MR. NUFF =)

Monday, January 30, 2012

al-kisah pergi site.

Assalammualaikum.

hari ini rutin macam biasa. pergi site. sukat bangunan, sukat ladang. main dengan rusa. maen dengan ostrich. balik opis lukis plan. buat nilaian. tapi sekarang saya nak story kisah saya semasa di site tadi. kisah ni agak sengal. muahaha.

pergi site dengan bos dan sorang lagi member opis. bertiga jer. saya jer yang gegirl (gedik jap) haha. 2 lagi boboi tua. muahaha. pergi site haruslah diawal pagi. tak de la awal mana pun. sebab pagi tadi masuk keje lambat. (opiss bapak aku kan) hahaha. nasib baek kawan2 opis memahami yang rumah saya jauh. so mereka tolong punch kan. kih3. sayang kawan2 opiss saya. lebiyuu.

okeyyy. memulaa pegi b'fast dengan en.dee(bos) dengan singh(member opis). mencikk kluar minum dengan diorang. asik layan kedai mamak jerrr. mencikkkkkkkkkk tahuuu. tak pasal2 saya kena makan roti bakar jer. wuuuwuu. yelaa saya tak balik rumah tengah hari. breakfast harus makan berat2 untuk bekalan tenaga sampai petang. muahaha. overr kau nyahh.


okeyyy. yang tadi tu intro. panjang berjela kan kan kan. haa nak start citerrr dahh. okeyy tadi pergi site dekat info ternak sungai siput. (sila google tempat bagi yang berminat nak tahu dekat mana) tempat ni best tahu. rasa maccam hari2 pergi zoo tau. kih3. dekat sini boleh mendekati binatang. tapi tak sume binatang ade. gajah tak de laa. rimau pun tak der. ni binatang yang mendatangkan hasil seperti telur, susu, daging. kottttt laaa. saya pun tak berapa nak pasti. saya pergi sini pun tujuannya nak sukat ladang ni jer. sukat bangunan2 yang terdapat dalam ladang ni. untuk tujuan cukai taksiran. tapi ini harta khas. maen bedall jerr buat bangunan tak derr plan. tak pasal2 kene sukat laaa. penat tau tau tau. ladang daaa la besoooo. 200 ekar tahu. tah bila laa boleh siap. huhu.


tadi masa nak sukat satu kandang rusa ni kan u ollzz. ehh bukan kandang. tapi tempat sembelih rusa. haaa kat belakang siket ade laa kandang rusa. tapi rusanyer tak der pun. maybe diorang lepaskan kat padang ragut kot. ehhh ehhhh ehhh tiba2 saya ternampak ade sekor rusa. alahaiii siannya rusa ni. dia sekor2 jer kat situ. maybe dia dikuarantinkan kot. tengok dia cam selsema jer. bau diaaaa. masyaALLAH. busuk nak matiiii. bau hancinggggg gilaa. eee yekk yekkk. dia punya tanduk kene potong kot. pendek semacam je. dia nampak kami datang kan. dia mula la gedik2 datang dekat kami. pastu klik klik klik. tangkap gambar dengan dia. tapiii kan uolzz. rusa ni pelik siket. dia cam suka dekat saya. ohhhh no no no. saya kesana dia follow. saya kesini dia follow. cuakkkk bebbbbb. pastu saya larikkk laaa.

singh: wani che tengok rusa tu. dia minat wani tu.

wani: ehhhhh pasal ape pulak.

singh: dia stim tengok wani sampai terkencing2.

wani: eeeeeeeeeeeeeee. boddohhhh tol you ni. belasah karang nak.

singh & en.dee: hahahahahaha. abesslaaa wani.


macam silakeeeee betul laaaaa boboi tua dua ekor tuhh. adeke dia kata rusa tu stim tengok saya. grrrrrrrrrrrr. bukannya saya seksi pun sampai nak stim2. grrrrrrr. bongok tol. balik jer opiss saya cerita la dekat opismate. sume pakat gelakkan saya. ok fine ok fine. memang hari ni. hari saya kena bahan kan. grrrrrrrrrrr.


tapi rusa dekat padang ragur comel uolzz. tak busuk pun. gigi santekk tahu. yang betina comeii. bulu mata lentikkk. rasa nak bela sekor. besaaaa kot rusa. heeeeeee. burung ostrich tak minat. tengkuk panjang sangat. pastu bontot tonggek2. haippp haippp. hahaha.


okeyy habis dahhh cerita pasal kisah di site hari ini. banyak lagi ladang tak sukat. ladang kerbau,
lembu,kambing, arnab. harap2 nanti dapat pegang tetek lembu. teringin kottt nak perah susu lembu sendiri. muahahaha.


agak2 entri ni lucah tak? tak kan. bese je kan. kih3. okeii tata love. xoxo.

Sunday, January 29, 2012

kajian timbal balik. kih3.

Assalmmualaikum.

tadi pergi deting dengan dokter gigi. bese lah bila pakai braces. setiap 2 minggu kena jumpa dentist. tarik sana sini. tukar band. sakit tahu. seksa jiwa raga. tapi kan. saya rasa gigi saya semakin merata. yeiiiiiii. ilikeeeeee. hihi.

okey now nak buat kajian timbal balik oleh seorang blogger yang baru nak up ni kan. entri dia sangat kijammm. mencikk bila baca. rasa nak tergelak besar. kalau dia ada depan mata rasa nak sepak2 jer bontot dia. (ni kess jeles bontot dia lentik kalah ziana zain) hahaha. =p


1) soalan 1 : gegirl: awak, saya dengan siti nurhaliza mana lagi cun?
boboy: mestilaa awak sayang.
gegirl: tahu tak per. hehe. (gelak gedik+vangga+bontot & idung kembang)

ulasan pakar kaunseling : no no no. asal pompuan nak kene tanya soalan sape lagi cun pulak? dengan siti nurhaliza pulak tu? ehh yeke siti paling cun? tak pun. cun lahh fazura lagi. lalala. bila perempuan tanya sape cun lagi tu bermakna dia nak kan perhatian daripada anda. mungkin si boboy ni jarang memuji gegirl. memang sifat perempuan suke dipuji. sumpahh. sifat saya pun camtu. muahahaha. tapi rasanya lelaki pun suka dipujia pe. kan kan kan??? jangan nak tipuuuuuu. huhu. tapi puji tu biar la lojik. ini tiba2 puji lagi cun daripada siti. perempuan senget jelaa percaya. euwww.


2) soalan 2 : gegirl: waaaa abang dah dapat bonus ehh. jum la kite beli sofa baru. pergi holiday
dekat pulau ke. kalau ade lebih lagi boleh upgrade gelang ayang nih.
boboy: errr ok ok ok. (rasa cam ade awan itam atas kepala)

ulasan pakar kaunseling: haippp haippp. kalau part sofa baru dan holiday dekat pulau tu suai untuk golongan yang dah married kot. muahahaha. ehhh ape salahnyaaa beli sofa baru kalau sofa dekat rumah tu dah nak roboh. yelaa asik wrestling je kat rumah kan. =p nanti kalau kawan2 or family boboy or gegirl datang tak de la malu sangat nak duduk dekat sofa hampir2 roboh kan. kalau beli rim??? apooo yang dapekkk? nak belagak boleyy lahhh. huhu. perempuan selalunya menginginkan samtink yang good dan berguna. (haruss back up perempuan. muahaha) nak scuba dengan kawan2??? tak kan pergi solo2 jer syg. bawak laa bini sekali. dushh3. pasal gelang tu ehhh. gegirl maen2 je kot. jarang la gegirl zaman sekarang minat barang kemas dasat2 ni. cukup la masa sayang kasi mase kawen dulu. hihi. tapi kalau abang iklas nak kasi. sayang amek jer. yelaa tak baek tolak rezeki kan.


3) soalan 3: gegirl: awak dulu time ngorat kiter bukan main lagi yer. ayat manis jer. ni dah kawen/btunang/kapel dah jadi cam orang lain jer. (larik laju2 bajet laki nak kejar pujuk)
boboy: lorr, mane ade saya berubah la sayang.


ulasan pakar kaunseling: yessssssssssss. saya sangat setuju dengan ini. yess yesss yesss. memang lelaki KEBANYAKKANNYA ialah sedemikian. why ehh suke nak berubah? kenapa mula2 jer over? dah dapat mula lah buat perangan tak senonoh. why ehh. tak dapekk nak jawab soklan ni. pacikkk sila jawab bulihh? kih3. kajian menunjukkan kesetiaan perempuan terhadap lelaki ialah jauh lebih dasat berbanding lelaki yang suka bersifat lepas tangan. padahal mula2 dia yang over. dia yang cari perempuan dulu. lalala =p ehh betul lah kan. jeless??? opkoss laa perlunya ada sifat jeles dalam perhubungan. tu tandanya sayang. tak kan nak buat tak tahu jer bila ada someone nak ngorat bf/tunang/hasbend sendiri kan. if lelaki pun lagi dasat kot perasaan menjelessssnyaaa. lambat reply mesej jer mulalaa fikir bukan2. lambat angkat call jer fikir de laki laen call. hehh kolot tahu. =p kadang2 lelaki ni yang rasa terkongkong. padahal perempuan tak kongkong pun. juzz tanya. kalau buat tak tahu lelaki kata dah tak sayang dia laa. ada laki lain laa. curang laa. tah hape2. bila tanya dikata kongkong. soooo gimana sihh? huhu


soalan 4: gegirl: abang jangan nak menggatal dengan janda sebelah. kalau tak ayang simbah asid kat kain pelekat abang.
boboy: mana ada la sayang. abang setia dengan sayang. (padahal dah kantoi main mata
dengan janda sebelah rumah)

ulasan pakar kaunseling: gegirl bagi warning sebab takut boboy jatuh ke tangan orang lain. see??? dekat sini nampak dah gegirl sayang sangat kat boboy. boboy je tak reti hargai. siap main mata dengan jiran sebelah. kijam tahu. =p yelaa standrd la janda mesti laaa melawa kan. mestilaa gegirl tergugat. apa kata gegirl ubah sikit. kasi santekk sikit bila duduk rumah. barulaaa boboyyy tak keluar2 rumah. alaa berbogel jer kat rumah. yelaa nak bekemban tak bulih. pakai baju kelawar pun akan di cop macam nak pergi pasar kan. bogel jelaa terus. kan senang. kih3. nanti boboi mesti cakap. alahaiii isteri abang, bukan seksi dah abang tengok. seksaaa dah abang rasa ni. haihhh. yelaa kalau dah beranak sorang mesti cutting body larik. kalau bogel depan hasben. boleh pitam seminggu hasbend. bukan hasbend je tak sanggup nak tengok. kalu kucin tengok pun boleh pitam. adehhh. nak beli corset cik abang sayang tak mampu. yelaaa keje uruskan rumah tangga je kan. lalala.


hihihi. abess dah membebel. okeiii tata love. xoxo. =)

Thursday, January 26, 2012

mak kiter pergi LANGKAWI.

Assalammualaikum.....=)


pagi tadi my emak sayang telah bertolak pergi ke Pulau Langkawi. pegi holiday sorang2 je tau. sobss3. nak pergi jugakk. (jeless) oleh itu haruslah buat list. haha.

ini list pesanan buat emak dekat langkawi tu. yang holiday solo2 dengan member die jer. =p

1) segala jenis coklat lazat2. (mesti mak beli siket jer. tahu sangat)
2) pinggan mangkuk gojes.
3) hand bag branded. (muahaha. demand namanya)
4) baju gojes. (ini kompem tak beli.muahaha)
5) pefume.

okeyyy kita tengok nanti apa hasilnya. okeyylahh. saya sangatlah busy hari ni. busy dengan kerja. busy dengan pergi toilet sesaje. inilah hasilnya melantak limau 4 biji semalam yer. padan muka dekat diri sendiri. okeii baiii.

tata love. xoxo

maksud pemberian hadiah lelaki kepada perempuan.

Assalammualaikum.....

isi kandungan ini sayacopy bulat2 dekat fesbuk. saya tak pasti kajian sape. muahaha. nway enjoy ur reading.



❤ MAKSUD PEMBERIAN/HADIAH LELAKI KPD PEREMPUAN ❤


✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu ツ
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi ツ
✔ GELANG → Tanda mesra ツ
✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian ツ
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan ツ
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin ツ
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu ツ
✔ PAYUNG → Tanda ka...sih dan sentiasa ingin melindungi ツ
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta ツ
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan ツ
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur ツ
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang ツ
✔ COKLAT → Semanis cintamu ツ
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan ツ
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat ツ
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup) ツ


#Tetapi hadiah yang paling di nanti2kan oleh setiap perempuan adalah...
❤ MASUK MEMINANG → Tandanya dia serius dan betul2 ikhlas mencintai kamu ♥


setakat ini hadiah yang pernah saya dapat daripada lelaki ialah. ape ehhh. jam tangan ke? jam tangan beli sendiri kot. muahahahaha. kesimpulannya tak der. sian kan kan kan. =p if ditanya hadiah apa yang paling suka. SUME SUKE. hahaha. well. normal la perempuan suke hadiah kan. muahaha.

tata love. xoxo

kalau free nak buat nih.

Assalammualaikum.

sekarang waktu rehat. so boleh la curik2 bukak belog. (padahal waktu keje pun slamber badak bukak belog. muahaha)


sejak 2 3 menjak ni. selera makan adalah tahap hantu raya. sume benda nak makan. mengidam macam2. (mengalahkan kucing bunting. kih3)


oleh itu, kalau saya free sabtu or ahad ini niat dihati nak buat kek. kalau malas beli jer. muahaha. =p


ni namanya kek coklat gojes.
ni namanya kek red velvet. ni mustahil buat. beli pun tah dekat mana ade jual.
ini namnya butter cake. feberet makan panas2. yummyyyyyy. okeii byeee.


Friday, January 20, 2012

impian tersuwittt saya. =')

assalammualaikum.

rasanya tak perlu lah nak cakap. rindu dekat belog. lama tak update entri. bersawang dah belog. wuuwuuu. puii puiiii. ade je bukak belog. hari2 kot. cuma ketandusan idea nak update apa. lagipun awal2 tahun sangat lah busy. tak de masa nak berangan dan berkhayal dan mencoretkans egalanya disini. (agak2 poyo tak mukadimah camni? okeyy saya tahu sangat poyo dan macam bajet gudd. muahaha. larikkkkkk)


sejak dua menjak ini saya tersangat penat. hari2 pegi site. hari2 buat inspection. penat tahu. saya dah la perempuan ayu. kurang tenaga zahir dan batin. <---- ehhh apakah??? muahaha balik2 office mengadap plan bangunan IPD PDRM yang baru tu. kene buat nilaian lagi. wahaiii pelukis plan, mengapakah engkau lukis opiss polis ni berliku2 sangat. penin tau nak kira. =_="


okeyy habis dah sesi luahan hati dan perasaan. mari verangan. haha. =p nasib baik hari Jumaat rehat lama. sempat la nak verangan. kih3. impian tersuwitt saya ialah nak hasbend hantar dan amek balik kerja. haha. suwitt bukan? sebab utama. MALAS NAK DRIVE. kalau boleh balik jerja terus nampak muke husband. (ehhh dah kawen ke saya nih?) muahahahahahaha. nama pun verangan kan.


tapi cipoodah laa hasbend nak hantar amek kan. ingat hasbend tak der keje laen. laenlaa hasbend suri rumah atau tanam anggur kan. muahahaha. =p


okeyyy masa verangan sudahh tamat. haruss mulakan kerja semula. yeiiiiiiiii. =p okeyyy tata uollzz.


quotes untuk hari ini : "sometimes, when you lose your way, it's really just as well because you find yourself."

tata love. xoxo. (^_^)v



Wednesday, January 11, 2012

soalan sengal bila dah pakai braces nih.

Assalammualaikum. =)


hari ini genap sebulan dua minggu pakai braces ni. lambatnya nak bukak. muahaha. =p bukan apa. rasa lesss confident tahu bila pakai braces nih. rasa seperti bila orang cakap dengan kita asik pandang gigi. panggggg nanti baru tahu. =p dushh dushh dushh babab perut kuat2. =p hihi.


bila termasuk dalam golongan gadis gigi besi ni kan. kawan2 salu tanya soalan sengal. tak pun buat lawak sengal. mencikk tahu. tapi syiokk jugak layan. lawakk gila. hahaha. =p soalan yang bese diorang tanya kan.

1)" ehh key-one (nama glamer saya dalam kalangan kawan2) ko pakai braces ni kan. bila kilat tak der ke rasa karen2 ke? "

muahahaha. mula2 dengar soklan camni rasa nak tegelak pun ada. bukan rasa nak tergelak jer. memang dah tergelak pun. dah la kawan saya tanya dengan siyess. puiii puiii. rasa nak lepuk2 kepala dia. soklan sengal okeyy.


2) " ehh key-one betul ke orang pakai braces tak boleh mandi laut?"


mula2 memang blurr dengar soklan nih. then saya tanya balik member saya. kenapa pulak tak boleh mandi laut. kemudian diorang jawab. " nanti karat la besi ko kene air lautttt. hahahahaha" cisss cisss cisss. cipodahhhh betul diorang ni. boleh jadi bahan lawak lak. grrrrrrrrr.


pastu bila pakai braces ni asik kene kutuk kontrol cun. bila cakap kontrol cun. bila gelak kontrol cun. jadahnyer nak kontrol2. memang dah cun pun kan. muahahahaha.


okey lahh. nak makang makang. okeii tata love. daaaaaa