MR. NUFF =)

Thursday, February 23, 2012

zaman kanak2 (part 1) - game terbaekkkk!

Assalammualaikum.


setiap orang mesti ada melalui zaman kanak2 yang indah bukan. salunyer indah jelaa kan. ade jugak yang tak indah. kenangan pahit manis bergelar kanak2 ribena tak dapat kulupakan. puiii. kih3. (mukadimah kemaen over. perluke bubuh ribena?) hihi. sekarang saya nak mengimbau zaman kanak2 saya. ayuhhhhhhh joint saya.


part 1 kiter citer pasal permainan dolu

favvy games mase dekat kampung dulu. ehhh dulu saya duduk dekat kampung. nama kampung saya ialah KAMPUNG BENDANG KERING. muahaha. jangan tanya saya kenap nama kampung begitu. sebab saya sendirikkk kompius dengan asal usul kampung saya. kih3.



1. TUJU TIN.
- ahhh belasah laa name game ni. ade yang kata tujuh tin. tapi saya sebut tuju tin. hahaha. maksudnya kene taget tin tu bagi jatuh sume. pastu lari bersepah sepahan. (teruk gila bahasa). kiranya ade 2 group la untuk game nihhh. kene dirikan tin2 macam ni balik then langkah tin bru kira ONE GAME. maksudnya macam satu point laaa. kih3. syiokkk wooo maen game ni. kutip tin2 susu. hihi. salu amek tin susu dekat tempat bakar sampah. sadiss bukan. budak kampung ape de hal dengan tapak sampah sekalipun. budak sekarangggg???? hehhhh. sume bende nak geli. nyampahhh aiii.




2. MAEN SOROK2
- game ni ade musimnyer best maen. mase kecik2 gilaa. ahhh lebih kurang tadika, darjah satu and darjah dua, layan la gak maen nyorok2 ni. dah up siket tak layan dahh. game baru banyak tercipta. kih3. kiranya masa zaman saya dolu. maen sorok2 ni untuk budak tecikkk kenittt. dah besooo siket tak layan dah. beso siket permainan dasat siket. maen tembak2. maen perang2. hehe.

main game ni tensen siket. yelaa bila kiter kene jadik tukang carik tu memang tak best. dulu port paling best saya nyorrok ialah kat dalam jamban jiran. jiran saya dolu jamban dia kat luar rumah. ahhh belasah la nyorok dalam jamban. duduk la dalam jamban sampailaaa si pencarik frust nak mencarik kat mane kami2 menyorok. haha. indahnyaaa zaman ituuu. heeee.




3. BATU SEREMBAN
- ni pun star jugak. muahaha. sumenyer star kan. cume bila maen tangan kire fail. dulu bila maen batu seremban bila mata dah 100 kene tukar tangan kiri pulak. kalau tak kan. tak benti2 laa duk maen jerr. tak mati2. orang laen tak merasa la main. kih3. tapi game ni perempuan je main. budak laki salunye suke maen bodo2. maen gaduh2 laa. gusti tangan laa. tah hape2. heee.

tapi seterer2 saya ade yang lagi terer. banyak saingan. tapi bila musim bat seremban kan. pantang cikgu tak masuk kelass or waktu rehat. dok melambung batu tak habess2. kih3. sape ade batu seremban yang batu marmar tu kire paling gempak laa. kalau batu tu terpecah member mule laa buat muke tak puas hati. pastu ngate belakang2. muahaha. memoriii memorii.




4. LOMPAT GETAH.
- mase sekolah rendah je rajen lompat2 ni. naek sekolah menengah tak larat dah nak melompat. lagipun, mase sekolah rendah kurang siket gegarannya. hahahahahahaha.

maen lompat getah ni terer la gak. tapi tak delaa star mane pun. ade yang lagi star. partt paling mengujakan ialah dimana kene lompat paras kepala member yang pegang getah. dapat yang tinggi rope galah memang payag lerr nak melompat. tapi bila lepassss jer getah tu. phewww heavennnyaaa. haha. mula2 zero point. pastu paras lutut. then bontot. paras bontot ni bila lompat tak boleh kene kat getah tu. bila start pingang, ketiak, dagu, telingan and kepala tu boleh laa kene getah tu. tak de hal. hihi. rindu la nak lompat2 lagi. hihi.





5. TENG TENG
- game ni pun suai untuk budak tecikkk. tahap sekolah rendah nyer game. darjah tiga dan kebawah. haha. saya dulu kene cari kaca tau nak maen ni. nak baling2 tu pakai kaca. kutip laa kaca kat mana2. lagi lebar kaca lagi good. nanti kene timbang kekat kepala tu tak dela senang jatuh. hihi. tak delaa letak pinggan atas kepala. maksud saya serpihan kacayang pecah2 tu.

salu maen atas tanah jerr. lukis la teng2 tu pakai ranting2 kayu. bila kaca dah lalu sume petak tu kan. kite kene pandang belakang then baling kaca. nasib la kaca tu jatuh kat mana. tempat yang kaca tu jatuh akan jadi rumah kita. pastu lukis la rumah tu lawa2. haha. macam sengal jerr bila ingat balik. kih3.

kalau nak maen teng2 atas tar pun best. curik kapur kat sekolah. tapi maen ats tar ni yang tak bestnyer bila terjatuh sakittt ahh. pastu kaca mudah pecah. kecik2 dulu maen tak suke pakai kasut. budak kampung standard la kan. haha.





6. CONGKAK.
- emmmm dolu saya star tahu meen congkak. hahaha. salu menang. yelaa maen tipu mane tak menang sesaje. maen congkak ni kene terer math. kene terer congak dalam otak. hahahaha. (nak kate star laa dala kes congak2 ni) haha.

walaupun duduk dekat kampung. saya tak maen congkak yang gali kat tanah tu. ape kelasss. hahahaha. dekat rumah ade congkak sendiri. abah beli. buah dia pakai guli laa. guli ni salu ilang. tak tahu sapelaa yang dok telan guli kat rumah tu. kalau guli ilang and tak cukup nak main topap la dengan batu ke, pemadam ke. blasah la ape2 pun. hihi.



klimaks: akhir kata. cukuplah sampai disini saya coretkan pengalaman saya masa tecik2 duluu yer. banyak lagi game yang saya tak masukkan sebenarnya ni. contohnya. maen rounders, maen masak2, maen kawen2, polis and thief, guli, layang2, kejar2, pondok dan banyak lagiiiii. zaman kanak2 saya sangat indah tahu. tak maen la maen ps3, playstation jadah sume tu. tak syiokkkkkk. heeeeee. tapi tulaa peredaran zaman kan. =)


tata love. xoxo. muahhh. =)

mari share. saya tak buat disable right click. boleh copy and paste. silakan. =)

Assalammualaikum.

saya jumpa ini dekat fesbuk. ayuh share. benda baik kene sebar2kan tak gituuu. huhu.

Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
... ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
... ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG
~fikirkan la kwan2 ye...


p/s: mengaji bukan mase kecik2 jerr yer. lepas khatam terus tak bukak2 al-quran. agaknya bila baca pun dah merangkak. hukum tajwid suma dah lupa. muhasabah diri. T_T ayuhh kita sama2 mengamalkan Al-Quran. =)