MR. NUFF =)

Monday, November 23, 2015

cake coklat cinta.

assalammualaikum. 

hari tu tengok kak ipaq kita dok post dekat fb kek coklat kukus untuk anak murid dia. pastu wassap husband kita lelaju. 

me: abang saye nak kek coklat macam kak ena tu. sedapnyeee.....
suami : ok. nanti abang suruh dia buat. insyaAllah.
me: tak nakkkk. nak abang buat. 
suami: okey insyaAllah. 

sumpah tak menaruh harapan pun suami akan buat. hahahahaha. nak dijadikan cerita. 1st class untuk sem baru ni batal. dok lepak tengok running man. sekali husband datang. taraaaa. tanjatt kiteww tau. awat tak buat masa besday. hehehe. 

me: ni abang buat ke? ke kak ena buat?
suami: abang la buat. kak ena ajar. nanti kita duduk sekali kita buat sama2 ye. 
me: tak nak laa. nanti gemok. mana boleh makan selalu ni. hihihi. (dalam hati 50 50, betul ke laki aku buat ni) hahahaha.

rasa dia perfect. saya memang hantu badam. pandaiii sangattt kannnn tabur badam. yummyyy. husband korang salu tak buat surprise? hehe. 

tu je nak citer. resepi tidak la ketahuan. tak tanya pun husband. terus ngappp makan je. hahaha. 

Monday, May 25, 2015

Demam

assalammualaikum

yer saya demam. nihaa nak citer. Jumaat lepas saya jatuh terlentang dalam bilik air. hahahaha. (gelak la sikit. nasib baik tak matikkk tahu. sakit gilerrr bontot. tangan pun lebam. abes pecah aquarium. demam tekejut jatuh dalam toilet. sedehhhh. sampaiii sekarang tak okey lagi pinggang. haihh. tak baik ngeluhh. tarik balik ngeluhh wani oiii.

al kisahnya, toilet dekat dalam bilik husband saya licin yarabiiiii. saya memang tak boleh nak kawal kestabilan badan lalu terlentang jatuh macam nangka wangi.

nihaaa lagi satu. minggu depan saya dah final. yahuuuu. tak sabar nak final. kemudian sem baru. kemudian cuti sem. kihkihkih. syorgaa tahu cuti sem itu. gembiranya hari. yahuuuu. penat tau berulang KL setiap minggu. sian abah saya asik nak kene hantar dekat KTM Ipoh. malam-malam buta nak kene amik. Yelaa nak harapkan husband pun dia jauh. sobss sobss. ='( love you abah. kadang-kadang menitis jugak air mata tau. bila tengok abah tunggu dekat KTM. sian abah. tunggu anak dia malam-malam buta. paling kagum tak pernah lambat amik saya. tak pernah pun saya yang menunggu. sobss sobss. aduhh tengah type ni pun menitik ayaq mataa. love you abah dunia akhirat. lelaki kesayangan saya. =')

okey laa. air mata dah banyak turun. nanti demam makin teruk. baik kiter stop dulu. nanti kiter sambung citer lain pulak.

note: jimi ko jangan nak perli sangatt. aku panggg satgi.

nurkilan,
Maswani AR


Wednesday, May 20, 2015

Impian saya

Assalammualaikum. haii salam sejahtera. blog saya ni reader sikit je. readernyer terdiri daripada kawan2 yang suatu ketika dulu saya paksa diorang untuk tengok blog saya. haha. asal saya update je kene bahan. tu sebab malas nak update. lagipun saya ni blogger sendu. kalau rasa nak update baru saya update. saya bukan blogger yang kejar adds. means berbelog untuk bisnes. haha. giler tak malu gelar diri blogger. tapi saya letak je nuffnang tu. wakakaka. sebab dulu tengok orang lain gigih bubuh. saya pun nak jugakk. hahahaha.

okey hari ni genap lah enam bulan tiga belas hari dah mendirikan rumah tangga. =) perasaan? ehh mestilah happy kan. seronok tau kawen ni. sume halal. ala gaduh sikit-sikit tu biasa laa. pastu baik balik. tak best la kalau tak gaduh. okey saya dengan husband memang pjj. ='( impian saya dulu nak kawen dengan orang dekat-dekat je. hahaha. dah jodoh kan. tapi tak dela saya menyesal kawen dengan husband saya. setiap minggu jumpa. tapi still tak best la. kalau boleh hari-hari ni jumpa. hari-hari nak usik husband saya. sumpah jeles tengok korang kawen stay sesama dengan husband korang.sobss sobss

Selalu berangan dapat stay sesame. balik keje nampak muka suami. pegi keje salam tangan suami. pastu suami kiss dahi. auchhh. sobss. (lap air mata) T_T ni perasaan saya je. perasaan dia entah la. ramai cakap isteri kene la ikut suami. memang nak ikut. tapiiii kami ni tak kaya. masing2 ada impian nak dikejar untuk masa depan. lagipun bukan senang nak dapat keje sekarang kan. keje yang ada sekarang pun best. (mentallity malaysian cam haku memang rase best keje gomen)

salu ngadu2 dekat husband.
isteri: abang bila kita nak duduk sekali ni? sobss sobss. rasa macam tak kawen je.
suami: sabarla sayang. belum rezeki kita kan. sabar ye. ada orang lain tu lagi ganda. kawan abang kan lagi la dasat sayang. sebulan sekali je jumpa.

iu lah sebabnya saya sangat mengada2. saya suke ngamuk kalau suami saya busy sangat2. hahaha. kejinya perangai iolzz. bukan apa. saya dah la tak dapat jumpa dia everyday. pastu asik bzzz je. pastu bukan nak pujuk kalau iolzz majuk. siap cakap ok baiii. inilaa laki kan. dulu mase nak ngorattt kite kemainnn. kahkahkahkah.

okey nak bagitau. saya dah sangat gemuk. ramai sangat tegur. sobss. saya tak pasti apa yang beelaku. wakaka. tak pasti la sangat. padahal makan macam hape je. kikikiki. hmmm saya tak preggy lagi. sedihnya. nak sangat baby. tapi belum rezeki kan. pastu dah faham dah perasaan terguris hati kalau orang tanya. dah ada isi ke????? yeahh saya tau orang sekeliling care. tu sebab diorang tanya. saya pun suke gak tanya orang lain dah ade isi ke???? tapi kene ingat. tak sume orang suka ditanya.

hari-hari saya akan ditanya. yaaa hari-hari orang tanya saya dah ada isi ke???? saya pun jawab. aah ada isi. tapi isi lemak jela. doakan ye. sape tanya mesti saya jawab tolong doakan. yelaaa nak cakap ape lagiii kan. bukannya tak usaha. dah usaha. tapi belum rezeki kan. sobsss. nasib baik laki iolzz memahami. wuuwuuuu. pastu kan korang. penah la bulan lewat period 58 hari. happy sangat. ingat preggy. tapi tak. sobss. siyess dah penat nangis. dah penat sentap. weiii cara aku macam dah 6 tahun kawen kan. padahal 6 bulan. hahahaha. orang kata jangan fikir sangat. buat dekkk je. memang la nak  buat dekk. dah hari2 orang asik tanya, pastu on fb orang dok update pregnancy, dekat office pun dok cakap pasal pregnancy, pegi mana2 nampak orang pregnant,bukak instagram pun dok cter hal prengnant, dll. macam mana tak fikir kan. orang yang nasihat mungkin boleh cakap. rilek la. awal lagi bla bla. sebab ko dah ade. cube kalau ko tak de lagi. mesti meroyan cam aku. wakakakaka.

ehhh korang doakan saya tau. nak baby macam korang juga. =(  

Wednesday, May 6, 2015

Salam Subuh

Assalammualaikum.

Hari ni pertabalan Sultan Perak ke 35. so sume rakyat negeri Perak bercuti. hari ni juga hari kedua saya ganti puasa. semalam flat sangat. lembikkk. sampai bebuka puasa lembiknya. kikikiki. siksa nak tunggu petang. perut pedih sangat. jadi semalam tido awal je. pukul 9.30 malam kot dah tido. dengan tak solat isya lagi main bedal je tido. ishhh3.

nasib baik terjaga pukul 3.30 pagi. laju2 wudhu dan solat. Ya Allah bersyukur sangat mimpi buruk. sampai tersedar. haha. mimpi ape pun dah lupe dah. lepas tu tak boleh tido dah. terus jela sahur. kemudian buat esaimen sikit. gini laa life student pjj. siang keje malam study. cuti buat esaimen pegi kelas study test quiz dan lain2. nasib baik husband pun study jugak. so saling memahami la kami.

yang jadi tak memahami ialah husband tinggal saya pastu pegi holiday dekat Sarawak. dah banyak kali dia explain. "sayang ni reward abang MENANG KOIR KEBANGSAAN DEKAT MELAKA". Saje je besarkan word tu. sebab husband saya memang suke ulang banyak kali. hahahaha. saje la tu nak sakitkan ati kiter. huhhh. Pastu saya pun asik mengadu dekat mak saya. "Mak, Qhamal pegi holiday tak bawak kakak pun. kakak tak penah tinggal dia kalau pegi holiday." Then mak reply. "Kamu ni tak paham-paham." hahahaha. (gelak sakit hati)

sorry abang. saya memang penjeles kalau abang pegi holiday pastu saya kene tinggal. kalau saya pun pegi holiday saya tak kisah sangat. ni saya duk rumah pastu buat esaimen. pastu abang jalan2 makan lobster. kahkahkahkah. okeyy saya dengki ni. dengki sangat ni. sobss. tak kiraaa. pasni bawak saya pegi holiday jugak. nasib laa dapat bini hantuuu holidayyy. kikikiki.

hmmm nak buat esaimen pun dah kelaut. terkenangkan husband. kahkahkahkah. tak habis jeles lagi ni. hahaha. mari lah kita google baju raya ke, hiasan dalaman rumah baru, kereta baru. body baru ke. ehhhh.

salam mesra =)

Tuesday, April 21, 2015

Holiday ke Pulau Redang

assalammualaikum. lama tak update kan. berbulan dah rasanya. rindu sangat dekat belog. ketika ini saya sedang terbaring kepenatan bekerja. makin terasa diri ini sudah tua. penat semacam haihhhh. okey kembali ke tajuk utama. yaaa. end march haritu saya berholiday ke pulau redang ganuuuu.

trip ni dirancang oleh kawan2 utm saya. sepatutnya ramai yang joint. sudahnya tinggal lima orang je. jadi la yee. reward untuk diri sendiri sebab dapat dekan. kikiki. 

baiklah. saya pergi opkosss naik flight. tah laa. saya ni tak berapa suka naik kereta berjam jam lamanya. perak ke ganu jauh weiii. lapan jam. so kiter naik flight jela ekk. baru sejam lebih. hehehe. okeyy flight di booking awal. time promo. hahaha. ni kan percutian budget. so sumenye kalau boleh murah2 dan besttt. 

flight tengah hari. pukul 12.00. sampai ganu dah pukul 1.30 camtu. so kami jalan2 dulu area pasar payang tu. ehhh kawan saya pick up kami kat airport. diorang memang dah stay dekat gambang before tu. bejalan2 la doluu sebelum naik feri ke redang pukul 3.00 petang. 


taraaa ini muka sebelum feriii gerak. kemainnn tak mo duduk bawah. nak duduk atas. kikikiki. sekaliii amekk kauuu. feriii punyaa lambung tahap dewa. daripada saya bukan pemabuk lautt terus mabukk terukk. terus muntahh weiii. maybe feri tak full kot. dasat sangat lambung dia. haihh. scaryyy. pastu laut pulak sangat bergelora bila dah petang. penyeksaannnnn. tak boleh tido pulak tu. dah la sejam setengah baru sampai. lima minit macam lima jam. kahkahkah. lakiii iolzzz pun mabukkk weii. terus turun bawah. tinggalnye bini dia kat atas. hampeh tuii. hihi.

okeyy. dimaklumkan. bila pegi redang ni. dia tak de jetty macam langkawi tu. kaki ko terus cecah simen ke bata ke dan lain2. redang ni kaki ko cecah air laut. kalau bernasib baik kaki ko cecah pasir. hahaha. so tak payah poyo nak heels bagai. kasut sport pun tak payah. pakai selipar sudahh. hehe. 

okey bila dah sampai redang, feri tak boleh nak stop kan uolzz dekat tepi pantai. so kena naik open  boat. boat nilaa akan bawa kita ke tempat penginapan. jadi boat tu bawa kita sampai tepi pantai. pastu sila turun. hahaha. pegi la cari sendiri dekat mana ko stay. macam2 adaa. berjaya beach resort la, redang lagoon beach resort dan lain2. kami stay kat redang lagoon chalet je. murahh2 je. janji best. hehe. 

inilaaa chaletnyaa. kehmainnnnnn lawaaaaa laut dekat redang ni weiiii. gerammmm teramatt tengok. teruss senyummm dan happyyy tak terkata sebab rasa tenang je. cantik sangat pemandangan. tak sabar nak mandi. ehhh kami sampai kan dah petang. so hi tea dolu. makan bubur dan cucur. pastu baru check in. okey la bilik dia. tapi tak de tv. toiletries pun tak dor. tak pe laa. memang dah bawa siap2. walaupun chalet, ada aircond okeyyy. hehe. 

so petang tu jugak kami mandi laut. tak saborrrr. hehehe. ombak dia besar weii. gulung2. cuak gak nak mandi. tapi saya mandi kejap je. laki iolzzz tak bagi mandi sebab ombak ganas katanya. sobss. so duduk la memerhatiii orang mandi. hehe. 


laki iolzz memang suke tayang goproxxxx dia. hahahahahahahahahahaha. opssss.

yeiiii malam tu bbq. makan la banyak mana nak makan. bakar sendiri la ye. pihak chalet dah perapkan. kita bakar sendiri. tapi ada la lagi menu lain. sotongggg diaaa weiii besaqqqq. yummyyyyyyyy sangat. aduhh dah terliurr ni. 

encik hubbyyyy ber bbq. hehe. tamatlah day 1 dekat redang. sambung pula esoknyaa.

Day two...............

day two ni banyak pegi snorkel je. ini yang dinantikan. yieehaaaaa. snap pic romentik2 dulu. hehe. sebenarnya banyak lagi aksi romentik yang saya idamkan nak snap kat sana. tapi laki saya kata. sayang jaga adab. ok baiiiii. majukkk majukkk. kahkahkahkah. 

okey lepas breakfast amek life jacket dengan gogel. sib baik gogel dah ada power. kalau tak sian la saya yang rabun ayam ni. sobss. (kumpul duit nak buat lasikkkk). pastu berkumpul. kita naik boat dan pergi marine park. boleh tahan lambung. aduiiii tensiii tuiii mabuk2 laut ni. stress dengan diri sendiri. saya mane ade mabuk2 before ni. ni mabuk sebab ada laki iolzz yang seksisss depan mata ni kot. hihi.  okey perjalanan tak lama. satt jaa dah sampai. pastu beach boy kasi talk sikit. then pergi la swim. lawaaaa baqqq anggg marine park. jemput la maiii sini cuti2 malaysia. 


selsai snorkel part 1. kita balik chalet balik dan lunch. pukul 2.30 petang sesi kedua pulak. time ni saya tak turun sebab alejik menggila. makan sotong tak ingat doniaa. hamekkkkkk. merah sume sumee. 

yang tak tahan tu kan. salunya orang mabuk laut duduk atas boat kan. ni laki iolzz turun bawah tengah snorkel pun boleh mabuk. kahkahkahkah. bini dia tukang gelak je. hahahaha. abes dah day 2. mqlam dinner dan boleh la nak jalan2. lepas abes snorkel pgi kedai beli asam. stock untuk naik feri esoknya. berkesan okey. hahahahaha. 

banjer satu pic snorkel. kikiki. 

bye bye redang lagoon. insyaAllah tak maii dah. kita p jelajah tempat lain pula ye. hehehehe. 

sekian story redang saya. best sangat. sangat relaxxxx. sangat indah. total belanja untuk semua. Rm 350.00 per net. itu pun ada lebih. jimat lagi baik. kenikmatan sama je. hehehe. 

Thursday, January 1, 2015

Honeymoon at Krabi Thailand (day 3)

assalammualaikum..... yeiii happy new year. ok now free sikit. decide nk habiskan entry krabi ni. okey day 3 best jugakkkk. kami pilih jungle treking. excited naik gajah je sebenarnya. hihihi. 
macam biasa lepas breakfast ada van akan pick up kami. 

so sampai tetido la dalam van nak tunggu sampai ke hot stream tu. mihmihmih. ( gelak tutup mulut) ehh sebelum pegi tu ko prepare la towel daripada hotel. bawak la baju mandi sekali. yang kami ni malas nak mandi so bowak towel pun acah2 jela. hahahaha. ehh 45 minit jugak laa perjalanan. dah ka van tu super laju. pagi tu hujan renyai sikit. 



taraaaaa.....dah sampaiii hot stream. alaaa sungai air panas je. tak derr macam heran sangat. sebab dekat Malaysia pun banyak kan. omputeh diorang jakun. asal nampak air je nak mandi. asal nampak air je bukak baju bukak seluar terjun. ehhh tak dela terjun. gilo nak terjun. banyak batu. so kami rendam2 kaki jeee. 

laki iolzzz tak cover perut langsung. tulaaa pakai baju adik2 lagi. kan dah tersembul ke sado an abang. kahkahkahkah. ( gelak tepuk perut)

haaa selfie la saatu buattt kenangan penah sampaii sini kennn. hehehe. dalam hati jom la cepat naik gajah. hahaha. setiap tempat yang diorang stop, diorang akan kasi masa. setgah jam ke, 45 minit ke. sejam ke. gitewww. tapi jangan mimpi laa nak naik gajah awal kann. petang satgi batu naik. bayang gajah pun non hadorrr. hahaha.

lepas dah puas diorang ni ber mandi ayaqq panass, kami pun gerak ke hutan lagii. haaa kata jungle treking. mujur iolzz bawak kasut croc tiruan kaler pink homeiiii tu. hahaha mention tiruan dah kenapa. hahahaha. if pki kasut lelawaaa nayaaaa. okeyy lokasi seterusnya blue pool, green pool dan emerald pool. dalam hati berkata kata, aduhh tempat mandi lagi ke. yelaaa orang putih kan jakun dengan ayaqqq. diorang mana boleh. hahahahahahaha. ehhh ada orang putih tak yang baca blog iolzzz? non hadorr kenn. hehehe. 

okey memula kita akan ke green pool dulu. sebab 800 meter kene redah hutan. hahahaha. tak dela redah sangat pun. berjalan jela. feeling2 romantik. sejukkk sangat. nyaman. sogarrrr pernafasan. besttt. hutan yang boleh dikategorikan hutan basah. akan nampak sungai giniii. tengok bawah. yaAllah cantik sangat tahu. feeling teruja dan happy sebab tengok benda cantik kan. gajah dah lupa dah. hahahaha. 


sungai ni kaler hijau ok. lawaaaa weiiiiii. lawaaa sangattttt. 

aceceiiii. muka penat jalan 800 meter. hahahahaa. 

taraaaa inilaaa green pool. besaqqq green pool ni. dalam pulak tu. seeee omputeh ni jakun. hahahahaa. saya pun geram jugak tengok air cantik ni. mulalah rasa nak mandi. rasa jerr ok. tapi tak mandi pun. dalam hilerr weiii. 1.80. omgggg agngattt tawuu. dah kenapa type camni. hehe. 

ololorrr busuk bacammm sayang intan payung. hahahaha. husband saya wangiii. muahhh cikeddd. bwekk. hahaha. okey next location ke blue pool. daripada green pool tadi kene teruskan perjalanan 800m lagi untuk ke blue pool. tiada paksaan laa engko nak pegi sana ke tak. kalau tak nak pergi stay jela dekat green pool tu. trek nak ke blue pool mencabar sikit. sebab memula akan nampak trek macam dekat bawah ni. 

 
haaaa trek yang ni. panjang gak laa. macam kawasan lapanggg je tau. basah tanah dia berair je. macam berada dekat sungai cetek kot. ke berada dekat gunung ke pun. iolzz pun tak padti laaa. tak pernah lagi melihat muka bumi begitu. so sangat indah ciptaan Allah. yelaa sapa sangkantengah hutan ada sungai kaler hijau kan. padtu ada air biru pulak. 

so berjalan lah kami 800m ke dalam hutan lagi. yolahhh rugi lah tak pegi kan. ingat senang nak sampai sana. hihihi. masa kami bejalan tu. kami berdua je. cuak jugak. buatnya hilang matikkkk. orang puteh sebok mandi. ada la jumpa orang lain. tapi diorang ramai yang patah balik. dah kenapaaaaa??? so sebab dah separuh perjalanan trek dah tak de. tapi ada la tunjuk arah macam tag tag gitew untuk ke blue pool. masa ni jalan atas tanah. tanah kan basah so lembik sikit. sla macam lecah la. pandai la jalan atas akar pokok kan. masa ni waa respek la sama akak preggy made in thaiii. giloooo. treking masa preggy weiiii. hihihi.

so dah sampai blue pool. yeiiiiiiii. cantiknyaaa yaAllah. tak kelip2 mata tengok. sini tak boleh mandi. saya syak blue pool berpenunggu. sebab tour guide dah pesan. sampai sana tepuk tangan. nanti air akan bulp bulp. memula saya buat tak jadi. then laki iolzz buat jadi. so saya rasa penunggu ni betina kot. amboiii biasaaa diaaa. gataiii nohhh. pastu tak puas hati. dah kenala saya clap tak bunyi. clap lah saya banyak kali. bulp bulp bulp. yeiiii penunggu jantan dah maiii. kahkahkahkah. ehhh tak kelako ehhh. hihihi. bab penunggu tu gurauuu je ehh. hihihi.


hewhewhewww. aummmm aummmm.



ololololololololorrrrr soooo suwittttttt. apa ko hengattt ni korea keeeee??? pipi macam pau. kata bahagia. haruslah pauuu. cengkung dah macam kene deraa. yee dopp??? hahahaha. ayat penyedap hati je tu. hihihi.

tak abehhh lagi suwittttt ni. muahhhh cikedddd. hahahahaha. budak budak tutupp mata. untuk tontonan 18 tahun ke atas je. hahahaha.



okeyy emerald pool ni kami tak pegi. sebab kene patah balik daripada blue pool dan green pool pun dah 1600m. pastu masuk laluan ni kene jalan lagi 1400m. mana laratttt. dah lapooo. sebab dah tengah hari kann. tak pelaa. tak de rezeki. hahahahaha. group kami tak de yang pegi kot. 

pastu kami lunch. lunch tersedia. then kami naik van pegi temple apa tah. situ pun lama sangat. aku ni dah le anti temple. tu sebab tak nak pegi bali. bali kan banyak tempat melawat dia temple2. hahahaha. jenis tak minat tempat boring2. temple mesti lah ada tangga banyak kan. so kat sana sapa naik sampai atas dapat la tengok satu krabi ni. tah iyer tah idakkk. hahahaha. kera banyakkkk. dakutttt. dah la kera liar. hehehe. dalam hati. cepattt laaaaaaa....nak naik gajahhhh. kalau tak de naik gajah memang nak keneee la kan. hahaha. 

pastu tak lama lepas tu. bukan tak lama memang lama. hehe. tour guide tu panggilmkami laki bini naik van. elephant tour. yeiiiiiii. nampak gajahhhh terusss yeiii yeiii yeiii. lompattt bintang sikittt. muka ada sinyummmm. hahahaha.

yeiii naik gajahhhh. best hokeyyyy. gajah bawak jalan jalan dalam hutan. try sentuh skin gajah. kasaqq kerasss. tak pakai losyen agaknya. ehhh tak lawak ehh??? tak sampai kot punchline tu. kihkihkih. 

nama gajah is kuki. kuki ni jantansss. umur 20 tahun. muda lagi. so tak de la kesian sangat naik dia. kalau gajah tua kesian jugak. hahahaha. kuki single lagi. ceiii memandai lak aku. hahahaha. menu feberet kuki daum buluh. asal sampai je dekat daun buluh dia bentiiii then makan makan makan. siutt tul. bila dia benti nyamuk banyak la hinggap. hahahahaha. okey dia jalannn dan jalan. pastu suruh penandu gajah snap pic kami. hehehehe. 

pastuuuuu kannnnn. masuk airrrrrrr. ni siyesss cuak yarabiii. terbayang kami dijatuhkan dalam airrr. kahkahkahkah. tak pun. kami juzzz teman gajah ni main air sikit. hihihi. meraka pancut airr dekat belalai. pandaiii. hihihi. 


pic blurr. jadi lahhh. pastu dah naik gajah berakhirlah episod merayap day 3. kami pun dihantar pulang ke tempat penginapan masing2. 

sampai je hotel inform dekat recept, kami nak dinner awal. pastu nak merayap lepas tu. so balik mandi2 je. rilek kejap. pastu pergi dinner. pastu pergi bersoping cari sebenier. dalam hati tekadddd. malam ni nak merasaaaa jugak pancake yaminlah. tak kiraa nak jugak. hehe.

taraaaaaa. akhirnyaaa akhirnyaaaa. rasa nak nangisss sebab hajat kedampaian. terima kasih Allah sebab menunaikan impian. 

nutella banana pancake. sedapppp gilerrrr. sampai tapau lah. hahahaha. alaaa pancake la sangat. macam roti canaiii. tapi nipissssss doh dia. dalam buh pisang. atas salut nutella. kami try banana cheese dgn banana nutella. ada macam2 jenis lagi. pepandai la pilih dan ikut selera masing2. 

ramai sangattt dekat dekat macik yaminlah ni. pandai cakap thai, melayu dan english. so mudahhh. hehehe. paling best dia boleh benti buat rotee then data g dekat saya tanya beli dekat mana tudung. hahahahahaha. ala tudung zawara tu. luna shawl. ini kelakoo. hehehe.

menu wajib lagi satu ialah pulut mangga. sedapnyaaaaa. pulut sangat lembut. mangga manisss. santan pun sedappp. komninasi yang enakk. 

so berakhirlah day 3 dekat krabi. balik resort kemas2 lah beg. esoknya nak balik Malaysia sudahh. beg kami tak berat pun. sebab bukan soping sangat pun. means soping dekat orang terpenting je. yelaaa baru kawen duit bukan banyak pun. hehehe. 

oleh itu pakatttt maiii lah ke Krabi. hehehehe. lepas ni saya nak cuti2 Malaysia pulak. :)