MR. NUFF =)

Tuesday, January 3, 2017

welcome 2017.....=) throwback 2016 jom.

Alhamdulillah.... syukur kita dah berada di tahun 2017 kan. sekejap je masa berlalu. hari ni 3/1/2017 budak dah masuk sekolah. seronok je tengok gelagat diorang. hehe.

jom throwback sikit memories kiter sepanjang 2016 yang very suwit muitt giteww.

2016 boleh dikatakan tahun terindah buat saya. cewahhh. okey meh trowback mehh.

Mac 2016 : my husband dapat job dekat Majlis Perbandaran Taiping. okey PBT ni bukan boleh transfer macam kerajaan perskutuan or kerajaan negeri. so kene la apply jawatan kosong yang ada. syukur dia dapat keje tu then sambung gaji kot. dapat lah kami berdua stay bersama. feeling pengantin baru kot. setelah setahun lebih duduk asing. weekend je jumpa. rezeki sangat-sangat.

Feb-Mac 2016 : okey masa ni gemok yarabii. hormon tak menentu. Opismate offer jadi trainer untuk tren saya dekat gym. kahkahkah. for free. rezeki jangan ditolak bebb. dah la masa ni saya kene on pill peracang sebab on treatment untuk stablekan hormon (nasihat pakar perubatan). so apa lagi kita bergym lah for free. free tu memang la best. tapi hingat senang ke. penat hokeyy. dengan study dan kerja dengan kene jaga pemakanan bagai. hahahaha. tapi berjaya okeyy. memang solid molid okey. mental la kene kuat. hahahaha.

Julai 2016 : yeiiii time ni bulan raya. bestnyaa. bila dah stay sekali kan feeling dia lain tau. hari-hari tengok husband depan mata. end julai pegi holiday dengan husband side dekat Langkawi. bestt sangat. yelaa bejalan kan mestila best walopun bepuluh kali dah pegi langkawi tu. hahahaha.

Ogos 2016 : bulan ni lah dah lewat period tapi buat dekk je. sebab dah biasa kan lewat. cuma ada kerisauan sikit sebab lepas on pill perancang memang period normal cantik molek cycle dia 28 day. ni dah 10 hari lewat nak mereng balik ke pun. macam-macam rasa. tak pikir langsung diri ini tengah pregnant. sebab dah selal kecewa kan. lepas tu dok main badminton tiap petang sampai kakak saya marah-marah. mana tau pregnant dia kata. pastu dah kenapa tekak nak makan laksa sesaje. padahal bukan suke sangat laksa. pastu tengah bulan lapan kot.... test jela. nak sedapkan hati. tettt tetttt tetttt syukur alhamdulillah positif buat pertama kali. happy tak terkata.

Oktober 2016 : yahuuuu. tahniah husband sebab grad kelas pertama.

November 2016 : masa ni pun rasa rezeki sangat-sangat. naluri saya kuat mengatakan husband saya kalau stay dengan saya and keluar daripada tempat keje lama dia...dia mudah naik. syukur tak terkira dia dapat naik pangkat. rezeki baby kot. ehh tak tahu lah. mungkin dah terlulis kan. baru berapa bulan je keje dekat MPT dah naik. tanpa kabel bagai. hanya keje dengan baik dan doa ibu bapa semestinya. juka tertulis rezeki dia pasti jadi kan. tahniah husband. =*

December 2016 : time ni pergi scan baby. naluri ibu tu kuat kan. orang sekeliling sume teke gender salah. hahahahahaha. nanti dah lahir saya umum gender okey. kot ada yang baca doakan saya dan baby sihat-sihat je sampai saat melahirkan yaa. saya doakan kalian jua dimurahkan rezeki.

ini sahaja kenangan manis saya 2016. syukur Alhamdulillah. semoga 2017 lebih indah. sama-sama kita tingkatkan iman. semakin meningkat tahun semakin meningkat usia dan semakin menghampiri dengan kematian. oleh itu dunia dan akhirat kene balance okey. if kita kejar akhirat insyaAllah dunia pun turut kita kejar sama. jangan dunia semata-mata okey. =)

No comments: