MR. NUFF =)

Wednesday, March 10, 2010

DENDAM!!!

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami
krisis.Tidak kira siang atau malam mereka berdua akan
bertengkar.Setiap pertengkaran itu pastinya akan
menganggu jiran tetangga. "Kalau aku mati, aku akan
menjadi hantu dan mengorek tanah didepanku untuk
keluar mencekik engkau."

Terdengar pekikan itu, Jiran-jirannya terkejut besar
dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana
diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar
biasanya. Beberapa hari berlalu, Wahid ditemui mati
akibat menjadi mangsa kejadian langgar lari.

Walaupun benci, sebagai isteri Minah telah
menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu
selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat
Minah yang langsung tidak berasa takut dengan ugutan
suaminya dahulu. Engkau tidak takut ke dengan
sumpahan dan ugutan arwah suami kau dulu? tanya
jirannya.

Tidak!!! jawab Minah. Biarkan saja dia mengorek tanah
kuburnya tu. Aku dah tanam dia dengan bahagian depan
badannya mengadap kebawah didalam kubur. Biarkan saje
dia terus mengorek tanah didepannya. Makin dalam la
kubur tu nanti. Nak mengorek tanah dan datang mencekik
aku konon. Sekarang ape jadi? Biar dia rasakan!!!

p/s---> okies en3 nihh diriku dpt drpd emel misteri drpd incik misteri...weeeeeee.... thanks inicik misteri....=p