MR. NUFF =)

Tuesday, January 31, 2012

cara Rasulullah menjaga Kesihatan diri


PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

al-kisah pergi site (part 2)

Assalammualaikum.

haihhh. bila pergi site ni macam2 cerita kan. cerita sengal je sumenyer. muahaha. =p hari ni masih pergi site dekat infoternak lagi. tadi sukat kandang ayam. ehh kandang ke? reban kan. errr. ntahhh. kompiusss den.

tengah2 nak sukat reban ayam kan. ehh sume skali laa. ade tempat semelih ayam. tempat ayam makan. tempat ayam bertelor. sume adelaa mengenai ayam ni. tempat ni ala2 scaryy gitu. ayam tak der pun. muahaha. agaknya ayam dah mati kot. tak pun kene makan dengan biawak2 sengal. =p tengah2 nak sukat kan. terjumpe dengan biawak. besauuuu gila. macam anak CROCODILE (maaf, tak reti sebut dalam bahasa melayu. =p ) pastu bos senget saya tu mula laa buat cerita sengal dia.

en.dee: tu haaa biawak minat wani.

wani: asal sume binatang minat saya haa en.dee?

en.dee & singh: hahahahaha

wani: gelak2. sekeh kang baru tau.

en.dee: sebab binatang tu jantan ler wani oiii.

wani: ishhh tak de kene mengene pun. huhu (sentap dah nih. kih3. yelaaa asik kene bahan je kan)

en.dee: ehhh wani, biawak ni kan. suke kejor perempuan. kalau die takut orang macam nak
serang die. die pergi masuk dalam kain perempuan.

wani: erkkkk. kain laki die tak mo masuk ke? hahahahahahahaha.

en.dee: errrrrr. tu biawak betina je masuk. hahahaha

sengetttt je bos saya nihh. dushhh3. sembang merepek tak sudahh2. grrrrrr. dekat unit ayam bertelor namanya ialah AYAM PENTELOR. sumpahhh lawak gila. apehal tah saya rasa ianya sangat kelakar. muahaha. =p tiba2 rasa nak buat bunyi ayammm. kokkk kokkk kokkk. muahaha.

lepas pergi sukat2 dekat unit ayam. pergi pulak ke unit lembuuuuuuu. phewwww. dengan harapan boleh laa nak main tetek lembu kan. (ehh tak lucah kan) hahahaha. tapi hampa. tak boleh main tetek lembu. sebab proses picit2 tetek lembu diorang buat waktu bila tah. saya sendiri tak pasti. heeeeee. lembu dekat sini mak datukkk besar gilorrrrr. ke lembu memang besar. tapi saya je tak tahu. muahaha. bajet tak penah tengok lembu. lembu bau busuk. muke skema jer. rase nak lempang je tengok. tak de pun rase geram nak cium ke hape. sume yekk yekk yekkk jer. kih3. tapi anak lembu comel hokeyyy. yang ni adelaa sikit rasa nak cium. erkkk. bwekkk. hahaha. ehhh saya ade gak main snap2 gambar dengan lembu. peminat aii tuhhh. lembu yang request hokeyy. aii layan jer. boiprend aii jangan jeless yerr. muahahaha.

wani: singh tolong tangkap gambar.

singh: belakang la sikit wani. dekat sikit dengan dia.

wani: gilerr ke hape? kang die tanduk kang. tak mo. kat sini jer.

singh: mana nampak. belakang siket.

wani: haaa kat sini.

lepas tangkap gambar kan. lembu tu. prekkkk prekkk prekkkk. die berakkkk wohhhhh. kojaq punye lembu. eeeeeeee. dah la berak berdiri. eeeeee pengotor yaa amat. geli aku. mase berak boleh bejalan. lagi tak senonoh.

singh: wani tengok lembu tu. die sampai terberak takut dengan bini dia. tula menggatal dengan wani lagi.

wani: @#%$$^#@# bengongggg gila you ni.

singh: agaknya stim sampai terberak. hahahaha.

wani: woiiiiii. dah lama hidup ke. (ceyyy ayat bajet gangters. muahahaha)

tiba2 bini lembu tu kencing pulak. dah macam air paip saya tengok. dah lah betina. kencing berdiri. eeeeeeee. tak senonoh. sape kencing berdiri tu memang sama la cam lembu. hahahahahahahahaha. (sape terasa im sorry. tapi betul hape. dah jelas dan nyata lembu kencing berdiri. hahaha) kencing duduk la woiii. kih3.

habess dah citerr. tengok esok de citer menarik lagi ke idokk. besok pegi sukat kandang kambing pulak. weeehooooo esok boleh pakai seluar jeans. huhuhu. okeii dah nak rehat. harus tidoooo. penat tahu tak. hitam dah muka ini. kih3.

tata love. xoxo.

Monday, January 30, 2012

al-kisah pergi site.

Assalammualaikum.

hari ini rutin macam biasa. pergi site. sukat bangunan, sukat ladang. main dengan rusa. maen dengan ostrich. balik opis lukis plan. buat nilaian. tapi sekarang saya nak story kisah saya semasa di site tadi. kisah ni agak sengal. muahaha.

pergi site dengan bos dan sorang lagi member opis. bertiga jer. saya jer yang gegirl (gedik jap) haha. 2 lagi boboi tua. muahaha. pergi site haruslah diawal pagi. tak de la awal mana pun. sebab pagi tadi masuk keje lambat. (opiss bapak aku kan) hahaha. nasib baek kawan2 opis memahami yang rumah saya jauh. so mereka tolong punch kan. kih3. sayang kawan2 opiss saya. lebiyuu.

okeyyy. memulaa pegi b'fast dengan en.dee(bos) dengan singh(member opis). mencikk kluar minum dengan diorang. asik layan kedai mamak jerrr. mencikkkkkkkkkk tahuuu. tak pasal2 saya kena makan roti bakar jer. wuuuwuu. yelaa saya tak balik rumah tengah hari. breakfast harus makan berat2 untuk bekalan tenaga sampai petang. muahaha. overr kau nyahh.


okeyyy. yang tadi tu intro. panjang berjela kan kan kan. haa nak start citerrr dahh. okeyy tadi pergi site dekat info ternak sungai siput. (sila google tempat bagi yang berminat nak tahu dekat mana) tempat ni best tahu. rasa maccam hari2 pergi zoo tau. kih3. dekat sini boleh mendekati binatang. tapi tak sume binatang ade. gajah tak de laa. rimau pun tak der. ni binatang yang mendatangkan hasil seperti telur, susu, daging. kottttt laaa. saya pun tak berapa nak pasti. saya pergi sini pun tujuannya nak sukat ladang ni jer. sukat bangunan2 yang terdapat dalam ladang ni. untuk tujuan cukai taksiran. tapi ini harta khas. maen bedall jerr buat bangunan tak derr plan. tak pasal2 kene sukat laaa. penat tau tau tau. ladang daaa la besoooo. 200 ekar tahu. tah bila laa boleh siap. huhu.


tadi masa nak sukat satu kandang rusa ni kan u ollzz. ehh bukan kandang. tapi tempat sembelih rusa. haaa kat belakang siket ade laa kandang rusa. tapi rusanyer tak der pun. maybe diorang lepaskan kat padang ragut kot. ehhh ehhhh ehhh tiba2 saya ternampak ade sekor rusa. alahaiii siannya rusa ni. dia sekor2 jer kat situ. maybe dia dikuarantinkan kot. tengok dia cam selsema jer. bau diaaaa. masyaALLAH. busuk nak matiiii. bau hancinggggg gilaa. eee yekk yekkk. dia punya tanduk kene potong kot. pendek semacam je. dia nampak kami datang kan. dia mula la gedik2 datang dekat kami. pastu klik klik klik. tangkap gambar dengan dia. tapiii kan uolzz. rusa ni pelik siket. dia cam suka dekat saya. ohhhh no no no. saya kesana dia follow. saya kesini dia follow. cuakkkk bebbbbb. pastu saya larikkk laaa.

singh: wani che tengok rusa tu. dia minat wani tu.

wani: ehhhhh pasal ape pulak.

singh: dia stim tengok wani sampai terkencing2.

wani: eeeeeeeeeeeeeee. boddohhhh tol you ni. belasah karang nak.

singh & en.dee: hahahahahaha. abesslaaa wani.


macam silakeeeee betul laaaaa boboi tua dua ekor tuhh. adeke dia kata rusa tu stim tengok saya. grrrrrrrrrrrr. bukannya saya seksi pun sampai nak stim2. grrrrrrr. bongok tol. balik jer opiss saya cerita la dekat opismate. sume pakat gelakkan saya. ok fine ok fine. memang hari ni. hari saya kena bahan kan. grrrrrrrrrrr.


tapi rusa dekat padang ragur comel uolzz. tak busuk pun. gigi santekk tahu. yang betina comeii. bulu mata lentikkk. rasa nak bela sekor. besaaaa kot rusa. heeeeeee. burung ostrich tak minat. tengkuk panjang sangat. pastu bontot tonggek2. haippp haippp. hahaha.


okeyy habis dahhh cerita pasal kisah di site hari ini. banyak lagi ladang tak sukat. ladang kerbau,
lembu,kambing, arnab. harap2 nanti dapat pegang tetek lembu. teringin kottt nak perah susu lembu sendiri. muahahaha.


agak2 entri ni lucah tak? tak kan. bese je kan. kih3. okeii tata love. xoxo.

Sunday, January 29, 2012

kajian timbal balik. kih3.

Assalmmualaikum.

tadi pergi deting dengan dokter gigi. bese lah bila pakai braces. setiap 2 minggu kena jumpa dentist. tarik sana sini. tukar band. sakit tahu. seksa jiwa raga. tapi kan. saya rasa gigi saya semakin merata. yeiiiiiii. ilikeeeeee. hihi.

okey now nak buat kajian timbal balik oleh seorang blogger yang baru nak up ni kan. entri dia sangat kijammm. mencikk bila baca. rasa nak tergelak besar. kalau dia ada depan mata rasa nak sepak2 jer bontot dia. (ni kess jeles bontot dia lentik kalah ziana zain) hahaha. =p


1) soalan 1 : gegirl: awak, saya dengan siti nurhaliza mana lagi cun?
boboy: mestilaa awak sayang.
gegirl: tahu tak per. hehe. (gelak gedik+vangga+bontot & idung kembang)

ulasan pakar kaunseling : no no no. asal pompuan nak kene tanya soalan sape lagi cun pulak? dengan siti nurhaliza pulak tu? ehh yeke siti paling cun? tak pun. cun lahh fazura lagi. lalala. bila perempuan tanya sape cun lagi tu bermakna dia nak kan perhatian daripada anda. mungkin si boboy ni jarang memuji gegirl. memang sifat perempuan suke dipuji. sumpahh. sifat saya pun camtu. muahahaha. tapi rasanya lelaki pun suka dipujia pe. kan kan kan??? jangan nak tipuuuuuu. huhu. tapi puji tu biar la lojik. ini tiba2 puji lagi cun daripada siti. perempuan senget jelaa percaya. euwww.


2) soalan 2 : gegirl: waaaa abang dah dapat bonus ehh. jum la kite beli sofa baru. pergi holiday
dekat pulau ke. kalau ade lebih lagi boleh upgrade gelang ayang nih.
boboy: errr ok ok ok. (rasa cam ade awan itam atas kepala)

ulasan pakar kaunseling: haippp haippp. kalau part sofa baru dan holiday dekat pulau tu suai untuk golongan yang dah married kot. muahahaha. ehhh ape salahnyaaa beli sofa baru kalau sofa dekat rumah tu dah nak roboh. yelaa asik wrestling je kat rumah kan. =p nanti kalau kawan2 or family boboy or gegirl datang tak de la malu sangat nak duduk dekat sofa hampir2 roboh kan. kalau beli rim??? apooo yang dapekkk? nak belagak boleyy lahhh. huhu. perempuan selalunya menginginkan samtink yang good dan berguna. (haruss back up perempuan. muahaha) nak scuba dengan kawan2??? tak kan pergi solo2 jer syg. bawak laa bini sekali. dushh3. pasal gelang tu ehhh. gegirl maen2 je kot. jarang la gegirl zaman sekarang minat barang kemas dasat2 ni. cukup la masa sayang kasi mase kawen dulu. hihi. tapi kalau abang iklas nak kasi. sayang amek jer. yelaa tak baek tolak rezeki kan.


3) soalan 3: gegirl: awak dulu time ngorat kiter bukan main lagi yer. ayat manis jer. ni dah kawen/btunang/kapel dah jadi cam orang lain jer. (larik laju2 bajet laki nak kejar pujuk)
boboy: lorr, mane ade saya berubah la sayang.


ulasan pakar kaunseling: yessssssssssss. saya sangat setuju dengan ini. yess yesss yesss. memang lelaki KEBANYAKKANNYA ialah sedemikian. why ehh suke nak berubah? kenapa mula2 jer over? dah dapat mula lah buat perangan tak senonoh. why ehh. tak dapekk nak jawab soklan ni. pacikkk sila jawab bulihh? kih3. kajian menunjukkan kesetiaan perempuan terhadap lelaki ialah jauh lebih dasat berbanding lelaki yang suka bersifat lepas tangan. padahal mula2 dia yang over. dia yang cari perempuan dulu. lalala =p ehh betul lah kan. jeless??? opkoss laa perlunya ada sifat jeles dalam perhubungan. tu tandanya sayang. tak kan nak buat tak tahu jer bila ada someone nak ngorat bf/tunang/hasbend sendiri kan. if lelaki pun lagi dasat kot perasaan menjelessssnyaaa. lambat reply mesej jer mulalaa fikir bukan2. lambat angkat call jer fikir de laki laen call. hehh kolot tahu. =p kadang2 lelaki ni yang rasa terkongkong. padahal perempuan tak kongkong pun. juzz tanya. kalau buat tak tahu lelaki kata dah tak sayang dia laa. ada laki lain laa. curang laa. tah hape2. bila tanya dikata kongkong. soooo gimana sihh? huhu


soalan 4: gegirl: abang jangan nak menggatal dengan janda sebelah. kalau tak ayang simbah asid kat kain pelekat abang.
boboy: mana ada la sayang. abang setia dengan sayang. (padahal dah kantoi main mata
dengan janda sebelah rumah)

ulasan pakar kaunseling: gegirl bagi warning sebab takut boboy jatuh ke tangan orang lain. see??? dekat sini nampak dah gegirl sayang sangat kat boboy. boboy je tak reti hargai. siap main mata dengan jiran sebelah. kijam tahu. =p yelaa standrd la janda mesti laaa melawa kan. mestilaa gegirl tergugat. apa kata gegirl ubah sikit. kasi santekk sikit bila duduk rumah. barulaaa boboyyy tak keluar2 rumah. alaa berbogel jer kat rumah. yelaa nak bekemban tak bulih. pakai baju kelawar pun akan di cop macam nak pergi pasar kan. bogel jelaa terus. kan senang. kih3. nanti boboi mesti cakap. alahaiii isteri abang, bukan seksi dah abang tengok. seksaaa dah abang rasa ni. haihhh. yelaa kalau dah beranak sorang mesti cutting body larik. kalau bogel depan hasben. boleh pitam seminggu hasbend. bukan hasbend je tak sanggup nak tengok. kalu kucin tengok pun boleh pitam. adehhh. nak beli corset cik abang sayang tak mampu. yelaaa keje uruskan rumah tangga je kan. lalala.


hihihi. abess dah membebel. okeiii tata love. xoxo. =)

Thursday, January 26, 2012

mak kiter pergi LANGKAWI.

Assalammualaikum.....=)


pagi tadi my emak sayang telah bertolak pergi ke Pulau Langkawi. pegi holiday sorang2 je tau. sobss3. nak pergi jugakk. (jeless) oleh itu haruslah buat list. haha.

ini list pesanan buat emak dekat langkawi tu. yang holiday solo2 dengan member die jer. =p

1) segala jenis coklat lazat2. (mesti mak beli siket jer. tahu sangat)
2) pinggan mangkuk gojes.
3) hand bag branded. (muahaha. demand namanya)
4) baju gojes. (ini kompem tak beli.muahaha)
5) pefume.

okeyyy kita tengok nanti apa hasilnya. okeyylahh. saya sangatlah busy hari ni. busy dengan kerja. busy dengan pergi toilet sesaje. inilah hasilnya melantak limau 4 biji semalam yer. padan muka dekat diri sendiri. okeii baiii.

tata love. xoxo

maksud pemberian hadiah lelaki kepada perempuan.

Assalammualaikum.....

isi kandungan ini sayacopy bulat2 dekat fesbuk. saya tak pasti kajian sape. muahaha. nway enjoy ur reading.



❤ MAKSUD PEMBERIAN/HADIAH LELAKI KPD PEREMPUAN ❤


✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu ツ
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi ツ
✔ GELANG → Tanda mesra ツ
✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian ツ
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan ツ
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin ツ
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu ツ
✔ PAYUNG → Tanda ka...sih dan sentiasa ingin melindungi ツ
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta ツ
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan ツ
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur ツ
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang ツ
✔ COKLAT → Semanis cintamu ツ
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan ツ
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat ツ
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup) ツ


#Tetapi hadiah yang paling di nanti2kan oleh setiap perempuan adalah...
❤ MASUK MEMINANG → Tandanya dia serius dan betul2 ikhlas mencintai kamu ♥


setakat ini hadiah yang pernah saya dapat daripada lelaki ialah. ape ehhh. jam tangan ke? jam tangan beli sendiri kot. muahahahaha. kesimpulannya tak der. sian kan kan kan. =p if ditanya hadiah apa yang paling suka. SUME SUKE. hahaha. well. normal la perempuan suke hadiah kan. muahaha.

tata love. xoxo

kalau free nak buat nih.

Assalammualaikum.

sekarang waktu rehat. so boleh la curik2 bukak belog. (padahal waktu keje pun slamber badak bukak belog. muahaha)


sejak 2 3 menjak ni. selera makan adalah tahap hantu raya. sume benda nak makan. mengidam macam2. (mengalahkan kucing bunting. kih3)


oleh itu, kalau saya free sabtu or ahad ini niat dihati nak buat kek. kalau malas beli jer. muahaha. =p


ni namanya kek coklat gojes.
ni namanya kek red velvet. ni mustahil buat. beli pun tah dekat mana ade jual.
ini namnya butter cake. feberet makan panas2. yummyyyyyy. okeii byeee.