puasa lembiknya. kikikiki. siksa nak tunggu petang. perut pedih sangat. jadi semalam tido awal je. pukul 9.30 malam kot dah tido. dengan tak solat isya lagi main bedal je tido. ishhh3.

nasib baik terjaga pukul 3.30 pagi. laju2 wudhu dan solat. Ya Allah bersyukur sangat mimpi buruk. sampai tersedar. haha. mimpi ape pun dah lupe dah. lepas tu tak boleh tido dah. terus jela sahur. kemudian buat esaimen sikit. gini laa life student pjj. siang keje malam study. cuti buat esaimen pegi kelas study test quiz dan lain2. nasib baik husband pun study jugak. so saling memahami la kami.

yang jadi tak memahami ialah husband tinggal saya pastu pegi holiday dekat Sarawak. dah banyak kali dia explain. "sayang ni reward abang MENANG KOIR KEBANGSAAN DEKAT MELAKA". Saje je besarkan word tu. sebab husband saya memang suke ulang banyak kali. hahahaha. saje la tu nak sakitkan ati kiter. huhhh. Pastu saya pun asik mengadu dekat mak saya. "Mak, Qhamal pegi holiday tak bawak kakak pun. kakak tak penah tinggal dia kalau pegi holiday." Then mak reply. "Kamu ni tak paham-paham." hahahaha. (gelak sakit hati)

sorry abang. saya memang penjeles kalau abang pegi holiday pastu saya kene tinggal. kalau saya pun pegi holiday saya tak kisah sangat. ni saya duk rumah pastu buat esaimen. pastu abang jalan2 makan lobster. kahkahkahkah. okeyy saya dengki ni. dengki sangat ni. sobss. tak kiraaa. pasni bawak saya pegi holiday jugak. nasib laa dapat bini hantuuu holidayyy. kikikiki.

hmmm nak buat esaimen pun dah kelaut. terkenangkan husband. kahkahkahkah. tak habis jeles lagi ni. hahaha. mari lah kita google baju raya ke, hiasan dalaman rumah baru, kereta baru. body baru ke. ehhhh.

salam mesra =)