MR. NUFF =)

Thursday, July 24, 2014

bridesmaid #sembangkawen

assalammualaikum.

sembang kawen jom. saya tak delaa tak sabar sangat nak kawen. tapi saya suka benda2 yang suwitt. yang glam. yang menarik. yang  cantik. yang menawan. yang best dan lain2 yang lagi. 

contohnya macam bridesmaid. macam dah jadi trend pulak kan. zaman sekarang ni kalau kawen je mesti nak ada bridesmaid. bridesmaid tu mesti bff. baju kene sama warna. baru suwittt. awww awww. hehehe.

meh layan pic bridesmaid versi omputeh. hehe. 





nice kannn pic lompat cam gini. saya suka sangat pic lompat. bila snap pic lompat rasa fun sangat. pastu gelak2. rasa best. hehe. nak ke kengkawan saya lompat nanti yekk. hehehe. 


cantiknya tifanny blue. bridesmaid saya nanti pakai colour ni la. hehe. sumeee jelita2 jer. hehe. 




sekian sahaja segmen sembang kawen bersama saya yang tak dela tak sabar nak kawen. tapi sukakan yang suwitt2 jer. wakakakakaka. 

Wednesday, July 23, 2014

bebel-bebel

Assalammualaikum.

tup tup lagi empat hari nak raya. boleh saya terpikir minggu depan puasa lagi. huhhh. how fast time flies kan. (betul ke ayat kiter ni?) tulaa tak reti speaking nak speaking jugokk. dah gagap. haha.

biskut raya saya dah buat tiga jenis. tapi kakak saya dah melantak banyak banyak banyak. biskut almond crunchy tu dia kata dia bagus makan. sebabnya dia menyusu baby. ada related ke????

hari tu beli baju raya on9. sekali besaqqq baqq ang. yelaa badan saya kan kecil molek gitu. (tolonglahh terima kenyataan maswani) hihi. yelaa p beli saiz L memang la besaqqq. konon nak muslimah sangat. sekali tengok saiz L dah macam boleh masuk lagi sorang. hahaha. (feeling kurus kejap) haha. tak pe la. nanti nak alter jela. bulan puasa ni saya banyak redhaa. siyess memang banyak redha. kucing cakar kaki pun saya redha dengan tak sepak dia balik. hahahahaha. ok sentapp tau dengan kucinggg. =(((((( oleh itu Maswani kene kekalkan saiz S. Maswani tak gemuk. masih slim. hahahahahaha.

semalam teman opismate pergi shopping baju raya. tapi bukan baju raya sangat pun. lebih pada blouse ok. sangat terliur. sebab baju tu homeii homeiii dan suwittt. satu rm 40. dah nak dekat kawen ni segalanya rasa mahal. dah kenapa entah. rm 40 rasa. ya rabbiii mahalnya. patutnya baju camni rm 15 je. wakakakaka. sukati iolzz je kennn. pastu semalam bodek2 cinta hati. bukan semalam je bodek. dah lama dok bodek ni. hahahaha. keji betul perangai. bodek dengan penuh kasih sayang jiwa raga. tiba2 pagi tadi cinta hati masuk duit. yahuuuuu. i sayang u lebihhh la camni diorrr miamorrr. hahahaha. =D

sat lagi nak p beli lah baju tu. dengan harapan adalah lagi baju idaman kalbu tu. kalau ada orang lain dah beli nak sentapppppppppp dengan akak kedai baju tu. sebab dah pesan dekat akak kedai tu. hide kan dulu. tunggu sampai saya berjaya bodek tunang saya. hehehe. =D

okey sekian laporan harian daripada saya Maswani AR. AUMMMMM AUMMM.



Wednesday, July 16, 2014

resepi almond london dan cinta hatimdatang berbuka. lol

assalammualaikum. 

salam 16 ramadhan. hehe. tajuk entry geligeli kennn. hahahaha. ahhhh biar lantak kan. hihi. baiklah ini resepi almond london yang sangat senang nak buat. buat sendiri lagi best. sebab belimtak sedap. pastu mahal giloo. 

bahan:

1 cawan (arcopal) gula caster. jgn bubuh full. nanti manis. sebab kan kita nak celup coklat kenn. nak bubuh penuh pun soka hati uolzz la. manis satgi jangan marah kiter. hehe.

buttercup 250g. ala satu buku tu. tak yah timbang2. memang dah cukup gram dah tu. 

tepung gandum secukup rasa. haha. mean tak de sukatan. bubuh sampai jadi doh yang cantik. 

esen vanila satu penutup dia tu je. 

badam. 

badam cincang

shortening. pilih yang halalal dan toyiban. 

coklat masakan. beli yang bar besar tu. utk satu bancuhan pakai dua baris. 

papper cup hitam
-
-
-
-
-
cara membuatnya:

1) mula2 mixerkan buttercup dan gula. pukul sampai dia jadi putih2. pastu taruk esen vanila. putarrr lagii. 

2) masukkan tepung gandum sikit2. sampai jadi doh yang cantik. maksud jadi doh yang cantik ialah doh tu tak melekat kat jari. jangan bubuh banyak sangat tepung. nanti keras. agak2 la yer. sebab memang tak de sukatan yang khas. haha. 

3) lpas tu rehatkan doh lima minit camtu. tak nak rehatkan pun tak pe. terus je buat. ok badam kene bakar dulu tau. dalam 15 minit camtu. if tak puasa boleh rasa badam tu dulu. rangup2 tu kira dah okey dah tu. tak pun malam2 bakar badam siap2. pastu bentukkan bujur2. taruk badam dalam dia. jangan besar sangat. agak2 la yer. nanti tak cun nak bubuh dalam paper cup. 

4) bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit. jangan lupa bubuh butter kat talam bakar tu. 

5) lepas tu sejukkan. 

6) amek periuk nasi letrik. ni nak ajar cara senang tau. masuk terus dua papan coklat. biar dia mencair. jangan gatal nak campur butter bagai. lepas tu bubuh shotening satu sudu setengah cukup. shotening ni tujuan dia nak kasi coklat tu berkilat dan cun dan menaikkan nafsu makan. hahahaha. 

7) sementara nak tunggu coklat cair. bakar badam hancur. bakar sampai badam tu perang2 sikit.

8) kemudian masukkan segenggam biskut yang dah sejuk tadi dalam coklat. kacau slow2. kasi sume kene coklat. jangan masuk sume biskut. masuk sikit2. macam saya pakai lidi.mbuat macam chopstick. ada org pakai sudu. ada yang pakai pengepit. terpulang lah uolzz. saya pakai lidi senang nak toskan coklat tu. kepit dan masuk dalam paper cup. lepas tu terus tabur badam cincang atas dia. jangan lambat. nanti coklat kering dia tak lekat lak. 

9) ulang step ni sampai la habis. if ada lebih coklat jangan buang. buat la conflake salut coklat. dapppp. hehe.

selamat mencuba. 







cinta hati datang bebuka dekat rumah. faham tak perasaan gembira tu. hahahaha. (gedik)


imam muda Q. hahaha. tq datang rumah saya. tq sebab sudi datang jauh2. walaupun tak sudi mandi dekat rumah saya. pergi mandi dekat masjid. saya okeyy je. walaupun kene tunggu dalam kereta lama2. hahahahahahahaha. matikkk la dia baca. nanti saya kasi upah almond london ye bang. hehe. 


Tuesday, July 1, 2014

3 ramadhan 1435

assalammualaikum. 

alhamdulillah. dah tiga ramadhan kan. hari ni cinta hati saya nak balik KL dah. sobss sobss. so sad. hehe. nanti mesti mangah rindu awak sara oiii. rindu nak mandikan awak. nakmdengar awak gelak2. sengih. sekarang dah pandai menerap. keje nak menerap je. hehe. haha padahal sabtu ni jumpa lagi. hahahahaha. sedih macam hape dah mangah dia ni. 

jom layan pic si mata boolattt nihh mehh......
ni baju raya kiter. tok man banjer. hehe.

ni baju aunty sya hadiahkan. olorrr omeii omeiii.....

baju miowww senyum ni tok man kasi jugoppp. mangah awak kasi apa haa? hahahaha. 

olorrrr gerammmmm gerammmm gerammm. 





dah kenapa mangah awak dah macam mak mak orang dah ni. wakakaka. omg. sangat gemmmss. okey marilah bertaubat di bulan yang mulia ni. sedarlah hakikat baju dah ketat. bertabahlah semasa makan dan minum supaya baju kawen longgar. hahahaha. 

oleh itu mangah. cepat kat cute macam sara. ehhh ni dah kenapa ni. okey. marilah bekerjaya. ayuhhhh. love sara sangat2. muahhh. 

Friday, June 27, 2014

wedding preparation lagi.


assalammualaikum. 

hehe. salam jumaat uolzz. mengantuk ya amat. dah kenapa mata ni. macam pakai bulu mata pelsu beratnyaa nak buka mata. 

okey wedding preparation alhamdulillah. setakat ini okey jer. berjalan lancar. borang nikah dah amek. tapi tak isi lagi. lambat lagi. lepas raya baru isi. ada orang tu dah amek borang dah buat hiv test dah buat surat akuan bujang. hahahahaha. sekali surat akuan bujang valid 3 bulan. hahahaha. ciannn dierrr. 

semalam pegi tgk kain dekat butik. tengok kain untuk belah saya. merelip uolzzz. nak tegelak lak iolzz tengok. dah macam m daud kilaumdah. memang berkilau2. tah cane la baju saya nanti. kihkihkih. ada orang tu cuak kene pakai baju kilau kilau. hahahaha. 

wedding card ni saya pening. rasa macam dah lebih 2 week. still tak dapat draft. kene tipu ke saya ni pun. haihhh. 

alahaii ngantuk sangat ni. kembang2 dah nampak tulisan ni. kita stop sulu. nanti sambung bebel balik. best citer pasal kawen ni. hehehe. (feeling gatal2) hahahahaha. 

motif gambar tak de pape. sajerr suke2. sekarang saya tengah mencuba sesuatu. if okeyy. saya ingat nak jual. hehe. okey tata. :)

Monday, June 9, 2014

wedding preparation

assalammualaikum. 

alhamdulillah. preparation wedding almost done. hehe. padahal lima bulan lagi. lambat lagi. (nampak sangat overrr kan iolzz). bukan over tau. tapi saya kan busyyy. haruslah setel cepat. tak mo nanti kelam kabut.


ini mekap yang saya booking utuk resepsi belah lelaki. peninggg wooo nak mencari. if tempat kita boleh la bertanya. ini tempat dia. yang dia cari tak best. hahahaha. ini pun hasil gugel. tengok mekap macam okey. jenis mekap pun okey. so book terus. i loikeee kening tu. ke perempuan tu dah memang lawa. hahahaha. harap2 nanti saya lawa begini juga. hahahaha. hihi.

hari tu ada kursus dekat port dickson. so balik tu singgah nilai. beli bunga telur. actually tak de la murah sangat nilai ni. murah lagi dekat ipoh kannn. hahahaha. sebab dah singgah jugak. beli jela. sebab macam lawa bunga telur ni. hehe. haaa saya beli jugak bakul untuk bridesmaid. tapi terlupa nak snap pic. yang tu dapat diskaun. tah apa yang tunang saya goreng diorang tah. hehe. 

okeyy ini kain untuk bridesmaid saya nanti. omeyyy kannn. beli dekat nagoya sudahh. hahahaha. tak payah nak jakel sangat. hehehe. 

hari tu pening nak decide tudung diorang ni nak colour apa. sekali saya pilih yang gold ujung tu. hahaha. lantak korang la. saya rasa cantikkk je. jalannn jela. hehe. 

ini antara yang dah setel. bridal dekat kuala kangsar pun dah book. baju in progress. baju belah laki pun in progress. dah tengok dah kain sume. ok la jugak. malas nak pikir dah. photog belah laki perempuan sume dah book. kad kawen pun dah book. tunggu nak tengok draft je. cam tak sabar lak nak tengok draft. hahahaha. 

segala goodies bagai nak dekat kawen baru book. sebab kasi kek kennn. kene book lambat2. pastu mak dah book kot makan. hahaha. hal2 makan malas masuk campur. hehehe. dewan memang dah lama book. lagi ape ehhh. hahahaha. 

yang tak setel lagi nihaaaa. tunang saya tak amek kusus kawen lagi. saya lama dah amek. syukrannnn iolzz dah amek lama. tak payah feningg feninggg. hehehe. minggu depan baru nak pegi. tu pun nak kene begaduhh selalu baru bertindak. hahahahaha. 

saya harap tujuan murni ini dipermudahkan. ameen. pray for me yaaa. ameen. :)




Sunday, May 4, 2014

my sara my love love love love

assalammualaikum. :) 

ketika menaip entri ini saya berada di rumah mysis. hahaha. poyo kemain pun. sat lagi ada kelas. sebelum bersiap marilah buat entri anak buah tercinta. hehehe. 
ini anak buah tak reti duduk diam. hehehe. sara dengan makngah nya. biarlah makngah dia yang over. hehehe. 

ini semalam pegi mid beli pampers sara. sara dengan pakngah nya. ehhhh ehhhh. (tutup muka) hahahaha. abess comel la tu ada misaiii. macam katun awak tau. dont like dont like. hehe. 

olololorrrr sayang makngah ni tido lena sangat ni yerrr. ciann dia. biasa laa bila bejalan dengan ibu awak. lembebbb. hanahahaha. makngah pun letih dah. ibu awak pantang tengok baju awak. sume nak beli. hehe. 

asal buat mata gitewww sayang. ciummm kuat kuat nanti baru tau. hehehe. lebiuuu sara. jadi anak solehah yaa. ameen. makngah love u. muahhhh.