MR. NUFF =)

Wednesday, June 13, 2012

Ho Chi Minh, City Vietnam (Day 2)

Assalammualaikum. 

baiklah saya bagitau siap2. entri ini ada banyak pic. kih3. pekara paling bosan nak update blog ialah mase nak uplod pic. pastu lembab gila. itu paling mencikk. 

okey hari kedua ialah aktiviti penuh. keluar pagi. malam baru balik hotel. phewww. okey meh layan pic. biarlah gambar yang menceritakan apa yang berlaku pada hari kedua saya di Vietnam. 

 5.00 pagi di Vietnam. kalau Malaysia gelap gulita lagi kan kan kan. itu Malaysia. tapi tidak die Vietnam. hewwheww. view daripada bilik.


 ini adalah bihun sup terbaek everr. ni makanan dekat hotel. breakfast haruslah dekat hotel. siyess sedap gila. inilah makanan vietnam tersedap sepanjang saya disana. boleh?? #over. hihi
 ini omelete. rase telo lerr yerr. hik3. 
 ini bihun. bihun die gemuk siket. yang ni amek tapi tak makan. bolehhh??? hahaha. 
 ini bekalan ngunyap dalam bas. wakakaka. alaa korang pun mesti penah buat. curik makanan dekat hotel bubuh dalam tisu. nice kan kan kan. hahaha #keji. 
 ini buahhhh. yummyyyy. sume sedappp. manis2 ajerr. yummyyyy. honey dew paling sedap. yummyyyy
 okey next


 ini geng macik2 gedik. muahahaha. memang over daripada saya yang muda ini. #erkkk. hahaha pic selepas breakfast. begambar di lobi adalah satu kemestian. setiap hari mesti nak begambar dekat lobi ni. tau la lobi dia cantik. haihh. pic saya tak de kan. maksudnya saya la photog. okey next.


 ini biase dekat sane. melambak orang bniaga tepi2 jalan camni. 


 ayuhhhh kita betolak ke Muzium perang. geng spek hitam.





  sian kan kan kan. kalau tak silap saya mangsa bom periuk kera ke hape tah. diorang la citer. sya yang blurr2 ni iyerkan ajer. tapi penah dengar laa pasal sejarah vietnam ni siket2.


 ini candid batul2. fokus2. bajet paham la baca bahasa vietnam kan. muahaha. tapi ade english laa. tapi femalass siket nak baca. lebih tertarik tengok gambar. #dasarfemalass. ekceli tak bape nak minat melawat muzium2 ni. wakaka. begitu jujur disitu yerr. 


 saya mengaku saya yang suruh mereka posing sedemikian. yelaa balik2 tegak. bosan laa. buat laa lain daripada yang lain siket kan. kih3. tapi kiut laa. suke pic ni. hihi. 


 cubaan curik peluru berpandu tak berhasil. ayuhhhh tarikkkk!!!! kih3. #peninpenin. haha



 kih3. macik2 gojess nihhh. 


 cubaan skodeng Fahrin Ahmad dekat Paris. ehhhh die tengah gedik dengan Shakira laaa. #gila. hihi


 lepas abes melawat muzium kami sopingggg. yeayyy. ini saya suke. muzium tak payah melawat lame2 sangat. busan. hihi. mengantuk pun yer gak. haha. #dasartakminatsejarah. hihi. dekat sini saya soping sluar jeans dan baju yang kawan order. poyo jer nak order2. nyampesss. pasni jangan harap nak amek order kome dah. malas tau tau tau. =p


 lepas penat bersoping rilek kejap. pastu pegi lunch. mane tah pic mase lunch. hehehe. lepas lunch pergi solat dekat masjid. lepas tu jummmm ke ke luar bandar.

pejalanan lebih kurang 2 jam ke Mytho. ibu negeri wilayah Tien Giang. lame hokeyy. hihi. makcik2 yang over soping pastu lambat naik bas kene denda nyanyi. opss pic tak der. sebab malas nak snap. kih3. sume bende malas. pebende tah yang rajen. hehe.

mase ni naik kapal menyusuri Sungai Tien.


 ini la rupenyer kapal. hahahaha. ala panggil bot la senang. kejap je naik boat ni. 5 minit kot. sebab nak keseberang je pun. 

 lepas naik bot tu sampai la dekat sini. disambut mesra oleh orang vietnam. pegang mangkuk. dalam mangkuk ade gula2 kelapa. panas2 gituuuu. so rasa jelaa. boleh tahan laa. tapi tak minat. hewwheww. yang ni namanya Pulai Thai Sot. de jual macam2. beg buatan sendiri. baju2. unik. harga pun unik. sampai rase nak pelempang je diorang ni. beg cikap sampai 50 hengget duit kiterrr. baik beli kat Malaysia.

 jalan punya jalan sampai dekat sini. kitaa minum dulu. ni hi tea namenyer. teh campur jeli raja campur madu campur limau dan rasanya sangatlah yummyyyyy. sedap gila. (sumenyer sedap) kih3.


 pastu adelaa kerepek halia laa. buah pala. kacang2. kepek pisang gula. ni kat Malaysia pun melambak. hahaha. benda free kan. makan jela. tapi saya juzz minum jer. tak de mood nak makan. lagipun keras2. orang pakai braces tak suai makan. hihihihi


 yeaiiii ini yang ditungguuuu. naik sampan yand yang dikayuh laju menyusuri sungai yang sempit sambil menikmati keindahan alam. pheww. syiokk kut. duduk rilek camni saya sukeee. hihi. kiri kanan pohon2 nipah. =)


 jummmm kiterrr.... pic saya tak der kan!!!!! sobsss. 


 lepas tu naik la bot balik. naik2 bot disambut mesra oleh tour guide kami. then diberi pula air kelapa. memang syiokk gilaa. kih3. naik bot berangin sambil menikmati air kelapa yang sedap. indahnyaa ku rasakan. hilang stress. hihihi. lapang minda. see mak saya sampai suruh orang tu kopek kelapa. nak makan isi. hihihi.


#kometengokletewww. hihihi. lepas sampai kat jeti kami dibawa pulang ke pangkal jalan. hihi. ehh tak laa. kami singgah dinner dulu dekat mekong restaurant kut namenyer. restoran halal kat situ. lepas dinner choww balik hotel. dah malam kan. hewww. pejalanan nak balik pun 2 jam kan. hihi. =p malam ialah aktiviti bebas.

ramai woo yang keluar malam. giloo macikk2 ni. tak tau penat. hehehe. saya yang mude ni pun lenguh2 kaki. nampak sangat lembik. hihihi.

itu sahaja story saya pada hari kedua di vietnam. =)


Sunday, June 10, 2012

Ho Chi Minh City, Vietnam (Day 1)

Assalammualaikum....

dah hampir seminggu balik vietnam baru berkesempatan nak update entry mase dekat sane. hihi. =D busy beno la katekan. (padahal malas) so sekrang mood rajin adelah sikit2. boleh laa kite story moryy yerr. 

nak dijadikan citer. my abah sayang ade kursus dekat JB mase saya dan mak nak pegi viett. so abah hantar dekat medan gopeng (stesen bas ipoh). then saya dan mak pegi KLIA naik bas. bas pukul 1.30 pagi (2 jun 2012) sampai KLIA pukul bape tah. tak ingat. yang saya tahu bas tu bawak laju gila. sampai sebelum subuh. sepatutnyer register pukul 6.00 pagi. tapi time tu kan baru je masuk subuh. so kami decide solat dulu baru register. 

lepak dekat KLIA berjam2 lamenyer sampai naik bosan saya menunggu. sumpah bosan gila. dah la ngantuk gila. muke sememeh jer. meh la layan pic pulak. yela banyak gila proses kut. mule2 setel hal luggage. pastu cek tiket lak. pastu imegresen. pastu jalan lagi jalan lagi. boading pass pulak. siket2 scan siket2 scan. tensen mak hencikk. pastu tunggu turn masuk flight pulak. budak2 sile masuk dulu. =p

note: entri ni banyak gambar. =)

 ini ialah muke stress menunggu. tapi still kiut kan. #sayatahutaksoiyerkanajerrrtautautau. saya holiday FREE. hanya bawak duit soping. yahuuuu #silelahjeless. hik3

 yeaiiii. mase ni ialah step terakhir. alaa yg scan2 badan tu. sape yang gedik macam saya pakai kasut butt kene la bukak butt. nasib baik stokin saya kiutt. stress mak hencikk lagi tau.


 mase ni tunggu turn masuk flight. yang bawak baby sile masuk dulu. hik3. yang mak2 baby ni sile tunggu giliran anda sehingga dipanggil okey. #sayalovelovemaksaya. anda? hihihi mase ni ramai makcik2 duk pandang2. tak malu pun. bangge. hihihi. =D


 ini ialah makanan dalam flight. nasi lemak. air pink guava. kek coklat. air oren. snek. ekceli nak mintak menu lain. tersasul sebut nasi lemak. yelaaaa pramugara tu hensem kutt. tergugat iman kejap. tapi chinese. tapi hensemmmm. hahaha #kejii. saya tak makan pun. diet kutttt. hancuss la diet kalau makan. saje makan udang walaupun dah tau diri ni alejikk. sampai je vietnamm habess muke saya. sobss. T_T

ini baru je sampai HO CHI MINH, VIETNAM. lebih kurang 2 jam penerbangan. naseb baek tak lame. huhu. mase dekat imegresen vietnam kan. kene tunggu lame betul nak suruh die cop. bengong tul. dasar lembab. duk pandang atas bawah. (dalam hati. eh seksi sangat ke aku ni? sopan rasenyer. hahaha #keji) yelaa bengonggg. tahu la gambar dalam pasport tu muke tembam. sampai kompiuss muke leteww. (nak bagitau sekrang tak tembam dah. tu pun kalau nak pecaye laa) hahaha


 yeaiiii. dapat topi pink kiuttt. terasa kiut apabila memakainya. tak pakai pun kiut. boleh??? hik3. on da way ke EQUATORIAL HOTEL. itu ialah hotel yang kami tinggal sepanjang disana.

 tol dekat sane. dekat sane susah betul nak nampak tol. jarang nampak la kirenyer. traffic light pun camtu. kalau kat Malysia ni. haihhhhhhhh. asik nampak je kan. tensenn mak hencikkk.


 kete levi's. ko adoooo??? hik3. 

 okeyyy ini ialah jadual perjalanan sepanjang disana. jadual ini diberi supaya reti menepati mase. hik3. itu pun ade makcik2 yang lambat. padan muke kene denda nyanyi. hahahaha. #jahatgilaaku. yess saya pegi under ZHULIAN. sume free. sume zhulian bayo. wakaka. benda free ni memang best tahu. nak pulak layanan 1st class. hihi. =)

 okey singgah sini kejap tangkap2 gambar. =)

 sejurus tiba dihotel, disambut mesra oleh staff hotel yang hensem dan kiut2 belaka. muke stok K-POP boleh? tak tipu ni. nak tangkap gambo. tapi malu. boleh?? haha. yeiii sampai2 diorang kasi air sedap gila. kalau ko travel sendiri takdenyer nak dapat layanan camni. kalau ade tu no komen. sebab saya tak penah lagi pegi holiday sendiri dapat layanan camni. dengan Zhulian je ade. hahaha. =p lepas minum ni terus pergi lunch katt ballroom hotel.


 ini bilik saya dan emak. no 705. katil empuk gila. bantal empuk gila. nak satuuuuuuuuuuuuu. kompem hari2 lambat bangun. hik3.
 nak toilet camni jugakkkkk. 

 nanti dah kawen nak buat tab mandi laa. wakakaka. okey stop. kang kluar idea keji. hik3. 



 petang tu kene berkumpul kat lobi dah. nak pergi dinner. banyak jugak restoran halal kat sne. tapi mahal la gak. tapi dont worry sume free. hahahaha. makanan sane boleh tahan laa. kalau kat Malaysia minyaknya berkati. kat sane siket2 jer. hik3. okey pahamm? hehe. sedap la gak. tapi saya kan diet. makan lite2 saje. bolehh?



 ini adalah sangat sedap. macam pau. tapi sedap gila. sampai sekarang terasa lagi keenakan makanan itu. banyak pic makanan sebenarnyer. tapi malas nak uplod. pegi tengok kat fb kalau berminat. hahaha.

 dekat depan masjid. masjid tertua dekat sane. ehhh time dekat vietnam adelah awal sejam daripada kiter. kalau kiter pukul 6.00 diorang baru pukul 5.00. hihi. macam indon la lebih kurang.


lepas dinner balik hotel. ini dekat hotel. ini bukan candid. tapi pura2 candid. wakaka. cantik gila lukisan dekat sini. 

note: benda free sume best. okeyy baiiii. hik3 =)

Saturday, June 9, 2012

New Lover =)

Assalammualaikum.....

lame kan tak update blog. banyak sangat nak citer kat sini. pasal holiday sume tak citer lagi. busy sangat2. dekat office menimbun keje. bulan ni ialah bulan tersengkek saya. pegi holiday pakai sume duit gaji. (dasar tak sedar diri) hik3. lepas tu balaik Malysia menyesal tak sudah sebab soping tak ingat dunia. hahaha. 

okey saya persembahkan #poyo my new lover. fresh dari kedai ESPRIT. haha. #overbenokan. inilah jam idaman kalbu yang dah survey berbulan2. asal pegi jusco masuk kedai esprit dan try. tapi tak beli2 pun. yelaa mane mampu. banyak bende nak setel. hutang braces tak setel lagi ni. siksa hidup. hik3.

thanks abah kerana menyempurnakan hasrat hati. cewahhh. abah jugakkk yang belikan. dasar anak manjersss abah kan. hik3. tahap kejakunan ialah kritikal. asik tengok jam jer. hahaha. pastu senyum2. alaa macam orang tengah angau tu. saya angau camtu. korang tak tau laa. hahaha. 

oleh itu jam putih cikai campak dalam longkang. hahahaha #kijam kan. simpan jela jam putih tu. letak dalam kotak memori tersingkir. sian jam putih. hik3. 

hehehe. suke suke suke. alhamdulillah. impian saya terlaksana. hihihi. =)