MR. NUFF =)

Showing posts with label frenzz~~. Show all posts
Showing posts with label frenzz~~. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

al-kisah pergi site (part 3)

Assalammualaikum.

yeiiii hari ni kamis. esok jumaat. then cuti 4 hari. heeeeeee. penat woooo asik pegi site jer. letih tau. muka dah hitam dah. wuuwuuu.

hari ni last buat keje dekat info ternak tu. sedihh pun ade. yelaa dah sebati dengan binatang2 dekat infoternak tu. wuuuwuuu. nanti mesti rindu dengan ostrich gedik, rabbit gemok yang sombong, rusa miang, lembu kuat makan, kamben kiut putih mulus dan kobauuu ganass. ehhh lupe nak sebut burung merak dengan burung puyuh. kih3. sempat la buat flying kiss dekat mereka. wuuuwuuu tata frenzzz. puiii puiii frenzz la sangat. haha.

kuciwanya hari ni. sepatutnya hari ini boleh laa nak maen tetek kamben. maen buat ape kan. perah susu kamben la maksud saya. tapi bossss laa. datang opiss lambat. operasi picit2 tetek kamben mula pagi2. pukul 9.00 pagi camtu. wuuuwuuu. takpe laa. ade hikmahnya kan. teringin gila kot. yelaa bukan senang nak dapat pengalaman camni. cam kami nak buat kerja dekat info ternak tu pun ade gapp masa. mane boleh sesuka hati merayau dalam info ternak tu. so hampir 2 minggu jugak laa dekat sana. hmmmmmm sedehhhhh. pasni tak leh main masuk dah. kecuali ade urusan laaa.

ape laa citer kawan2 saya kat sana. tah2 nanti saya datang dah tak der dah. mesti ada yang dah kene semelih. wuuwuuuu. si kamben lagi sian. asik dinodai hari2. muahahaha. celik2 mata kena noda. muahahahaha. (gila3)

okeiii tata love. xoxo.

Tuesday, January 31, 2012

al-kisah pergi site (part 2)

Assalammualaikum.

haihhh. bila pergi site ni macam2 cerita kan. cerita sengal je sumenyer. muahaha. =p hari ni masih pergi site dekat infoternak lagi. tadi sukat kandang ayam. ehh kandang ke? reban kan. errr. ntahhh. kompiusss den.

tengah2 nak sukat reban ayam kan. ehh sume skali laa. ade tempat semelih ayam. tempat ayam makan. tempat ayam bertelor. sume adelaa mengenai ayam ni. tempat ni ala2 scaryy gitu. ayam tak der pun. muahaha. agaknya ayam dah mati kot. tak pun kene makan dengan biawak2 sengal. =p tengah2 nak sukat kan. terjumpe dengan biawak. besauuuu gila. macam anak CROCODILE (maaf, tak reti sebut dalam bahasa melayu. =p ) pastu bos senget saya tu mula laa buat cerita sengal dia.

en.dee: tu haaa biawak minat wani.

wani: asal sume binatang minat saya haa en.dee?

en.dee & singh: hahahahaha

wani: gelak2. sekeh kang baru tau.

en.dee: sebab binatang tu jantan ler wani oiii.

wani: ishhh tak de kene mengene pun. huhu (sentap dah nih. kih3. yelaaa asik kene bahan je kan)

en.dee: ehhh wani, biawak ni kan. suke kejor perempuan. kalau die takut orang macam nak
serang die. die pergi masuk dalam kain perempuan.

wani: erkkkk. kain laki die tak mo masuk ke? hahahahahahahaha.

en.dee: errrrrr. tu biawak betina je masuk. hahahaha

sengetttt je bos saya nihh. dushhh3. sembang merepek tak sudahh2. grrrrrr. dekat unit ayam bertelor namanya ialah AYAM PENTELOR. sumpahhh lawak gila. apehal tah saya rasa ianya sangat kelakar. muahaha. =p tiba2 rasa nak buat bunyi ayammm. kokkk kokkk kokkk. muahaha.

lepas pergi sukat2 dekat unit ayam. pergi pulak ke unit lembuuuuuuu. phewwww. dengan harapan boleh laa nak main tetek lembu kan. (ehh tak lucah kan) hahahaha. tapi hampa. tak boleh main tetek lembu. sebab proses picit2 tetek lembu diorang buat waktu bila tah. saya sendiri tak pasti. heeeeee. lembu dekat sini mak datukkk besar gilorrrrr. ke lembu memang besar. tapi saya je tak tahu. muahaha. bajet tak penah tengok lembu. lembu bau busuk. muke skema jer. rase nak lempang je tengok. tak de pun rase geram nak cium ke hape. sume yekk yekk yekkk jer. kih3. tapi anak lembu comel hokeyyy. yang ni adelaa sikit rasa nak cium. erkkk. bwekkk. hahaha. ehhh saya ade gak main snap2 gambar dengan lembu. peminat aii tuhhh. lembu yang request hokeyy. aii layan jer. boiprend aii jangan jeless yerr. muahahaha.

wani: singh tolong tangkap gambar.

singh: belakang la sikit wani. dekat sikit dengan dia.

wani: gilerr ke hape? kang die tanduk kang. tak mo. kat sini jer.

singh: mana nampak. belakang siket.

wani: haaa kat sini.

lepas tangkap gambar kan. lembu tu. prekkkk prekkk prekkkk. die berakkkk wohhhhh. kojaq punye lembu. eeeeeeee. dah la berak berdiri. eeeeee pengotor yaa amat. geli aku. mase berak boleh bejalan. lagi tak senonoh.

singh: wani tengok lembu tu. die sampai terberak takut dengan bini dia. tula menggatal dengan wani lagi.

wani: @#%$$^#@# bengongggg gila you ni.

singh: agaknya stim sampai terberak. hahahaha.

wani: woiiiiii. dah lama hidup ke. (ceyyy ayat bajet gangters. muahahaha)

tiba2 bini lembu tu kencing pulak. dah macam air paip saya tengok. dah lah betina. kencing berdiri. eeeeeeee. tak senonoh. sape kencing berdiri tu memang sama la cam lembu. hahahahahahahahaha. (sape terasa im sorry. tapi betul hape. dah jelas dan nyata lembu kencing berdiri. hahaha) kencing duduk la woiii. kih3.

habess dah citerr. tengok esok de citer menarik lagi ke idokk. besok pegi sukat kandang kambing pulak. weeehooooo esok boleh pakai seluar jeans. huhuhu. okeii dah nak rehat. harus tidoooo. penat tahu tak. hitam dah muka ini. kih3.

tata love. xoxo.

Monday, January 30, 2012

al-kisah pergi site.

Assalammualaikum.

hari ini rutin macam biasa. pergi site. sukat bangunan, sukat ladang. main dengan rusa. maen dengan ostrich. balik opis lukis plan. buat nilaian. tapi sekarang saya nak story kisah saya semasa di site tadi. kisah ni agak sengal. muahaha.

pergi site dengan bos dan sorang lagi member opis. bertiga jer. saya jer yang gegirl (gedik jap) haha. 2 lagi boboi tua. muahaha. pergi site haruslah diawal pagi. tak de la awal mana pun. sebab pagi tadi masuk keje lambat. (opiss bapak aku kan) hahaha. nasib baek kawan2 opis memahami yang rumah saya jauh. so mereka tolong punch kan. kih3. sayang kawan2 opiss saya. lebiyuu.

okeyyy. memulaa pegi b'fast dengan en.dee(bos) dengan singh(member opis). mencikk kluar minum dengan diorang. asik layan kedai mamak jerrr. mencikkkkkkkkkk tahuuu. tak pasal2 saya kena makan roti bakar jer. wuuuwuu. yelaa saya tak balik rumah tengah hari. breakfast harus makan berat2 untuk bekalan tenaga sampai petang. muahaha. overr kau nyahh.


okeyyy. yang tadi tu intro. panjang berjela kan kan kan. haa nak start citerrr dahh. okeyy tadi pergi site dekat info ternak sungai siput. (sila google tempat bagi yang berminat nak tahu dekat mana) tempat ni best tahu. rasa maccam hari2 pergi zoo tau. kih3. dekat sini boleh mendekati binatang. tapi tak sume binatang ade. gajah tak de laa. rimau pun tak der. ni binatang yang mendatangkan hasil seperti telur, susu, daging. kottttt laaa. saya pun tak berapa nak pasti. saya pergi sini pun tujuannya nak sukat ladang ni jer. sukat bangunan2 yang terdapat dalam ladang ni. untuk tujuan cukai taksiran. tapi ini harta khas. maen bedall jerr buat bangunan tak derr plan. tak pasal2 kene sukat laaa. penat tau tau tau. ladang daaa la besoooo. 200 ekar tahu. tah bila laa boleh siap. huhu.


tadi masa nak sukat satu kandang rusa ni kan u ollzz. ehh bukan kandang. tapi tempat sembelih rusa. haaa kat belakang siket ade laa kandang rusa. tapi rusanyer tak der pun. maybe diorang lepaskan kat padang ragut kot. ehhh ehhhh ehhh tiba2 saya ternampak ade sekor rusa. alahaiii siannya rusa ni. dia sekor2 jer kat situ. maybe dia dikuarantinkan kot. tengok dia cam selsema jer. bau diaaaa. masyaALLAH. busuk nak matiiii. bau hancinggggg gilaa. eee yekk yekkk. dia punya tanduk kene potong kot. pendek semacam je. dia nampak kami datang kan. dia mula la gedik2 datang dekat kami. pastu klik klik klik. tangkap gambar dengan dia. tapiii kan uolzz. rusa ni pelik siket. dia cam suka dekat saya. ohhhh no no no. saya kesana dia follow. saya kesini dia follow. cuakkkk bebbbbb. pastu saya larikkk laaa.

singh: wani che tengok rusa tu. dia minat wani tu.

wani: ehhhhh pasal ape pulak.

singh: dia stim tengok wani sampai terkencing2.

wani: eeeeeeeeeeeeeee. boddohhhh tol you ni. belasah karang nak.

singh & en.dee: hahahahahaha. abesslaaa wani.


macam silakeeeee betul laaaaa boboi tua dua ekor tuhh. adeke dia kata rusa tu stim tengok saya. grrrrrrrrrrrr. bukannya saya seksi pun sampai nak stim2. grrrrrrr. bongok tol. balik jer opiss saya cerita la dekat opismate. sume pakat gelakkan saya. ok fine ok fine. memang hari ni. hari saya kena bahan kan. grrrrrrrrrrr.


tapi rusa dekat padang ragur comel uolzz. tak busuk pun. gigi santekk tahu. yang betina comeii. bulu mata lentikkk. rasa nak bela sekor. besaaaa kot rusa. heeeeeee. burung ostrich tak minat. tengkuk panjang sangat. pastu bontot tonggek2. haippp haippp. hahaha.


okeyy habis dahhh cerita pasal kisah di site hari ini. banyak lagi ladang tak sukat. ladang kerbau,
lembu,kambing, arnab. harap2 nanti dapat pegang tetek lembu. teringin kottt nak perah susu lembu sendiri. muahahaha.


agak2 entri ni lucah tak? tak kan. bese je kan. kih3. okeii tata love. xoxo.

Monday, December 12, 2011

happy birthday love love love love.

assalammualaikum.

happy birthday my favvy friend. shikin. tapi saya lebih suka panggil dia cikgu hati. tak pun nur kasih. dia soft2 macam nur amina. muahaha. =p selamat hari kelahiran buat cikgu hati yang ke 21 tahun. love you. may Allah bless you.



ni present 4 u. nak sangat hadiah kan. bertungkus lumus deko cuppy ni semalam tau. kih3. tu pun kalau nak caye laa. kih3. =p
mula2 desingn cuppy camni. tapi memandangkan cikgu hati ayu dan sopan orang nya. tak jadikkk. bagi kucen makan. haha. =p



my 2nd favvy friend pun besday nya sama dengan si cikgu hati. kitaorang kiranya best frend lahh. insyaAllah. kih3. =) bezanya cikgu hati kenal sejak form 2. manakala nurse hati kenal sejak form 4. =) my love miss raihan. happy birthday to you. may Allah bless you. muahh3. =*


this present 4 you. kih3. comel kan kan kan. heeeeeeeeeee. tak sabat nak jumpa nurse hati dengan cikgu hati. (love dekat mata)


pic credit: google

Monday, August 1, 2011

salam ramadhan kawan-kawan sekalian....=)

hepp hepp....=)

sudaa 1 ogos...sudahh bulan lapan.... =) lagu 2 bulan genaplahh umur 21 tahun...ohh men...hiks ;)

dikesempatan ini...saya cik wani a.k.a. cik key-one ingin mengucapkan salam ramadhan al-mubaruk... semoga di bulan yang mulia nihh kita sama-sama dapat manjalani ibadah puasa dengan jayanya... mendapat barakah daripadaNya...ameen.... jangan lupa bertarawikh yerr....sebab bulan ni jerr boleh bertarawikh...=) bulan laen tak der... banyak ganjaran dalamnya....=)

semalam banyak gilaa dapat mesej salam ramadhan... semput-semput henfon cikaii aku tuhh nak mereply satu-satu.... hiks ;) bukan henfon yang semput...kredit yang semputtttt....

sahur tadi makan kurma...manisssssnyaaa kurma ini.... sumpah manisss gilaa.... kurma yusuff taiyubb...=) sangat manissss......

saje letak pic ini sebagai hiasan....=) tak derr ape-ape motif... cuma nak cakap rindu nak hang out sama-sama...=)

Tuesday, June 21, 2011

rindu sampai mimpi-mimpi~~~

salam...morning~~~~ hari ini kesihatan sudah semakin okeyy.... i likeeeeee.... alhamdulillah =)

semalam aku mendapat mimpi indah.... pheww!!! indah sangat...mimpi pelok-pelok...wakaka (haa otak kasi centre...tampo kang) haha aku punya semangat nak jumpa kawan-kawan masa sekolah teknik nihh...sampai aku aply cuti untuk 1/7/2011 ni awal-awal...haha kalo tak jadik siap kome....haha =p

ini kawan mase sekolah teknik....ade 2 orang hilang...haha mane tah mereka pergi.... yang tengah tu kawan lama siket dengan aku...sebab satu sekolah sebelum masuk teknik...hihi aku pelek kenape aku tak da gambo dengan dia....hahaha memang susah bangattt mau bergambo dengan kamu...pemalu lahh sangat....=p aku ade macam ustazah tak??? wakakaka
dia nihh memang lama gila tak jumpa...selepas form 5 memang tak jumpa-jumpa dah... nanti tak tahu lahh dia datang ke tak.... hmmmm ade rezeki jumpa lajj...kalo tak derr nak wat cane kan....huhu

ilebiyuuu kome.....rindu rindu rindu...wuuuuuwuuuu sweets memoriesss... mase ni buat mini gathering..... maen boling sampai basah ketiak...haha...yang pasti bukan ketiak aku yang basah...ketiak mereka-mereka...wakaka =p
ini member tercomeiii...ololololo rehan kate muke ko macam mashimaru.....hahaha rindu meni...meni lawak walopon macam malu-malu...hahahaha
farah nihh paling payah nak jumpe...die dah pindah kedah...wuuuwuuuu... =( harap-harap dia dapat lahh joint nanti....rinnduu rinduuu rinduuu.... *adeke membe aku tanye aku....aku makan bubur ape...wakaka wakluuu...itu cendol oke..cendol...haihhhh
ini yuni sayang...sore lemak merdu...bisa menggegarkan hati yang dengar....wakaka ayat aku tak boleh blahh.... ini nurse hati....ilebiyuuu....=*
motif letak gambo sendiri...nak tayang muka....hahaha

comel kan? comel kan? comel kan? hahaha
ilebiyyu frenzzzz...rindu kome sume... aku sampai mimpi-mimpi tau semalam....;) mimpi pelok-pelok lagi tu...ko ade??? haha okeiii byee....

Friday, June 10, 2011

Fasha Sandha dah kawen~~~

salam...hyeeeeeee.....=)

tadi aku emo..ni dah okeyy sikett.... tajuk entri gempak je kan... bukan fasha sandha kawen lahh... kawan i yang kawen...muka macam fasha sandha...okeyy tak? haha nama betul kawan aku nihh kalau tak silap Zailiana... kawan sekolah menengah.... mase form 1 je satu kelass...pastu aku pindah... tapi still kawan lagikk.... raye same-same every year tuhh.... =p




okeyy ini nana dan hasbennyerr johan ariff... joe orang kota baru kelate... dulu nana ade citer kat aku yang die tak suke orang kelate...haha last-last jodoh ko dengan orang kelantan... so yang mana korang tak suke tuhh...suke-suke kan lerr yerr... haha aku tak nak lahh suke orang perak.... nak suke orang johor lahh... (pitammm) haha ini pic mane nana nikah... aku tak datang pon...=p
ini pic mase reunion.... nana yang tengah tu yerr... reunion ni hujung tahun 2010.... dah kawen dah nana... kalau tak nana kawen bulan 3 hari tu.... tapi postpon bulan 6 atas sebab2 tertentu..alhamdulillah dah kawen pon...=)
ini wedding belah perempuan.... dekat rumah nana...yang nihh aku pegi... mase nihh tengah dok tengok bapak nana bersilat.... hebakkkkk.... teruja aku tengok wohh...haha

ini nana dengan bam...bestfriend sejak sekolah rendah sampaiii laaa ni... bam busy gila hari nana kawen...haha santeknyerr nana macam muke fasha sandha...=)
ini nana dengan ain...lame tak jumpe ain... hiks ;)
mase nihh nana call joe kot.... yelaa lambat beno sampeinyerr...dah le panehh...

nwayy selamat pengantin baru nana....santekk gilerr ko mase kawen...macam muke fasha sandha.... naek seri pengantin... =) semoga ko tabah lalui liku-liku hidup rumah tangga bersama joe...semoga korang kekal hingga ke akhir hayat..ameen....=)

moos: suke tengok kawan-kawan kawen.... lepas ni sape pulak kawennn.... haaa ade 3 orang lagi member aku yang dijangka kawen tahun ini.... yeayy makan free.....

Tuesday, February 8, 2011

ke LAKE GARDEN TAIPING pulak hokeyy=)

oke done!!!! huhhhh berfelusss i nyahhh tunggu mau uplod ini gamvaww-gamvaww.....internet sangat slow melowww....haihhhh.....

tm pon slow jugak... i dah register nak pasang strimix daripada tahun lepas daa.... tak pasang-pasang lagi...lembabbbb...cane nak maju tahh...haiyoooo....oke baess dahh bebell....

ehemm-ehemmm.... oke percotian seterusnyerr ialah ke lake garden taiping..... sini memang super duperr santekkk okeyyyy...sape-sape nak kawen kan...nak tangkap gambo untuk outdoor sini sangat suaiiii....memangg weewittt lahhhh....=p (puji taiping dengan bersungguh-sungguh)

okeyyyy...taraaaaa....i kenalkan...nihh kawan i mase sekolah rendah...name die ismah....i tak pasti dah berpunye ke belom...sebab mereka ni soka berahsia...kate single...padahal dable....hahaha ehhh i nampak selim kan...kan kan kan....*pitamm +_+
ini pon kawan i mase sekolah rendah...norlie name die...die ni pon i masih kompius dengan statusnyerr...single ke dable kahhh....huhuhu bile tanye kate single...pastu sengih-sengih...jawapan tak konpiden kan hati i....see..like me..bile orang tanye...yess im single bebe!!! hahaha pastu tambah ujungnyerr.... tak de sape nak kat aku...*pitamm +_+
mereka berdua kecik molek...comeyyy jerrr..... tinggi lebeh kurang jerr...bile berdiri sebelah mereka terasa i seperti gajah dekat zoo....(-___-)"
haaaa...ini dalam feri lembab tu yerr.... alaa kene la lembab sebab nak menikmati pemandangan tasik.... kami bertiga...so tak bolehh nak naek swan.... swan 10 hengget yerr.... bukan sorang-sorang...berdua...macam best kalau tengok....tapi bile i tengok dekat-dekat...seperti penat jerr....pastu seluar basah-basah.... yawwwww..... so naek la feri lembab nihh.... 4 hengget sorang yerr....sape nak romantik-romantik...nak dayung sampan...ade okeyyy....6 hengget kot....
ini mase tengah tunggu feri tuhh datang....slowww okeyyyy.....
posinggg doluuuuu....*wink wink winkk
okee pisss pisss pisss.....
belakang tu skandal die...kakaka +_+
soka kontrol-kontrol...ekcelii kan...naek feri slow tu sume ditanggung oleh cik norlie.... fair bukan...i jadi driver ke taiping.....huhuhu.....ismah laa best...rilek jerr....hahaha=p lepas dah abehh pusing-pusing tasik....kami makan ais krim...yummyyyyyyyy....
ini ikan keli...sape soka boleh amek..buat gulai lomak ke...gulai tempoyak ke...rebus ke....rebus??? yawwwwww.... ehhh i tipu jerr...gilerr nak amek...ini untuk tatapan pelancong jerr....

okeyyy habess dahh citerr percotian i.... sekian tenkiyuu....=)

ke kolam air panas pulak okeyy....=)

assalammualaikum....=p (tak jawab dose...kalo jawab..bagussss....alhamdulillah...)

okeyyy ini citerr pasal coti-coti lagi okeyyyy.... kate coti kan..haruslahh merayap...dan tempat yang merayap tu haruslahh berfaedah dan bermanfaat...+_+

okeyy lokasi percotian i seterusnyerr ialah kolam air panas di bukit gantang perak....sila lahh datang ramai-ramai.... 2 ringgit jerr.... disebabkan murah...2 hengget jerr...kawna gojes i banjerr...hahaha


ini muke hepi gilerr plus teruje sebab dapat pegi kolam air panas....huhu
okeyyy ini kaki yang menajdi mangsa rendaman air panas di kolam air panas.... panas wooooo... menggelegak otak wooo.... okeyy i tipu jerr.... tak de la panas sampei macam tu sekali...panas suam-suam kuku jerr.... tapi yang rendam kaki nihh sumpah panas....

lepas kene rendam kaki dengan air panas..kaki jadi pinkyyy...weewittt...kaki kawan gojes pon pinkyyy....hahaha sebab ade pewarna tambahan dalam air tuhh...pewarna air bandung....kakakaka +_+ oke siyess siyesss.... mane ade laa.... dah paneh jadi pink lerr...haiyooo...hahaha
ini la viewnyerrr....see belakang tuhh ade pondok-pondok kecil...boleh baring-baring...makan-makan.... sembang-sembang dan bergelak ketawa.....dan sebagainya...jangan comolot kat situ sudahh lerr... tak manis dipandang okeyyy... dekat sinia de perkhidmatan urut batin...ehh bukan bukan..urut bese-bese jerr... sauna pon ade kalo tak silap...huhuhu...okeyy itu sahaje...jemput laa datang sini yerr....tandas dan tempat salin baju pon ade... dont worry okeyyy...kot nak terberak ke kan..sume ade..complete...huhuhu

okeyyy tata....=)

mari pergi zoo taiping~~~

assalammualaikum...weeewiitttt....ehemm ehemmm...oke citerr i tak basi lagi hokeyyy...huhuhu =p oke ini coti raya cina hari tuhhh...huhuhu

alaa i tau laa korang jalan jauh-jauh...berholidayyy gempak-gempak sajor... i pegi zoo jerr....hahahaha =p impian terlaksana okeyyy..... kesimpulannyerr jangan planingg bagaiii...kompem tak menjadikkk.... nak pegi..pegi terosss....hahaha

i memang plan dengan kawan-kawan i nak pegi zoo tepeng nihh... tapi mereka tu ngade....kejap jadi..kejap idokk... hahaha akhir kata teros pergi dengan kawan gojesss....kakaka tanpa plan ape-ape teros pegi...weehoooo yeiiiiii.....macihh kawan gojess

ini baru sampeiii.... baru masuk pintu utama.... okeyyy nak masuk zoo lagi maheiii daripada tengok wayang okeyyy...12 hengget dewasa rope i nihhh.... kanak-kanak 8 hengget.... orang taiping 8 hengget jugakk...tak aci tull.... oke baru masuk muke haruslahh eksaited....huhuhu i nak excercise.... so kene la bejalan.... tak maen laa naek mende alah kat belakang tuhhh....kate nak menikmati alam sekeliling kan.... ahahaha (padahal maleh beratur panjang gilerrr)
"ape tengok-tengok?? mehhh lawan...ada berani???" hahahaha ini orang utan yerr adek-adek... che teke che teke che teke....ni jantan ke betine??? hahaha pastu teke lagi...orang utan tue ke mude??? hahaha *pitammm +_+
"prottttttttttt....hambekk kau....sape suruh usha-usha aku..." hahahaha
haa ni orang normal okeyyy....i sepak laju-laju kang kalo berani kate i orang utan okeyyyyy..... huhuhu
ini buaya darat....boyee ni superr duperr besauuu haaaaa.... pastu dok diam rope patunggg.... erkkk
haaaaaa ni lerrr lion yang dok mengaummm tak habehh habehhh....ni singe afrika okeyyy.... comeyy gilerr....rase nak peluk-peluk...lepas peluk offer duduk rumah i...hahaha
pehall muke i jadi camnihhh....grrrrrrr.... ini faktor cara penangkapan gambar tidak tepat okeyyy... ape-ape ponn tengss kawan gojess tolong tangkap gambo yerr....=p
belakang tu bear comeyyy....yang depan tuhh orang comeiiii.... *pengsan....hahaha
ini rabbittt..... ni bese tengok dahh...tak de laa teruje sangat....hahaha (padehal..mase nampak...ehhhh rabbitt la you....) hahaha
pisss pisss....belakng tuhh lembu kot...hahaha i lupe la name die....
diorang ni suke bagi bontot kan...kijamm wohhh... i bayar 12 hengget tau dakk..... grrrr tau la cun..bagi bontot jerr yakkk...oke tak ape tak pe... tak nak datang dahhhh -___-
ini posing baek punyaaaa...die mai dekat tau..ni burung enggang.....weeewitttt.....
ini gajahhh atau dalam bahase orang putehhnyerr ialah elephant....=) kalo dah sampei dekat gajah tuhh maknenyerr kite di penghujung zoo.... banyak lagi binatang laen..ni jerr yang i snap...

oke terimalahh gambo i yang hitam legam dekat bawah nihhh....kakakaka =p alhamdulillah.... dah habess melawat zoo baru la hujan turun dengan lebatnyerr..... huhuhu so berpayung lahh i... okeiii beboiiii.....

selamat pengantin baru YATI....=)

tanggal 5 febuari 2011 yang lalu kawan i berkawen....ilikeeeeeee....=p

makan free sape tak soka kan...(padehal malas-malas nak pegi) kijamm gilerr i nyahhh.... hahaha....

i kenal yati ase form 1...kami laen-laen kelas... so tak rapat laa.... kenal gitu-gitu jerr.... =p pastu i berhijrah kesekolah laen... pastu kami bertemu kembali mase form 6....yati form 6 kejap jerr....pastu die sambung kolej ??? i pon tak pasti kolej ape...tapi nursing laaa.... yawww...rameiii kawan i nurse hokeyyy...syabasss syabasss kawan-kawan ku....=p

weii sensored tak sensored tak??? ahahahaha pengapit soka kaco tauuu... i nak snap gambo pon susah giler...hadoiii.... oke tema wedding pepel... i bajet pink...so pakei la pink kuattt.... ciss ciss cisss
ni pelamin kalerr ungu dekat rumah yati....=)
ni yati.... kawan-kawan i yang laen panggil die yattt.... i pon plek..bukan ke orang panggil die yati...ahhh lantok lerrr.... mane-mane laa...huhuhu... kawen dah yati...yati kawen dengan navy... mengikut sumber yang boleh dipercayai... yati kenal dengan somii die mase die araktikal dekat hospital tentera....alaa yang dalm kem tuhh... paham-paham laa yerr....=p
ini yati mase kene touch up dengan kawna dei kott.... i pon tak keneii kawan die tuhh.... kawan nurse die kott....
mase nihh maseh maen mekap-mekap lagi..... =p so tak de laa gambo i...ni jerr sempat snap.... okeyy la tuhh daripada tak derr kan...huhuhu

nway selamat pengantin baru yati...semoga kekal hingga ke akhir hayat pastu ke syurga..cewahhh...weewitttt...=) semoga yati tabah menjalani liku-liku kehidupan sebagai seorang isteri....ameen....(wish pra-matang) hahahaha

p/s: lauk kenduri lazat berkrim...yummyyyy nyesal amek siket...bajet diet...kakaka