MR. NUFF =)
Thursday, December 8, 2016
Scan baby 4D
Thursday, November 17, 2016
Ikhtiar hamil
Assalammualaikum....
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mesti mengimpikan zuriat yang soleh dan solehah kan. Macam tu juga saya. Di awal perkahwinan saya diuji dengan husband tinggal berasingan. Setahun lebih juga laa stay asing. Jumpa weekend je. Tu pun sebab kelas weekend. Yaaa saya tahu, ok la jumpa juga weekend kan. Ada pasangan yang diuji lagi hebat. Sebulan sekali jumpa malah bertahun sekali. Saya respek anda yang diuji sedemikian. Bukan mudah yaa nak lalui hari2 sepatutnya husband and wife tinggal sekali tapi stay asing kan.
Isu stay asing ni juga selalu jadi modal gaduh kami laki bini. Kahkahkahkah. Bini desperate nak stay sekali. Weiii duduk asing ko tak kan rasaaa macam life kawen. Okey lain orang lain pendapat. Ini pendapat peribadi saya. Kikikiki.
Entri sebelum ni saya ada citer pasal hormon bercelaru kan. Sebelum kawen period normal. Lepas kawen period gila. Gila means asik period je. Orang nak bilang hari subur. Tapi period yang datang. Kahkahkahkah.
Okey saya senaraikan usaha untuk hamil saya yaaa.
1. OPK
Opk ni macam upt laa. Tp upt guna untuk cek pregnant ke tidok. Tapi opk guna untuk tau ko subur ke tidok. Yelaaa duduk asing kann. Pastu kalau ada yang minat nak try opk ni pegi cari seller kat instagram ke fb ke. Murahhhh. Singgit satu. Jangan la dok beli dekat watson ke guardian ke. Mahaiiiii weiiii. Benda ko kene test opk tu banyak kali. Tapi tak berjaya pun guna opk ni. Sampai la saya fedup.
2. Jumpe pakar
Hehehe. Masa ni google tau dokter perempuan. Lagi selesa doktor perempuan. Nasib baik saya ni suka bertanya. Opismate laaa cadang jumpe dokter dekat pantai putri ipoh. Murah dan best. So bermulalah sesi consultant bersama pakar. Memula doktor scan rahim. Rahim awak okey. Tak de cyst. Kedudukan okey. Awak ni hormon tak stable ni. Getik la dengar hormon tak stable je. Pastu kan saya cakap la saya nak pregnant dokter. Dah setahun saya kawen. Alaa baru setahun dokter tu kata. Sabo jelaa. Pastu ada laa dia cadangkan makan ubat itu ini. Tak menjadi pun. Antaranya duphaston, ovimin. Endingnya dia suruh makan pil perancang weiiii nak stablekan hormon. Dia suruh. Betulkan period. Saya pernah kot merasa masuk pebende tah kat bawah tu. Macam Kamera kot. Untuk cek telur. Doktor kata, telur awak banyak tapi tak matang. Sobsss sobsss. Pastu kan sedih sangatttt. Dengar la kata dokter makan pil perancang. Tiga bulan kot. Dah laaa kene on time. Sakit hati kite. Nak set jam bagaiii. Lecehhh tul pil perancang. Tapi yang best period terus okeyyyyy. Cycle 28 hati terus. Gembira rasa hati. Kompiden je senang pregnant ni nanti. Sebab google kata lpas makan pil perancang senang pregnant. Kahkahkah. Lepas tiga bulan datang jumpa doktor. Tau tak doktor kata apa. Haaa baguslaa period sume dah ok. Kita try naturally ok. Masa tu macam ek elleh doktor ni. Yelaaa yelaaa. Petus harapan dah. Nak fokus study. Malas kawan dokter. Sobsss.
3. Susu khalish
Okeyyy dalam masa yang sama saya ikhtiar dengan minum susu khalish. Susu kambing. Saya agent tau. Kalau nak order contact saya okey. 0186612410. Sempat iklannnn ko. Wakakakaka. Okeyyy tapi tak delaaa minum sekotak terus pregnant. Tapi saya je minum. Husband saya anti susu. Jenuh laa paksaa. Dok kata sedap macam milo. Tapi dia dah tahu susu tak kannn punya nak minum.
4. Buah zuriat
Yang ni dapat hadiah daripada kawan kelas. Ayah dia pegi mekah. Saya kirim doakan saya je. Tak sangka kawan saya kasi sebiji buah zuriat. Orang dah kasi kan. Why not try kan. Yang ni kami suami isteri minum.
5. Check up suami
Haaaaaa sape kata wife je kene cekk. Suami pun tak payah la ego sangat. Cek la sama. Bukan susah pun. Counting sperm je. Pompuan ni yang lecehhh. Tiub laa telur laa. Haihh macam2. Alhamdulillah husband saya normal.buat dekat LPPKN. Murahhh. Rm 25 je.
Rasanya itu je usaha saya kot. Yang lain2 hanya doa dan berserah kepada Allah. Yakin dengan Allah. Allah tahu bila masa yang sesuai nak kasi zuriat dekat kita.
Saya sangat memahami perasaan bila belum dikurniakan rezeki anak tu. Pedihh sangat hati. Pecayalah Allah uji kita sebab Allah tahu kita mampu. Sokongan orang sekeliling sangat penting. Terutama suami dan keluarga. Kawan2 tolong jangan downkan mereka yang sedang diuji ni. Jangan la tanya soalan yang boleh buat hati orang terguris. Cakap berlapik okey.
Jangan berhenti berusaha, teruskan berusaha, yakin dengan Allah.
UPT POSITIF =)
dalam kepala masa tu ingat tak mo bangitau husband dulu. tapiiiiiii ko tauu tak feeling tu feeling tuuuu. aduhhh tak tahannnn. terus kejut diaaa. abanggg tengok ni tengokk ni. dia dok mamaii-mamaii. ape maksud ni??? pastu sengih-sengih. poyo okeyy. bukannya tak pahammmm. syukur alhamdulillah.
lepas tu terus wassap kakak saya bagitau berita happy ni. hehehehe.
Sunday, May 8, 2016
comeback. hihi
Monday, November 23, 2015
cake coklat cinta.
Monday, May 25, 2015
Demam
yer saya demam. nihaa nak citer. Jumaat lepas saya jatuh terlentang dalam bilik air. hahahaha. (gelak la sikit. nasib baik tak matikkk tahu. sakit gilerrr bontot. tangan pun lebam. abes pecah aquarium. demam tekejut jatuh dalam toilet. sedehhhh. sampaiii sekarang tak okey lagi pinggang. haihh. tak baik ngeluhh. tarik balik ngeluhh wani oiii.
al kisahnya, toilet dekat dalam bilik husband saya licin yarabiiiii. saya memang tak boleh nak kawal kestabilan badan lalu terlentang jatuh macam nangka wangi.
nihaaa lagi satu. minggu depan saya dah final. yahuuuu. tak sabar nak final. kemudian sem baru. kemudian cuti sem. kihkihkih. syorgaa tahu cuti sem itu. gembiranya hari. yahuuuu. penat tau berulang KL setiap minggu. sian abah saya asik nak kene hantar dekat KTM Ipoh. malam-malam buta nak kene amik. Yelaa nak harapkan husband pun dia jauh. sobss sobss. ='( love you abah. kadang-kadang menitis jugak air mata tau. bila tengok abah tunggu dekat KTM. sian abah. tunggu anak dia malam-malam buta. paling kagum tak pernah lambat amik saya. tak pernah pun saya yang menunggu. sobss sobss. aduhh tengah type ni pun menitik ayaq mataa. love you abah dunia akhirat. lelaki kesayangan saya. =')
okey laa. air mata dah banyak turun. nanti demam makin teruk. baik kiter stop dulu. nanti kiter sambung citer lain pulak.
note: jimi ko jangan nak perli sangatt. aku panggg satgi.
nurkilan,
Maswani AR
Wednesday, May 20, 2015
Impian saya
okey hari ni genap lah enam bulan tiga belas hari dah mendirikan rumah tangga. =) perasaan? ehh mestilah happy kan. seronok tau kawen ni. sume halal. ala gaduh sikit-sikit tu biasa laa. pastu baik balik. tak best la kalau tak gaduh. okey saya dengan husband memang pjj. ='( impian saya dulu nak kawen dengan orang dekat-dekat je. hahaha. dah jodoh kan. tapi tak dela saya menyesal kawen dengan husband saya. setiap minggu jumpa. tapi still tak best la. kalau boleh hari-hari ni jumpa. hari-hari nak usik husband saya. sumpah jeles tengok korang kawen stay sesama dengan husband korang.sobss sobss
Selalu berangan dapat stay sesame. balik keje nampak muka suami. pegi keje salam tangan suami. pastu suami kiss dahi. auchhh. sobss. (lap air mata) T_T ni perasaan saya je. perasaan dia entah la. ramai cakap isteri kene la ikut suami. memang nak ikut. tapiiii kami ni tak kaya. masing2 ada impian nak dikejar untuk masa depan. lagipun bukan senang nak dapat keje sekarang kan. keje yang ada sekarang pun best. (mentallity malaysian cam haku memang rase best keje gomen)
salu ngadu2 dekat husband.
isteri: abang bila kita nak duduk sekali ni? sobss sobss. rasa macam tak kawen je.
suami: sabarla sayang. belum rezeki kita kan. sabar ye. ada orang lain tu lagi ganda. kawan abang kan lagi la dasat sayang. sebulan sekali je jumpa.
iu lah sebabnya saya sangat mengada2. saya suke ngamuk kalau suami saya busy sangat2. hahaha. kejinya perangai iolzz. bukan apa. saya dah la tak dapat jumpa dia everyday. pastu asik bzzz je. pastu bukan nak pujuk kalau iolzz majuk. siap cakap ok baiii. inilaa laki kan. dulu mase nak ngorattt kite kemainnn. kahkahkahkah.
okey nak bagitau. saya dah sangat gemuk. ramai sangat tegur. sobss. saya tak pasti apa yang beelaku. wakaka. tak pasti la sangat. padahal makan macam hape je. kikikiki. hmmm saya tak preggy lagi. sedihnya. nak sangat baby. tapi belum rezeki kan. pastu dah faham dah perasaan terguris hati kalau orang tanya. dah ada isi ke????? yeahh saya tau orang sekeliling care. tu sebab diorang tanya. saya pun suke gak tanya orang lain dah ade isi ke???? tapi kene ingat. tak sume orang suka ditanya.
hari-hari saya akan ditanya. yaaa hari-hari orang tanya saya dah ada isi ke???? saya pun jawab. aah ada isi. tapi isi lemak jela. doakan ye. sape tanya mesti saya jawab tolong doakan. yelaaa nak cakap ape lagiii kan. bukannya tak usaha. dah usaha. tapi belum rezeki kan. sobsss. nasib baik laki iolzz memahami. wuuwuuuu. pastu kan korang. penah la bulan lewat period 58 hari. happy sangat. ingat preggy. tapi tak. sobss. siyess dah penat nangis. dah penat sentap. weiii cara aku macam dah 6 tahun kawen kan. padahal 6 bulan. hahahaha. orang kata jangan fikir sangat. buat dekkk je. memang la nak buat dekk. dah hari2 orang asik tanya, pastu on fb orang dok update pregnancy, dekat office pun dok cakap pasal pregnancy, pegi mana2 nampak orang pregnant,bukak instagram pun dok cter hal prengnant, dll. macam mana tak fikir kan. orang yang nasihat mungkin boleh cakap. rilek la. awal lagi bla bla. sebab ko dah ade. cube kalau ko tak de lagi. mesti meroyan cam aku. wakakakaka.
ehhh korang doakan saya tau. nak baby macam korang juga. =(

